5 Mei 2013!
Bumi
bersejarah Malaysia bakal menyaksikan satu fenomena pertembungan bersejarah
yang telah dinantikan sekian lama oleh sekalian rakyat Malaysia…
Ramai yang
mengidamkan saat tertegaknya kembali ‘Kerajaan’ yang akan membawa keadilan
kepada rakyat…
Setelah Bumi
bertuah Malaysia ini diperintah sekian lama oleh ‘mereka’ yang culas dengan
amanah yang ‘dipinjamkan sebentar’ oleh rakyat…
Namun, di
saat masing-masing sibuk berperah keringat memperjuangkan seluruh tenaga untuk
memenangkan perjuangan Islam ini…
Ramai juga
sebenarnya daripada kalangan REMAJA harini yang masih lagi LENA,asyik
dengan dunia sendiri…
Sambil
menggenggam kedua-dua tangan mengharapkan KEADILAN diberikan kembali…
Seolah-olah
seperti terkabulnya sebuah mimpi…
Dengan
beralasankan umur yang belum mencecah 21 tahun lagi,remaja-remaja ini terus
‘mengasingkan’ diri tanpa mencuba untuk berbakti walaupun sedikit…
“Alaa…
Umur aku tak sampai 21 tahun lagi… mana boleh mengundi…”
Remaja yang
FOBIA dengan Politik
POLITIK...
Pabila terdengar sahaja perkataan
ini,pasti akan ada dari golongan REMAJA MUDA yang mula berasa kurang sedap
telinga...
POLITIK...
Pabila terdengar sahaja perkataan
ini,pasti akan ada kaki-kaki yang mula cuba untuk menjauhkan diri...
Dengan beralasankan umur yang belum
menjangkaui usia 21 tahun lagi...
“Alaa... Umur aku
belum 21 tahun lagi... Mana boleh mengundi... Toksah nak sibuk-sibuk lah
berpolitik-politik lagi...”
Tidak ketinggalan juga alasan-alasan
yang kekadang kerap sangat didengari...
“Amende
POLITIK-POLITIK ni! Menyampah aku dengan benda-benda politik ni... Politik kat
Malaysia ni KOTOR!! Dah, kalau kau nak main politik-politik ni,pergi
tempat lain,jangan sibuk nak masuk dengan kumpulan remaja macam kami...!”
Ya... Kumpulan remaja macam ‘anda’
inilah yang akan ‘memajukan’ Malaysia di masa hadapan kelak... Malaysia
PASTI akan ‘sangat-sangat’ maju bermodalkan kumpulan remaja seperti ini nanti...
Wake up young Guyz!!!
Sudah-sudah lah wahai kaum REMAJA...
Sudah-sudah lah dengan pemikiran
SEKULARISME anda yang suka memisahkan POLITIK ini daripada realiti kehidupan
sekarang...
Jauh... Sungguh jauh dengan ajaran
Islam yang menekankan kepada seluruh aspek kemanusiaan dalam kehidupan seharian...
And it’s includes Politics...
Firman Allah s.w.t. :
{ يا ايها الذين ءامنوا ادخلوا
في السلم كآفة... }
Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman,
masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh...”
(surah
al-Baqarah : ayat 208)
Masalah REMAJA hari ini...
Yang sibuk dengan hiburan dunia
petang, malam dan pagi...
Tak habis-habis dengan ‘dunia STUDY’
yang kononnya dikatakan penentu hidup dan mati...
Walhal masa sehariannya banyak
diculaskan kepada GAMES & MOVIE...
Ditambah lagi dengan ikutan budaya
Jepun,Korea yang tak henti-henti...
...Ganggnam Style...Gwiyomi...
Tanpa sedikit pun cuba untuk ‘menjenguk’
kepada isu yang lebih besar harini...
Lantas,masing-masing sibuk ingin
mengaku ‘Sebaik-baik umat pengikut Nabi...’
Sungguh... Sungguh rugi usia muda mu
dibaziri dengan perkara-perkara yang bersifat hanya mementingkan diri
sendiri...
Dengan langsung tidak ambil tahu
tentang Politik,kononnya ingin ‘menyucikan’ peribadi diri dengan mengasingkan
POLITIK yang dikatakan kotor ini...
Lantas pabila anda merasakan POLITIK
ini telah dikotorkan...Bukankah kita sebenarnya yang berperanan untuk
membersihkan POLITIK di saat ini kembali??
{ من لا يهتمّ بأمر المسلمين فليس منهم }
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak
mengambil berat tentang urusan umat Islam,maka bukanlah mereka daripada
kalangannya.”
-HADIS-
Ya... Bangunlah wahai golongan
REMAJA...
Politik itu sebenarnya bukanlah
kotor... Apa yang disangkakan kotor itu hanyalah kerna perspektif masyarakat
hari ini hanya dibataskan definisi POLITIK itu kepada Politik Kepartian semata-mata...
Bahkan POLITIK sebenarnya adalah jauh
lebih luas maksudnya dari itu..
Politik itu melibatkan segala suatu
urusan kita MENGURUSKAN setiap aspek perlakuan seharian kita...
Sepertimana yang dikatakan oleh
Al-Fadhil Ustaz Nazrul Abdul Nasir hafizahullah:
“Hatta ketikamana kita
hendak menyuapkan sesudu makanan ke dalam mulut kita itu pun sebenarnya dikira
sebagai POLITIK!”
Ya... POLITIK itu adalah
pengurusan...
“Politik
merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk
kebaikan bersama (atau kebaikan individu)”
Politik adalah satu cabang yang
melibatkan hubungan antara pelbagai pihak...
Dan dalam konteks hari ini politik
ini lebih banyak merujuk kepada aspek kemasyarakatan dan kenegaraan...
Dan perbincangan mengenai POLITIK ini
sebenarnya adalah sangat-sangat luas dan sangat mendalam lagi sebenarnya...
Namun,persoalan yang jauh lebih
penting dari itu lagi sebenarnya adalah...
Di
mana peranan kita dalam memperjuangkan
hak masyarakat di sekeliling kita pada hari ini?
Mendekati detik-detik PRU13
Pilihan Raya Umum 2013...
Inilah hakikat realiti hari ini...
Hakikat yang
mana kita sedang berhadapan dengan realiti POLITIK yang semua orang tidak boleh mengelak
daripadanya pada hari ini… walau sekuat mana pun usaha anda untuk menjauhinya,
akan tetap ADA KESANNYA dalam kehidupan anda selepas ini…
Tidak kiralah
sama ada anda seorang pelajar, seorang mahasiswa, seorang pekerja, seorang
penganggur mahupun seorang pencen…
Segala penentuan masa hadapan KITA
bergantung kepada keputusan pilihanraya ini...
Kekadang ada kedengaran suara-suara yang
mengeluh...
“Umur aku tak sampai
21 tahun lagi,macam mana nak mengundi...”
Umur bukanlah alasan yang menghalang
golongan muda seperti kita untuk BERJUANG...
Bahkan banyak sebenarnya ‘advantages’
yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda ini untuk turut sama-sama
membantu menegakkan perjuangan Islam pada hari ini...
Antara ‘Keringat Muda’ yang boleh
disumbangkan :
1-Usahalah untuk mempromosikan
kebaikan parti-parti politik ‘pihak yang Benar’ di status media massa
anda (Facebook,Twitter,Youtube DLL)
2-Kaji dan dalami apa yang
dimaksudkan dengan politik itu sendiri demi bersedia untuk mengisi ‘ruang-ruang
berbakti’ andai Islam menang suatu masa nanti.
3-Wujudkan perbincangan-perbincangan
ilmiah dalam mengkaji isu-isu politik secara matang,bukannya MENGUTUK
sana,MENGUTUK sini. Be MATURED...
4-Kaji terlebih dahulu kesahihan
sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Jangan terus ‘share’ berita-berita
yang diperoleh di dalam zaman yang sangat terkenal dengan FITNAHNYA pada hari
ini.
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوآ إِن جَاءَكُم
فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوماً بِجَهَالَةٍ فَتُصبِحُوا
عَلَى مَا فَعَلتُم نَادِمِينَ }
Maksudnya : “Wahai
orang-orang beriman, Jika datang seseorang fasik membawa kepadamu suatu berita,
maka TELITILAH (kebenarannya terlebih dahulu) AGAR KAMU TIDAK MENCELAKAKAN
SUATU KAUM DISEBABKAN KEBODOHAN yang akhirnya kamu akan menyesali perbuatanmu
itu nanti.”
(surah al-Hujurat : ayat 6)
3-Dan banyak lagi inisiatif-inisiatif
lain yang boleh difikirkan oleh ‘otak muda’ anda yang masih cerdas dalam
mencari secebis ruang untuk turut berbakti dalam perjuangan menegakkan Islam
ini.
Perjuangan mesti diteruskan...
Exam exam jugak...
Belajar belajar jugak...
Namun,janganlah disebabkan beberapa
perkara ini habis menyebabkan kita TUTUP segala pintu hubungan luar
kita...sehinggakan tiada apa langsung sumbangan kita dalam membantu memenangkan
perjuangan Islam ini...
Bimbang-bimbang di akhirat nanti kita
akan disoal oleh-NYA...
“Apakah engkau hanya menantikan kemenangan Islam tanpa sedikit
pun engkau cuba untuk berusaha ke arahnya!?”
SELAMAT BERJUANG!
Wallahua’alam.
okay next PRU nk register lah hehehehee
ReplyDeleteAlhamdulillah... ^_^
DeleteTANGGUNG JAWAB YG AMAT MENCABAR KPD SAF2 KEPIMPINAN BARU UBSA!!!!
ReplyDeletepemimpin yg terpilih tidak perlu bermegah dan mula bongkak sebagai mana yg disarankan oleh president parti,jgn berangapan anda terbaik dari yg lain,dan lbh baik dari kepimpinan sebelum itu,,tiada guna menang jawatan,tapi populariti ubsa semaikn merosot,dah kalah,,,kalah,kalah dan terus kalah dlm pru,,jesteru kita lihat pada pru14 nanti!!,apa guna tetap kalah dlm menarik sokongan rakyat dan penggundi s.alam???,anda hanya lah dipilih oleh perwakilan yg jumlahnya tidak seramai penggudi s.alam dan ahli akar umbi,,.anda bkn dipilih oleh org ramai iaitu penggundi,dan rakyat,,anda dipilih dtg dari sejumlah kecil msyrakat umno sja,dlm dunia umno sja,dlm keponpongan msyrakat yg kecil sja, jesteru,,apkah anda bersedia memikul tg jawab dan amanah bangsa melayu?maka diharapkan kepimpinan saf2 ubsa yg terpilih benar2
memiliki standard fikiran golongan profesional dsb nya di s.alam... jika tidak mahu ubsa dipandang sepi oleh penduduk s.alam dan ditertawakan oleh org ramai
termasuklah pemimpin parti lawan..sdgkan matlamat misi dan visi nya mahu merampas selangor,apakah dgn saf2 kepimpinan yg terbaru mampu melakukan nya??
Like · · Share · Promote ·
kini pengundi dan org ramai yg tinggal di shah alam sdg mentertawa kan saf2 kepimpinan baru umno bah shah alam terutama penyokong parti lawan,ianya kerana yg terpilih tidak memenuhi standard pemikiran golongan profesional dan selera org ramai,majoriti tidak setanding kemahuan parti
ReplyDeleteNi kenapa pulak tiba-tiba je ni? =="
ReplyDelete