Monday, 30 April 2012

Syariatullah + Sunnatullah


Dikisahkan pada suatu masa tinggal dua orang lelaki yg berkerja sebagai penanam sayur-sayuran. Seorang Ah Chong dan seorang lagi Acap (tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg pernah hidup)...mereka hidup aman bersama-sama...

Kedua-dua mereka mula menabur benih tanaman pada hari yg sama...

Acap merupakan seorang lelaki yg sangat warak alimnya...setiap hari dia akan membacakan surah-surah pilihan supaya tanamannya tumbuh segar.

Ah Chong pula rajin menyiram,membaja dan meracun serangga perosak di sekitar tanamnnya itu...

Begitulah rutin harian mereka hari demi hari dlm mencapai objektif berjaya menumbuhkan tanaman mereka sebaik-baiknya...  

Hari berganti hari...senja menyingsing pagi...malam menyurut kembali....

Setelah lama kemudian,mereka memperhatikan hasilnya..

Ah Chong tersenyum melihat tanamannya tumbuh dgn segar sekali bersama-sama buah-buahnya...namun tanaman Acap jauh berbeza...benih yg ditanam sejak awalnya hanya mengeluarkan pucuk awal sahaja...

Inilah yg dinamakan SUNNAH ALAM (natural life)...

Segala yg dilakukan di dunia ini hendaklah dijalankan mengikut rasionalitinya...
Masakan benih akan tumbuh tanpa keperluan2 asasnya..? 
Masakan haiwan akan hidup tanpa makan & minumnya...?
Masakan manusia akan berjaya tanpa usaha gigih dari dirinya...?

Namun dalam kisah di atas sebentar tadi,tidaklah penulis ingin menafikan keberkesanan surah2 pilihan itu...cuma perkara ini perlulah disertai dengan asasnya kerna inilah peraturan alam...

Segala-galanya perlu dijalankan sesuai mengikut fitrah kejadian semulajadi-inilah yg dinamakan SUNNATULLAH...
Apa yg wajib dilakukan suntuk mencapai sesuatu perkara itu mesti tetap wajib dilakukan...-rasionaliti-




Namun,semua akan bertambah cantik lagi jika disertakannya dengan perkara2 sunnat...

Makanan yg dimasak akan bertambah 'specialnya' jika disertakan sekali dengan zikir2 perubatan Islam...
Kerja harian yg biasa dilakukan akan bertambah keluarbiasaannya jika disertakan dengan dengan selawat2 harian sambil mengingati yg Esa...
Hidup akan bertambah rasa ketenangannya jika 'ditambah' hidup itu dgn solat2 sunat malamnya...

Inilah yg dinamakan SYARIATULLAH...
Segala yg diperintahkan Allah wajib,sunat dan sebagainya...

Perbincangan mengenai perkara ini sebenarnya lebih mendalam lagi...tapi penulis hanya ingin menyentuh dasar sahaja sebagai pencetus untuk kita bersama-sama lebih mengkaji mengenai perkara ini. Wallahua'alam ^_^


Umat Islam 'rosak' tanpa disedari!



Orang Islam...muslim...
Umat Islam hari ini banyak diuji dgn pelbagai jenis DUGAAN & CABARAN dlm kehidupan seharian...


Tak payah pergi jauhlah...kadang2 kat rumah kita je pun dah ada berpuluh2 MUSUH ISLAM yg menumpang sedia untuk meROSAKkan kita tanpa kita sedari...

Tak percaya?


7 S

Screen,Smoke,Sex,Sport,Song,Style,Siber(Cyber)

Apa benda pulak ni??

Screen- Filem,movie,iklan2 yg ditayangkan di TV(screen),berapa banyak yg ada kat TV dan melalaikan kita sepanjang hari..?

Cerita korea..Berapa ramai yg dah di 'jiwang' kan oleh cerita2 seperti ni? Berapa ramai yg dah tertinggal/sengaja tinggalkan solat disebabkan 'screen' ni...??

Cerita seram/hantu... Berapa ramai yg dah di 'syirik' kan secara tidak sedar oleh benda2 mcm ni?

Apsal syirik plak?
Tak percaya??

Hah cuba klik link kt bawah ni & baca pulak artikel penulis yg lain heh...
http://bilakeyboardberbicara.blogspot.com/2011/09/world-scariest-ghost-tolong-aku-nampak.html

Smoke- Rokok.. Berapa ramai umat Islam yg masih lagi menghisap benda yg dah difatwakan haram ini sekarang? Berapa billion ringgit yg dah dibazirkan oleh umat Islam untuk membeli benda yg merosakkan organ2 dalaman diri ini??

"...dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dengan tangan kamu sendiri,dan berlaku baiklah kerna sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik."
(surah al-Baqarah : ayat  195)

Sex- Doktrin2 yg menggalakkan pergaulan bebas...tengok dlm tv cukup..asyik2 CIUM..asyik2 CIUM...sampaikan masyarakat sekarang sudah menganggap cium tu perkara biasa...sedangkan itu juga merupakan pendekatan seksual yg kekadang merangsang nafsu syahwat kita...

Sport- Tak payah pergi jauh,tengok remaja2 Malaysia dah...masa UEFA Champions Cup...perlawanan tengah2 malam...sanggup bersengkang mata nak tengok pasukan idaman bermaharaja...kan lagi cantik kalo diselitkan dgn solat2 malam sekali....

Yg peliknya kadang2 boleh plak setting nak bangun tengah malam tu nak tengok bola....tapi kalo suruh setting utk bangun solat Subuh sahaja,punya lah susah...kadang2 sampai dah terbiasa solat Subuh 'Dhuha' sebab punya malas nak bangun solat Subuh awal2...kalo tengok bola boleh plak??

Song- Tak nak ulas banyak.. cuba tengok ni...


Style- Ni banyak kaum hawa yg menjadi mangsa,sbb fitrah wanita ingin mempamerkan kecantikan mereka..cuma persoalan KAWALAN IMAN sahaja yg mampu membendung keinginan itu..

Fesyen tudung yg berbagai-bagai sehinggakan kekadang mereka ini merasakan sudah memenuhi tuntutan menutup aurat walhal terlepas pandang pula yg mereka ini sedang mendekati 'tabarruj' (berhias berlebih-lebihan melampaui syarak)


Siber (Cyber)- Facebook,Twitter dan sebagainya...ke mana arah kita menggunanya? Adakah kita lebih menfaatkannya ke arah kebaikan ataupun sebaliknya hanya membazir masa dgn benda2 yg tak sepatutnya??

Cuba renungi kembali diri kita...

Dalam kumpulan mana yg telah kita terperangkap dengannya??
Wallahua'alam
-muhasabah buat diri penulis juga-


Saturday, 17 March 2012

Jadilah seperti ikan...




Masyarakat majmuk...

Apa fahaman anda tentang ungkapan di atas ini?

Umat Islam sekarang hidup dlm masyarakat yg pelbagai jenis..
Pelbagai bangsa...
Pelbagai kaum...
Dan pelbagai agama... bercampur kita dgn pelbagai lagi manusia yg lain2 jenisnya..

Betul tak?

Masing2 hidup dgn keadaan masing2...tersendiri...

Tapi masalahnya umat Islam sekarang bukan lagi seperti umat Islam dahulu...
Umat Islam sekarang sebahagiannya hidup mereka tak ubah hidupnya seperti umat agama lain..
BAHKAN LAGI TERUK LAGI...!

Islam hanya pada nama...
Islam hanya pada warisan...

Itu masalah kita....


Kita sering terpengaruh dgn BUDAYA HIDUP MASYARAKAT SEKELILING...

Pabila kawan2 kita ramai dari kalangan yg TAK MENJAGA AGAMANYA...
Yang selamba mendedahkan aurat di sini sana..
Yang selamba merokok dgn berasa bangga...
Yang selamba meninggalkan solat seolah2 dia tak buat apa2..
Yang selamba bercouple dgn penuh bersahaja...

Kita mula terikut2 dgn budaya pengaruh mereka...

Mula lah kita nak cuba sini sana...
Mula lah kita biasa dgn perangai2 mereka...
Mula lah kita nak jadi SEBAHAGIAN drpd mereka...

Tak kira lagi bila kita melanjutkan pelajaran di luar negara...

Pabila kita lah minoritinya yg berpegang pada agama...
Pabila kita lah minoritinya yg hidup dlm suasana bukan agama kita...
Pabila semua orang di sekeliling kita bukan sama agamanya seperti kita...

Masa tu lah kita rasakan kita lah yg PALING BERBEZA DRPD SEKELILINGNYA




Orang lain sekeliling kita semuanya LAIN...bukan mcm kita...

Masa tu kita je yg jaga solatnya...
Kita je yg sungguh2 menutup auratnya...
Kita je yg sungguh2 menjaga tuntutan & larangan agamanya...

Waktu tu...

Adakah kita kena sama dgn orang2 lain sekeliling kita..??

Orang lain yg tak menjaga tuntutan & larangan agamanya...
Orang lain yg berlainan agamanya daripada kita...

Perlu kah kita SAMA?

Ini persoalan utamanya...

Jawapannya memang ada di dada kita tetapi kita jugalah yg selalu terikut2 dgn suasana (bi'ah) di sekeliling kita...

Itulah masalah kita...

Suasana sekeliling sungguh senang MENGUBAH KITA...
dan kita sungguh susah nak kekal dgn fitrah Islam yg sebenar...
apatah lagi nak MENGUBAH SUASANA SEKELILING KITA...
(dalam keadaan kita berpihak pada yg benar)


Betul tak??

Sebab itulah perlu untuk kita mencontohi resmi 'ikan'..

"Ikan yg hidup bertahun-tahun lamanya di dalam lautan yg sungguh MASIN airnya...
Pabila ikan itu ditangkap,dimasak dan dipotong-potong isi dagingnya...
Isinya tetap kekal TAWAR nya tanpa terpengaruh rasanya walaupun sedikit dgn KEMASINAN AIR LAUT itu..."

Begitulah juga dgn kita...

Walaupun tinggal bersama-sama dgn masyarakat yg jauh hidupnya dgn ISLAM...
Biarlah hati kita tetap TEGUH dgn KEISLAMANNYA...
Tanpa terjejas sedikit pun kehidupan kita dgn kekotoran kehidupan jahiliyah itu...

Walaupun hidup di perantauan jauh dari negara Islam yg asal...
Hidup bersama-sama non-muslim yg bebas mengamalkan apa sahaja... 
Biarlah kita tetap TEGUH hidup dgn penuh KEISLAMANNYA...
Tanpa terjejas sedikit pun kehidupan kita dgn kekotoran pengaruh negatif kehidupan mereka...


Biarlah kita dgn kelainan kita...

Jangan biarkan diri terpengaruh dgn suasana yg negatif...
Sebaliknya biarkan diri ini yg mempengaruhi kehidupan itu ke arah yg positif...

Walaupun berbeza...tetapi ingatlah janji yg Esa...

"Dan janganlah kamu (berasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati kerana kamulah yang paling tinggi (darjatnya) SEKIRANYA KAMU BERIMAN..."

(suarah al-Imran:ayat 139)

-muhasabah buat diri penulis juga- :)

Tuesday, 13 March 2012

Pergh! Mat Saleh kot...!!



Kalau sebut je orang Barat,mesti kita rasa kagum kan..?

Tak percaya??

Tak payah pergi jauh,cuba tengok dekat Malaysia je..
Tengah2 kita jalan sempoi,tiba2 ternampak ada beberapa orang mat saleh lalu sebelah...

Pergh!! Terus kita rasa seronok & kadang2 rasa bertuah sebab dapat jumpa mat saleh..
Tudiaa...kemain lagi...

Tak cukup lagi?

Cuba buat survey sikit...
Try tanya soalan sikit..
Apa jawapan yg biasa dengar...?

"Ishh..cite kartun ni...apa barang? Cite orang putih lagi best..."
"Asyik2 lagu nasyid.. Lagu Inggeris lagi best..kontemporari kot..."
"Ko nak pergi kenduri tu pakai kopiah ke? Selekeh gler... pakai la kemeja dgn tie,baru smart.."
"Makan pun guna tangan..apala..kuno nya...orang sekarang pakai sudu dgn garfu la..lagi moden.."

Sedar tak sedar kadang2 kita terlalu mengAGUNGkan budaya2 Barat..
Betul tak..?

Betul..memang banyak benda baik yg boleh kita ambil dari budaya luar...
Apa yg baik ISLAM MEMANG GALAKKAN UTK KITA CONTOHI...ISLAM TAK TOLAK..

Tapi orang Islam sekarang bukan setakat benda baik je yg diambil..dgn yg buruk2 semua diambilnya..


Hmm...

Peradaban Barat..(Western civillisation)


Ramai yg melihatnya sebagai KEMAJUAN..

Betul ke..?

Jom kembali ke awal2 peradaban Barat ini muncul...

Renaissance.. Ingat lagi tak?
Zaman Barat mula melangkah ke arah kemajuan..
Zaman ni la peradaban Barat mula mengatur langkah sampai la apa yg kita lihat sekarang..

Peradaban Barat yg dianggap antara yg termaju abad ini...

Tapi..cuba perhatikan betul2..
Renaissance....peranan Gereja mula dipersoalkan
Renaissance.....Martin Luther mula memperjuangkan protestan-hasil drpd protes kerna cuba untuk memperbaiki peranan Gereja-permulaan tercetusnya mazhab Protestan...

Kemudian,semakin banyak berpecahnya mazhab2 kristian ini selepas itu sehinggakan dikatakan hari ini bilangannya mencecah ribuan mazhab!

Gambaran awal kepada kita bahawa orang Barat mula MENOLAK AGAMA DLM KEHIDUPAN mereka..
Agama diragui...
Agama mula tak dipercayai...
Lantas agama segera disisihkan dlm kehidupan mereka utk mencapai kemajuan...


Kemudian,matlamat utama mereka segera berubah..
Akhirat bukan lagi sasaran mutlak..
Agama bukan lagi matlamat yg ingin dijejak..

KEBENDAAN (materiality) mula menjadi tujuan kehidupan...

(Berbeza dgn Islam yg menetapkan akhirat sebagai tujuan utama...dunia hanyalah persinggahan semata-mata...jambatan sementara demi menjejak ke dunia selamanya)

Manusia mula mencari2 hakikat apa itu kemajuan??
Lantas mereka mula berlumba2 mencari PERUBAHAN..

Perubahan demi perubahan dilakukan atas dasar untuk bergelar manusia termaju abad itu...

Namun...kemajuan yg dikecapi bukanlah kemajuan hakiki yg dapat dinikmati..
Kerna mereka menilai kemajuan itu berdasarkan AKAL SEMATA-MATA..

(Berbeza dari Islam yg memandang kemajuan dari sudut ukhrawi hasil panduan wahyu Ilahi)

Perubahan demi perubahan terus dikejar...
Pelbagai jenis falsafah mula diketengah..

Darwinisme (Charles Darwin)...Feminisme...Liberalisme...Sekularisme
Manusia terus berlumba mengejar perubahan untuk kemajuan..

Saingan yg tak pernah henti demi mencapai kepuasan yg dimimpi2..


Perubahan demi perubahan dilakukan dengan PESAT!
Umpama proses pembandaran (urbanisation) yg mencakar langit dlm masa yg sangat singkat..
Daripada sekecil2 tapak perumahan menjulang kepada bangunan berlapis2 binaan...

Daripada asal kehidupan yg memerlukan kpd NATURALITY-hijau tumbuh-tumbuhan,udara segar...manusia mula beralih kpd konkrit2 yg tersusun padat-'hutan besi' yg semakin menjadi pujaan mereka...

-Nilai sebuah kemajuan-

Begitulah juga dgn kehidupan mereka...

Manusia mula hidup dalam kepura-puraan (artificial life)
Benda2 yg tak sepatutnya dijadikan sasaran dikejar mati-matian...
Hiburan...nilai mata kebendaan...fesyen...kepuasan...

sampaikan budaya ini mula menggugat FITRAH KEHIDUPAN (natural & traditional life)...


Perindustrian yg pesat memerlukan kpd tenaga kerja yg semakin ramai..
Lantas WANITA mula diambil untuk dijadikan sebahagian drpd tenaga buruh yg diperlukan..

Peranan keibuan mula ditinggalkan...
Anak2 makin diabaikan...
Zaman kehancuran institusi kekeluargaan dimulakan...
Kadar jenayah semakin meningkat hilang kawalan...

Pabila kebendaan diutamakan...
HANYA NAFSU & KEPUASAN DIRI DIJADIKAN PANDUAN 

-Kebudayaan citarasa (sensate culture)-


Apa yg dirasakan seronok...puas...memenuhi tuntutan nafsu....
Itulah yg BETUL dlm kehidupan ini...

Artis2 sensasi menjadi pujaan...
Konsert2 harian mula menjadi kegilaan...

Pakaian2 yg unik,seksi,charming menjadi trend...
Make up sensasi,rupa paras menawan,cute sahaja menjadi pandangan...

Lelaki dan perempuan berciuman sudah menjadi kebiasaan...
Remaja lelaki dan perempuan yg dibawa masuk ke dalam rumah tidak menjadi persoalan...
Malah,kegiatan berpeluk-pelukan itulah yg menjadi KEBANGGAAN..

Tanda mencapai kematangan...
Setiap orang muda mesti ada PASANGAN....yg berseorangan dikatakan ketinggalan..
Perkahwinan menjadi sesuatu yg dianggap membebankan...

Setiap orang berhak menikmati 'kelazatan tubuh badan' setiap insan yg lain...
Bertukar-tukar pasangan....menikmati kelazatan pelbagai kelainan tubuh insan yg berbeza...
Benda biasa....

-Kehidupan bertunjangkan nafsu-

Segala yg bertentangan dgn NAFSU & KEPUASAN DIRI dikekang habis-habisan..
Dikatakan tak kehadapan...

Manusia mula hidup dalam kekeliruan...



Manusia mula kehilangan identity (Crisis identity)

Lesbian...gay......hubungan sesama jenis dikatakan sebagai satu drpd hak asasi...

Wanita perlu diberikan hak sebagaimana yang lelaki berhak...-Feminisme-Wanita berjuang untuk mendapatkan persamaan hak,taraf....sedangkan Allah menciptakan cantik lelaki dan wanita berbeza kerna masing2 ada peranan tersendiri...

Kehidupan manusia yg bertunjangkan nafsu dan penuh dgn kekeliruan tak ubah seperti kehidupan haiwan moden!


Adakah ini yang dikatakan sebagai kemajuan???


AYUH KEMBALI KE PERADABAN ISLAM!


-Peradaban azali yg hakiki panduan Ilahi-

Saturday, 24 December 2011

Andainya Baginda bersama kita...




Peringatan:
Sebelum membaca post di bawah,hentikan pemain muzik di kanan blog terlebih dahulu...
Kemudian mainkan video di bwh (utk background muzik) sambil membaca artikel...
Semoga mesej yg ingin disampaikan dpt dihayati oleh pembaca... Slmt membaca :)



1400 tahun dahulu...
Lahirnya seorang Insan PENGUBAH DUNIA..
Mengubah segala yg dina menjadi idaman manusia...

Satu2nya manusia yg paling SEMPURNA di dunia yg fana...

Semua umat manusia mengikuti jejak langkah Baginda,
sehinggakan 2/3 dunia berada di bawah pengaruh Islam ajaran Baginda...


Namun...

Itu semua sejarah dahulu kala...
Sejarah yg manusia kini kian lupa akan kepentingannya...
Sejarah yg sangat2 bermakna sebenarnya...
Tp kini ia seakan2 tidak pernah wujud dlm diari manusia bergelar HAMBA...


Itu semua kisah2 sejarah dahulu..




Kini..


Artis2 perawan kian dicontohi...
Tokoh2 Barat kian dijulang tinggi...
Teknologi2 melalaikan kian disanjungi...
Segala yg batil seolah2 dilihat HAKIKI...

Jauh...semakin jauh kita dari Nabi yg kita mengaku cintai...


Terpanggil penulis utk menulis sedikit coretan di sini..
Kerna terlalu merindui Insan yg sgt ISTIMEWA ini..

Hmmpphhhh..........

Lau ka na bainana...
(andainya Rasulullah berada bersama-sama kita sekarang ni...)

Ayuhlah sahabat2...
Kita kembali ke pangkal sebenar yg kian dilupai tanpa kita sedari...

Kembali menjadikan Rasulullah sebagai sandaran hakiki...
Yg sentiasa kita amalkan dlm kehidupan sehari-hari...

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan (untuk diikuti) bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan bagi orang yang banyak mengingati Allah"
(surah al Ahzab: ayat 21)

"Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulai."

(surah al-Qalam: ayat 4)

Utusan yg sememangnya diutus sebagai TELADAN IKUTAN buat SEMUA umat yg bergelar manusia...

"Sesungguhnya diutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak"  

(Hadis Riwayat Muslim)

Mengenai hadis di atas ini ulama' ada membincangkan mengenai KEUNIKAN hadis tersebut...

Kenapa?

Apabila disebut mengenai AKHLAK,pasti kita akan terfikir mengenai perkara yg baik2,kelakuan yg baik2 bukan?

"Ehehh..anak awak ni berakhlak laa..."


'Akhlak' yg dikatakan mesti bermaksud KELAKUAN YG BAIK2 KAN??

Jd apabila dikatakan Rasulullah diutuskan utk MENYEMPURNAKAN AKHLAK,bermakna kelakuan & perkara yg baik2 pn BELUM sempurna lagi sehingga Rasulullah diutuskan utk menyempurnakannya!

Sedangkan akhlak yg murni pn belum sempurna tanpa perutusan Baginda,jelas terbuktilah bahawa Rasulullah adalah SEBAIK2 KESEMPURNAAN AKHLAK!! 



Hatta dalam karangan buku Michael H. Hart,The 100-A Ranking Of The Most Influential Persons In History juga menobatkan Baginda,Nabi Muhammad S.A.W sebagai manusia TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN...





Lantas cuba kita renung kembali dlm kehidupan sehari-harian kita...
Adakah contoh2 teladan Baginda sentiasa berada dlm amalan kehidupan kita??

Tatkala kita berjalan tiap2 hari dan secara tak sengaja terjumpa secebis sampah di tepi jalanan...
Adakah kita akan membiarkan sampah itu begitu sahaja atau mengutipnya?
Lantas apakah yg akan Rasulullah lakukan jika Baginda berada di tempat kita tatkala itu??

Tatkala kita pergi ke tempat awam dan bertemu dgn khalayak ramai...
Adakah senyuman terukir di roman wajah kita ataupun hanya kebiasaan tanpa memikirkan sesiapa?
Lantas apakah yg akan Rasulullah lakukan jika Baginda berada di tempat kita tatkala itu??

Tatkala kita melihat org lain dlm kesusahan....mak cik tua kepenatan berdiri dlm bas...
Adakah bantuan ikhlas dihulurkan atau hanya perkara biasa yg dibiarkan?
Lantas apakah yg akan Rasulullah lakukan jika Baginda berada di tempat kita tatkala itu??
 
Tatkala ingin menikmati juadah santapan percuma...
Adakah hanya mengambil yg secukupnya sahaja atau ambil sepuas-puasnya?
Lantas apakah yg akan Rasulullah lakukan jika Baginda berada di tempat kita tatkala itu??

Tatkala duduk bersendirian menunggu giliran/teman...
Adakah hanya duduk begitu sahaja membazir masa atau berzikir memuji yg Esa atau diisi masa yg ada dgn membaca?
Lantas apakah yg akan Rasulullah lakukan jika Baginda berada di tempat kita tatkala itu??

Dan byk lagi contoh2 aktiviti seharian lain yg kita lalui berkali-kali....

Lantas....


Apakah yg akan Rasulullah lakukan jika Baginda berada di tempat kita tatkala itu??


Apakah yg akan Rasulullah lakukan jika Baginda berada di tempat kita tatkala itu??


Apakah yg akan Rasulullah lakukan jika Baginda berada di tempat kita tatkala itu??


Adakah persoalan ini sering terngiang-ngiang di benak hati anda??


Tatkala kita SERING mengaku menjadi pengikut Baginda yg TERCINTA???


Ayuh,mari kita didik semula diri yg lupa ini dgn persoalan2 yg sering memuhasabahkan kembali diri kita kpd ajaran ikutan yg sebenar...

Hadirkan persoalan ini tiap kali ingin kita lakukan sesuatu perkara..
Agar ingatan kpd Insan Mulia sering tergambar di fikiran kita akan KEINDAHAN AKHLAKNYA...
Lantas terdorong utk kita MENGIKUTI jejak langkah Baginda...


Lau ka na bainana (Andai Rasulullah ada di samping kita)


"Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu semua mencintai Allah maka ikutilah aku. Nescaya Allah akan mencintai dan mengampuni dosa-dosa kamu semua."
(surah al-Imran: ayat 31) 





(Please stop other music before u play this video,tq)


Thursday, 22 December 2011

"Apakah kamu lebih mengetahui daripada Allah?"


AKIDAH

Silapnya umat Islam kini kerna sering memandang enteng tentang soal AKIDAH..

Walhal AKIDAH adalah TUNJANG UTAMA kpd asas keislaman seseorang...
Pabila goyahnya akidah...akan punahlah segala yg lain...

Umpama turunnya pelbagai jenis rezeki dari langit...
Hujan kasut,emas,ferrari,duit,I-pad,baju baru,PSP,nasi,chocolate dan pelbagai jenis benda...
Semuanya ditutunkan serentak dari langit...

Mana yg AKAN KITA SAMBUT AMBIL DULU??

Pastilah NASI dan sebotol air yg PATUT kita sambut ambil dulu sedangkan org2 lain sibuk terkejar-kejar menyambut ambil I-pad,PSP,Ferrari,emas perhiasan..

Kenapa?

Kerna bekalan inilah yg akan pastikan kita TERUS hidup sebagai sumber makanan utk kehidupan kita..sedangkan org lain semakin dahaga,lapar,penat,letih, dan lama-kelamaan MATI kerna TIADA ASAS utk bergantung dlm kehidupan...

Begitulah ingin digambarkan tntang AKIDAH...
Perkara yg SEPATUTNYA paling utama sekali kita setlekan sebelum mengambil berat tntang perkara2 lain...

Tp kini ramai yg kurg menekankan pemahaman yg mendalam mengenai AKIDAH ini...
Lantas timbul beberapa spekulasi yg dikeluarkan yg mana boleh menjejaskan akidah seseorang tanpa disedari oleh pelakunya...
 

"Saya rasa hukum Islam ni TAK SESUAI lagi la buat masa ni...keadaan tak mengizinkan untuk kita melaksanakan hukum2 Islam ni kt negara kita sekarang...!"

"Apalah.... Hukum2 Islam ni sume dah LAPUK la untuk zaman dulu2 je... Skrg mana boleh guna lagi hukum2 macam ni..."

(Nau'zubillah)

Pernah dgr tak kenyataan2 mcm ni??

Apa pendapat anda?

Hukum2 Allah yg telah ditetapkan sejak azali dlm Al-Quran...
Sunnah2 Rasulullah s.a.w yg telah ditunjuki Baginda sejak kelahirannya....

Adakah semua tuntutan di atas dituntut dilakukan mengikut kesesuaian pilihan manusia itu sendiri?
Ataupun manusia itu sendiri perlu TAAT & PATUH dgn tuntutan2 berkenaan??

Mengenai persoalan2 ini Allah telah mengemukakakan jwpnnya..

"...Katakanlah,kamukah yang LEBIH MENGETAHUI ATAU ALLAH..."

(surah al-Baqarah: ayat 140)

Andaikan.....

Sebuah kereta dicipta...
Ciptaan yg telah direka dgn sebaiknya...

Tiba2...Kereta ini mengalami sesuatu KEROSAKAN...
Lantas ramai yg cuba utk membaikinya...

Tp disebabkan hanya menggunakan PANDANGAN sendiri tanpa mengambil mana2 RUJUKAN,mereka TERSALAH baiki kereta ini...
Apa yg rosak semakin bertambah2 rosaknya...Bagaikan tikus membaiki labu...

Lantas apakah sepatutnya yg dilakukan dlm situasi ini??
Ya betul...Kembali rujuk kpd BUKU PANDUAN kereta ini....BUKU PANDUAN yg telah disediakan oleh org yg MENCIPTA kereta ini dan sememangnya dia ini SANGAT ARIF akan ciptaannya itu..
Jd apakah panduan terbaik kpd masalah ini selain drpd PANDUAN ASAL yg telah disediakan??

Samalah juganya utk makhluk bernama manusia ini...
Dimiliki oleh SATU PENCIPTA..
Yg mana Yang Maha Mencipta dan Maha Mentadbir ini MENGETAHUI SEGALA2NYA..
Dan kesemua PANDUAN2 ini telah dinukilkan dlm KALAMNYA sebagai PETUNJUK buat hamba2Nya yg serba kekurangan...

Tp setelah tiba sahaja masanya...ada yg mengatakan IANYA TIDAK SESUAI...
Seolah2 mereka ini TAHU SEGALA2NYA melebihi arahan PENCIPTA mereka...


Andaikan ada satu mainan robot kita reka pd awalnya..
Dan kemudian mainan ini mula mengingkari segala arahan kita sebagai TUANnya..
Adakah wajar mainan ini bertindak seolah2 dia lebih tahu segalanya drpd kita SEDANGKAN KITA YG MENCIPTANYA??

Begitulah juga samanya dgn manusia...

Ilmu kita terbatas...
Ilmu Allah MAHA LUAS...
Jika sesuatu yg ditetapkan indah oleh-Nya kelihatan tak indah pada kita...bukan kerna ia tak indah...tp kerna MATA HATI kita yg kabur utk melihat keindahannya...
Umpama kelawar yg tak mampu utk melihat siang...bukan kerna gelapnya siang itu...tetapi kerna siang itu terlalu terang bg BATASAN mata kelawar utk menatapnya...

Ilmu HAMBA sangat2 lah berbeza dgn ILMU PENCIPTANYA...
Penuh dgn segala serba KEKURANGAN..

Dlm sebuah kitab Tauhid 'Khoridatul Bahiyah' ada membincangkan serba sedikit mengenai SIFAT2 ILMU ALLAH:

1- Sifat Ilmu Allah adalah AZALI & ABADI

Jauh2 BERBEZA dgn ilmu manusia yg BARU DIPEROLEH & HANYA SEMENTARA..
Paham tak perbezaannya??
Apa yg dimaksudkan di sini ialah Ilmu Allah memang adanya sejak dahulu2 lagi (azali) dan Ilmu ini berkekalan sampai bila2 (abadi)...Dulu kini dan selamanya...

Berbeza dgn manusia...Ilmu yg diperoleh hanya lah setelah dilahirkan ke dunia,kemudian setelah dipelajari,barulah ia memiliki ilmu itu (BUKAN sejak azali) dan ilmu manusia ini hanya bertahan utk beberapa tempoh sahaja (BUKAN abadi) mungkin kerna lupa (kelemahan manusia itu sendiri)


Contohnya,generasi2 manusia kini semuanya tidak mengetahui akan ilmu2 manusia generasi awal2 terdahulu kerna tiada nya mereka waktu itu...walhal Ilmu Allah sememangnya merangkumi segala-gala perkara sebelum penciptaan makhluk2Nya lagi dan berkekalan sampai bila2...JAUH BERBEZA dgn sifat ilmu manusia...

2-Ilmu Allah TAK BOLEH DISIFATKAN KEPADA NAZORI(perlu kpd pembelajaran) & DHORURI(spontan)
Jauh2 berbeza dgn manusia yg SANGAT2 memerlukan kpd PEMBELAJARAN utk mengetahui akan sesuatu ilmu itu(BUKAN nazori)...Manusia bersifat dhoruri(spontan) yg memerlukan kpd sesuatu situasi...seperti seorang kanak2 yg lalu di hdpn sebuah meja,pasti ia akan mengelak meja itu SPONTANEOUSLY supaya tak terlanggar meja itu tadi...FITRAH namanya... Sifat Ilmu Allah pula bukan dhoruri kerna Ilmu Allah itu adanya pada zat Allah itu sendiri...

Pening sikit kan..??

Relaks2...

Utk memudahkan,just umpamakan seperti GULA...MANISnya gula itu memang ada pada zat gula itu sendiri bukan..?
Begitulah nak digambarkan Sifat Ilmu Allah itu pada zatNya sendiri(BUKAN dhoruri) tak perlu pd sesuatu situasi mcm manusia..

3-Sifat Ilmu Allah TAK DISANDARKAN KEPADA 'PENELITIAN,ASBAB ATAU DALIL' KERNA ALLAH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA...

Jauh2 berbeza dgn manusia yg memerlukan kpd penelitian,pengkajian,eksperimen,teori,dalil2 nas,dan sebagainya utk mengetahui akan sesuatu ilmu itu...
Persoalannya...

Adakah wajar kita mempersoalkan ketetapan Allah dlm Kitabnya sedangkan ilmu2 kita SANGAT2 JAUH BERBEZA DGN SEGALA KEKURANGAN JIKA NAK DIBANDINGKAN DGN SEGALA KESEMPURNAAN ILMU ALLAH??
Dengarkan jawapan Rasulullah s.a.w sewaktu Baginda dipersoalkan mengenai Hukum2 Allah oleh golongan kaum musyrikin waktu itu:

(Kata2 Baginda lebih kurang begini bunyinya mengikut fahaman penulis kerna penulis mencatatnya sewaktu mendengar ceramah yg disampaikan bukan dipetik drpd mana2 kitab,wallahua'alam)

"Apakah kamu ingin berbalas dengan aku tentang ketetapan Allah yang mana ianya bukan ketetapanku? Kamu sedang berhadapan dgn Allah bukan dgn aku tatkala ini (sewaktu kamu mempersoalkan mengenai hukum2Nya)!"


Dan mengenai peristiwa ini juga telah Allah nukilkan dlm Kitab suci-Nya yg mulia...
"Sibghah Allah(agama Allah). Siapakah yang lebih baik sibghah nya daripada Allah? Dan kepada-Nya lah kami menyembah. Katakanlah (Muhammad), 'Apakah kamu ingin berdebat dengan kami tentang Allah padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu? Bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu, dan hanya kepada-Nya lah kami dengan ikhlas mengabdikan diri."

(surah al-Baqarah:ayat 138-139) 

Wallahua'alam...