Tuesday, 27 October 2015

Muhammad Is A Man Of Sex? – Simple Answer



If Muhammad is really a man of sex, he would not married an old 40 years old lady when he was 25 years old. Don’t you wonder, at the time where the Arabs usually married among them during their young ages and the culture of Arab at that time allow all of the men to marry as much women as they want after that without any restriction, Muhammad did not do all of that. He married a 40 years old lady named Khadijah and even stayed with her for 25 years without marrying any other women during that young age!

Only after Khadijah passed away, Muhammad start to marry other women in an amount of numbers at the same time, and at that time he has already reached the state of an old age (more than 50 years old) which we know for the state of the human at that age normally does not have much desire to woman.

But the West still want to accuse him as an old man of sex due to his action on marrying many women.

Don’t you read the history of the previous generation of humans before that? It is a normal thing for the people of the previous century to marry many women during their time actually. Even the honourable David himself married more than 100 wives as narrated in the Bible. And so do the other honourable men before that. They used to marry more than one woman and it is a normal culture of the life during that time.

Before we go even deeper, one point should be clear. Marriage is not only about love and sex. Although most of the western culture symbolise marriage such as that way, in Islam it is more than that actually. Marriage is not only about love and sex. It is beyond than that.

Muhammad married women during his old age not for the purpose of sex. It is actually for the purposes of many important things during that time. For example, Muhammad once married an honoured woman named Sufiyah. He married her so that all of her great tribes follow her to accept Islam. Another example is when Muhammad married one woman named Zaynab. He married this woman not for the purpose of sex, but for the purpose to legalise certain new legislation in Islam - the rule of marrying wife of adopted son in Islam.

And if you study more about the history of his life, you will found many more. It is only the issue of whether you are really SINCERE want to know about it or not.

Sincerity in studying.
  


Sunday, 23 August 2015

Kandungan yang keguguran, perlu dikafankan atau dimandikan?



Masalah berkaitan janin yang sering ditanya di hospital-hospital :

"Jika seseorang ibu mengalami keguguran, adakah kandungannya itu perlu dimandikan & dikafankan semua itu?"

Maka jawapannya terbahagi kepada 3 keadaan : smile emoticon

1. Jika semasa lahir, kandungan itu sempat menunjukkan tanda-tanda seperti orang hidup (eg : menangis, ketawa, bergerak & bernafas) dan kemudian mati, maka hukumnya SAMA seperti orang dewasa.

WAJIB perlu dimandikan, dikafankan, disolatkan & dikebumikan sepertimana matinya orang dewasa.

2. Kandungan yang lahir tidak cukup umur & tidak menunjukkan sebarang tanda hidup (seperti di atas), tetapi ada menunjukkan pembentukan normal beberapa anggota badan manusia padanya seperti kepala, tangan atau kaki,

2.1 Maka hukumnya di sisi Imam Ibn Hajar ialah perlu dimandikan, dikafankan, dikebumikan & TIDAK PERLU DISOLATKAN.

2.2 Di sisi Imam Romli, jika kandungan itu berusia KURANG 6 bulan, maka hukumnya sama seperti Imam Ibn Hajar. Tetapi jika LEBIH 6 bulan, maka hukumnya sama seperti orang dewasa.


3. Kandungan yang lahir tidak cukup umur & tidak menunjukkan apa-apa pembentukan anggota manusia (kekadang hanya berbentuk gumpalan daging). Maka TIDAK WAJIB ke atasnya apa-apa. Cuma SUNAT nya untuk dibungkus & ditanam dengan penuh adab.

Semoga bermanfaat 

Sumber : Kitab Taqriratus Sadidah, Qism Ibadah, muka surat 370

Friday, 14 August 2015

Pengalaman diuji beg kargo hilang : Apa yang perlu dilakukan?




Hari pertama sampai sahaja di Mesir selepas pulang bercuti, saya diuji dengan beg kargo yang tidak sampai-sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah (Cairo International Airport).

Sesampai sahaja di airport, kami menunggu di bahagian luggage untuk mengambil beg kargo masing-masing. Namun, selepas semua orang telah mengambil beg kargo masing-masing, beg saya tidak sampai-sampai juga. Mujur bukan saya seorang yang mengalami masalah yang sama. Ada beberapa orang Malaysia lagi beserta beberapa warga Arab Mesir yang lain turut mengalami masalah yang sama. Masing-masing semua dalam kerisauan yang sama.

Selepas dua hari berhempas pulas berurusan di kaunter aduan, pejabat syarikat penerbangan, bahagian kargo Mesir dan bahagian imigresen Mesir, akhirnya kami dapat semula beg-beg kargo masing-masing alhamdulillah.


Di sini saya kongsikan apa langkah-langkah yang patut anda lakukan sekiranya anda berkemungkinan mengalami masalah yang sama - tidak menjumpai beg kargo selepas sampai di destinasi* :

*Syarikat penerbangan yang saya naiki kali ini ialah syarikat Emirates. Dan penerbangan saya kalini adalah dari Malaysia, transit di Dubai, dan tiba di Mesir. Panduan di bawah ini saya sediakan based on pengalaman saya dengan syarikat ini. Namun, jika anda mengalami masalah ini dengan syarikat penerbangan lain, prosedur yang akan perlu anda lalui di Mesir ini juga boleh jadi lebih kurang sama, cuma pejabat syarikat sahaja mungkin terletak di bilik yang berbeza. 


1. Buat aduan/report secepat yang mungkin di kaunter "Lost & Found" (dalam bahasa Arab ditulis sebagai المفقودات ). Laporan perlu dibuat dengan kadar segera tidak boleh melebihi 24 jam selepas waktu kejadian.

2. Berikan nama penuh anda, nombor beg kargo anda (di bawah bar code seperti di gambar bawah), nombor telefon, alamat menetap dan ciri-ciri fizikal beg kargo anda.



3. Pastikan anda memperoleh nombor contact kaunter "Lost & Found" tersebut untuk memudahkan urusan follow up dari pihak anda sendiri selepas itu andai pihak syarikat tidak menghubungi anda. Sepatutnya mereka yang akan menghubungi anda untuk hari-hari selepas itu bagi memaklumkan kepada anda jika beg tersebut telah dijumpa. Namun, jika mereka tidak menghubungi anda, itulah fungsi untuk mendapatkan nombor telefon mereka ini. Sediakan payung sebelum hujan.



4. Selepas itu anda akan diminta pulang sebentar bagi menunggu penerbangan-penerbangan yang seterusnya sampai keesokan hari atau hari-hari berikutnya (bergantung pada keadaan). Sementara menunggu mereka mencari beg anda, anda boleh melakukan semakan progress penjumpaan beg itu secara online di website  www.worldtracer.aero/filedsp/ek.htm seperti yang tertera di bahagian dalam kad "baggage report" ini. (Bergantung kepada syarikat penerbangan masing-masing)



5. Selepas dapat panggilan dari syarikat (ataupun anda sendiri yang menghubungi syarikat untuk bertanyakan tentang status beg anda), pergi ke airport di bahagian "departure" (bergantung pada syarikat penerbangan anda) dalam waktu tempoh yang diberitahukan (awas, jangan pergi lewat sangat!) dengan membawa bersama-sama anda passport, segala kunci beg anda, semua tiket dan fail-fail berkaitan yang telah diberi oleh mereka sebelum ini.

6. Kemudian masuk ke dalam pintu departure (this part is a little bit tricky mengenangkan kepada perangai polis Arab Mesir dan orang Arab Mesir yang kekadang suka buat hal) dan cari escalator untuk naik ke tingkat atas. 

7. Setelah naik escalator tadi, masuk terus jauh ke hadapan dan cari lif untuk naik ke tingkat 4 (bergantung kepada syarikat penebangan anda, jika Emirates di tingkat 4) dan sila melapor diri kepada pegawai/pramugari yang bertanggungjawab di bahagian "Lost & Found" (common disebut dalam bahasa Arab sebagai "syantah mafqudah". Biasakan guna bahasa ini dengan orang Arab di waktu ini).

8. Anda kemudian akan dapat surat rayuan pelepasan untuk masuk ke bahagian kargo. Pergi semula ke bahagian bawah sebelum anda menaik escalator tadi dan cari bilik pejabat Emirates di lorong sebelah kanan berdekatan tempat menunggu di situ.

9. Jumpa pegawai di pejabat itu dan tunggu arahan seterusnya daripada beliau. Selepas anda disuruh tunggu sebentar, anda kemudian akan dibawa masuk ke bahagian kargo airport untuk mencari semula beg anda tersebut.

10. Selepas anda menjumpai beg anda, anda akan diminta berjumpa dengan pegawai imigresen airport terlebih dahulu untuk tujuan spot check. Anda akan diminta untuk membuka beg-beg anda tersebut sebelum anda dilepaskan untuk pulang ke rumah.  

11. Selepas anda berjaya mendapatkan semula beg anda yang telah hilang itu, sujud syukur banyak-banyak dan berterima kasih kepada Tuhan banyak-banyak! 


Semoga membantu 


Wednesday, 11 February 2015

8 Tips Mudah Ketika Berada Di Musim Ribut Berpasir



Kebetulan tadi dalam kelas systemic pathology, kami ada membincangkan beberapa penyakit berkaitan cuaca semasa (ribut pasir) yang sedang melanda Cairo (Mesir) sekarang ini.

Ribut musim sejuk berpasir. Tiupan angin musim sejuk yang menyengat tulang. Ditambah pula dengan pasir-pasir halus sebagai 'penambah perisa'. Terasa penangannya sehinggakan anda boleh merasai sendiri 'nikmat' butiran-butiran pasir itu di dalam mulut anda ketika angin bertiup kencang secara tiba-tiba.



Beberapa tips penting sepanjang musim ini :

1- Kalau boleh pakai topeng penutup mulut, sebaiknya dipakaikan topeng tersebut bagi mengelakkan debu-debu atau pasir-pasir daripada memasuki mulut anda kerana kebanyakan penyakit berjangkit yang terdapat di dunia ini boleh berjangkit melalui tiupan debu-debu atau pasir-pasir ini. Perlu diketahui bahawa Mesir juga merupakan antara salah satu negara yang mempunyai statistik kadar penyakit berjangkit yang tinggi.


2- Lindungi organ-organ pernafasan anda (hidung, mulut, dll) daripada dimasuki debu-debu atau pasir-pasir yang berterbangan samada dengan kain atau topeng atau tangan dan sebagainya bagi mengelakkan diri anda daripada menghidapi komplikasi penyakit athma, bronchitis, emphysema dan lain-lain.

3- Bagi yang menggunakan 'contact lens', sebolehnya elakkan pemakaian contact lens ini di waktu-waktu sebegini kerana contact lens anda boleh menjadi kotor dan dijangkiti kuman dengan mudah melalui tiupan angin berdebu/berpasir ini. Sebaliknya gunakan sahaja kacamata biasa buat sementara waktu di musim sebegini.

4- Lindungi juga mata dan telinga anda daripada dimasuki pasir dengan pemakaian kacamata atau halang menggunakan tangan atau apa-apa objek yang ada.


5- Kurangkan keluar rumah jika tiada apa-apa keperluan penting. Namun pergi ke kuliah atau kelas-kelas pengajian adalah MESTI!

6- Banyakkan minum air di waktu ini kerana angin yang bertiup akan menyebabkan kulit anda cepat kering dan minuman air yang banyak adalah berfungsi bagi mengelakkan badan anda daripada dehydrated (kurang air).

7- Di waktu inilah anda akan menyedari betapa berharganya diri anda yang memiliki bulu mata dan bulu hidung yang lebat kerana bulu-bulu ini bertindak sebagai natural air filter (penapis udara semulajadi) bagi diri anda. Bersyukurlah sebanyak yang mungkin kepada Tuhan di setiap masa!

8- Amalkan doa yang diajar oleh Nabi SAW ketika berada di musim-musim sebegini :

اللهم إني أسألك خيرها, وأعوذ بك من شرها
 "Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan berlindung dengan-Mu daripada keburukannya."


Semoga kita sentiasa dipelihara di bawah naugan rahmat-Nya sentiasa, insyaAllah.

~Moga bermanfaat

Saturday, 18 October 2014

KOMA 20 TAHUN KEMUDIAN SEMBUH : PERLU QADA’ SOLAT / TIDAK?

Saya :             Doktor, andaikata ada seorang pesakit, terlantar koma di hospital selama 20 tahun disebabkan penyakit kritikal yang dialaminya, kemudian tiba-tiba dia sembuh selepas 20 tahun koma itu dan dapat bergerak seperti biasa semula. Adakah dia perlu qada’ semula solatnya yang selama 20 tahun itu doktor?

Doktor :          Tidak perlu. Sebab dia dikira tidak berakal (  غير العاقل ) ketika keadaan komanya itu dan syarat wajib solat salah satunya adalah berakal.

Saya :             Tapi kalau bagi kes pesakit yang sedar pula, tapi dia tidak menunaikan solat dalam keadaan sakit itu selama 20 tahun disebabkan jahil atau malas, kemudian selepas dia sembuh itu dia bertaubat, maka adakah perlu bagi pesakit ini qada’ semula solatnya yang selama 20 tahun itu?

Doktor :          Ya, wajib qada’ kerana dia berada di dalam keadaan sedar di waktu itu.

Saya :             Tapi doktor, 20 tahun kot. Lama tu…

Doktor :         Ya, tapi kena qada’ juga. Buatlah sedikit demi sedikit supaya tak rasa terbeban. Contohnya lepas solat fardhu satu waktu, buatlah satu kali solat qada’. Satu sahaja, tak perlu banyak-banyak, sebab nanti rasa terbeban kan. Nanti selepas 20 tahun istiqamah tunaikan satu solat qada’ itu, selesailah hutang kita 20 tahun itu insyaAllah. Islam itu mudah bukan? =)

Saya :               (tersenyum)

Tuesday, 2 September 2014

11 PERKARA ORANG MALAYSIA TIDAK SEPATUTNYA LAKUKAN DI MESIR



Panduan ini khusus ditulis bagi mereka yang pertama kali datang ke Mesir samada atas tujuan datang melancong bersama keluarga ataupun atas tujuan menyambung pelajaran ke Mesir sebagai pelajar baru.

(Panduan ini didedahkan bukan bertujuan untuk memburukkan Mesir, apatah lagi untuk menghina negara yang telah banyak mendidik diri penulis ini, tetapi ia ditulis sebagai persediaan kepada warga Malaysia yang ingin berkunjung ke Mesir bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.)

11 ‘JANGAN’ yang patut dititikberatkan oleh warga Malaysia ketika pertama kali tiba di Mesir :

1-      Jangan tayang smartphone @ iphone @ tab anda di khalayak ramai, kerana orang Arab Mesir memang kebanyakannya target orang Malaysia sebagai orang kaya yang boleh dijadikan mangsa rompak/ragut.

2-      Jangan letak beg duit @ wallet @ handphone mahal anda di dalam poket seluar atau apa-apa poket luar pakaian anda yang mudak diseluk masuk tangan ke dalamnya, kerana pencuri Arab Mesir memang sangat-sangat pakar dalam bab pickpocket ini sehinggakan anda tidak akan perasan walau sedikit pun! (kerana saya pernah kena dan sampai sekarang saya tidak pernah membawa apa-apa barang berharga saya di dalam poket seluar ^_^ ) Lebih-lebih lagi ketika anda berada di dalam pengangkutan awam (bas/van (tremco) ).


Dipanggil 'micro-bus' dalam kalangan masyarakat Arab tempatan, tetapi dipanggil sebagai 'tremco' oleh pelajar Malaysia-Mesir

3-      Pabila pertama kali sampai di lapangan terbang antarabangsa Mesir, jangan terlalu berani terus menaiki teksi atau pengangkutan awam dengan sendiri. Sebaiknya minta mana-mana kenalan orang Malaysia yang anda kenal di Mesir untuk menyambut ketibaan anda di lapangan terbang berkenaan, kerna orang Arab Mesir suka target ‘freshies’ sebagai mangsa tipuan mereka (caj tambang pengangkutan berlipat-lipat kali ganda). Lebih-lebih lagi bila anda kelihatan tidak tahu berbahasa Arab dan tidak pandai berbahasa Arab tempatan (arab ammi bukan fushah).

4-      Ketika menunaikan solat di masjid-masjid tempatan, jangan sesekali meletakkan beg atau barang-barang berharga anda di belakang, sebaliknya letak di hadapan (di bahagian yang mata anda boleh perhatikan) kerana banyak terjadi kes hilang barang yang ditinggalkan di belakang walau sekejap.

5-      Jangan bergerak berseorangan. Perompak Arab Mesir suka target orang Malaysia yang bergerak berseorangan, lebih-lebih lagi bila anda kelihatan berpakaian mewah dan mempunyai rupa muka yang ‘jambu’ (maaf, muka ‘jambu’ pun termasuk juga ^^ ).

6-      Jika mahu bershopping (membeli-belah) di kedai-kedai tempatan ataupun di pasar-pasar terkenal di sini, jangan pergi shopping bersendiran (sekiranya anda baru di sini) ataupun pergi hanya bersama pelajar-pelajar baru sahaja (bagi pelajar baru), sebaiknya minta tolong pelajar-pelajar tempatan Malaysia yang berada di sini untuk menemani dan bantu anda membuat tawaran harga sekali, kerana kebiasaannya peniaga Arab akan meletakkan harga 2-3 kali ganda mahal bila berurusan jual beli dengan orang Malaysia (pelajar-pelajar Malaysia di sini kebiasaanya tahu berapa harga standard barang-barang Mesir).

7-      Jangan biarkan pintu atau tingkap rumah anda tertutup tanpa berkunci. Bahaya. Pastikan ia sentiasa berkunci walaupun sekejap. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di rumah tingkat/bahagian bawah.

8-      Jangan berjalan kaki berseorangan di tempat-tempat yang berisiko tinggi*. Sebolehnya gunakan jalan alternatif untuk ke destinasi anda itu jika berjalan kaki.
*(tempat-tempat yang telah dikenal pasti sebagai spot penjenayah beroperasi. Rujuk pelajar tempatan Malaysia mengikut kawasan Mesir yang anda sedang berada itu kerana setiap muhafazah (daerah/negeri di dalam Mesir), tempat berisikonya adalah berbeza-beza mengikut muhafazah masing-masing).

9-     Jangan menunjukkan sebarang sokongan terhadap mana-mana isu politik yang berlaku di sini (seperti saya suka Mursi, saya sokong Ikhwan Muslimin, saya sokong Rabaah – walaupun anda memang seorang penyokong kebenaran), baik sokongan dalam bentuk lisan ataupun dalam bentuk alam maya (contoh : ikon whatsapp anda menggunakan simbol Rabaah). Sebolehnya dielakkan sehabis mungkin.

10-  Jangan tangkap gambar bangunan-bangunan institusi ketenteraan yang berada di sini, kerana memang itu polisi yang dilarang kerajaan Mesir sebagai sebuah negara tentera.

11-  Jangan sia-siakan peluang anda berada di Mesir. Ziarah tempat-tempat bersejarah, beli banyak-banyak kitab-kitab murah dan manfaatkan kelas-kelas pengajian yang ada di sini kerana bukan semua orang bernasib baik mendapat peluang pergi ke negara Mesir seperti yang anda dapat! Have fun! ^_^ )