Masalah berkaitan janin yang sering ditanya di hospital-hospital :
"Jika seseorang ibu mengalami keguguran, adakah kandungannya itu perlu dimandikan & dikafankan semua itu?"
Maka jawapannya terbahagi kepada 3 keadaan : smile emoticon
1. Jika semasa lahir, kandungan itu sempat menunjukkan tanda-tanda seperti orang hidup (eg : menangis, ketawa, bergerak & bernafas) dan kemudian mati, maka hukumnya SAMA seperti orang dewasa.
WAJIB perlu dimandikan, dikafankan, disolatkan & dikebumikan sepertimana matinya orang dewasa.
2. Kandungan yang lahir tidak cukup umur & tidak menunjukkan sebarang tanda hidup (seperti di atas), tetapi ada menunjukkan pembentukan normal beberapa anggota badan manusia padanya seperti kepala, tangan atau kaki,
2.1 Maka hukumnya di sisi Imam Ibn Hajar ialah perlu dimandikan, dikafankan, dikebumikan & TIDAK PERLU DISOLATKAN.
2.2 Di sisi Imam Romli, jika kandungan itu berusia KURANG 6 bulan, maka hukumnya sama seperti Imam Ibn Hajar. Tetapi jika LEBIH 6 bulan, maka hukumnya sama seperti orang dewasa.
3. Kandungan yang lahir tidak cukup umur & tidak menunjukkan apa-apa pembentukan anggota manusia (kekadang hanya berbentuk gumpalan daging). Maka TIDAK WAJIB ke atasnya apa-apa. Cuma SUNAT nya untuk dibungkus & ditanam dengan penuh adab.
Semoga bermanfaat
Sumber : Kitab Taqriratus Sadidah, Qism Ibadah, muka surat 370
No comments :
Post a Comment