(Tulisan hitam: pendapat aku)
(tulisan biru: rumusan buku yang sudah ku finishi)
(Tulisan kuning: dalil shahih)
(tulisan hijau: slot trivia)
(tulisan hijau: slot trivia)
aku masih muda dalam perjuangan mata pedang pena, salah silap harap ditunjuk ajar
(sambungan post sebelum)
maka dikahwini gadis tersebut oleh raja penuh kenikmatan itu. malam menjelma, apabila selesai hendak tidur pasangan tersebut maka seperti biasa terjadi kepada gadis lain, hendak dibunuh. namun, kebijaksanaan gadis tersebut bukan calang-calang, diceritakan sebuah kisah menarik kepada raja oleh gadis tersebut. tetapi tidak dihabiskan atas alasan mengantuk dan akan bersambung keesokan hari. tetapi niat sebenar untuk menyelamatkan diri. dibuat sebegitu rupa sehingga seribu satu malam dengan beraneka cerita menarik bersambung setiap malam. selepas 1001 malam, maka redha sang gadis menyerahkan diri kepada raja tersebut. namun, perkara lain berlaku. raja menjadi watak baik atas pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam cerita sang gadis bijaksana.
assalamualaikum w.b.t
semboyan jihad mata pena X boleh berbunyi bila-bila masa. sahabat-sahabatku ramai yang berjuang dalam bidang ini, sangat aku kagumi, xpasti adakah aku mampu menggalas panji ini. teringat cerita di dataran merdeka suatu malam yang meriah, dikepung pejuang-pejuang biru sana kerana mungkin mendapat arahan atau berjuang periuk nasi keluarga anak-anak, hanya ALLAH sahaja yang memahami. tercampak perasaan gentar(wahan) dalam hatiku, begini rupanya perasaan di medan jihad. apa terjadi??? , carilah pengalaman masing-masing dan alami sendiri, bukan semua cerita elok
dikongsi.
hari ini aku perlu menghantar assigment yang bersifat kemahiran. aku menduga dapat mensiapkan pada malam hari, namun setelah penat berpuasa mana mungkin mataku mengizinkanku. ditangguh ke awal pagi esok, namun terlambat beberapa jam. bak kata matlutfi90, lonceng 9kali pun tidak mampu membangunkan manusia daripada tidur kecuali dengan kudrat manusia itu sendiri atau orang lain kejutkan. maka, aku pun menyiapkan kerjaku dengan perasaan gundah gulana
banyak ijtihad terpesong yang aku lakukan untuk menyiapkan assignment itu, seperti tidak baca Quran pagi-pagi seperti biasa dan ponteng kelas. daripada 3 tugasan, aku hanya dapat siapkan 2 daripadanya. bagi aku, there are never too late to do something except decleared by himself. maka, aku berhasrat untuk menghantar tugasan ketiga pada hari esok. macam matlutfi jer aku rase:
http://www.youtube.com/watch?v=r5E6KZgII-c
tapi, ALLAH mempermudahkan jalan aku. tiba-tiba lecturer aku tangguhkan penghantaran sehingga ke minggu depan. OMG.....syukur, tapi aku menyesal ponteng kelas, dan memenatkan otak aku memikirkan seribu alasan
::::::::::::::::::::::::::::::::pengajaran::::::::::::::::::::::::::::
1) there never too late until himself/herself declaered it is already late although the dateline was past
2)jika kita sudah terlambat sesuatu, bukan bererti kita kehilangan kesemuanya. mugkin kita boleh mendapat 80%, 50% dan sebagainya
3)jika sudah terlambat pun, belum masih terlambat untuk kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut
4) jika peristiwa tersebut adalah yang terakhir cubaan, maka belum terlambat untuk kita ajar orang lain
5) jika kita sidah sampai ajal, belum terlambat untuk kita mengadu kepada tuhan,
yang penting, jangan buruk sangka kepada ALLAH, setiap ujian itu mendekatkan diri kepada ALLAH
Tajuk: FITNAH TERHADAP RASULULLAH SAW,
(merungkai kontroversi menyinkap realiti)
Pengarang: Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit: PTS Islamika SDN. BHD
Cetakan pertama: 2012
Muka surat: 167ms
Abstrak
Buku ini mempunyai 7 bab, 3 bab pertama menerangkan
tentang martabat para sahabat dalam AL-QURAN dan AS-SUNNAH serta dalil-dalil
tentang rekod sejarah. Tiga bab seterusnya menyebut tentang sejarah bermula
zaman kewafatan NABI MUHAMMAD SAW sehingga kekhalifahan saidina Ali bin Abi
Talib. Bab terakhir pula menyebut tentang pendirian sebagai ahli sunnah wal
jamaah terhadap pertelingkahan para sahabat. Hadis-hadis yang dimuatkan dalam
buku ini hampir kesemuanya bertaraf shahih dan hasan. Kenyataan yang
dikeluarkan banyak menyandar kitab-kitab masyur terutamanya kitab karanganAbu
Jaa’far Muhammad bin Jarir At-Tabari iaitu Tarikh At-Tabari(At-Tarikh Al-Umum
wa Al-Muluk) dan karangan Ibnu Kathir
iaitu Al-Bidayah Wa An-Nihayah.
Isi kandungan dan ringkasan
A) Pendahuluan
-
Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok
dalam islam. Syiah hanya bermula daripada satu aliran politik lalu dibajai
sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi
-
Isu-isu hanya hanya dilihat pada sudut kehendak
aliran politik ataupun sentiment tertentu tanpa cuba merungkai ataupun difahami
secara holistic.
-
Ahli sunnh wal jamaah berlepas diri daripada
golongan ar-Rafidah(syiah) yang membenci dan mencerca para sahabat serta
golongan al-Nasibah ynag menyakiti ahli bait dengan perkataan dan perbuatan
mereka.
B) Bab
1: Al-Quran memartabatkan para sahabat
-
Secara holistiknya , banyak dalil ayat al-Quran
yang mnyebut tentang kelebihan para sahabat. Mereka(sahabat) dijami syurga,
diredhai ALLAH dan sanggup bersusah bersama RASULULLAH SAW. Malah, kita
dituntut untuk berdoa kepada mereka.
-
Syiah mendakwa kebanyakan para shabat murtad
setelah kewafatan baginda kecuali mereka dengan bilangan yang sedikit. Namun,
secara logic akal mana mungkin mereka yang telah dijamin ALLAH syurga dalam
al-Quran menjadi kufur. Kenyataan syiah seolah-olah menganggap ALLAH telah
tersilap, tidak mengetahui perkara yang akan berlaku.
-
Apabila didapati sumber lain yang menggambarkan
para sahabat berbeza dengan gambaran dalam al-Quran, maka sumber tersebut
hendaklah disemak terlebih dahulu.
C) Bab
2: As-Sunnah memartabatkan para sahabat
-
Nabi Muhammad SAW banyak menyebut kelebihan
sahabat-sahabat dalam hadisnya seperti perumpamaan dengan emas sebesar bukit
uhud kerana mashaqqah mereka. Malah, keberadaan sahabat dalam peperangan
memberi kelebihan. Zaman sahabat juga diiktiraf sebagai zaman terbaik selepas
zaman nabi justeru menafikan dakwaan syiah tentnag kemurdatan para sahabat.
-
Walaupun berlaku fitnah selepas Rasulullah SAW
meniggal dunia da nada segelintir sahabat yang berbalah sesame sendiri dalam
beberapa isu politik, namun mereka semua tetap memelihara tentnag keaslian
ajaran islam. Walau apa pun krisis yang terjadi, para sahabat secara
keseluruhannya adalah generai yang sepakat membela prinsip-prinsip islam. Hal
ini sangat berbeza dengan mereka yang datang selepas generasi para
sahabat.(MAZA)
-
Kemuliaan sahabat juga dirakamkan dalm sebuah
hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim semasa pembukaan kota mekah tentang
Hatib bin Baltaa’h
D) Bab
3: percanggahan antara islam dengan rekod sejarah
-
Ramai ulama’ bersepakat tentang kewibawaan para
sahabat. Perbazaan pendirian pada sahabt adalah titik utama yang membezakan
ahli sunnah atau syiah.
-
Kadang-kala rekod sejarah bercanggah dengan
dalil al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini
kerana kualiti sanad rekod sejarah tidak dipelihara dengan baik. Dua kaedah
merungkai kekeliruan ini 1) meletakkan al-Quran dan hadis ynag thabit sebagai
sumber tertinggi 2) menyemak kedudukan para perawi yang membawa kisah/ rekod
ini.
-
“apabila datang kepada kamu orang fasik, maka
selidik terlebuh dahulu” kitab at-Tabari
dikarang atas cara memuatkan apa sahaja cerita yang didapati tanpa mengkaji
kesahihan berita tersebut dengan sanad ynag sangat jelas.
-
Para pelapor kitab at-Tabari 1)abu
mikhnaf=syiah, berita yang disampaikan tidak boleh dibawa hujah
2)al-Waqidi=syiah, tidaj thiqah 3)Sayf= lemah dalam bidang hadis, tetapi telah
berubah dan rekod sejarahnya boleh dibawa hujah
E) Bab
4: Kekekeliruan fakta sejarah
1) Peristiwa
saqifah
-
Direkodkan oleh syiah: Sa’d bin Ubadah membakar
semangat golongan Ansar dan menyatakan golongan mereka paling layak menjadi
khalifah, jika golongan muhajirin menjadi khalifah, mereka tidak akan redha.
Berita sampai kepada umar dan abu bakar, lalu berbincang denagn abu ubadah. Abu
bakar berucap memuji golongan Ansar dan Muhajirin, dan mengangkat muhajirin
paling sesuai menjadi khalifah. Lantas bangun seorang dari kalangan Ansar
membantah dan berkata untuk menghalau muhajirin dari madinah
-
Sememangnya wujud peristiwa ini tetapi
ketegangan wujud atas dasar memncari kesimpulan yang dapt menjamin kebaikan
umat dan kesinambungan perjuangan islam. Mana mungkin sahabat sanggup menghalau
sahabat yang lain.
2) Rekod
sejarah yang menzalimi saidina uthman
-
Direkodkan oleh syiah: digambarkan saidina Ali
menyalahkan saidina Uthman kerana ditunggangi oleh Marwan bin al-Hakam. Isteri
saidina Uthman mendengar rungutan saidina Ali lalu menasihati suaminya agar
kembali kepada ALLAH dan berbaik kembali, tetepi Saidina Ali tidak mahu
menjumpainya lagi.
-
Berdasrkan rekod di atas seolah-olah berlaku
penyelewengan pada zaman saidina Uthman bukan sahaja dikatakan oleh Saidina Ali
tetapi isteri Saidina Uthman sekali. Sikap tidak mahu bersua kembali juga
menambah lagi kekeliruan fakta ini.
3) Rekod
kejahatan muawiyah
-
Kekeliruan fakta: Muawiyah menulis surat palsu
dengan menggunakan nama Qays bin Sa’d utk membohongi rakyat syam.
-
Munir Al-Ghadban: aku tidak berpendapat adanay
suatu peribadi dalam sejarah islam yang terdiri daripada kalanagn sahabat yang
awal yang ditarbiah dengan tangan RASULULLAH SAW sendiri dan mereka hidup
dengan wahyu langit , mereka ini yang diperburukkan, dibohongi berkenaannya dan
didustakan kepada dirinya seperti yang dilemparkan kepada Mua’wiyah bin Abi
Sufian
4) Peristiwa
tahkim
-
Rekod syiah: Abu Musa(wakil Ali) dan Amr bin
Ash(wakil Mua’wiyah) bersetuju mengumumkan peletakan jawatan Saidina Ali dan
Mua’wiyah daripada menjadi khalifah dan memberi kuasa kepada rakyat untuk
memilih pemimpin. Ibnu Abbas menasihati Abu Musa utk menaikkan Ali menjadi
pemimpin, dia menolaknya. Namun Amr manaikkan Mua’wiyah sebagai khalifah tanpa
persetujuan kedu-dua pihak. Amr dipukul
dan sanggup untuk dibunuh ibnu Hani manakala Abu Musa dihina Ibnu Abbas.
Kedua-dua Ali dan Muawiyah solat suboh an berqunut mendoakan kecelakaan
masing-masing
-
Rekod ini menggambarkan betapa buruknya perangai
sahabat di mata puak syiah. Mana mungkin sahabat nabi yang dipuji baginda
terjebak dengan akhlak begini.
F) Bab
5: Sejarah pembunuhan Saidina Uthman bin Affan
(kebanyakan dipetik dari at-Tarikh At-Tabrari, dibawa
Sayf)
-
Peristiwa pembunuhan Saidina Uthman adalah detik
bermulanya sejarah hitam umat islam dalam kalangan sahabat
-
Didalangi oleh yahudi munafik dari yaman,
Abdullah bin Saba’(pengasas aliran syiah yang dinafikan kewujudannya oleh
syiah) yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan mendapat pengikut di
Hijjaz, Basrah, mesir dan Kufah.
-
Fitnah terhadap keburukan kepimpinan saidina
Uthman dan gabenor-gabenornya tersebar lalu beliau menulis surat penjelasan
kepada setiap wilayah di samping menyoal siasat para gabenornya. Mua’wiyah
mengajaknya ke Syam tetepi dia menolak.
-
Saidina Uthman juga menjawab solan puak Abdullah
Saba’ dikhalayak para sahabat. Antaranya adalah tentang solat qasor, al-Hima,
mushaf al-Quran, buang daerah al-Hakam, melantik pegawai yang masih muda, harta
fai, keluarga dan harta, dan pembukaan tanah. Semuanya dijelaskan dengan baik.
-
Pengikut-pengikut Abdullah Saba’ menuju ke
madinah pada musin haji dengan menfitnah Ali, Zubair Awwam dan Tolhah Ubayd
bersama mereka memerangi Saidina Uthman. Namun, Uthman seperti biasa tenang
berhujah dengan Al-Quran dan Hadis. Lalu, pemberontak-pemberontak tersebut
pulang tempat masing-masing
-
Rancangan Abdullah Saba diteruskan dengan surat
utusan palsu oleh khalifah yang memerintahkan pemberontak-pemberontak dihukum
apabila sampai mesir, maka mereka semua kembali memerangi madinah. Bukan sahaja
puak dari mesir, malah kufah dan basyar turut kembali ke madinah
-
Golongan munafik terum memaksa saidina Uthman
meletakkan jawatan, namun tidak diterima kerana arahan Rasulullah sendiri,
malah segala hujah beliau tidak dipeduli oleh golongan munafik.
-
Usaha menyelamatkan khalifah daripada
pemberontak dilakukan oleh semua sahabat, namun arahan khalifah sendiri supaya
berundur untuk mengelakkan pertumpahan darah, sehingga Ibnu Abbas diarah supaya
mengetuai rombongan haji.
-
Akhirnya, beliau syahid dibunuh ketika membaca al-Quran pada hari
beliau memerdekakan 20 hambadan berpuasa serta berpakaian seluar kerana malu
jika auratnya terdedah ketika syahid. Sememangnya kesyahidannya diungkap oleh
Rasulullah SAW sendiri dalam hadis riwayat at-Tarmizi
G) Bab
6: Peperangan sahabat abtara ahli sunnah dan syiah
-
Apabila ditanya kepada penganut yahudi siapakah
golongan terbaik dalam sejarah agama kamu? Pasti mereka menjawab para sahabat
kami, Musa. Apabila ditanya kepada penganut kristian siapakah golongan terbaik
dalam sejarah agama kamu? Pasti mereka menjawab para sahabat Isa. Malangnya
apabila ditanya kepada puak syiah siapakah golongan terburuk dalam sejarah
agama kamu? Pasti mereka menjawab para sahabat Nabi Muhammad SAW. Jawapan
mereka dalam persoalan ini lebih teruk daripada jawapan yahudi dan kristian
-
Selepas kewafatan Saidina Uthman, umat islam
dipegang oleh ketua pemberontak al-A’fiqi bin Harb Al-A’kki selama 5 hari.
Tolhah, Ali dan az-Zubair dipujuk pengikut Abdullah bin Saba’ namun mereka
menolak. Pelantikan Ali sebagai khalifah dilakukan setelah mesyuarat bersama
para sahabat di madinah dalam keadaan gawat. Khabar penbunuhan saidina Uthman
hebat diperkata orang ramai.
-
Selepas baiah, az-Zubair dan Tolhah meminta
hukuman qisas terhadap pembunuh saidina Uthman. Namun, pemberontak tiba-tiba
mengishtihar bergabung denan tentera, golongan hamba dan badwi menyertai
golongan pemberontak dan bilangan pemberontak bertambah. Hal ini menyebabkan
saidina Ali menangguhkan hukuman tersebut.
-
Tolhah dan az-zubair meminta izin ke kufah dan
basyar mengumpul tentera melawan pemberontak namun Saidina Ali tidak memberi
keputusan. Beliau memecat semua gabenor saidina Uthman dan melantik gabenor
baru. Hasilnya, umat islam berpecah kepada tiga golongan 1)wala’ kepada Ali
2)wala’ apabila hukuman terhadap pembunuh saidina Uthman dijalankan 3)golongan
berkecuali
-
Saidatina Aishah bersama isteri Rasulullah ynag
lain keika itu menunaikan haji di makkah dan terkumpul bersama Ibnu Umar,
az-Zubair dan Tolhah di makkah. Namun, Aishah, Talhah dan Zubair bergerak ke
bashrah. Dalam satu angkatan. Setelah saidina Ali mengetahuinya, beliau turut
menyiapkan tentera utk menghadapinya. Kedua-dua pihak tiada niat berperang dan
saling hantar utusan . Perdamaian berlaku.
-
Lantas pengikut Abdullah Saba’ tidak duduk
senang dan menyerang kedua-dua pihak untuk memperalatkan mereka. Lalu
terjadilah peperangan jamal. Tolhah dan Zubair terbunuh. Saidatina Aishah dan
Saidina Ali sangat menyesali peperangan tersebut.
-
Peristiwa pembunuhan saidina Uthman masih
menyelubungi umat islam. Muayiwah berpendirian taidak taat pada saidina Ali selagi pembunuh saidina
Uthman tidak dibunuh kerana menyangka Saidina Ali melindunginya. Selepas lapan
bulan, maka terjadilah perang sffin yg mengorbankan Amar bin Yasir. Ramai
sahabat tidak melibatkan diri dalam perang ini
-
Dalam peristiwa tahkim, tiada tipu helah antara
sahabat. Muawiyah tidak dipecat kerana beliau belum menyandang tugas khalifah
lagi, dan berperang utk tuntut kematian saidina Uthman bukannya untuk menjadi
halifah. Kedua-dua pihak setuju menyerahkan masalah ini kpd para sahabat
-
Sememangnya perang siffin telah dikatakan oleh
Nabi SAW akan terjadi dan mengikuti as-Sunnah. Namun, tindakan Muawiyah
hanyalah ijtihad beliau dan dikatakan beliau tersalah ijtihad dan tergolong
dalam golongan bughah(tidak taat kepada pemimpin haq namun tidak terpesong
aqidah)
-
Muhibb al-Din al-Khatib “ saya berkeyakinan
secara peribadi siapa daripada kalangan orang islam yang terbunuh di tangan
orang islam yang lain sejak pembunuhan Uthman lalu dosanya dikenakan keatas
para pembunuh Uthman kerana mereka yang membuka pintu fitnah”
H) Bab
7: Pendirian ahli sunnah dalam pertelingkahan para sahabat
-
Ahli as-Sunnah wal Jamaah(ASJ) memelihara hati
dan lidah daripada mencerca dan membenci para sahabat, malh jumlah yang
terlibah hanyalah sedikit berbanding puluhan ribu sahabat ynag lain. Saidina
Ali tidak menghukum mereka lebih daripada itu apakah kita wajar menghukum.
-
Peristiwa ini disaksikan mereka sendiri bukan
kita, apabila mereka bersatu kitaikut, apabila berselisih kita dian ::hasan
albasri::
-
Manhaj ASJ : mendiamkan diri daripada menyebut
kesalahan sahabat , menyemak kesalahan mereka atau mencampuri pertelingkahan.
Malah, mereka juga amat menyesalinya.
-
ASJ tidak pernah memaksumkan orang kecuali Para
Nabi. Namun pintu rahmat terbentang luas, apatah lagi golongan awal seperti
para sahabat yang ijtihad mereka hanya untuk mendapatkan keredaan Allah.
-
Orang yang menghina sahabat adalah orang yang
menghina Nabi SAW kerana mana mungkin orang boleh terima kutukan terhadap Nabi
SAW secara terang-terangan tetapi secara berstrateji
No comments :
Post a Comment