Oksigen… (Oxygen)
Terkurang tak
boleh…
Terlebih pun
tak boleh…
Hatta dalam
ilmu perubatan pun banyak sebenarnya kadar ‘Wasatiyah’ yang
perlu dipraktikkan untuk memastikan kesejahteraan dalam sesuatu kehidupan…
Retrolental Fibroplasia… (Etymology: retro + lentil
= lens, fibra = fiber, plassein= to mold)
‘Retrolental
Fibroplasia’…
Juga dikenali
sebagai ‘Retinopathy of Prematurity (ROP)’…
Merupakan
suatu penyakit di mana sesalur darah (blood vessel) bagi mata seseorang
itu akan tumbuh secara tidak normal iaitu di belakang retina si
pemilik mata iaitu di kawasan ‘vitreous humor´ mata itu… (sila
rujuk gambar)
Seorang bayi yang dilahirkan dalam keadaan ‘belum cukup umur’
(premature baby) adalah yg paling berisiko sekali untuk terkena komplikasi
masalah ini...
Bayi yang tidak cukup umur akan diletakkan di dalam sebuah
bekas khas (inkubator) bagi menyediakan penjagaan yang rapi untuk si bayi ini. Penjagaan
ini bertujuan untuk melindungi fizikal bayi yang masih belum bersedia dengan
keadaan ‘baru’ sekelilingnya....
Masalah timbul bilamana oksigen di dalam inkubator itu ditetapkan
pada kadar 100% sedangkan kadar oksigen (oxygen) di dalam udara biasa
yang kita hadapi sekarang ini hanyalah pada kadar sekitar 20% sahaja!
Jadi,kandungan oksigen yang tinggi ini secara tidak langsung
akan mewujudkan satu suasana ‘hyperoxia’ (hyperoxia = kadar oksigen terlalu tinggi) kepada mata si
bayi ini tadi...
Lantas retina mata si bayi ini akan terus menyesuaikan
dirinya (automatically adapt itself) kepada keadaan sekeliling dengan
mengecutkan salurannya bagi mengurangkan pengaliran darah kepada mata* itu...
(*Bertujuan untuk mengelakkan lebih banyak lagi oksigen daripada
meresap ke dalam saluran darah yang telah cukup kandungan oksigennya)
Kemudian sekiranya bayi ini dikeluarkan daripada inkubator
tadi,perubahan mendadak daripada 100% oksigen kepada 20% kandungan oksigen di
udara akan menyebabkan retina mata si bayi ini tadi mengalami
kejutan yang teramat sangat (disebabkan
dua keadaan suasana yang sangat berbeza)
Lantas akan mewujudkan satu suasana ‘hypoxia’ (hypoxia = terlalu sedikit oksigen) yang
akan merangsang pertumbuhan salur darah baru yang sangat aktif di bahagian mata
bayi itu*.
(*Sesalur darah (blood vessel) yang baru ini
berperanan untuk membekalkan oksigen kepada mata yang sedang dalam keadaan
kurang oksigen ketika itu.)
Pertumbuhan yang sangat rancak ini akan berkembang dengan
cepat sehinggakan kekadang sesalur darah ini akan meliputi seluruh bahagian retina mata
si bayi lantas menyebabkan retina ini hilang fungsinya.... sekali gus
menyebabkan bayi ini menjadi BUTA!
Dalam keadaan yang lain, pertumbuhan sesalur darah yang
rancak itu tadi akan menyebabkan mata si bayi ini luka dan kekadang boleh
menyebabkan pendarahan yang agak serius di dalam mata si bayi ini tadi. Pabila
pendarahan ini telah berhenti, lama-kelamaan darah di dalam mata si bayi ini
akan mula membeku dan darah yang membeku ini akan membentuk seperti satu
jalinan benang (band-like-membrane) yang boleh menarik retina mata
itu sehingga terputus daripada keadaan asalnya lantas menyebabkan si bayi
ini BUTA!!
Bagaimana nak mengatasinya?
“Prevention is better than thousand cures”
Seboleh-bolehnya, elakkan kelahiran bayi tidak cukup umur...
Kerna akan timbul pelbagai masalah kesihatan bagi bayi yang
tidak cukup umur ini...
Dan andainya perkara ini tidak dapat dielakkan juga, tidak
mengapa...
Cuma pemerhatian yang sangat teliti perlu diberikan kepada si
bayi ini tadi...
Adalah menjadi kebiasaan bagi bayi yang dilahirkan dalam
keadaan tidak cukup umur untuk diletakkan di dalam ‘inkubator’ bagi membekalkan
suasana terbaik bagi si bayi ini...
Namun, langkah terbaik ketika ingin mengeluarkan si bayi itu
daripada inkubator tadi adalah dengan merendahkan kadar oksigen di dalam inkubator itu
secara perlahan-lahan sehinggalah
mata si bayi itu dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana udara yang baru
ketika itu...
Jika penyakit ini berlaku juga, maka kaedah yang biasa digunakan
untuk mengatasi penyakit ini adalah dengan menjalankan
kaedah rawatan laser ke
atas mata bayi itu tadi...
...Dan pelbagai lagi kaedah rawatan moden yang telah
disediakan pada hari ini...
Pengajaran berkaitan
1- Perubahan daripada sesuatu perkara kepada suatu perkara
yang baru hendaklah dijalankan secara perlahan-lahan, berperingkat-ringkat...
Sesuatu perubahan itu tidak boleh berlaku secara mengejut!
Perubahan secara mendadak daripada musim panas kepada musim
sejuk akan menyebabkan kulit manusia menggelupas kerna komponen-komponen
organelnya tidak sempat untuk menyesuaikan diri secara
berperingkat-peringkat...
Begitulah juga dalam proses berdakwah...
Dalam usaha kita untuk mengubah seseorang kepada keadaan yang
lebih baik...
Pendekatan ‘step-by-step’ perlu dilaksanakan...
تدرج
في تشريع
Proses penambahan/pengurangan sedikit
demi sedikit…
Hatta pokok di siang hari pun akan
mati jika tiba-tiba disiram dengan air yang sejuk!
2- Kadar sesuatu bahan dalam badan manusia
tidak boleh terlalu sedikit…
Mahupun tidak boleh terlalu banyak…
Mesti kena ditetapkan pada kadar pertengahannya…iaitu
kadar spesifiknya
Terlebih kandungan lemak akan menyebabkan badan manusia
menjadi gemuk...
Terkurang kandungan lemak pula akan menyebabkan manusia
hilang tempat simpanan tenaganya...
Perlu kepada ‘pertengahannya’...
Terlebih vitamin K akan meningkatkan penggumpalan darah di
dalam badan manusia lantas boleh menyebabkan saluran darah tersumbat...
Terkurang vitamin K pula akan menyebabkan pendarahan
berpanjangan terhadap sesuatu luka pada badan manusia lantas boleh menyebabkan
kehilangan darah yang banyak bagi badan itu sendiri...
Perlu kepada ‘pertengahannya’...
{ وَكَذَالِكَ
جَعَلنَاكم أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ... }
Maksudnya : “Dan demikian
pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi
saksi atas manusia…”
(surah al-Baqarah : ayat 143)
Barulah aku tahu bahawa maksud “ أمة وسطا” adalah terlalu luas sebenarnya…
Hatta di dalam ilmu perubatan
sekalipun konsep Wasatiyyah ini sebenarnya sangat-sangat ditekankan…
Benarlah kata-kata Imam Syafie' r.a.:
“Semakin aku belajar,
semakin aku sedar betapa bodohnya diri aku ini…”
Wallahua’alam.
Rujukan :
-http://www.wisegeek.com/what-is-retrolental-fibroplasia.htm
-www.en.wikipedia.org/wiki/Retinopathy_of_prematurity
-Buku ‘The Cardivascular
system - Physiology in medical practice’, by Salah Abu Sitta, Adel Shalaby, Abdel
Rahman Abdel Motallib and Mohamed Okasha
ilmu bermanfaat, terima kasih.
ReplyDeletebest.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa membaca ^_^
ReplyDelete