Friday 17 June 2011

Sedikit Tinta dari Hamba Yang Hina

Assalamualaikum W.M.T.
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian Alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar,Nabi Muhammad S.A.W.,para nabi dan rasul seterusnya sahabat para sahabat & ahli keluarga mereka.

Ya Allah lapangkanlah dadaku,permudahkanlah urusanku,dan fahamkanlah mereka atas apa yang ingin kubicarakan....

Sahabat2ku yg amat kusayangi sekalian,
Sudah lama rasanya diri ini menyepi tanpa bicara,membawa hala tuju diri ke jalan yang jarang ditempuhi,namun bukan itu niatku membasahkan mata penaku kali ini,bukan rentetan hidupku yg ingin kubicarakan tapi suatu yang kurasakan penting bagi memperingati diri kita semua.

Tahniah kepada sahabat2ku waima yang putera mahupun yang puteri atas kejayaan kalian menempatkan diri di mana2 IPT sama ada IPTA mahupun IPTS,di dalam mahupun luar negara,dalam apa2 jua bidang yang kalian ceburi.Tahniah aku ucapkan.Namun dalam keseronokan dan kegembiraan yang melanda sukma,jangan dilupa itu semua kurniaan-Nya.Maka,ucapkanlah Alhamdulillah.Moga2 Allah menambahkan nikmat kepada kita dan tidaklah kita menjadi hamba yg kufur.Cukuplah di sini sebagai muqaddimah,mari menuju ke kandungan sebenar artikel ini.

"Tidaklah Aku(Allah) menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaKu" (Surah Adz-Dzariyat 51:56) 

Ibadah membawa maksud yg meluas dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam.Ibadah bukanlah semata-mata pada solat,puasa,zakat,haji tetapi seluruh kehidupan manusia itu adalah ibadah.Betapa mudahnya Islam,betapa penyayangnya Allah kepada kita.Namun,persoalan yg menjelajahi serebrum otak kita ialah,bagaimana kehidupan kita itu menjadi suatu ibadah?InsyaAllah,persoalan inilah yg akan kukupas sebaik mungkin.

  Rasa cemburu pun ada, sedih pun ada, gembira lagilah tak terkata melihat sahabat2 berjaya menyambung pelajaran ke luar negara.Yg menyambung dalam negara, aku turut berasa cemburu melihat kalian menyambung dalam bidang Teknokrat seperti kejuruteraan dan medik.Namun,itulah rezeki Allah,maka bersyukurlah.

Apa yg ingin kubicarakan ialah kaitan antara kehidupan kita sekarang sebagai seorang mahasiswa mahasiswi dengan konsep beribadah kepada-Nya.Dalam kehidupan seharian kita,pelbagai perkara kita temui,pelbagai ragam kita saksikan,pelbagai dugaan kita disajikan.Hanya yg BENAR2 MENGAKUI kewujudan & kekuasaan Allah sahaja yg akan selamat,yg lain akan tenggelam dalam arus dunia.Persoalannya,adakah kita salah seorang antara yg terselamat ataupun yg kelemasan?Jawapan itu ada pd diri kita masing2.

Adakah kita fikir apabila kita menceburi bidang kejuruteraan dan medik,kita cukup hebat?Adakah kita fikir kita menceburi bidang agama mahupun apa2 bidang sekalipun,kita sudah cukup hebat?Adakah kita fikir kita cukup hebat melayakkan diri ke universiti2 di luar negara mahupun dalam negara?Hebatkah kita?Ya,kita memang hebat tp kehebatan itu dikurniakan oleh Allah Azza Wa Jalla, bukan atas usaha kita semata-mata.Lalu,fikirlah & renunglah.Sekiranya Allah telah memberi kita sesuatu,apakah balasan yg layaknya kita sebagai seorg hamba membalas kpd Sang Pencipta?

"Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad" (Hadis Rasulullah S.A.W.)
Kita telah melaksanakan suatu tuntutan Rasulullah dengan menyambung pelajaran kita ke peringkat yg lebih tinggi,tetapi utk apa kita belajar?Mari ambil masa beberapa detik utk memikirkan tentangnya....

Mardhotillah.Keredaan Allah.Itukah yg terlintas?Sekiranya YA menjd jwpnnya,BUKTIKAN. 

Adakah cukup sekadar kita melafazkan tanpa ada amal yg membenarkan?Pastinya tidak.Kalau benar kita menuntut ilmu kerana keredaanNya,pastinya:

  • Kita akan menutup aurat sebagaimana yg dituntut oleh Allah sebagaimana dalam firmannya dalam Surah An-Nur ayat 30-31 supaya melabuhkan tudung,tidak menampakkan perhiasan kecuali kepada mahram.Bukannya,apabila kita terjun ke dalam bidang bukan agama,kita terlepas dari tuntutan agama yg tidak lain datangnya daripada Allah.Jadi,betulkah kita belajar ni sebab nak mencari keredaan Allah kalau saat kita belajar pun,kita dah lupa hukum2 Allah?
  • Walau apapun bidang yang ceburi,matlamat kita untuk membangunkan ummah ini,untuk menegakkan kalimahNya.Tapi berapa ramai yang berfikir sedemikian?Adakah kita salah seorang?Sesungguhnya,org yg benar2 mencari keredaan Allah,sentiasa cuba memikirkan apakah yg boleh disumbangkannya kepada agama dalam kepakarannya tidak kiralah para doktor,jurutera,engineer,para motivator,semualah.
  • Sentiasa menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan permpuan,bukannya keluar sekolah,kita bebas melakukan sesuatu tanpa berlandaskan hukum2 Allah.Adakah keluarnya kita dari sekolah,masa utk kita memadu asmara,masa utk kita menikmati dunia.Maka,celakalah kita sekiranya begitu.Org yang belajar utk mencari keredaan Allah sentiasa menjaga batas2 hukumNya.Bukan sekadar solat sahaja sahabatku,bukan sekadar berpakaian sahaja sahabatku melainkan pakaiannya benar2 sepertimana yang diperintahkan Allah.
   Jadi,benarkah kita menuntut ilmu demi keredaanNya?Tanyalah diri sendiri & jawablah.

  Sesungguhnya kita semua sudah cukup lama ditarbiah di atas muka bumi ini.Bermula seawal di rumah sehinggalah kini.Mana penghayatannya?Adakah hati kita begitu keras utk menerima apa-apa yang disampaikan sahabat2 kita yang tidak lain datangnya dari perintah Rasulullah S.A.W. dan juga Allah S.W.T.Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam Lembaran CintaNya,
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-A'raf 7:178-179)
Fikir-fikirlah,renung-renunglah.Adakah kita ini lebih hina dpd binatang ataupun sebaik-baik kejadian?Jawapannya ada pada diri kita.Kita yang menentukan jalan hidup kita.Pilihlah,bersenang di dunia dan bersusah di akhirat ataupun bersenang dunia dan bersusah di akhirat.Sesungguhnya,itu hukum alam yang telah ditetapkan Allah,maka buatlah pilihan.Pilihan di tangan sahabat2 sekalian.

"Sekiranya kamu tidak malu,buatlah apa-apa yang kamu mahu" (Hadis Rasulullah S.A.W.)
Sekiranya kita mampu menjadikan pendidikan kita sebagai satu wahana utk mendptkan keredaan Ilahi,apabila tamat pula belajar,kita sumbangkan pada kemajuan ummah dalam apa-apa sahaja bidang yg diceburi,InsyaAllah pendidikan kita adalah ibadah dan akan dibalas dengan syurganya.Maka belajarlah bersungguh-sungguh dan martabatkan kembali ummah ini.Nescaya,bukan sahaja ganjaran dunia,bahkan ganjaran akhirat juga menantimu.  

Go to fullsize image
"Telah Aku tinggalkan kepadamu 2 perkara,tidak akan tersesat bagi sesiapa yang berpegang kepadanya iaitu Al-Quran dan Sunnah." (Hadis Rasulullah S.A.W)

Wallahu A'lam.
 Yang baik itu datangnya dari Allah,yang buruk itu jua datangnya dari Allah tetapi kerana kelemahan dan kehinaan diri ini.Semoga sama2lah kita dapat mencari keredaanNya.InsyaAllah.Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum w.m.t. 

Ujian apakah ini ya Allah!!

"Kenapa Allah jadikan aku mcm ni??"

"Kenapa Allah bg benda ni kt org lain tp aku x dpt??"

Kecantikan,kesihatan,kelapangan,kekayaan...
Terlalu byk nikmat2 Allah di muka bumi ini utk diungkapkan....



Kecacatan,kesakitan,kesempitan,kemiskinan...
"Tp kenapa UJIAN sebegini rupa ditimpakan kpd HAMBA mu yg lemah ini ya Allah??"
"Kenapa aku insan malang yg engkau pilih ya Allah?"

Astaghfirullahala'zim...
Istighfar lah byk2 wahai makhluk bernama manusia..
Istighfar lah byk2 wahai manusia bergelar khalifah..

Sedar x sedar,diri kita ini sebenarnya lebih byk merintih dgn KURNIAN Allah berbanding bersyukur terhadapnya..

MUSIBAH..DUGAAN..UJIAN..

Ungkapan yg x pernah lekang dek bait2 kehidupan manusia,
Persoalannya...

KENAPA KITA DIUJI DGN PELBAGAI MUSIBAH??

Manusia sering memandang sesuatu perkara buruk yg menimpanya sebagai sesuatu yg x elok,
Sesuatu perkara baik yg diperoleh mereka sering diagung-agungkan,
Sedangkan Allah telah lama berfirman dlm surah al-Baqarah,ayat 216:

"Tetapi boleh jadi bagi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Sayangnya ramai lg yg masih x menghayati maksud ayat ini sebenarnya..
Setiap perkara yg berlaku di dunia ini sememangnya ada HIKMAHnya sebenarnya..

Cuba renungi kisah ini:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pd suatu masa dahulu,tinggal seorg raja bersama seorg bendahara sebagai penasihatnya.Raja ini akan selalu meminta nasihat bendaharanya dlm pelbagai perkara.Jwpn yg sering menjadi buah mulut bendahara ini ialah "ADA HIKMAHNYA".Suatu hari,tatkala si raja sedang bermain pedang dgn anak gadisnya,secara tiba2,si gadis ini secara x sengaja terlukakan kaki ayahandanya.Si raja yg sedang marah ini pulang utk bertanyakan pendapat bendahara mengenai peristiwa ini.Jwb si bendahara dgn selamba:"ADA HIKMAHNYA".Si raja yg sedang marah ini terus menghumban bendahara ke dlm penjara sbb rasanya bendahara sengaja ingin memperlekehkan diri baginda.

Satu hari,raja pergi berburu di hutan.Ditakdirkan satu ketika,si raja terpisah dr kumpulan baginda dan ditangkap oleh sekumpulan orang 'kanibal'.Kanibal ini kemudian mengikat si raja utk satu ritual masakan.Fikir si raja,tamatlah riwayatnya apabila dimakan oleh kanibal2 ini nanti.Sebelum berlangsungnya ritual tersebut,ketua kanibal menyuruh anak2 buahnya melakukan 'pemeriksaan' terakhir terhadap si korban.Alangkah terkejutnya si raja apabila ketua kanibal itu berkata:"Pergilah skrg,kau dibebaskan sbb kami x nk korban yg ada kecacatan pd anggotanya,boleh bwk sial.Pergi kau!Jgn sampai kami jumpa kau lg!"

Si raja berlari pulang dgn gembira menuju ke penjara bendahara utk menceritakan peristiwa ini kpdnya.
"Skrg aku dah nmpak hikmahnya.Parut pd kakiku ini telah menyelamatkan nyawaku."
"Benarlah takdir Allah itu."jawab bendahara.
"Tp apa hikmahnya kau dipenjarakan di sini?"soal si raja.
"Jikalau aku mengikutimu berburu di hutan,nescaya diriku ini akan menjadi korban kaum kanibal itu kerana kesempurnaan anggota badanku ini.Itulah hikmahnya aku dipenjarakan."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak apa sebenarnya yg berlaku??
Terlalu byk hikmah yg berlaku d dunia ini yg kebanyakan manusia x 'nampak' sebenarnya..

Cantik.Memudahkan kerja2 dakwah kita diterima masyarakat dan menjadikan kita hamba yg sgt bersyukur.
Hodoh.Mengelakkan diri ini dr pelbagai fitnah.
Sihat.Memudahkan diri utk lebih byk beribadah kpd Allah.
Sakit.Salah satu cara utk Allah menghapuskan dosa2 kita.
Byk lg perkara yg kita x nmpak sebenarnya...


Kita sebagai HAMBA Allah wajar diuji dgn pelbagai ujian utk lebih mendekatkan diri kpd Allah.
Tnpa dugaan ini,hidup kita akan lalai dibuai kemewahan  kenikmatan dunia...

Umpama seekor monyet yg memeluk sebatang dahan tinggi,apabila semakin kuat tiupan angin,semakin kuat pelukannya,apabila lembut tiupan angin,pelukan monyet akan menjadi smakin longgar lalu jatuhlah ia menyembah bumi kerna terlalu asyik melayan tiupan angin yg membuaikan!!

"Katakanlah (Muhammad),"Tidak akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan oleh Allah kpd kami.Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah lah bertawakkalorg2 yg beriman".
                                                                                              at-Taubah:51

Justeru,hadapilah segala dugaan dan musibah yg menimpa dgn penuh bijaksana.Jadikanlah ia sebagai suatu yg sgt berharga dlm hidup ini.Tadbirlah dugaan yg menimpa kita sebaiknya tp jgn cuba mentadbir hidup kita kerana itu adalah 'kerja tuhan'.

Kata bijak pandai:
"We can't direct the wind but we can direct our sail"
"Jgn cuba dikawal arah taufan,tp kawal lah arah pelayaran"
"Jgn diukur dlmnya lautan,tp panjangkan lah kail yg sejengkal"

"It's not what happen to u but it's what u do about it!"
"It's not how low u fall but it's how high u bounce back!"

Akhir bicara,renungi dan hayatilah firman Allah dlm surah al-Baqarah,ayat 214:

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk ke syurga,padahal belum datang kpd mu (cubaan) seprti (yg dialami) org2 terdahulu sebelum mu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan diguncang (dgn pelbagai cubaan),sehingga Rasul & org2 beriman bersamanya berkata:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Saturday 11 June 2011

Anda mesti baca kalau anda seorang pelajar!!


Assalamualaikum....

PERINGATAN:
(Pastikan anda berada dlm keadaan yg tenang sebelum membaca post ini,tarik nafas panjang2 dan hayati mesej sebenar yg ingin disampaikan oleh penulis....)

Aku ada terbaca dlm satu dua buku mengenai satu isu yg penting tp kebanyakan drpd kita tak cakna akannya..


pasal apa??
pasal kita semua,yg telah berlalu,yg sdg berlaku, dan yg akan beradu..

Cite dia sebenarnya psl kita yg sedang menempuhi alam pembelajaran,
perasan tak sebenarnya SEBAB APA KITA BELAJAR???

"nak mencapai keredhaan Allah lah!"
ckp pandai lah,tp MCM MNE PEMBELAJARAN KITA DITAFSIRKAN UTK MENDAPAT MARDHATILLAH HAH???

Ha!! Jawab lah!! Pandai sgt menjawab!!!

Utk peperiksaan?
Utk kerja?
Utk gelaran?
Utk pangkat?
Nak pg oversea?
Nak masuk U lah?


 
Ha!! Yg mane satu??

Sedar tak sedar,sebenarnya nilah sebenarnya tujuan kita belajar kan?
Igt tak masa form 5 dulu,
sbb apa kita punyalah pulun belajar siang pg ptg mlm??

Sbb NAK 'CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG' DLM SPM KAN???
Betul tak!!?
dah abis spm,cuba tanya:

"ingat lg tak pelajaran masa skola menengah dulu?"

"Gile kau,mne aku igt dah,kan spm dah abis!!"

Abis tu,sia-sia lah kita belajar 5 tahun dulu... (silap2,mungkin 17 tahun kot)

Lps tu,skrg ni dah nak masuk U,APA SEBENARNYA TUJUAN KITA SAMBUNG BELAJAR?

"aku nak skor pointer tinggi2 so nanti senanglah nak dpt keje..."
"aku nak blaja betul2, nanti dpt lah pangkat 'dekan'..."

betul tak apa yg aku cakap ni?? (bile masa plak aku ckp?? maksud aku,betul tak apa yg aku tulis ni?)

Sedar tak sedar,nilah sebenarnya jenis pemikiran yg telah didoktrinkan oleh cerdik pandai barat dlm pemikiran umat islam sekarang...

blajar sbb nak cemerlang peperiksaan,
blajar sbb nak senang dpt kerja,
blajar sbb nak dihormati org,


 
sehinggakan kadang2 niat kita NAK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH lari dari hala tuju sebenarnya..

Syeikh Abu Al-Aa'la Al-Maududi semasa dijemput utk memberikan ucapan dlm satu majlis konvokesyen di India berkata:

"Wahai mahasiswa,hari ini merupakan hari yg bersejarah bg kamu semua kerana akan dikurniakan segulung ijazah sebagai tanda tamatnya pembelajaran kamu di sini.Tp berdirinya aku di sini bukan utk mengucapkan TAHNIAH kpd kamu semua,tetapi aku ingin mengucapkan TAKZIAH sbb kamu semua telah diberikan segulung ijazah itu. Institusi ini bahkan seluruh institusi pendidikan di seluruh dunia ibarat RUMAH PENYEMBELIHAN yang mencetak segulung ijazah bg mengeluarkan pelajar2 yg sedia utk disembelih apabila tamat saja pendidikan mereka di sini."
(kata-kata dia lebih kurang mcm nilah yg aku phm)

Faham tak apa sebenarnya yg ingin beliau sampaikan sebenarnya??


 
Berapa ramai golongan 'cerdik pandai' keluaran universiti2 skrg yg menjawat jwtn2 yg tinggi2 tp ramai juga golongan 'cerdik pandai' ini yg melakukan jenayah2 seperti rasuah,riba',gejala sosial,sumbang mahram dan lain2 (paham2 lah ye)

Kata belajar tinggi2,tp keluar je bkn jd manusia bahkan lebih teruk lgi...(nauzubillah)
APA SEBENARNYA YG DIBELAJAR?
ATAUPUN UTK APA SEBENARNYA DIPELAJARI?

Tauhid yg dipelajari hari ini hanyalah tauhid hafalan,bukan tauhid yg betul2 dihayati maknanya...
Islam yg diajar hari ini tidak lebih drpd 'SILIBUS' yg diajar utk dihafal supaya lulus tanpa kesedaran...
Ilmu yg diperoleh skrg banyaknya disimpan utk kepentingan diri sendiri sahaja,

Inilah bezanya generasi kita yg belajar hari ini utk SILUBUS,PEPERIKSAAN,PEKERJAAN,PANGKAT DLL.....
berbanding generasi terdahulu yg belajar utk dipraktikkan dlm kehidupan seharian..

contoh2 terdahulu terlalu banyak utk diungkapkan berbanding contoh2 skrg yg berapa kerat je bilangannya..

Jd,PERBAHARUI LAH TUJUAN KITA BELAJAR...
UNTUK APA??
Anda tahu jawapannya......

(sekadar peringatan drpd seorg sahabat yg mempunyai kesedaran)