“Aku
bodoh… Tapi engkau lagi bodoh…!!”
Apa pendapat
anda pabila tiba-tiba anda diajukan dengan kata-kata yang sedemikian rupa?
“Wei!
Kau siapa nak kata aku bodoh!!
Kau
fikir kau tu dah cukup bagus sangat ke hah!!?
Kau
tu yang lagi bodoh sebenarnya!!
Ada
ke nak kata kat orang pulak…!!”
Perghh…
Kemain
melenting lagi kita kan…??
Cukup bengang
apabila ada orang yang seolah-olah tindakannya memperlekehkan kredibiliti diri kita
ini…
Cukup pantang
apabila ke’EGO’an kita diuji…
Cukup merasa
hebat dengan diri sendiri…
Betul tak?
Ya… Rasa hebat dengan diri sendiri…
Ramai yang
sebenarnya tidak menyedari akan kewujudan virus yang sangat bahaya di dalam
diri kita ini…
Pabila
kekadang kita melihat orang yang lebih muda memberikan sedikit nasihat di hadapan…
“Alaah budak ni…
Dia siapa nak tegur orang yang lebih tua macam aku…? Umur baru setahun
jagung,ada hati nak rasa diri tu dah hebat sangat nak tegur orang lain…”
Pabila
kekadang diri kita ini ditegur sedikit oleh golongan yang lebih tua dari kita…
“Alaah pak cik
ni… Nak tegur orang konon… Anak sendiri pun entah ke mana,ada hati lagi nak
jaga tepi kain orang… Aku ni belajar universiti bertaraf kebangsaan lah…! Aku
tahulah!!”
Pabila ada
sahabat-sahabat yang cuba memberi nasihat umum di hadapan khalayak ramai…
“Alaah mamat ni…
Sibuk je nak tegur orang…! Macam lah diri tu tak pernah buat salah langsung…
Cakap kat depan pun tersangkut-sangkut…”
Cukup-cukuplah
wahai manusia…
Cukup-cukuplah
dengan penyakit yang tidak habis-habis memikirkan diri sendiri itu lebih
baik berbanding orang lain…
Nak pikir
diri sendiri itu seorang yang sangat pandai..!?
Sudah khatam
bermacam-macam jenis buku??
Sudah
bertalaqqi dengan macam-macam jenis syeikh??
Sudah belajar
segala macam jenis ilmu??
Tak payah nak
belagak lah…
Kerna makhluk yang
paling bijak pernah di alam semesta ini ialah IBLIS…
Dan IBLIS ni
jauh lebih banyak ilmunya daripada manusia berganda-ganda!!!
Segala macam
jenis ilmu telah dikhatamnya!!
Segala macam jenis
pengetahuan telah diketahuinya!!
Nak pikir diri sendiri
itu seorang yang alim pula…!?
Sudah rasakan
diri itu telah banyak melakukan ibadah-ibadah sunat??
Ibadah fardhu
tidak pernah sesekali diabaikan…??
Lidah
sentiasa basah dengan zikir dan solat malam tidak pernah ditinggalkan??
Tak payah nak
berlagak lah…
Kerna makhluk
yang paling alim di alam semesta ini ialah IBLIS…
Dan IBLIS ni dahulunya
jauh lebih alim daripada manusia berganda-ganda!!!
Segala jenis
ceruk di muka Bumi ini telah ditanda dengan sujud di dahinya (menandakan betapa
banyak ibadahnya)!!
Dan segala
jenis malaikat pernah tunduk menghormati kepadanya...yang dahulunya dia adalah sebagai ketua segala
malaikat!
Iblis lah
makhluk yang paling alim dan paling banyak ilmunya pernah dicipta…
Namun,Iblis
ini jugalah yang sekarangnya mendapat gelaran sebagai makhluk
paling hina di seluruh alam semesta…
Sehingga
sanggup ingkar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam a.s. yang diciptakan daripada
tanah..
{قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسجُدَ إِذ أَمَرتُكَ, قَالَ أَنَا خَيرٌ
مِّنهُ خَلَقتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طِين }
Maksudnya: “)Allah) berkata: “Apakah yang menghalang engkau (Iblis) daripada sujud
(akur) kepada perintah-Ku? Dia (Iblis) berkata: ‘Aku adalah lebih baik daripada
dia (Nabi Adam a.s.) kerna aku diciptakan daripada api sedangkan dia diciptakan
daripada tanah’.”
(surah
al-A’raf : ayat 12)
Ego… Bangga
diri… Berlagak…
Sejenis
penyakit yang paling bahaya…
Namun,ramai
sekali daripada kita yang telah terbiasa dengan sifat yang paling dibenci oleh Allah
ini sebenarnya…
Bermula daripada
periwayatan sejarah manusia itu apabila Qabil merasakan
dirinya lebih bagus daripada Habil,lantas dibunuhnya Habil itu dan
tertumpahlah darah manusia pertama di dunia...
Disambung
kemudiannya dengan Firaun yang merasakan dirinya
adalah lebih baik daripada segala-galanya,sehingga menobatkan
dirinya sebagai Tuhan di alam dunia…
Dituruti
kemudiannya oleh Qarun yang dikurniakan dengan
harta kekayaan yang melimpah ruah,lantas dengan kekayaan ini dia mula berubah
daripada seorang yang khusyuk ibadah kepada seorang yang mula ingkar kepada
Tuhannya…kerna dirasakan dirinya lebih baik daripada mereka yang tidak mempunyai kekayaan
sepertinya…
Manusia saban
abad,saban itu juga dituruni sifat bangga diri
itu,generasi demi generasi…
Sehinggalah
kepada zaman kita sekarang yang secara sedar tak sedar,kita juga sebenarnya telah
dan sedang mewarisi virus-virus ‘bangga diri’ yang sangat-sangat bahaya ini…
Perspektif
‘aku lebih baik daripada kau’
“Eehle.. Kau siapa
nak tegur aku!? Kau pikir kau tu dah cukup bagus sangat ke hah!!?”
“Alaah ustaz ni…
Benda ni aku dah belajar dah dalam subjek Pendidikan Islam kat sekolah dulu…
Tak payah lah nak ulang-ulang lagi nasihat-nasihat ni… Bosan betul lah..”
“Alah mamat ni,nak
tunjuk hebat,laju gelecek bola konon… Takdelah hebat mana pun…”
Susah betul
untuk kita mengiktiraf kelebihan orang lain bukan??
Dan lebih
susah lagi untuk kita merendahkan diri sendiri…betul tak??
Ya… Inilah
penangan benih-benih ego dalam diri kita sebenarnya…
Merasakan
diri ini ‘is the best’…
Dan pabila
benih ego ini telah berkembang mekar di dalam diri kita…
Maka akan
semakin susah lah bagi kita untuk mengakui kelemahan diri yang perlu dibaiki
sebenarnya ini..
Bila diri itu
semakin tinggi egonya…
Semakin
dilihat orang lain itu banyak sungguh salahnya…
Kelemahan diri
pula semakin menjadi kabur di pandangan dirinya…
Lantas akan
timbullah rasa أَنَا خَيرٌ مِّنهُ (aku
lebih baik dari dia)
Kenali dahulu
siapa kita sebenarnya?
Dalam
menangani rasa bangga diri dalam diri ini,teringat aku
kepada satu kisah…
Kisah yang
berlaku antara seorang ulama’ dengan seorang pembesar di sebuah negeri…
Kisah yang
berlaku apabila ulama’ ini secara tidak sengaja terlakukan satu kesilapan
kepada si pembesar,dan terus si pembesar ini tadi mengeluarkan satu kata-kata yang
menunjukkan betapa tinggi sifat ‘bangga diri’ nya itu:
“Apa
masalah engkau ni!? Engkau tak kenal ke siapa aku!!?”
Lantas ulama’
ini terus menegur si pembesar tadi tanpa teragak-agak.. :
“Engkau
nak tahu siapa diri kau yang sebenar!?
Engkau
mulanya adalah daripada setitis air mani yang jijik lagi hina…!
Akhirnya
engkau nanti adalah tidak lari daripada menjadi satu bangkai yang sangat kotor
lagi busuk baunya…!
Dan
selang antara waktu mula dan waktu akhir itu,engkau tidak lain tidak bukan
adalah seorang pembawa najis (yang sentiasa mengangkut najis-najis yang jijik
di dalam perut kau itu)…!!”
Ya…
Ini lah
sebenarnya hakikat ‘rupa paras’ kita…
Mulanya kita
adalah daripada setitis air mani yang jijik lagi hina…!
Akhirnya
nanti kita adalah tidak lari daripada menjadi satu bangkai yang sangat kotor
lagi busuk baunya…!
Dan selang
antara waktu mula dan waktu akhir itu,manusia ini tidak lain tidak bukan adalah
seorang pembawa najis (yang sentiasa mengangkut najis-najis yang jijik di dalam
perutnya itu)…!!”
Itulah kita…
Sangat-sangat hina sebenarnya…
Pandanglah orang lain
dengan pandangan خَيرٌ مِّنا(Lebih baik daripada kita)
Pandanglah
semua orang di sekeliling kita dengan pandangan yang mulia…
Jauh lebih
mulia daripada kita…
Pandang mulialah
kanak-kanak di sekeliling kita…
Kerna boleh
jadi dosa-dosa mereka jauh lebih sedikit berbanding kita…
Pandang
mulialah orang-orang tua di sekeliling kita…
Kerna boleh
jadi pahala-pahala mereka jauh lebih banyak daripada kita…
Pandang
mulialah orang-orang miskin di sekeliling kita…
Kerna boleh
jadi jiwa-jiwa mereka jauh lebih zuhud,tidak cintakan dunia seperti kita…
Pandang
mulialah orang-orang kaya di sekeliling kita…
Kerna boleh
jadi duit-duit mereka jauh lebih banyak telah disedekahkan daripada kita…
Pandang
mulialah orang-orang pandai di sekeliling kita…
Kerna boleh
jadi ilmu-ilmu mereka jauh lebih tinggi daripada kita…
Pandang
mulialah orang-orang jahil di sekeliling kita…
Kerna boleh
jadi segala dosa mereka telah diampunkan disebabkan kesalahan yang mereka
lakukan itu tidak mereka ketahui akan salahnya perbuatan itu…
Bersangka
baiklah kepada semua orang di sekeliling kita…
Kerna mungkin
hakikat sebenarnya mereka adalah lebih jauh dikasihi Allah daripada kita…
Teringatku
kepada kata-kata Saidina Umar r.a.:
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara:
Pertama, Allah menyembunyikan keridhaan-Nya
dalam ketaatan kepada-Nya.
Kedua, Allah menyembunyikan murka-Nya
dalam kemaksiatan kepada-Nya.
Ketiga,Allah menyembunyikan lailatul qadar dalam bulan
ramadhan.
Keempat, Allah menyembunyikan para wali di
antara manusia.
Kelima, Allah menyembunyikan kematian di
dalam umur.
Keenam, Allah menyembunyikan shalat pertengahan (ash
shalatul wustha) dalam shalat lima waktu.” (Umar bin Khattab radhiyallahu anh)
Ya… Mungkin
ada dalam kalangan orang yang kita biasa temui sehari-seharian di dalam
kehidupan kita ini adalah daripada kalangan wali-wali Allah yang setiap
daripada kata-kata mereka,samada mendoakan kebaikan untuk kita,ataupun
mendoakan keburukan untuk kita adalah doa yang mustajab… Wallahua’alam
Berhati-hatilah
pabila berinteraksi dengan setiap orang yang kita jumpa!
Kena mungkin
salah seorang daripada mereka adalah wali-wali Allah…
Walaupun
peminta sedekah di tepi jalanan sekalipun…
Mungkin… who
knows???
Bezakan
antara ‘proud’ dan ‘boast’
Setiap
manusia memang diciptakan dengan kelebihan tersendiri…
Lantas,adakah
salah jika kita ‘berbangga’ dengan kebolehan diri kita itu??
Ya… Memang
tidak salah…
Berbanggalah
dengan kebolehan yang kita ada…
Jika
tidak,sampai bila-bila pun kita tidak akan berkembang maju…
Berbanggalah
sekadarnya…
Dan jangan
sampai kadar ‘berbangga’ kita itu menyebabkan kita memandang hina kepada orang
lain di sekeliling kita…
Bezakan
antara ‘proud of’ (berbangga) dengan ‘boasting’ (berlagak)…
“I’m proud
with myself”…”I’m proud with Islam”
Dan
“I’m better
than you,far more better…you are nothing compare to me…”
Beza bukan??
Wallahua’alam.
No comments :
Post a Comment