Tuesday, 11 April 2017

Buku 'Memburu Ar-Rayyan di Langit Mesir'



Bagi guru-guru, rakan-rakan dan kenalan-kenalan di Malaysia yang bertanyakan kepada saya tempoh hari mengenai buku kedua saya, di sini saya sertakan pautan-pautan yang boleh anda semua layari untuk membaca buku "Memburu ar-Rayyan di Langit Mesir" tersebut: 1. http://alazhar.perubatan.org/2016/06/memburu-ar-rayyan-di-langit-mesir/
2. http://perubatan.org/kreatif/369-memburu-ar-rayyan-di-langit-mesir
3. https://issuu.com/perubatan/docs/full_manuskrip__memburu_ar-rayyan_d/7

Anda semua boleh memuat turun buku tersebut 'secara percuma' di pautan-pautan di atas ini. Bukunya percuma. Bayaran yang anda perlu bayar hanyalah doa-doa ikhlas saja untuk saya sepanjang masa. Buku ini saya tulis dengan tujuan untuk meningkatkan semangat berlumba-lumba kita untuk lebih bersungguh-sungguh beribadah di mana-mana kita berada. Lebih-lebih lagi bagi ibadah di bulan Ramadan yang mulia yang akan tiba tidak lama lagi. Buku yang ditulis berkisarkan daripada kisah-kisah inspirasi sebenar yang berlaku di muka bumi Mesir di bulan Ramadan. Khusus ditulis untuk semua umat Islam sebagai 'booster' untuk lebih bersemangat untuk beribadah. Moga-moga adalah 'sedikit timbangannya' di sisi Tuhan mudah-mudahan. Amirul Azmeer Asmadi, Penulis yang masih memerlukan doa-doa anda semua sepanjang masa.

No comments :

Post a Comment