Sunday, 3 March 2013

Ada apa dengan 3 Mac (3/3)??





“Inggeris,Perancis  dan  Rusia  sudah  berusaha  untuk  menumbangkan  Khalifah  Uthmaniyah selama  berpuluh-puluh  tahun,tetapi  tidak  pernah  berjaya. Namun,  tuan  dapat menumbangkannya  dalam  masa  sehari  sahaja!  Alangkah  hebatnya  Tuan  Presiden Mustafa  Kamal  Attaturk!!”

Demikianlah  pujian  yang  ditujukan  kepada  Mustafa  Kamal  Attaturk  oleh  Hayim Na’um,seorang  lelaki  Yahudi  yang  menjadi  orang  tengah  antara  perjanjian  damai Inggeris  dengan  pihak  Turki  selepas  tamatnya  zaman  Khilafah  Uthmaniyah pada  ketika  itu.


3  MAC  1924  Masihi

Bermulanya  satu  titik  hitam  yang  sangat  ditangisi  oleh  umat Islam  seluruh  dunia.  Tarikh  di  mana  di  waktu  inilah  sistem  Khilafah  Islamiyah  berjaya  dibubarkan  dan  bermulanya  proses  ‘di-islamization’  secara  perlahan-lahan  yang didalangi  oleh  Mustafa  Kamal  Attaturk  laknatullah  alaih  (l.a.).

Ramai  yang  mengetahui  kronologi  sejarah  kejatuhan  Khilafah  Islamiyah  ini secara  kasarnya,namun  tidak  ramai  yang  sebenarnya  menyedari  hakikat  sebenar  proses  penghapusan  sistem  Khilafah  Islamiyah  ini  secara  lebih  khususnya.

570M – 12 Rabiul Awwal, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah.

632M / 11 H – Wafatnya  Rasulullah  s.a.w.  pada  usia  63  tahun  dan  Saidina  Abu Bakar r.a. dilantik  menjadi  khalifah (2 tahun, 3 bulan),diikuti  oleh  Saidina  Umar  al-Khatab  r.a.,  Saidina  Uthman  r.a.  dan  Saidina  Ali  karamallahu  wajhah.

661M – Muawiyah  menjadi  khalifah dan  mengasaskan  Kerajaan  Bani  Umayyah.

752M – Bermulanya  Kerajaan  Bani  Abbasiah.

1301M – Uthman I  mengisytiharkan  dirinya  sebagai  sultan. Tertubuhnya  Empayar Uthmaniah.

1914M – Empayar  Uthmaniah  memasuki  Perang  Dunia  I  sebagai  sekutu  kuasa  tengah. Inggeris  menguasai  Gallipoli  dan  menyerang  Istanbul



1923M – Turki  diisytiharkan  sebagai  sebuah  Republik.



1924M – Pejabat  khalifah  dihapuskan.  Tamatnya  pemerintahan  Empayar  Turki  Uthmaniah



Namun, tidakkah anda tertanya-tanya;

“Bagaimanakah  mungkin  satu  sistem  pemerintahan  Islam  yang begitu gah  ini  boleh  dihapuskan  dengan  begitu  mudah  sahaja  pada  waktu 1924M  itu  sedangkan  sistem  Khilafah  Islamiyah  ini  sangat disanjung  tinggi  oleh  semua golongan  umat  Islam di waktu  itu??




Ya...
Segala-galanya  sebenarnya  bermula  dengan  kuasa  pemerintahan! Qiyadah..  Politik...
Dan  taktik  inilah  sebenarnya  yang telah  direncanakan  dan  dirancang  dengan  teliti  oleh  Mustafa  Kamal  Attaturk  l.a.  pada  waktu  itu!


Siapa  Mustafa  Kamal  Attaturk

Mustafa  Kamal  Ataturk  dilahirkan  oleh  ibunya  Zuberde   atau  Zubaidah  Hanim,seorang  wanita  berketurunan  Turki  pada  satu  malam  selepas  ibunya  itu  ‘dihamilkan’  ketika  menghadiri  satu  perayaan  golongan  Yahudi  Dunamah  yang  dinamakan  sebagai  ‘malam  pesta  kambing’.

Sejak  kecil  lagi,hidupnya  telah  ditanam  dengan  satu  matlamat  yang  jelas,  iaitu  untuk  menjadi  pemimpin  tertinggi  negara. Inilah  yang  disematkan  ke  dalam  pegangan  hidup  Mustafa  Ataturk  oleh  Abdul  Muhsin  Agha,  kawan  karib  ayahnya  yang  berbangsa  Yahudi. Dan  matlamat  ini  hanya  boleh  direalisasikan  dengan  cara  menjatuhkan  sistem  Khilafah  yang  telah  sedia  ada  kerana  menurut  sistem  Khilafah  ini,  hanya  mereka  yang  berasal  daripada  keluarga  sultan  sahaja  yang  boleh  menaiki  takhta  sebagai  Khalifah,  pemimpin  tertinggi  negara  ketika  itu. 

Dengan  segala  helah  dan  tipu  muslihat  yang digunakan  oleh  dia  mahupun  orang  terdekatnya,   Mustafa  l.a.  akhirnya  berjaya  ditempatkan  di suatu  kedudukan  yang  tinggi  yang  mendapat  perhatian  dalam  kalangan  masyarakatnya  ketika  itu.
  
Dan  tidak  hairan  jugalah  sekiranya  kehidupan  Mustafa  Ataturk  l.a.  ini  penuh  dengan  segala  helah  dan  tipu  muslihat  demi  merealisasikan  matlamatnya  kerana  Mustafa  Kamal  Ataturk  l.a.  ini  dikatakan  berketurunan  daripada  keturunan  Yahudi  Dunamah. 

“Mustafa  Kamal  Attaturk  sebenarnya  berasal  daripada  keturunan  Yahudi  Turki,atau  lebih  dikenali  sebagai  Yahudi  Dunamah,  iaitu  kaum  Yahudi  yang  berpura-pura  memeluk  agama  Islam,  tetapi  sebenarnya  masih  berpegang  teguh  kepada  ajaran  dan  juga  amalan  nenek  moyang  mereka. 

Mereka  mula  menyatakan  keislaman  mereka  bermula  pada  tahun  1683  dan   seterusnya  memakai  nama-nama  Islam  sebagai  strategi  tipu  daya  mereka.  Hali  ini kerana  target  utama  meraka  adalah  demi   menduduki  jabatan  tertinggi  dalam  pemerintahan.”

(Petikan  daripada  buku  ‘Istanbul  Iktibar  Sebuah  Empayar’  oleh  Pahrol  Mohamad  Juoi, Penerbitan  Hikmah, Kuala  Lumpur,1993)


“Tindakan  tidak  bermoral  daripada  Kamal  Attaturk  itu  tidak  usah  pembaca  hairankan  tatkala  mengetahui  yang  beliau  sebenarnya  berasal  daripada  bangsa  Yahudi  Dunamah.”

( Petikan  daripada  buku  ‘Bangkit & Runtuhnya  Khalifah  Uthmaniyah’  oleh  Dr.  Ali  Muhammad  Ash  Shalabi, Pustaka  Al-Kautsar, 2004)


“Di  dalam  Ensiklopedia  Yahudi  ada  menyatakan, sebahagian  besar  bangsa  Yahudi  Salonika  mengatakan  dengan  tegas  Mustafa  Kamal  Ataturk  itu  sebenarnya  berasal  daripada  Dunamah.

H.S. Armstrong, iaitu  seorang  pembantu  kepada  Ataturk  di  dalam  bukunya  yang  berjudul  ‘Al-Zi’bu Al-Aghbar’ ataupun ‘Al-Hayah  Al-Khasah  Li  Taghiyah’  ada  menulis, sesungguhnya Ataturk  adalah  daripada keturunan  Yahudi. Nenek  moyangnya  adalah  Yahudi  yang  berpindah  dari  Sepanyol  ke  bandar  Salonika.”

( Petikan  daripada  buku  ‘Mustafa  Kamal  Ataturk-Penegak  Agenda  Yahudi, oleh  Abdul  Latip  Talib, PTS  Litera  Utama  Sdn  Bhd, 2012)



Bermulanya  penentangan  Mustafa  Kamal  Ataturk

Setelah  berjaya  menamatkan  pengajian  di  Sekolah  Akademi  Tentera  pada  tahun  1904  dengan  berpangkatkan  kapten, Mustafa  Kamal  Ataturk  l.a.  mula  dilibatkan  secara  aktif  dalam  bidang  ketenteraan  oleh  Abdul  Muhsin  Agha  yang  mempunyai  ‘link’  yang  sangat  banyak  dengan  pegawai-pegawai  atasan  tentera  di  waktu  itu.

Dan  ketika  bulan  Oktober  1906,  dia  mula  menceburkan  diri  dalam  bidang  politik  dengan  menubuhkan  sebuah  gerakan  politik  bernama  ‘Al-Wathan  Wa  Al-Hurriyah’ atau  ‘Negara  Kebebasan’  yang  bermatlamat  untuk  menumbangkan  kerajaan  Uthmaniyah  yang  dilihatnya  semakin  lemah  dan  penuh  dengan  penyelewangan  pada  waktu  itu.

Kesempatan  ini  digunakan  sebaiknya  oleh  Mustafa  dengan  memanifestasikan  perjuangannya  yang  berprinsipkan  kepada  ‘perjuangan  golongan  muda  Turki’  untuk  menggantikan  pemerintahan  yang  dilihat  ramai  sebagai  semakin  korup  dan  berpecah  belah  pada  waktu  itu.

Dan  perjuangan  ini  mula  mendapat  sokongan  penuh  daripada  beberapa  pemimpin  Yahudi  yang  sememangnya  ingin  menjatuhkan  sistem  Khilafah  ketika  itu  seperti  Emanuel  Qarashu.

Memburukkan  nama  pemerintah  yang  sedia  ada

Berpandukan  kepada  matlamat  perjuangan  yang  sama,  Mustafa  berserta  pemimpin-pemimpin  Yahudi   ketika  itu  mengadakan  satu  persepakatan  yang  sangat  erat  antara  mereka  dan  beberapa  lagi  sekutu  mereka  yang   lain  seperti  pihak  Inggeris  untuk  bekerjasama  menjatuhkan  Khilafah  Islamiyah  yang  masih  ada  ketika  itu.

Lantas  mereka  merancang  untuk  mencetuskan  satu  huru-hara  pada  tanggal  13 Mac  bagi  memburukkan  dan  menuding  segala  kesalahan  kepada  Sultan  Abdul  Hamid  II  yang  menjadi  Khalifah  di waktu  itu.

Pagi  13 Mac,  sekumpulan  200  orang  Yahudi  yang  telah  diupah  mula  membuat  huru-hara  dengan  merompak  kedai,  merosakkan harta  awam  dan  memijak-mijak  serta  membakar  Quran  di  hadapan  Masjid  Aya  Sofia  yang  kemudiannya  mencetuskan  pergaduhan  dan  mengakibatkan  ramai  yang  terbunuh. Kemudian,  tiba  sebilangan  tentera  yang  dipimpin  oleh  Mustafa  sendiri  yang  kononnya  sebagai  ‘hero’  untuk   meredakan  keadaan  dengan  menangkap  mereka  yang  difikirkan  bersalah.

Mereka  (Yahudi)  yang  diupah  ini  kemudiannya  membuat  pengakuan  bahawa  tindakan  mereka itu  dilakukan  atas  perintah  Sultan  Abdul  Hamid  dan  kemudiannya  dilepaskan  atas  alasan  memberikan  kerjasama  kepada  tentera.  Namun, sebahagian  tokoh  agama  dan  ulama’  lain  yang  ditangkap  dan  mengaku  tidak  bersalah  dijatuhkan  hukuman  gantung  sampai  mati  kononnya  mereka  ini  dikatakan  bersubahat  dalam  mencetuskan  huru-hara  ini.  Akhirnya,  Sultan Abdul  Hamid  II  yang  telah  diburuk-burukkan  namanya  ini  disepakati  oleh  rakyat  untuk  diturunkan  daripada  takhtanya.


Bina  pengaruh  sendiri,  matikan  pengaruh  orang  lain

Setelah  dinaikkan  pangkat  atas  ‘jasa’  yang  dilakukannya,  Mustafa  mula  diberi  kepercayaan  untuk  mengetuai  beberapa  misi  ketenteraan.  Peluang  ini  dimanfaatkannya  sebaik  mungkin  dengan  mengadakan  beberapa  perjanjian  sulit  dengan  pihak  musuh  tanpa  pengetahuan  Kerajaan  Turki  Uthmaniyah.

Kemuncak  pengaruh  yang  diperolehnya  berlaku  ketika  tentera  pimpinan  Mustafa  dijulang-julang   rakyat  kerna  berjaya  ‘mengundurkan’  tentera  Inggeris  yang  menawan  Istanbul  ketika  itu  dengan  serangan  ‘olok-olok’  yang  telah  dirancang  oleh  kedua-dua  belah  pihak.  Lantas  Mustafa  l.a.  di  waktu  itu  disanjung  tinggi  oleh  rakyat,  sehinggakan  ada  yang  menyamakannya  seperti  Sultan  Muhammad  al-Fateh  yang  dahulunya  berjaya  menyelamatkan  Kostantinopel  daripada  penjajah.


Kuasa  yang  dipesong-gunakan

Mustafa  l.a.  yang  semakin  mendapat  nama  mula  mencadangkan  kepada  Sultan  Muhammad  V  (yang  menggantikan  Sultan  Hamid  yang  diturunkan)  untuk  menubuhkan  Majlis  Rakyat  kononnya  untuk  membolehkan  orang  ramai  terus  berjuang  melawan  penjajah  tanpa  ingkar  kepada  sultan  dan  cadangannya  ini  dipersetujui  sultan.

Lantas,  berbekalkan  kepada  ‘surat  perintah  sultan’  yang  dimintanya  sendiri  dari  sultan,  Mustafa  terus  menubuhkan  satu  Majlis  Rakyat  yang  terdiri  daripada   380  orang  dan  separuh  daripada  ahli  Majlis  tersebut  dipilih  sendiri  oleh  Mustafa  tanpa  sebarang  bantahan.


Singkirkan  mereka  yang  tak  sehaluan

‘Perjuangan’  Mustafa  yang  banyak  bercanggah  dengan  Islam  ini  tidak  disenangi  dan  sering  mendapat  tentangan  daripada  beberapa  pihak  seperti  Ali  Syukri,  musuh  ketatnya  yang  juga  merupakan  salah  seorang  ahli  Majlis  Rakyat  yang  agak  berpengaruh  dalam  kalangan  rakyat  ketika  itu.

Lantas  Mustafa  mengarahkan  seorang  pengikut  setianya, Thulam  Uthman  untuk  memujuk  Ali  Syukri  supaya  datang  bertemu  Mustafa  dalam  satu  pertemuan  sulit  yang  diaturnya. Ali  Syukri   ini  kemudiannya  ditikam  oleh  Thulam  dalam  pertemuan  tersebut  dan  mayatnya  ditanam  di  satu  kawasan  yang  agak  jauh  dari  pantai.

Kehilangan  Ali  Syukri  ini  mula  dipersoalkan  oleh  ramai  pihak. Lantas, Mustafa  yang  mula  cemas  ketika  itu  mengupah  pengawalnya  untuk  menembak  Thulam  yang  dalam  perjalanan  pulang  kerna dibimbangi  rahsianya  terbongkar.


Mustafa  yang  berjawatan  sebagai  ketua  tentera  di  waktu  itu  lantas  menasihatkan  semua  ahli  Majlis  Rakyat  supaya  meletakkan  jawatan  atas  dasar  keselamatan  kerna  kononnya  ada  ‘pihak  lain’  yang  mengancam  untuk  membunuh  ahli-ahli  pimpinan  ketika  itu.

Kesemua  ahli  Majlis  Rakyat  kemudiannya  meletakkan  jawatan  masing-masing  kerna  percaya  kepada  saranan  Mustafa  yang  ‘dipertanggungjawabkan’  untuk  menyiasat  kes  pembunuhan  Ali  Syukri  ketika  itu.

Peluang  ini  dimanfaatkan  oleh  Mustafa  sepenuhnya  dengan  melantik  semula  ahli-ahli  Majlis  Rakyat  yang  baru,  terdiri  daripada  pegawai-pegawai  tentera  yang  dipilih  sendiri  olehnya  atas  alasan  kononnya  supaya  dapat  membantu  memudahkan  urusannya   dan  pada  masa  yang  sama  dapat  menjaga  keselamatan  mereka  juga.



Pengongkongan  yang  kononnya  untuk  keselamatan   

Tanggal  29  November  1923M, Mustafa  Kamal  Ataturk  dilantik  sebagai  Presiden  Turki  yang  pertama  selepas  jelajah  kempen  ‘Negara  Republik’ nya  berjaya  memancing  hati  rakyat  dan  ditambah  lagi  dengan  jalannya  yang  dimudahkan  dengan  dua  orang  tokoh  yang  turut  bertanding  sebagai  calon  presiden  turut  ‘menarik  diri’  secara  tiba-tiba. 

Kata  Mustafa  Kamal  Ataturk:

“Selepas  Turki  menjadi  negara  republik, maka  pelabur  dari  luar  negara  termasuklah  negara  Asia,  Barat  dan  Eropah  akan  datang  melabur  di  negara  kita.  Dengan  cara  itu,  Turki  akan  maju  setanding  dengan  negara  Inggeris,  Jerman  dan  Perancis.  Agama  Islam  akan  terus  berkembang  kerana  kiat  akan  terus  memeliharanya.  Sultan  pula  akan  terus  berada  di  atas  takhtanya  kerana  sultan  adalah  tonggak  negara."

Namun  selepas  Mustafa  l.a. dilantik  menjadi  Presiden  Turki  pertama,  dialah  orang  pertama  yang  paling  bersungguh-sungguh  untuk  menyingkirkan  sultan.

Sultan  Abdul  Majid  yang  memegang  jawatan  sebagai  Khalifah  ketika  itu  diarahkan  untuk  tidak  keluar  dari  istananya  atas  alasan  ada  cubaan  untuk  membunuh  sultan.  Dan  ‘nasihat’  ini  turut  disokong  oleh  Mufti  Islam  Muhammad  Zhiayauddin  Afandi  yang  dulunya  turut  mengeluarkan  fatwa  supaya  Sultan  Abdul  Hamid  II  digulingkan.

Sejak  itu,  istana  sultan  sentiasa  dikawal  ketat  oleh  tentera  yang  bukan  sahaja  menghalang   sultan  daripada  keluar  bahkan  menghalang  orang  lain  daripada  masuk. Kemudian, satu  persatu  hak  sultan  dihapuskan  tanpa  pengetahuannya.

Berakhirnya  kebanggaan  yang  diizahkan

Tanggal  3  Mac  1924M,  Mustafa  Kamal  Ataturk  l.a.  mengumumkan  hasratnya  yang  telah  dipendam  selama  ini  iaitu  supaya  sistem  Khilafah  dihapuskan  buat  selama-lamanya,  sultan,  keluarganya  beserta  penyokongnya  diusir  keluar  dari  Turki  dan  undang-undang  Islam  digantikan  dengan  undang-undang  Barat.  Cadangannya  ini  dipersetujui  oleh  semua  ahli  kabinet  yang  ‘sefikrah’  dengannya  tanpa  sebarang  bantahan.

Bermula  daripada  saat  inilah  rakyat  baru  tersedar  siapa  Mustafa  Kamal  Ataturk  l.a.  sebenarnya.  Segala  kebangkitan  rakyat  yang  timbul  selepas itu  ‘ditamatkan’  dengan  menggunakan  kuasa  tentera. Mereka  yang  difikirkan  menentang  presiden  akan  ditangkap  dan  dibunuh  tanpa  bicara.

Masjid-masjid  ditutup  atas  alasan  dijadikan  markas  pemberontak.  Hukum  Islam  digantikan  dengan  hukum  Swis,  kaum  wanita  disuruh berpakaian  seperti  wanita  barat  dan  kaum  lelaki  dilarang  memakai  serban  sebaliknya  disuruh  memakai  topi  koboi.  Mereka  yang  memakai  serban  akan  ditangkap  dan  dijatuhkan  hukuman  gantung  di  khalayak  ramai. Al-Quran  berbahasa  Arab  dibakar  dan  disuruh  dibacakan  dalam  bahasa  Turki  serta  azan  turut  disuruh  untuk  dilaungkan  dalam  bahasa  Turki.





Sirah  bukan  sekadar  untuk  ditangisi

”Sesunggguhnya  pada  kisah-kisah  mereka  itu  terdapat  pelajaran  bagi  orang  yang  mempunyai  akal  fikiran.  Al-Quran  itu  bukanlah  cerita  yang  dibuat-buat  tetapi  membenarkan  (kitab-kitab)  yang  sebelumnya  dan  menjelaskan  segala  sesuatu  bahkan  sebagai  petunjuk  serta  rahmat  bagi  kaum yang  beriman.”

(surah  Yusuf :  ayat  111)

Bukanlah  sistem  Khilafah  itu  terhapus  secara  kebetulan,  bahkan  strategi  untuk  menumbangkan  sistem  ini  sebenarnya  telah  dirancang  dengan  penuh  teliti  dan  licik  sekali  oleh  musuh-musuh  Islam  ketika  itu.

Antara  faktor  dan   strategi  yang  menyumbang  kepada  tertumbangnya  Khilafah  Islamiyah:

 
-          Kepincangan  pemimpin-pemimpin  dan  masyarakat  Islam  di  waktu  itu  sendiri
-          Matlamat  hidup  yang  jelas  disematkan  kepada  Mustafa  l.a.  sejak  kecil  lagi
-          Link  dengan  pegawai-pegawai  atasan  yang  ramai  ‘dimanfaatkan’  oleh  Abdul  Muhsin  Agha  untuk  menempatkan  Mustafa  dalam  kedudukan  yang  berpengaruh  dalam   kalangan   masyarakat.
-          Peranan  media  massa  dalam  membina  pengaruh  Mustafa  dan  pada  masa  yang  sama  menjatuhkan  pengaruh  saingannya.
-          Kerjasama  sulit  dengan  pihak  musuh  dalam  memenangi  peperangan  sekaligus  mewujudkan  boneka  ‘hero’  Mustafa
-          Pelantikan  kroni-kroni  sendiri  dalam  jawatan-jawatan  penting
-          Tawaran  janji-janji  manis  kepada  rakyat  yang  hanya  sekadar  tawaran
-          Mereka  yang  menentang  akan  dihapuskan  bagi  menimbulkan  rasa  takut  dalam  kalangan  rakyat  lain  yang  cuba  untuk  bangkit


Dan  cara  yang  hampir  sama  turut  digunakan  pada  harini  untuk  menghapuskan  apa  jua  bentuk  sistem  pemerintahan  Islam  yang  cuba  dibina  semula.

Kerna  sejarah  yang  telah  berlaku  pasti  akan  berulang  kembali  bagi  mereka  yang  tidak  mengkajinya…

Wallahua’alam.




Rujukan:

-       ‘Mustafa  Kamal  Ataturk-Penegak  Agenda  Yahudi’, oleh  Abdul  Latip  Talib, PTS  Litera      Utama  Sdn  Bhd, 2012
-          www.syabab-uridu-khilafah.blogspot.com
-          http://pemudasabah.wordpress.com/2012/02/17/kronologi-sejarah-islam


Wednesday, 27 February 2013

muqaddimah wustho



(Tulisan hitam: pendapat aku)
(tulisan biru: rumusan buku yang sudah ku finishi)
(Tulisan kuning: dalil shahih)
(tulisan hijau: slot trivia)

assalamualaikum w.b.t

rasanya masih belum terlambat untuk menyiarkan muqaddimah di laman blog ini. bakat menulis kolumnis baru blog ni belum terserlah lagi malah kian berkarat dan makin merapu, almaklumlah sudah 3tahun meninggalkan dunia spm. maka jikalau tersalah silap bahasa mintak ditunjuk ajar

perkara pertama yang sering dibicarakan untuk memulakan sesuatu adalah????



 


niat.....

agak-agaknya, kenapa gambar di atas dipilih sebagai gambar pertama dalam perbicaraan niat.....
mungkin banyak sebab dan semua sebab yang terlintas di fikiran anda adalah betul. there are no right and wrong view.diaplikasikan dalam tujuan penulisan blogku.  Pertamanya, tujuan ku menulis blog hanyalah sekadar perkongsian buku-buku yang telah ku baca, rugi jika pembacaanku menghilang begitu saja. Maknanya, setiap post di blog ini yg ditulis olehku akan diselitkan rumusan sesebuah buku. Itulah niat ak sebenarnya, tetapi cukup rugi jikalau tidak ku asah bakat menulis ku di laman ini. Di samping tujuan utama, terselit bebrapa tujuan sampingan yang tidak disangka-sangka.


Perbincangan tentang niat, rasanya tidak perlu aku terbitkan hadis pertama dalam kitab 40hadis karangan imam Mahyuddin(Nawawi), semua biasa akannya.
Berkata tentang niat, kadang kala kita terlupa tujuan kita dihidupkan di dunia ini iaitu sebagai hamba dan khalifah. Sering kali orang terlepas pandang terhadap tanggungjawab sebagai khalifah. Kebanyakan orang hanya memandang Islam sekadar upacara keagamaan seperti puasa, solat, zakat dan haji. Namun, Islam sebenarnya merupakan satu jalan cara hidup yang sempurna meliputi aspek kebajikan, jenayah, politik, ekonomi dan segalanya.



Dari sudut pelajar sekolah dan mahasiswa pula tidak kurangnya. Doktrinasi belajar sudah melekat di kepala sebahagian besar pelajar sekarang. Rakyat Palestine menjerit kederitaan, Syria menangis air mata darah malah Pattani yang dekat dengan keturunan dan wilayah kita. Adakah mahasiswa dan pelajar ambil peduli?? Bak kata Yasin dalam lagu repp beliau, “jangan puisi ini disalah anggap pula, cuba bertoleh diri jua”



Perkataan ‘masuk university’ kadang-kala menjadi tanda Tanya tidak berpenghujung dalam otak ku ini. Nak kata masuk u untuk mendapatkan kerja mewah??? Mekanik mercedis kelulusan persijilan lagi kaya. Nak kata masuk u untuk mendapatkan ilmu??? Lab report, assignment, tutorial semuanya ambil senior punya. Malah kalau pergi perpustakaan Negara dan baca buku sendiri setiap hari, lagi banyak ilmu masuk. Nak kata masuk u kerana ALLAH???  Ulama mujtahid mutlak, ulama’ salaf tak pernah jejak kaki pun ke alam university… niat kadang kal menjadi lebih membingungkan berbanding kata-kata dan perbuatan



Ada orang kata Kebanyakan ibadah yang dilakukan perlu niat kerana ALLAH. Tetapi, ada sesetengah perkara yang tidak memerlukan niat untuk mendapat pahala. Antaranya, tengok wajah ibu bapa, tengok kaabah, tengok keindahan ciptaan ALLAH…semuanya tidak memerlukan kata-kata dan niat, hanya tengok INSYAALLAH mendapat pahala.



Duduk dalam majlis ilmu jaga mendapat rahmat daripada ALLAH. Sesetengah peristiwa yang sering berlaku kepada kita sendiri, niat di hati ingin merantau ke suatu perjalanan yang jauh. Ditakdirkan ALLAH kereta rosak di pertengahan jalan di waktu senja. Workshop dah tutup lantas terpaksa tunggu esok hari menjelma. Ingin pergi mencari kedai makan, malangnya penuh dengan manusia. Di ambil keputusan membungkus makanan dan membawa diri keseorangan lalu terjumpa masjid. Niat di hati nak singgah makan, tetapi dijemput hadiri kuliah magrib. Alang-alang kereta rosak, joinlah program masjid dari magrib sehingga dhuha semua aktiviti dijoin tanpa ada niat yang sebenar. ALHAMDULILLAH, kadang-kala sesuatu peristiwa kecil mampu mengubah hidup kita.
waALLAHua’lam



::SLOT TRIVIA::
kisah seribu satu malam. dikisahkan pada zaman dahulu kala terdapat seorang raja yang berkuasa mutlak terhadap rakyatnya. hidupnya penuh kenikmatan, bisah memetik mana-mana bunga di taman atas nama kuasanya. anehnya, isteri yang ditiduri bersamanya akan mati menjelang fajar menyinsing, maka berlangsunglah perkahwinan berhari-hari oleh raja itu. paham-pahamlah sebabnya, maka ditakdirkan seorang gadis bijaksana dipinang raja tersebut. gentar dengan apa yang akan berlaku kepada dirinya, gadis itu gusar tidak duduk diam...maka gadi tersebut pun............



rumusan buku:
Title: whatever you think, think the opposite
Author: paul Arden
Pages: 142



Summary:
-          Dick fosbory invented a new way to jump in Mexico Olympics 1968 with back flop.
-          Flower’s picture is a beautiful symbol but to make the picture memorable, the flower drew instinct
-          Strange and meaningless name make the name more memorable and not open to mispronunciation
-          Sometimes it is more easier to give on order with the negative sentence such as DON’T
-          If we always to make the right, safe and normal decision, then the result will be the same as the others
-          It is a boring life if there is no any obstacle force our life. Sometimes, it is better regret what you have done than what you haven’t
-          Dreaming and talking will not achieve any goal
-          The reasonable man adapts himself to the world, the unreasonable man adapt the world to himself
-          Over the top
-          Instead of waiting for perfection, run with you’ve got and fix it as you go
-          Ask for the slap, take positive to the constructive critics
-          Sometime, in an interview it is better to listen carefully to what the interviewers have to say than put on a show of your own brilliance
-          Some great people have their own great egos; maybe that makes them great
-          The real players don’t need to act out the meeting game. They roll up their sleeves and get on with the job
-          There is no right and false point in view
-          Turn this book upside down.
-           Bad idea executed is better than a good adea undone
-          It ‘s not where you take things from, it’s where you take them to
-          Sometimes, the clever things not to be too cleaver
-          If you good and right for the job, your resignation will not be accepted. If they accept your resignation you were in the wrong job, it is better for you to move on.
-          Go to work and do learning in the school of life
-          The excitement of a football game is in not knowing who is going to be the winner
-          Good marks will not secure you an interesting life, but your imagination

Saturday, 23 February 2013

PEMBODOHAN MAHASISWA!



PEMBODOHAN MAHASISWA…

Bila disebut sahaja perkataan ini,pasti ramai yang akan teringat kepada peristiwa antara saudari Bawani dan saudari Sharifah…
Dan lantas,ramai yang akan mula mempersoalkan :

“Kenapa mahasiswa seperti kami tidak diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat kami!?
Pihak berkuasa atasan nampaknya seolah-olah ingin mengongkong kami!!
Adakah mereka ingin MEMPERBODOHKAN kami!!?”

“Semua bentuk sekatan yang dikenakan terhadap golongan mahasiswa hari ini seolah-olah seperti satu sistem yang telah dirancang untuk menghalang mahasiswa daripada berfikir sekali gus MEMPERBODOHKAN golongan mahasiswa zaman sekarang!!”


Ya...
Memang tidak dinafikan...
Perkara-perkara di atas memang boleh menjadi penyumbang kepada PEMBODOHAN REMAJA zaman sekarang...

Tapi sedarkah anda,bahawa sebenarnya ada satu faktor lagi yang sangat-sangat menyumbang kepada PEMBODOHAN MAHASISWA/REMAJA  pada hari ini..??

...dan tidak ramai sebenarnya yang sedar akannya...



Proses ‘Pembodohan Mahasiswa’ yang tak perlu dirancang

Menjelang musim peperiksaan...
Ramai yang akan berpulun-pulun menelaah segala macam jenis ilmu pengetahuan...
Segala macam jenis buku dibeleknya dari halaman ke halaman...
Demi bergelar mahasiswa yang ‘berjaya’ di dalam imtihan...

Namun,setelah tamat sahaja tempoh ‘darurat’ peperiksaan...
Masing-masing seolah-olah seperti telah ‘bebas’ dari semacam jenis cengkaman bebanan...
Dan masing-masing akan mula berfikir bagaimana untuk menghabiskan sisa-sisa baki masa di waktu kelapangan...


Mula lah terdetik...
Movie... Korea... Jepun... PES... FIFA...
FIFA... Korea... Jepun... Movie... PES...
PES... Jepun... FIFA... Korea... Movie...





...dan segala macam aktiviti yang sewaktu dengannya lagi...

Hari demi hari berlalu...
Dan mahasiswa yang sering menentang proses PEMBODOHAN MAHASISWA oleh mana-mana pihak ini terus dengan rutin harian mereka...

...rutin yang kurang mengembangkan potensi mahasiswa yang terpendam...
...rutin yang banyak membazir masa-masa yang bernilai...

Rutin yang terus sebenarnya berperanan sebagai sistem PEMBODOHAN MAHASISWA yang kita sendiri tidak sedar...

“Siapa kata aktiviti macam ni kurang mengembangkan potensi!? English aku improve kot dengan aktiviti-aktiviti macam ni...”

Ya...
Memang English anda akan ada improvement nya...
Tapi bukankah banyak lagi bidang ilmu  lain yang perlu kita improve kan prestasinya?
Bukan setakat English  sahaja...

Betul tak?

“Agak-agak la wei! Takkan nak berhibur sekejap pun tak boleh!?... Salah ke nak release tension sikit!? Sedangkan Nabi pun berhibur...!!”


Ya...
Memang saya tidak mengatakan aktiviti sebegini adalah salah...
Bahkan saya sendiri turut melakukannya sekali sekala...
Dan memang tiada nas-nas yang MENGHARAMKAN aktiviti sebegini rupa...
Kerna memang kita adalah manusia biasa...

Buatlah sekali sekala...

Cuma yang menjadi masalahnya adalah pabila ianya menjadi BANYAK KALA...
Sehingga ‘dijadikannya sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang’...

Pantang ada masa free,mesti perkara-perkara ini yang ingin dilakukannya...
Sehinggakan kekadang pabila disebabkan terlalu ‘khusyuk menikmatinya’...
Habis terlepas segala kewajipan ibadah yang perlu ditunaikannya...

Khusyuk bermain games  sehinggakan terlepas ganjaran solat di awal waktu...
Khusyuk melayan movie di malam hari sehinggakan Subuhnya tergadai di keesokan hari...
Khusyuk mengejar upgrade game’s character  sehinggakan terlupa untuk upgrade taraf ilmu diri yang masih di takuk yang lama...



Inilah sebenarnya yang dikatakan sebagai PEMBODOHAN MAHASISWA!
Mahasiswa/remaja yang kekal di takuknya yang lama...
Tiada sebarang usaha untuk meng-upgrade-kan kandungan ilmu dan prestasi dirinya ini...

Masa-masa berharga yang dipinjamkan sementara dibazirkan begitu sahaja...
Benarlah sabda Nabi s.a.w. :


{ نِعمَتَانِ مَغبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ,الصِّحَّةُ وَالفَرَغ }
Maksudnya : “Dua nikmat yang kebanyakan dari kalangan manusia lupa akannya…
Sihat dan masa lapang.”


Contohilah semangat upgrade ilmu mereka yang dahulu
                                          
{ اطلُبُوا العِلمَ مِنَ المَهدِ إِلَى اللَحدِ }
Maksudnya : “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Perjalanan menggali ilmu tidak pernah berakhir...
Cuma manusia yang kekadang terlalu cepat menitiknoktahkannya...

Contohilah kesungguhan mereka-mereka yang terdahulu...
Contohilah Imam Syafie’ yang bersusah-payah mencari seberapa banyak mutiara ilmu meskipun beliau dihimpit dengan seribu macam kemiskinan...

Hatta dikisahkan Imam Syafie’ ini akan sanggup pergi melewati pejabat-pejabat kerajaan untuk mengutip kertas-kertas yang dibuang supaya dapat dijadikan sebagai tempat catatan...

Dan andai keadaan terus mendesak,beliau akan sedaya boleh cuba mencatat segala ilmu yang diperolehnya baik di atas tembikar-tembikar mahupun di atas pelepah-pelepah tamar...

Punya begitu susah keadaan beliau di waktu itu...
Ditambah pula dengan segala macam kemudahan yang masih belum wujud lagi di waktu itu...

Tiada kereta...
Tiada komputer...
Tiada internet...

Namun,tetap gigih meneruskan usaha tanpa hentinya dalam menuruti lorong-lorong ilmu...

Pernah sekali Imam Syafie’ ditanya :

“Bagaimana keadaan anda dalam mencarinya (ilmu)??”

Lantas beliau menjawab :

“Saya mencarinya umpama seorang ibu yang kehilangan satu-satunya anaknya di dunia dan ia tidak memiliki sesiapa pun selain dari dia...”


Berbeza dengan kita yang mencarinya seperti ala kadar sahaja dan mudah berasa ‘PENAT’ untuk mencari ilmu-ilmu ini...

Pabila kekadang jadual pembelajaran terlalu padat sedikit susunannya...
Pabila kekadang tempat pengajian agak jauh sedikit pertapakannya...
Pabila kekadang waktu pengajian agak lama sedikit tempohnya...

Akan ada suara-suara kecil hati yang mula mengeluh ‘KEPENATAN’...



Di saat ini,ingatlah pesan Imam Syafie’ r.h. :

“Pabila kamu tidak tahan penatnya belajar,maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”



Berdampinglah senantiasa dengan mereka yang cinta akan ilmu dan rajin keluar pergi mengutip mutiara-mutiara ilmu...
Kerna pendampingan seperti ini mampu menyuntik serba sedikit semangat baru kepada diri kita yang kekadang perlukan teman-teman sebagai perangsang yang tak diduga...

Seperti kata pujangga :

“Sebaik-sebaik sahabat adalah mereka yang mengingatkan diri kita di kala kita kealpaan, dan seburuk-buruk sahabat adalah mereka yang mendiamkan diri di kala kita memerlukan.”


Masa lapang yang ‘dibodohkan’ begitu sahaja

Hargai dan manfaatkan sebaiknya masa lapang yang dipinjamkan sebentar kepada kita...
Kerna bimbang masa yang ‘dipinjamkan’ ini akan dipersoalkan kembali oleh Tuan Punya masa di ‘dunia sana’ nanti...

“Untuk apa usia muda mu digunakan?”

Soalan yang paling dikesali oleh mereka-mereka yang sudah tiada di sisi kita...

Every second of thing you’ve done is being counted...’



Setiap detik masa adalah berharga...
Dan oleh sebab itu juga Ibnu ‘Aqil al-Hambali r.h. pernah sekali berkata...

“Sungguh tidak benar bagiku untuk mensia-siakan waktu walau sesaat daripada usiaku. Kalaupun lisanku berhenti daripada menghafal, mataku berhenti daripada membaca, maka aku pasti akan menyibukkan fikiranku di saat istirehatku sehingga ketika aku bangun,pasti telah aku miliki dalam diriku apa yang akan ku tulis kemudiannya...”


Sibukkanlah masa kita dengan mencari pelbagai jenis ilmu yang baru...
Lazimkan diri dengan membaca buku ketika ada masa lapang/masa senggang (freetime)...
Ataupun sekurang-kurangnya isikan masa senggang itu dengan perkara-perkara yang bermanfaat...

Supaya ‘proses Pembodohan’ itu tidak berlaku ke atas kita selamanya...

Dahagakan diri dengan meneguk segala ceruk ilmu...
Kerna sungguh perjalanan menuntut ilmu itu adalah sangat panjang...
...dan tidak akan pernah berakhir...

Firman Allah s.w.t :

{ قُل لَّو كَانَ البَحرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتُ رَبِّي لَنَفِدَ البَحرُ قَبلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَو جِئنَا بِمِثلِهِ مَدَادًا }
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad),’Seandainya lautan itu menjadi tinta untuk (menulis) kalimah-kalimah (yakni ilmu-ilmu) Tuhan-Ku,maka pasti akan habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimah-kalimah Tuhan-Ku itu,meskipun Kami datangkan (lagi) tambahan sebanyak itu (juga).”

(surah al-Kahfi : ayat 109)

Wallahua’alam.