Hari pertama sampai sahaja di Mesir selepas pulang
bercuti, saya diuji dengan beg kargo yang tidak sampai-sampai ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kaherah (Cairo International Airport).
Sesampai sahaja di airport, kami menunggu di bahagian luggage untuk mengambil beg kargo masing-masing. Namun, selepas semua orang telah mengambil beg kargo masing-masing, beg saya
tidak sampai-sampai juga. Mujur bukan saya seorang yang mengalami masalah yang
sama. Ada beberapa orang Malaysia lagi beserta beberapa warga Arab Mesir yang
lain turut mengalami masalah yang sama. Masing-masing semua dalam kerisauan
yang sama.
Selepas dua hari berhempas pulas berurusan di kaunter aduan, pejabat
syarikat penerbangan, bahagian kargo Mesir dan bahagian imigresen Mesir, akhirnya
kami dapat semula beg-beg kargo masing-masing alhamdulillah.
Di sini saya kongsikan apa langkah-langkah yang patut anda lakukan sekiranya anda berkemungkinan mengalami masalah yang sama - tidak menjumpai beg kargo selepas sampai di destinasi* :
*Syarikat penerbangan yang saya naiki kali ini ialah syarikat Emirates. Dan penerbangan saya kalini adalah dari Malaysia, transit di Dubai, dan tiba di Mesir. Panduan di bawah ini saya sediakan based on pengalaman saya dengan syarikat ini. Namun, jika anda mengalami masalah ini dengan syarikat penerbangan lain, prosedur yang akan perlu anda lalui di Mesir ini juga boleh jadi lebih kurang sama, cuma pejabat syarikat sahaja mungkin terletak di bilik yang berbeza.
1. Buat aduan/report secepat yang mungkin di kaunter "Lost & Found" (dalam bahasa Arab ditulis sebagai المفقودات ). Laporan perlu dibuat dengan kadar segera tidak boleh melebihi 24 jam selepas waktu kejadian.
2. Berikan nama penuh anda, nombor beg kargo anda (di bawah bar code seperti di gambar bawah), nombor telefon, alamat menetap dan ciri-ciri fizikal beg kargo anda.
3. Pastikan anda memperoleh nombor contact kaunter "Lost & Found" tersebut untuk memudahkan urusan follow up dari pihak anda sendiri selepas itu andai pihak syarikat tidak menghubungi anda. Sepatutnya mereka yang akan menghubungi anda untuk hari-hari selepas itu bagi memaklumkan kepada anda jika beg tersebut telah dijumpa. Namun, jika mereka tidak menghubungi anda, itulah fungsi untuk mendapatkan nombor telefon mereka ini. Sediakan payung sebelum hujan.
4. Selepas itu anda akan diminta pulang sebentar bagi menunggu penerbangan-penerbangan yang seterusnya sampai keesokan hari atau hari-hari berikutnya (bergantung pada keadaan). Sementara menunggu mereka mencari beg anda, anda boleh melakukan semakan progress penjumpaan beg itu secara online di website www.worldtracer.aero/filedsp/ek.htm seperti yang tertera di bahagian dalam kad "baggage report" ini. (Bergantung kepada syarikat penerbangan masing-masing)
5. Selepas dapat panggilan dari syarikat (ataupun anda sendiri yang menghubungi syarikat untuk bertanyakan tentang status beg anda), pergi ke airport di bahagian "departure" (bergantung pada syarikat penerbangan anda) dalam waktu tempoh yang diberitahukan (awas, jangan pergi lewat sangat!) dengan membawa bersama-sama anda passport, segala kunci beg anda, semua tiket dan fail-fail berkaitan yang telah diberi oleh mereka sebelum ini.
6. Kemudian masuk ke dalam pintu departure (this part is a little bit tricky mengenangkan kepada perangai polis Arab Mesir dan orang Arab Mesir yang kekadang suka buat hal) dan cari escalator untuk naik ke tingkat atas.
7. Setelah naik escalator tadi, masuk terus jauh ke hadapan dan cari lif untuk naik ke tingkat 4 (bergantung kepada syarikat penebangan anda, jika Emirates di tingkat 4) dan sila melapor diri kepada pegawai/pramugari yang bertanggungjawab di bahagian "Lost & Found" (common disebut dalam bahasa Arab sebagai "syantah mafqudah". Biasakan guna bahasa ini dengan orang Arab di waktu ini).
8. Anda kemudian akan dapat surat rayuan pelepasan untuk masuk ke bahagian kargo. Pergi semula ke bahagian bawah sebelum anda menaik escalator tadi dan cari bilik pejabat Emirates di lorong sebelah kanan berdekatan tempat menunggu di situ.
9. Jumpa pegawai di pejabat itu dan tunggu arahan seterusnya daripada beliau. Selepas anda disuruh tunggu sebentar, anda kemudian akan dibawa masuk ke bahagian kargo airport untuk mencari semula beg anda tersebut.
10. Selepas anda menjumpai beg anda, anda akan diminta berjumpa dengan pegawai imigresen airport terlebih dahulu untuk tujuan spot check. Anda akan diminta untuk membuka beg-beg anda tersebut sebelum anda dilepaskan untuk pulang ke rumah.
11. Selepas anda berjaya mendapatkan semula beg anda yang telah hilang itu, sujud syukur banyak-banyak dan berterima kasih kepada Tuhan banyak-banyak!
Semoga membantu
Great article! We will be linking to this great content on our site.
ReplyDeleteKeep up the good writing.