Sunday 28 October 2012

KENAPA QURAN DI MESIR SANGAT MURAH?






Suatu hari..
Aku ke Masjid Saidina Hussein…
Saja alang-alang tiba di Bumi Mesir teringin untuk melawat makam Saidina Hussein…

Sesampainya aku buat pertama kali di sana…
Aku ternampak deretan gerai-gerai jalanan menjual pelbagai macam benda…
Lantas hatiku terdetik untuk mencari senaskah Al-Quran ‘poket’…
Kerna pernah aku terdengar sebelum-sebelum ini mengatakan Al-Quran di sini murah-murah…

Sepantas kilat sepasang mata ini tertumpu kepada deretan Quran yang dijual bersebelahan Masjid Saidina Hussein…
Lantas aku segera ke sana dan bertanyakan harga Quran mini yang sudah lama ingin ku miliki itu…

“Encik,berapa harga Quran ini?(sambil jariku menunjukkan ke arah Quran mini itu)”



“7 Geneh”,jawabnya…

*(1LE @ 1Egyptian Pound = RM0.50)
*(Dalam bahasa pasar mereka memanggil 1LE dengan gelaran 1Geneh)
*(RM1 = LE2 @ 2 Geneh)

“Saya nak 5 Geneh boleh?”

“Hmm.. Boleh lah…”

Pergh! Alhamdulillah!!
Hanya dengan sekali tawar menawar,aku berjaya mendapatkan senaskhah Quran poket dengan harga 5 Geneh atau dalam Malaysianya bersamaan RM2.50!!!

Alhamdulillah…Allah permudahkan…

Hatiku sangat riang meloncat-loncat pada hari itu…
Sungguh berpuas hati…
Dapat beli Quran dengan harga 5Geneh@RM2.50...
Yang kalau ingin beli di Malaysia harganya mencecah RM30 paling murah pun…


Alhamdulillah….


Namun,tiba-tiba kotak fikiran ini mula dicampakkan suatu ilham dari-Nya…
Terfikir tiba-tiba akan suatu perkara…


“Kenapa Al-Quran kat Mesir ini dijual ‘murah giler’…??”
Kat Malaysia mahal kot…Makin kecil,makin mahal Quran itu…

“Kenapa Al-Quran kat Mesir ini murah sangat harganya??”
Al-Quran tu kan kalam Tuhan…Mukjizat sepanjang zaman lagi…
Patut jual mahal lah…

Baru padan dengan taraf Quran yang mulia itu…
Sedangkan buku-buku pengarang terkenal pun mencecah ratusan ringgit…
Inikan pula Al-Quran yang tiada tandingan taraf ke’power’annya…
Patut jauh lagi mahal lah…


Kerap kali persoalan-persoalan ini berlegar-legar di ruang ‘cerebrum’ku…




Bahkan kebanyakan kitab-kitab & buku-buku ilmiah yang ada di sini kebanyakannya dijual dengan harga yang sangat murah…

Jual kitab secara borong pun ada…

Termasuk buku-buku untuk kuliah perubatan yang dijual dengan harga puluhan Geneh sahaja di sini (buku-buku karangan doktor-doktor Al-Azhar sendiri)…
Yang mana kalau di Malaysia,harga buku-buku untuk kuliah perubatan sahaja sudah mencecah ratusan ringgit…



Aku bertambah hairan…

Lantas tiba-tiba Allah mencampakkan satu solusi di depan mata ku sebagai panduan untuk aku menyelesaikannya…


Sepanjang keberadaanku di Bumi Mesir ini…
Pelbagai ragam manusia ku lihat…
Tapi kebanyakan ragam yang dipamerkan oleh masyarakat Mesir ini mainly adalah ‘Negatif’ dan kebanyakannya tidak boleh dijadikan sebagai teladan…

Kebersihan yang sangat teruk…
Keadaan lalu lintas yang sangat serabut…
Sifat panas baran Arab yang suka bertekak…
Kes-kes jenayah yang bermacam-macam…

Tak boleh pakai…
*(Bukanlah keterangan ini bertujuan ingin mengaibkan Mesir,tapi untuk menceritakan hakikat sebenar keadaan di Mesir demi persediaan keselamatan bagi mereka yang ingin mengunjungi Bumi Mesir.Perbincangan mengenainya akan dibicarakan dalam isu yang lain)

Namun,di sebalik budaya-budaya Arab yang Teruk ini…
Ada jua terselit budaya-budaya Islam yang murni & masih lagi mereka amalkan…



Budaya Quran…



Dalam satu khutbah Jumaat yang aku hadiri…
Aku lihat si Khatib rancak berkhutbah…

Kemudian,tatkala Si Khatib membacakan beberapa potong ayat Al-Quran (membaca ayat Quran tidak sehingga ke akhirnya)
Para Jemaah yang lain terus menyambungnya…


“Pergh! Gempak giler orang Mesir!! Majoriti hafal Quran!!”,hatiku tiba-tiba berbisik..


Lantas teringat ku kepada sahabatku yang menceritakan satu peristiwa sewaktu dia ingin pergi membeli sayur di gerai tepi jalan,dia terlihat si penjual sayur sedang mendengar bacaan Quran…

Kemudian dia saja bertanya…

“Enta Hafiz Quran ke?”

Si penjual sayur menjawab…

“Eh,takde lah saya bukan Hafiz Quran…”

“Hmm,habis tu hafal berapa juzuk…?”

“Ohh,ana hafal 12 juzuk je…”



“Pergh! Jual sayur je pun…tapi hafalan Quran dia mengalahkan pelajar Universiti kita…”,hatiku berbisik sekali lagi… Kagum…


Lantas pabila ku mengaitkan peristiwa ini dengan persoalan-persoalanku tadi,Allah mengilhamkan ku jawapannya…

“Kenapa Al-Quran kat Mesir ini murah sangat harganya??”
Al-Quran tu kan kalam Tuhan…Mukjizat sepanjang zaman lagi…
Patut jual mahal lah…

Baru padan dengan taraf Quran yang mulia itu…
Sedangkan buku-buku pengarang terkenal pun mencecah ratusan ringgit…
Inikan pula Al-Quran yang tiada tandingan taraf ke’power’annya…
Patut jauh lagi mahal lah…


Mungkin dengan sebab ‘kemurahan’ Al-Quran inilah yang menyebabkan majoriti masyarakatnya menghafal Quran…
Mungkin dengan sebab ‘kemurahan’ Al-Quran inilah yang membolehkan masyarakatnya menikmati FAEDAH&MANFAAT yang Quran ini miliki dengan mudah…

Meskipun nilai sebenar Al-Quran ini adalah sangat tidak ternilai sebenarnya (priceless),tapi sengaja ‘harga jualannya’ direndahkan demi membolehkan masyarakat sekeliling memanfaatkan mutiara-mutiaranya sebaik yang mungkin…


Di dalam bas aku melihat orang membaca Quran sambil berdiri…
Di gerai-gerai jualan aku melihat si penjual membaca Quran…
Di tepi jalan si Pengemis turut membaca Quran…

Di mana-mana sahaja sangat mudah untuk aku menjumpai budaya Quran ini…


Gara-gara harga Quran yang ‘ sangat murah’
Sehinggakan semua lapisan masyarakat mampu memlikinya… (affordable)


Begitulah juga aku memandang keadaan yang sedemikian kepada mereka-mereka yang ‘berilmu’ di zaman sekarang ini…


Pabila para pendakwah merendahkan diri mereka seperti orang biasa…
Membolehkan semua lapisan masyarakat ‘masuk’ dengan mereka…
Dan masyarakat boleh memanfaatkan ilmu-ilmu yang mereka ini ada…

Pabila para pemimpin tidak terlalu meng’eksklusif’kan sangat diri mereka…
Pabila para pemimpin dengan sangat mudah turun padang...
Tidak terlalu terperap di dalam pejabat berhawa dingin mereka…
Masyarakat akan dapat memanfaatkan keprihatinan pemimpin mereka..


Teringatku kepada suatu peristiwa di mana ketika Saidina Umar r.a. menjadi khalifah..
Beliau suka menyamar seperti orang biasa untuk memantau keadaan rakyatnya…
Memantau samada mereka ini dalam keadaan yang baik @tidak…

Tidak terlalu meng’eksklusif’kan diri beliau yang hebat itu…
Supaya masyarakat dapat manfaat daripada diri beliau yang sengaja di’murah’kan itu…




Begitulah juga dengan diri kita….


Pabila kita hanya ingin ‘hang out’ dengan kawan-kawan yang baik dan tidak pula suka ‘masuk’ juga dengan kawan-kawan yang kurang baik kerna tidak sukakan perangai mereka yang kurang baik itu…

Nescaya mereka yang ‘kurang baik’ itu akan terus kekal dengan keadaan ‘kurang baik’ mereka itu…


Janganlah terlalu sangat memilih dalam berkawan dengan semua orang…

Janganlah terlalu me'MAHAL'kan sangat diri kita ini...

Janganlah terlalu meng’eksklusif’kan sangat diri kita yang ada ilmu sikit-sikit ini…
Sehinggakan mereka yang ‘kurang baik’ ini tidak mendapat tempias ilmu-ilmu kita…

Janganlah para pendakwah terlalu memilih sasaran madhu’nya…
Pabila kita ingin berdakwah hanya pada mereka yang baik-baik…
Tapi tidak pula cuba untuk masuk dengan mereka yang ‘kurang baik’…

Padahal mereka yang ‘kurang baik’ inilah yang sebenarnya sangat dahagakan tempias-tempias dakwah kita…

Cuma kita sahaja kena kreatif lebih sikit dalam berdakwah ini…
Supaya ilmu-ilmu kita yang tak seberapa ini menjadi manfaat kepada ‘mereka-mereka’ ini..



‘Murah’kan diri kita demi manfaat yang lain…
Agar masyarakat sekeliling mampu untuk mem’beli’ mutiara-mutiara dakwah-dakwah kita…

Begitu juga seruan ini ditujukan kepada penjual-penjual@penerbit-penerbit buku di luar sana…


Janganlah terlalu mahal sangat buku-buku anda itu dijual…
Dibimbangi ilmu-ilmu yang ingin disebar-sebarkan sebagai manfaat semua itu tidak mampu di’beli’ oleh masyarakat-masyarakat biasa….

Teringatku kepada Mujahid Ustaz Muhammad Ridhwan Bin Mohd Nor…
Ketikamana beliau mengadakan ceramah di mana-mana…

Akan dibawa sekali karya-karya beliau bersama…
Dan dijual dengan harga hanya sekitar RM5/RM10…
Padahal jika nak dibandingkan harga sebenar buku-buku itu di luar mencecah puluhan ringgit…

Tapi disebabkan kerna ikhlas ingin menyebarkan ilmu…
Sengaja di’murah’kan buku-buku itu supaya ilmu-ilmu itu tersebar…


'Murah'kan diri di sini bukanlah bermakna kita merendahkan nilai maruah kita...
Tapi bermakna kita merendahkan diri serendah yang mungkin untuk membolehkan semua orang 'masuk' dengan diri kita...
Demi menyebarkan ilmu-ilmu yang kita miliki kepada semua orang...
Agar ilmu yang tak seberapa ini menjadi manfaat kepada orang lain..


Wallahua'alam

Friday 19 October 2012

AKU SPERMA YANG BERTUAH! (DI-BERTUAH-KAN)

AKU SPERMA YANG BERTUAH (DI-BERTUAH-KAN)!! 



Setibanya kaki ini menapak di Bumi Mesir...
Diri ini mula dijinak-jinakkan dengan ilmu perubatan… 

Anatomy…Physiology...Histology...Biochemistry.... 
Inilah santapan harian ku... 


Namun,di celah-celah saat aku mentelaah ilmu Embryology yang disyarahkan oleh Doktor… 

Aku `terjumpa’ seribu satu mutiara berharga yang tersurat di sebalik ilmu yang bermakna ini... 




Embryology….

Satu bidang ilmu yang membincangkan topik khusus mengenai perjalanan sel-sel tertentu dalam mengejar matlamat bergelar seorang bayi…

Merupakan antara salah satu perbincangan yang sangat menarik... 
Bermula daripada perlumbaan jutaan sperma dalam menuju destinasi Ovum yang satu...
Sehinggalah kepada bagaimana kelahiran seorang Bayi yang ‘sangat mahal’ diceritakan satu- persatu...

Sepanjang pembelajaran kami dalam subjek yang menyeronokkan dan mengghairahkan ini...

Hati kecilku tiba-tiba diketuk...
Ketukan yang sangat dalam...
Satu ketukan yang cuba menyedarkan ku BETAPA BERHARGA DAN MAHALNYA HARGA SEBUAH KEHIDUPAN INI...

Hidup ini bukanlah suatu yang ‘so simple’ begitu saja....

Bukan...


Kalau difikirkan secara kasar,memang nampak seolah-olah sangat-sangat mudah untuk seorang manusia melahirkan seorang anak....

“Alaaah... Kalau nak anak,kahwin je lah... Lepas tu,buat la hubungan kelamin (sexual intercouse) dengan pasangan kita... dapatlah anak...” 

Ya...

Memang nampak sangat-sangat mudah seperti di hujung jari kita...
Tapi hakikat realiti sebenar hanya orang yang mempelajari mengenainya sahaja yang tahu..
`Hanya Jauhari mengenal manikam’...


Untuk melahirkan seorang zuriat yang sihat bukanlah satu `tugas’ yang sangat mudah sebenarnya...

Bahkan hakikat yang sebenarnya terdapat puluhan bahkan ratusan kemungkinan (possibility) yang mengatakan bahawa kelahiran seorang Bayi yang diimpi-impikan ini akan GAGAL!

Bermula daripada perlumbaan jutaan sperma (roughly 150 million sperm in every ejaculation) yang berkejar-kejar menembusi Ovum yang satu...



Hanya SATU yang berjaya...!



Setelah sperma dan ovum ini berjaya disatukan...

Proses petumbuhan sel lanjutan mula dilaksanakan secara rancak (Divison of cell)


Bermula daripada satu sel (Hari pertama),
Bertukar kepada 2 sel (selepas 30 jam),
Kepada 4 sel (40 jam),
8 sel,
16 sel (Dikenali sebagai MORULA selepas 3 hari)
Sehinggalah kepada 32 sel (yang dikenali sebagai BLASTOCYST selepas 5 hari)

*Dalam bahasa Arab blastocyst yang lengkap bersama jejarinya (chorionic villi) ini dikenali sebagai ‘A’LAQAH’ (عَلَقَة)


Selepas tamat fasa pembahagian sel...

Tibalah pula kepada fasa penanaman (implantation) Blastocyst ini ke dalam dinding Rahim si Ibu (uterus wall) untuk membolehkan Janin membesar...

Fasa inilah fasa yang mana ramai wanita yang hamil gagal berjaya melepasinya sebenarnya...dan ramai sebenarnya yang tidak tahu akan akibat yang amat dahsyat boleh timbul daripadanya...


Sel yang telah diperkembangkan petumbuhannya dengan berjaya ini (blastocyst) mestilah ditanam di bahagian atas dinding Rahim si Ibu untuk mencapai penanaman benih yang normal
(Normal implantation occurs in the upper part of the posterior wall of the uterus near the fundus) 

Namun pabila benih ini ditanam di bahagian bawah Rahim (selain daripada bahagian atas Rahim),ia dikategorikan sebagai ‘penanaman benih yang tidak normal (abnormal implantation)


-Placenta praevia lateralis (penanaman di bahagian bawah Rahim)
-Placenta praevia marginalis (penanaman berhampiran kepada bahagian CERVIX-tempat keluar kelahiran bayi)
-Placenta praevia centralis (penanaman betul-betul meliputi bahagian CERVIX) 


Dan kesan yang timbul daripadanya akan menyebabkan kesakitan yang sangat kepada si Ibu (ketika mengandung),boleh menyebabkan keguguran,Rahim akan mengalami pendarahan yang amat banyak ketika kelahiran Bayi,dan boleh menyebabkan kematian kepada si Ibu (Placenta praevia centralis)


Senang cite,apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kadar untuk melahirkan Bayi dengan berjaya di fasa ini adalah sangat tipis sebenarnya kerna kata doktor,fenomena ‘abnormal implantation’ ini BIASA berlaku pada wanita yang hamil sekarang (very common)!!!


Setelah didedahkan kepada ilmu yang mendebarkan kami ini...

Salah seorang daripada kalangan pelajar bertanya kepada Doktor:


“Apakah punca yang menyebabkan masalah-masalah ini berlaku Doktor?” 


Lantas Doktor di hadapan pelajar-pelajarnya menjawab:


Ada sesetengah perkara yang berlaku tanpa kita ketahui sebabnya. Begitu juga dengan masalah yang berlaku di sini. Saya juga tidak tahu apakah punca utamanya... Sesetengah perkara yang berlaku hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akannya...” 


Lantas jawapan yang dilemparkan ini membuatkan fikiranku terlempar jauh memikirkan mengenai satu perkara...

Di saat menantikan kelahiran seorang Bayi yang diidam-idamkan,di sinilah kita meletakkan pergantungan yang sepenuhnya kepada si-DIA sebenarnya...


Di saat inilah tahap akidah kita diuji untuk ber’tawakkal’ sepenuhnya kepada DIA YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA-GALANYA tatkala pada masa yang sama,insan yang lemah seperti kita ini tidak berdaya untuk melakukan apa-apa...


لا حول ولا قوة إلا بالله 

(Tiada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan (kehendak) Allah) 


Sepanjang masa menantikan kelahiran seorang Bayi ini,pastinya si Ibu dan Ayah akan berusaha sedaya yang mungkin untuk `menjayakan’ kelahiran si Bayi ini…



Namun,ketahuilah wahai manusia…

DIA lah yang Maha Menentukan Segala Sesuatu mengikut kehendak-Nya…


Di saat orang bukan Islam mengharapkan kepada kepakaran si doktor,mengharapkan kepada keupayaan pil-pil vitamin,dan mengharapkan kepada diet yang seimbang daripada si Ibu semata-mata…

Tampil pula penganut Islam yang juga tidak terlepas daripada segala pengharapan yang ‘MEMBANTU’ ini (sebagai asbab)…

Yang ditambah lagi kepada Pengharapannya yang Mutlak hanya kepada NYA…


“اَللهُ لَا إِلَهَ إِلاّ هُوَ وَعَلَى اللَهِ فَليَتَوَكَلِ المُؤمِنٌون”

“(Dialah) Allah,tidak ada Tuhan selain Dia,dan kepadanyalah orang-orang Mukmin bertawakkal”

(surah at-Taghabun : ayat 13)


Ya…

Pengharapan inilah sebenarnya yang menentukan segala-galanya….
Pengharapan inilah juga yang sepatutnya sejak azali wujud dan terpasak kukuh di dalam keyakinan kita…


Namun...

Hati kecilku mula tersentak...

Setelah susah-payah proses kelahiran bayi yang MAHAL ini ditempuhi...

Terdapat juga beberapa makhluk bergelar insan yang tanpa segan silu MEMBUANG PRODUK-PRODUK BERHARGA ini merata-rata...

Tanpa rasa bersalah...





Perasaanku terasa sangat remuk...

Di saat orang lain sangat mengharapkan akan kelahiran seorang Bayi...
Di saat ada insan yang kurang bernasib baik keguguran zuriat harapan ini...

‘Mereka’ dengan selamba hati membuang bayi-bayi tidak berdosa ini begitu sahaja....



Benarlah dunia ini menghampiri titik noktahnya...

Dengan sifat manusia yang telah ditarik ‘perikemanusiaannya’...
Mengalahkan binatang tanpa akalnya...
Berasaskan kepada nafsu semata-mata...


........................Fa’fuanna ya Ghaffurur Rahim.............................


Wallahua’alam


(*Kepada pakar-pakar doktor,pensyarah-pensyarah,guru-guru,ulama-ulama,alim bijaksana dan semua insan yang sedang membaca artikel ini,jikalau ada salah pada apa-apa yang dinyatakan di atas ini,tolong berikan teguran mahupun kritikan kepada diri yang masih merangkak belajar ini... Wallahua’alam)