Al-kisah pada zaman dahulu terdapat seorang ulama’
bersama-sama dengan anak-anak muridnya di sebuah madrasah pengajian di
Indonesia…
Lantas,tiba-tiba seorang daripada anak muridnya
berkunjung ke rumah gurunya itu untuk bertanyakan suatu soalan…
Lantas ia berkata:
“Wahai syeikh,kenapa perlu kita mengambil hukum-hukum
daripada kalam-kalam (kata-kata atau pendapat-pendapat) ulama’-ulama’
terdahulu…?”
“Kan lagi bagus kalau kita ambil je terus hukum-hakam
daripada kalam-kalam Allah ataupun kalam-kalam Nabi Muhammad s.a.w. ….?”
Si guru mendengar sambil mendiamkan diri…
“Panduan utama kita kan Allah dan Rasul-Nya… Betul
tak? Jadi,terus je lah kita ambil hukum-hakam daripada kalam-kalam Allah
ataupun kalam-kalam Rasulullah s.a.w. terus…..
Ni tidak… Asyik-asyik kita cakap : ‘Mengikut pendapat
Imam Ghazali r.h.’ (sebagai contoh)…. Asyik-asyik : ‘Sepertimana yang dikatakan
oleh Imam Syafie’ r.h.’…. Asyik-asyik :
‘Dalam masalah Feqah ini,terdapat dua pendapat ulama…. Imam Romli kata sekian
dan sekian…manakala Imam Ibn Hajar kata sekian dan sekian… ’
Si guru terus mendiamkan dirinya sambil mendengar…..
dan mendengar….
“Tak boleh ke kalau kita terus je kata : ‘Hukum-hukum
ini adalah sepertimana yang dikatakan oleh Allah s.w.t ….. Sepertimana mengikut
kalam Nabi Muhammad s.a.w.!”
“Kan dua perkara ni kan panduan utama kita…”
“Kenapa kita nak ikut sangat kalam-kalam ulama’ tu…?
Mereka tu lagi bagus ke daripada junjungan mulia,Nabi Muhammad s.a.w. ….??
Ambil je lah terus hukum-hakam daripada kalam-kalam Allah dan kalam-kalam
Rasulullah s.a.w.”
Si guru memulakan bicaranya…
“Hmm,kamu ni… Banyak sangat
cakapnya tu… Penat nanti….”
“Tenang dulu… Rileks... Minum air
dulu…”
Si guru terus meminta isterinya untuk menjamukan air
kepada anak muridnya ini…
Lantas beliau mempersilakan si anak muridnya ini untuk
menikmati hidangan air yang disediakan tersebut…
“Jemputlah minum…”
Anak murid yang
patuh kepada gurunya ini terus menuangkan air yang berada di dalam teko yang
disediakan itu ke dalam sebuah cawan untuk diminumnya…
Lantas juga si guru itu bertanya kepada anak muridnya…
“Laahhh… Kenapa kamu tuang air tu
dalam cawan..? Kenapa kamu tak minum terus je guna teko itu..??”
Si murid terus menjawab…
“Lahhh… Kan lagi senang kalau kita nak minum guna
cawan…” Mana ada orang minum guna teko ni terus..? Susah lah...”
”Kalau kita minum guna teko terus (directly)…kang nanti
kang ada air yang tumpah meleleh kat tepi-tepi tu… Lepas tu,air dalam teko ni
kan panas… Banyak pulak tu… Mana larat nak teguk sekali banyak terus …Tuanglah
dalam cawan dulu bagi sejuk sikit….. Tak perlu nak gelojoh-gelojoh sangat…”
Si guru lantas berkata…
“Haah… Itulah jawapan bagi
soalan-soalan kamu tadi….!!”
“Kita sebenarnya bukan tak nak
ambil hukum-hakam daripada Allah s.w.t atau daripada Rasulullah s.a.w. terus…”
“Tapi sebenarnya kita sendiri yang
tak mampu
untuk mengambil hukum-hakam itu terus daripada mereka…”
“Kita perlukan mereka yang lebih
arif (lebih tahu) lagi mengenai perkara ini untuk menerangkan nya kepada kita…”
“Siapa lah kita ini jikalau nak
dibandingkan dengan Ulama’-ulama’ seperti imam Ghazali,imam Syafie’,imam
Nawawi,imam Romli,imam Ibn Hajar dan ulama’-ulama’ yang lain yang tekun
menuntut ilmu berpuluh-puluh tahun itu…”
Si murid tadi
terdiam.
Dalam merentasi kehidupan di saat akhir-akhir dunia
ini…
Ramai antara umat-umat akhir zaman ini yang kadang-kadang
mempertikaikan kewibawaan sesetengah ulama’-ulama’ yang telah banyak berjasa
kepada mereka…
Bahkan kadang-kadang boleh sampai kepada tahap
menghina ulama’-ulama’ ini (Nau’zubillahi min zaalik)
Kata sebahagian daripada mereka…
“Kenapa
kita zaman sekarang ni selalu sangat nak ambik pendapat-pendapat ulama’
tu,pendapat-pendapat ulama’ ni…! Kita lupa ke yang Nabi Muhammad s.a.w itu
adalah panduan utama kita! Tahu tak sahabat-sahabat semua yang tindakan kita
ini seolah-olah menunjukkan kita ini mengenepikan Rasulullah s.a.w!!??”
“Kita
nak ambik pendapat mereka ke nak ambik pendapat Nabi s.a.w!!!?”
Perghh… Cakap kencang….
Cakap kepada mereka…
“Aku nak ambik pendapat mereka
(para ulama’) dan aku nak ambik pendapat Nabi s.a.w. …”
“Aku tak nak ambik pendapat
kau!!” ^_^
Tatkala kita pada zaman ini menggunakan
pendapat-pendapat para ulama’ yang faqih dalam bidang-bidang ilmu mereka
mengenai permasalahan sesuatu perkara*…
Bukanlah bermakna kita seolah-olah mengenepikan
Junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w…
Bahkan kitalah sebenarnya yang menyanjung tinggi
pendapat Nabi s.a.w. ini dengan MEMAHAMI TUJUAN SEBENAR YANG INGIN DISAMPAIKAN
oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. ….
*Digunakan kepada
perkara-perkara furu’ bukan usul kerna perkara-perkara usul
tidak memerlukan kepada perbahasan ulama’ kerna jumhur ulama’ bersetuju
mengenainya.
[furu’ =
cabang-cabang ilmu asas@persoalan-persoalan sampingan seperti solat-solat
sunat]
[usul =
perkara-perkara asas seperti Allah itu satu,solat itu wajib]
Al-kisah ada seorang
lelaki sedang duduk di ruang tamu rumahnya…
Lantas dia berkata
kepada bibik*nya yang sedang berada di dapur ketika itu…
*(Bibik = Panggilan
untuk orang gaji di Malaysia yang berbangsa Indonesia)
“Bibiiiik…
Tolong ambilkan air….”
Lantas si bibik yang
sedang berada di dapur itu datang ke ruang tamu sambil membawa secawan air teh panas…. untuk
majikannya itu tadi minum…
Lelaki itu pun
meminumnya…
Dan kemudiannya
lelaki tadi tiba-tiba berhajat untuk membuang air kecil…
Lantas dia segera
bergegas pergi ke tandas rumahnya itu…
Ketika sedang dibuang
‘hajatnya’ itu…
Dia mendapati bahawa
tiada air yang keluar daripada kepala paip tandasnya itu…
“Mungkin air takde kot hari ini…”
Bisik hatinya…
Lantas dia melaungkan
suaranya untuk meminta bantuan bibik ketika itu…
“Bibiiiiik…. Tolong ambilkan air….”
Lantas bibik yang
dipanggil itu tadi datang kepada majikannya itu sambil membawa SECAWAN TEH
PANAS!!
(Adohh…panasnya… ^_^)
Tafsiran yang ingin
disampaikan sebenarnya adalah berbeza untuk mesej yang kekadang bunyinya adalah
sama…
Begitulah juga dengan
ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. ….
Bukanlah kita tidak
mahu untuk MENGAMBIL
TERUS hukum-hakam daripada
hadis-hadis atau ayat-ayat Quran itu tadi (mengikut pemahaman kita)…
Tapi sebenarnya kita
sendiri yang kadang-kadang TIDAK MAMPU untuk mentafsirkan makna sebenar
yang ingin disampaikan oleh kalam-kalam yang mulia ini…(mengikut tahap ilmu
yang kita miliki)
Kerna itulah kita
sangat-sangat memerlukan para ulama’ yang jauh lebih alim ini (lebih
mengetahui) untuk menerangkan kepada kita makna kalam yang ingin disampaikan
sebenarnya…
{فَاسئَلُوآ أَهلَ الذّكرِ إِن
كُنتُم لَا تَعلَمُون}
Maksudnya:
“Maka bertanyalah kamu kepada golongan yang tahu itu (iaitu mereka yang arif
dalam sesuatu perkara tertentu) jika kamu tidak mengetahui.”
(surah
an-Nahl : ayat 43)
Wallahua’alam.
~credit to Al-Fadhil Ustaz Nazrul Abdul Nasser & Al-Fadhil Ustaz Shaouqi
No comments :
Post a Comment