Wednesday 13 March 2013

semangat pemuda

(Tulisan hitam: pendapat aku)
(tulisan biru: rumusan buku yang sudah ku finishi)
(Tulisan kuning: dalil shahih)
(tulisan hijau: slot trivia)




aku masih muda dalam perjuangan mata pedang pena, salah silap harap ditunjuk ajar




Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Apa maksud pemuda? Apa ciri-ciri yang sepatutnya ada pada setiap pemuda? menurut imam Hasan Albanna, pemuda mempunyai 4 ciri yang nyata. Salah satu ciri yang begitu penting ialah semangat(hammasah)


Darah masih segar, itulah ciri fizikal yang ada pada pemuda tetapi tidak ada pada orang tua. Namun jika kita lihat dunia zaman kini, sifat pemuda kadang-kala disalah guna kepada sesuatu benda yang lain, sesuatu perkara yang menyimpang dari tujuan sebenar hidup. Malah lebih teruk lagi membazirkan masa dengan tidak berbuat apa-apa. Tidur, makan, belajar menurut silibus yang ditetapkan, main permainan komputer, menonton video korea dan akhir sekali tidur semula. perkara ini berbeza dengan semangat pemuda yang sebenar. Pemuda zaman dahulu dan pemuda zaman kini yang menggemilangkan zaman mudanya. Sebagai contoh, Mark Zuckerberg yang sememangnya telah diketahui ketokohannya secara umum. Jelas daripada ketokohannya beliau adalah seorang pemuda yang berfikiran normal sebagai seorang pemuda yang tidak jumud, ortodoks dan terlampau khayalan.

http://awesomepeople.com.ua/wp-content/uploads/2013/03/Mark-Zuckerberg_5.jpeg


Jika kita lihat semula sejarah manusia, wujudnya ramai pemuda-pemuda yang telah menggegarkan dunia dengan sesuatu perkara samaada dilakukan oleh golongan professional, golongan sosialis mahupun golongan agamawan. Sultan Muhammad Al-Fteh membuka kota kontantinopal pada usia yang sangat muda iaitu pada usia 24 tahun, hampir sama dengan umur seorang graduan universiti di Malaysia. Cuba kita renung kembali apakah yang para graduan Malaysia telah buat hingga dapat mengukir sejarah yang besar seperti itu?? tidak hairanlah seorang tokoh gerakan Islam menyatakan Universiti tidak lain hanya sebuah tempat sembelihan. Segala perkara yang berlaku hanyalah semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Jika difikirkan semula, tidak dapt dikesan doktrinasi siapakah yang membasuh otak fikiran mahasiswa sekarang sehingga menjadi seperti graduan-graduan sekarang.






::slot trivia::
(dinukilkn oleh  Al-Mechist Ibnu Husni dalam wajhu-kitab)


:: setitik air mata kaum Adam ibarat sebutir mutiara permata yang jarang dijumpai dan berharga. sekali ia mengalir pasti membuat orang sekeliling tertanya-tanya seakan-akan telah berlaku perkara besar di dunia. Maka janganlah bazirkan mutiara itu hanya kerana perkara yang kecil lagi sia-sia.
berbeza pula ceritanya dengan kaum Hawa, tangisannya ibarat pili bomba yang boleh memadamkan kebatilan dan kebenaran, sekali terjadi pasti sukar diduga sampai bila. Maka berhati-hatilah untuk mengalirkannya::
kata-kata seorang guru tuaku setelah diolah oleh Ku... 


persoalannya, nyatakan perbuatan kaum Hawa zaman para nabi yang pernah dalam sejarah mengubah takdir dunia?
 1) godaan Hawa terhadap Adam
- walaupun syaitan menggoda Adam a.s. tetapi Adam tetap dengan pendiriannya untuk tidak makan buah Khuldi, tetapi apabila pujukan Hawa terhadapnya, maka hati lelaki secara automatik akur dengan rayuan pujuknya. Maka manusia yang sejarahnya daripada beruk  syurga berpindah ke bumi, suatu suratan takdir yang besar.
2) ????
3) ????
4) ???? 
 nantikan jawapannya pada post RIBBIYYUNAKATHIR yang seterusnya.


Tidak cukup dengan itu, muncul juga seorang tokoh besar sekitar zaman kejatuhan Khilafah Islamiah 1924 iaitu Hasan Al-Banna. beliau merupakan seorang pemuda yang mengasaskan jemaah Ikhwanul Muslimin yang kini masih lagi segar di bumi Mesir. Dikatakan usia beliau ketika mengasaskan IkhwanulMuslimin hanyalah pada usia yang sangat muda hampir sebaya dengan graduan-graduan yang baru selesai bangga diri naik pentas mengambil segulung kertas. Persoalan untuk diri dan juga sahabat sekalian adakah mampu kita menggerakkan Islam sebegitu hebat. Mampu menubuhkan suatu kumpulan gerakan Islam sejurus tamat pegajian? Atau kita hanyalah seorang mahasiswa yang tidak tahu apa-apa pengajaran yang dibelajar di kampus, hanya menghafal teori lalu ditumpahkan ke atas kertas peperiksaan. Lantas sejurus bersuka ria di hari konvokesyen hanya mendapat surat tawaran amaran bayaran balik PTPTN. Keadaan ini kia hari kian menyedihkan suasana kampus. Harga diri seorang mahasiswa telah lama hilang, orang yang memperjuangkan gerakan mahasiswa dianggap mengambil kerja sampingan yang dilakukan diwaktu lapang.



Lagi menyedihkan, warga masyarakat sekeliling kita juga tidak menjurus ke arah itu. Sering ahli motivasi berkata AIDS membunuh lebih awal kepada diskriminasi sesebuah masyarakat. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh masyarakat di sekeliling. Jika kita amati benar-benar situasi di negara ini, ramai individu atau pun sesebuah organisasi yang mengimpikan anak-anak muda Malaysia menjadi pemuda yang berwibawa seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Imam Hasan Al-Banna, Usamah bin Zaid dan ramai tokoh pemuda yang lain. Tetapi adakah masyarakat kita menjurus ke arah itu? Cuba kita lihat kembali peristiwa apabila sebahagian golongan anak muda mahasiswa yang masih belum habis belajar mahu menjadi calon, bertanding dalam pilihan raya umum 2013. Apakah balasan, komen dan pandangan masyarakat terhadap kenyataan ini? Amat menyedihkan sekali umpama ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya dalam peperiksaan tetapi tidak menggalakkannya belajar bersungguh-sungguh. Tidak mengira pihak mana, rata-rata memberi ulasan yang menyedihkan walaupun terdapat juga sebahagian besar golongan yang menyokong idea ini.

http://www.facebook.com/gerakanmahasiswapru13?ref=ts&fref=ts






Bangkitlah wahai pemuda milinium. Jika pada tahun 1991 kita hanya bersuka ria tanpa mempedulikan perkara yang berlaku sekeliling kita, tahun 2004 kita bersorak jika ramai orang sorak dan juga bersorak tatkala orang di sebelah sana turut bersorak, jika tahun 2008 kita memberi alasan kita masih lagi belajar walaupun tika itu kita bersuka ria sebagai seorang remaja. Maka, jangan pula kita membiarkan sejarah itu berlaku sekali lagi...


Ingatlah, perkara yang berlaku di dunia ini bermula dengan seorang PEMUDA, sebagaimana Islam hidup semula setelah lenyap dengan SEMANGAT seorang pemuda bernama MUHAMMAD SAW


SELAMAT MENYAMBUT PEPERANGAN DEMOKRASI







Tajuk: Siri kefahaman wasathiyah Islam: KESEDERHANAAN DALAM ISLAM

Penulis: dr. Yusuf al-Qaradawi
Penterjemah: Rosli Mokhtar
Cetakan pertama: 2011
Penerbit: CASA Publication
Muka surat: 120ms


Ringkasan:


Muqaddimah
-          Antara 2 punca keruntuhan sesuatu umat ialah 1) al-ghuluw:menyusahkan berlebihan, 
2)al-inhilal: kebebesan melampau
-          Ketahuilah bahawa kebaikan seluruhnya terletak pada kesederhanaan
-          Aliran sederhana merupakan aliran yang mewakili Islam sebenar dan kebaikan penganutnya



1)      BAB 1: kesederhanaan dalam Islam
-          Wasathiah: berada di antar 2 pihak atau keadaan yang bercanggah atau bertentangan tidak condong kepada salah satunya, memberi hak kepada dua pihak dengan adil dan secukupnya
-          Manusia tidak mampu mencipta system yang sederhana:  kerana didorong nafsu, kepentingan sesuatu. Maka hanya Allah mampu mencipta system ynag wasathi
-          System alam bersifat seimbang: langi dan bumi, malam dan siang, bulan dan matahari
-          Kelebihan sederhana dan faedahnya:  kita umat manusia siri terakhir yang ditugaskan membawa panji Islam atas dasar kesederhanaan
-          Kesederhanaan dan risalah terakhir: syariat nabi2 terdahulu bersifat sementara, maka umat Muhammad adalah umat Islam sememangnya umat berkekalan memimpin dunia
-          Sederhana bermaksud adil: adil bermaksud tidak condong kepada satu pihak sahaja dan sifat ini wajib kepada saksi
-          Sederhana bermaksud istiqamah: lurus dan tidak melencong dari landasan. Agama yahudi bersifat dimurkai kerana berlebihan extreme terhadap nabi mereka dan mengharamkan sesuatu. Kristian pula berlebihan puji nabi mereka dan menghalalkan sesuatu.
-          Sederhana tanda kemuliaan: kemuliaan berada di antara 2 keburukan,
-          Sederhana bermaksud aman: diibaratkan di posisi tengah yang dikawal oleh 2 pengawal kiri dan kanan
-          Sederhana symbol kekuatan: remaja/pemuda zaman kekuatan manusia antara kanak2 dan tua. Cth lain adalah tengahhari
-          Sederhana tonggak kesatuan: kesatuan pemikiran antara fanatic dan liberal



2)      BAB 2: nukti kesederhanaan Islam
-          Kesederhanaan dalam aqidah:  islam berada antara khurafat dan materialistic, aties dan trinity, yg tidak mempercayai alam ghaib dan menhanggap dunia hanya maya, superhuman dan hamba parya, menyembah nabi dan membunuh nabi, bergantung kpd akal dan firasat ilham.
-          Kesederhanaan Islam dalam ibadah dan syiar Islam: Islam berada di antara memntingkan amalan duniawi dan ukhrawi semata-mata.
-          Kesederhanaan Islam dalam akhlak: Islam menuntut umatnya berakhlak sederhana antara malaikat dan haiwan. Manusia merupakan makhluk yang mempunyai akal dan hawa nafsu, mempunyai roh dan jasad yang perlu mendapat makanan dan hak masing2.
-          Kesederhanaan Islam dalam perundangan: halal dan haram adalah milik Allah, yahudi terlalu banyak mengharamkan sesuatu manakala kristian banyak menghalalkansesuatu. Dalam kekeluargaan Islam berada diantara tidak boleh berkahwin dengan berkahwin terlalu ramai. Islam juga menghalalkan talak dengan syarat sebagai jalan terakhir kebahagiaan. Islam bersifat tangah antara system masyarakat kapitalis dan komunis
-          Apakah reality semasa dalam permasalahan ini?: aliran kapitalis memartabatkan nilai2 individu dan menganggapnya sebagai focus. Hak diberikan kepada individu sehingga mencapai paras kebebasan mutlak dalam pemilihan. Bersuara, bertindak dan sebagainya walaupun zalim dan menindas golongan bawahan lalu mewujudkan golongankapitalis. Aliran komunis/sosialis pula manafikan hak individu dan menfocuskan hak kemasyarakatan, masyarakat adalah Negara dan Negara adalah kerajaan lalu kerjaan adalah parti yang memerintah dan wujudlah dictator.




3)      BAB 3: hubungan saya dengan konsep wasathiyah
-          Dr Yusuf Qaradhawi sudah lama berada dalam manhaj wasathiyah dan berlaku bukan secara taaklid buta tetapi berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang jelas, iaitu pengamalan oleh golongan terawal(sahabat)
-          Kebanyakan pengkaji islam terbahagi kepada dua bahagian, PERTAMA: mereka yang telah dikaburi mata mereka dengan tamadum barat. Jika ajaran barat menyamai maka diperbesarkan ttapi jika bertentangan maka dicari pelbagai alas an untuk disesuaikan seolah-olah Islam hendaklah tunduk kepada tamadun barat. KEDUA: golongan static pada sesuatu pandangan tokoh atau kitab maka enggan menilai pandangan lain. Lidah mereka laju menyebut haram dan halal walaupun golongan salaf tidak begitu
-          Dalam bertaqlid mazhab pasti berlaku pengabaian terhadap peranan akal. Beliau tidak mengikat mana-mana mazhab terkenal didunia kerana kebenaran Islam tidak dimonopoli sesebuah mazhab
-          Pada permulaan, terdapat beberapa pihak menentang keras manhaj wasathiyah ini malah dituduh meremehkan Islam di samping jumud dan fanatic. Tetepi aliran ini bersesuain dengan pemikiran masyarakat moden, yang  menilai berdasarkan peristiwa dan pengalaman yang dilalui oleh masyarakat sedunia.
-          Keperluan masyarakat moden terhadap kesederhanaan: kebanyakan polimik yg dihadapi umat Islam masakini ditangani 2 cara bertentangan. 1) aliran jumud yang memberat-beratkan sesuatu perkara. 2) golonagn yg mengabaikan segala tuntutan dan disiplin syarak. Bagi mereka, semua persoalan boleh diselesaikan dengan jalan ijtihad dan kajian semula.
-          Aliran-aliran ini mampu mewujudkan agama baru yang mengubah asas aqidah, akhlak dan lain. Maka setiap tempat, Negara, masyarakt dan individu harus memiliki agama tersendiri. Ini jelas terlari dari agama Islam yang sebenar. Pendokong-pendokong aliran-aliran ini mempunyai guru rujukan yang dianggap maksum. Mereka memperkecilkan ilmu para tokoh agong terdahulu.






4)      BAB 4/BAB 5: ciri-ciri kesederhanaan Islam/ ringkasan
1)      Kefahaman Islam yang menyeluruh sebagai akidah, syariah, ilmu, amal, ibadah, muamalat, budaya, akhlak, kebenaran, kekuatan, dakwah, kenegaraan, agama, dunia, tamadun dan umat
2)      Beriman dengan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber perundangan dan panduan hidup serta keperluan memahami nas yang bersifat cabang berdasarkan objektif umum\
3)      Memperkasakan nilai ketuhanan ibadah yang menjadi objektif utama penciptaan manusia dan dijelmakan dengan empat ibadat utama, diikuti dengan zikir, doa istighfar dan selainnya. Inilah asas tasawuf hakiki yang dibina di asas benar denagn ALLAH dan berakhlak dengan makhluk
4)      Memahami tanggungjawab dan amalan secara seimbang berdasarkan tuntutan syarak, menilai setiap arahan syarak berdasarkan apa yang dinyatakanoleh nas, tidak mendahului apa yang patut dilewatkan, tidak melewatkan apa yang patut didahulukan dan ianya dinamakan sebagai fikh keutamaan
5)      Menuntut kea rah pembaharuan fiqh al-Quran dan Sunnah yang mengandungi beberapa bidang fiqh.
6)      Menekankan nilai akhlak yg ditegaskan oleh islam sama ada akhlak individu atau masyarakat
7)   Melakukan pembaharuan agama dari dalam dengan menghidupkan institusi ijtihad yang merupakan nadi syariat dengan syarat ia dilakukan oleh orang yang berkeahlian dalam perkara yang dibenarkan
8)   Mengimbangkan perkara tetap dalam syariat dan yang boleh berubah mengikut semasa.
9)   Mendokong method mempermudah dan meringankan dalam fiqh dan fatwa, jika ada keperluan untuk memberatkna, mestilah pada perkara pokok dan bukan pada cabang
10)  Mengembangkan agama Islam menjadi agenda memahamkan umat Islam tentang agama mereka.
11)  Berperingkat dalam dakwah, pengajaran, fatwa dan perubahan
12) Menyeru ke arah penyatuan antara rohani dan jasmani, ketuhanan dan kemanusiaan, akal dan perasaan. Beri haknya tanpa melampaui batas
13)  Mengajak ke arah perdamaian kepada sesiapa yang menghulurkan tangan persahabatan dan berpegang dengan prinsip jihad demi mempertahankan agama, tanah air dan orang-orang yang tertindas. Menentagn pemimpin yang rakus dan menerangkan jenis-jenis jihad sama ada jihad nafsu, dakwah dan sebagainya
14) Menyedarkan umat Islam bahawa jihad adalah fardu ain untuk membebaskan tanah air daripada jajahan
15)  Mengiktiraf hak minoroti yang berlainan agama, berhubung dengan mereka berdasarkan agama Islam yang memberi kebaebasan beragama
16)  Menghormati akal dan pemikiran serta mengajak kepada berfikir dan mengkaji bukti kekuasaan ALLAH pada alam semesta dan kitabNYA.
17)  Menyeru ke arah nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti adil, syura, kebebasan, kemuliaan dan hak asasi
18)  Menegaskan hak yang telah diberikan oleh Islam kepada wanita
19)  Memelihara institusi kekeluargaan
20)  Menghormati hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka yang mampu dan beramanah.
21)  Menguatkan ekonomi orang Islam yang selaras dengan tuntutan Islam
22)  Menganggap perbezaan mazhab masih dalam lingkungan umat Islam selagi berkiblat sama dan beriman dengan Quran dan Sunnah
23)  Berbaik sangka kepada setiap orang yang berucap kalimah shahadah
24)  Mengambil berat tentang minoriti umat Islam seluruh dunia
25)  Percaya kepada kepelbagaiaan agama, bangsa, bahasa, budaya, dan fahaman politik.
26)  Mengimarahkan dunia dari aspek kebendaan dan kemanusiaan
27)  Menggalakkan para pejuang pembaharuan membasmi kemunduran dan penyelewengan
28)  Berusaha untuk menyatukan setiap pihak yang bekerja untuk menegakkan Islam dalam satu saf
29)  Mengingati kembali pencapaian gemilang yang telah dilakukan oleh umat Islam sehingga dikagumi seluruh dunia
30)  Mengambil manfaat daripada khazanah umat Islam silam yang berbagai-bagai.








Saturday 9 March 2013

Bayi buta disebabkan terlebih Oksigen!!




Oksigen… (Oxygen)
Terkurang tak boleh…
Terlebih pun tak boleh…

Hatta dalam ilmu perubatan pun banyak sebenarnya kadar ‘Wasatiyah’ yang perlu dipraktikkan untuk memastikan kesejahteraan dalam sesuatu kehidupan…



Retrolental Fibroplasia(Etymology:  retro + lentil = lens, fibra = fiber, plassein= to mold)

‘Retrolental Fibroplasia’…
Juga dikenali sebagai ‘Retinopathy of Prematurity (ROP)’…

Merupakan suatu penyakit di mana sesalur darah (blood vessel) bagi mata seseorang itu akan tumbuh secara tidak normal iaitu di belakang retina si pemilik mata iaitu di kawasan ‘vitreous humor´ mata itu… (sila rujuk gambar)






Seorang bayi yang dilahirkan dalam keadaan ‘belum cukup umur’ (premature baby) adalah yg paling berisiko sekali untuk terkena komplikasi masalah ini...

Bayi yang tidak cukup umur akan diletakkan di dalam sebuah bekas khas (inkubator) bagi menyediakan penjagaan yang rapi untuk si bayi ini. Penjagaan ini bertujuan untuk melindungi fizikal bayi yang masih belum bersedia dengan keadaan ‘baru’ sekelilingnya....




Masalah timbul bilamana oksigen di dalam inkubator itu ditetapkan pada kadar 100% sedangkan kadar oksigen (oxygen) di dalam udara biasa yang kita hadapi sekarang ini hanyalah pada kadar sekitar 20% sahaja!

Jadi,kandungan oksigen yang tinggi ini secara tidak langsung akan mewujudkan satu suasana hyperoxia’ (hyperoxia = kadar oksigen terlalu tinggi) kepada mata si bayi ini tadi...

Lantas retina mata si bayi ini akan terus menyesuaikan dirinya (automatically adapt itself) kepada keadaan sekeliling dengan mengecutkan salurannya bagi mengurangkan pengaliran darah kepada mata* itu...

(*Bertujuan untuk mengelakkan lebih banyak lagi oksigen daripada meresap ke dalam saluran darah yang telah cukup kandungan oksigennya)


Kemudian sekiranya bayi ini dikeluarkan daripada inkubator tadi,perubahan mendadak daripada 100% oksigen kepada 20% kandungan oksigen di udara akan menyebabkan retina mata si bayi ini tadi mengalami kejutan yang teramat sangat (disebabkan dua keadaan suasana yang sangat berbeza)

Lantas akan mewujudkan satu suasana hypoxia’ (hypoxia = terlalu sedikit oksigen) yang akan merangsang pertumbuhan salur darah baru yang sangat aktif di bahagian mata bayi itu*.

(*Sesalur darah (blood vessel) yang baru ini berperanan untuk membekalkan oksigen kepada mata yang sedang dalam keadaan kurang oksigen ketika itu.)



Pertumbuhan yang sangat rancak ini akan berkembang dengan cepat sehinggakan kekadang sesalur darah ini akan meliputi seluruh bahagian retina mata si bayi lantas menyebabkan retina ini hilang fungsinya.... sekali gus menyebabkan bayi ini menjadi BUTA!

Dalam keadaan yang lain, pertumbuhan sesalur darah yang rancak itu tadi akan menyebabkan mata si bayi ini luka dan kekadang boleh menyebabkan pendarahan yang agak serius di dalam mata si bayi ini tadi. Pabila pendarahan ini telah berhenti, lama-kelamaan darah di dalam mata si bayi ini akan mula membeku dan darah yang membeku ini akan membentuk seperti satu jalinan benang (band-like-membrane) yang boleh menarik retina mata itu sehingga terputus daripada keadaan asalnya lantas menyebabkan si bayi ini BUTA!!


Bagaimana nak mengatasinya?



“Prevention is better than thousand cures”

Seboleh-bolehnya, elakkan kelahiran bayi tidak cukup umur...
Kerna akan timbul pelbagai masalah kesihatan bagi bayi yang tidak cukup umur ini...

Dan andainya perkara ini tidak dapat dielakkan juga, tidak mengapa...
Cuma pemerhatian yang sangat teliti perlu diberikan kepada si bayi ini tadi...

Adalah menjadi kebiasaan bagi bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup umur untuk diletakkan di dalam ‘inkubator’ bagi membekalkan suasana terbaik bagi si bayi ini...

Namun, langkah terbaik ketika ingin mengeluarkan si bayi itu daripada inkubator tadi adalah dengan merendahkan kadar oksigen di dalam inkubator itu secara perlahan-lahan sehinggalah mata si bayi itu dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana udara yang baru ketika itu...

Jika penyakit ini berlaku juga, maka kaedah yang biasa digunakan untuk mengatasi penyakit ini adalah dengan menjalankan kaedah rawatan laser ke atas mata bayi itu tadi...

...Dan pelbagai lagi kaedah rawatan moden yang telah disediakan pada hari ini...


Pengajaran berkaitan

1- Perubahan daripada sesuatu perkara kepada suatu perkara yang baru hendaklah dijalankan secara perlahan-lahan, berperingkat-ringkat...
Sesuatu perubahan itu tidak boleh berlaku secara mengejut!

Perubahan secara mendadak daripada musim panas kepada musim sejuk akan menyebabkan kulit manusia menggelupas kerna komponen-komponen organelnya tidak sempat untuk menyesuaikan diri secara berperingkat-peringkat...


Begitulah juga dalam proses berdakwah...

Dalam usaha kita untuk mengubah seseorang kepada keadaan yang lebih baik...
Pendekatan ‘step-by-step’ perlu dilaksanakan...

تدرج في تشريع

Proses penambahan/pengurangan sedikit demi sedikit…
Hatta pokok di siang hari pun akan mati jika tiba-tiba disiram dengan air yang sejuk!


2- Kadar sesuatu bahan dalam badan manusia tidak boleh terlalu sedikit…
Mahupun tidak boleh terlalu banyak…
Mesti kena ditetapkan pada kadar pertengahannya…iaitu kadar spesifiknya

Terlebih kandungan lemak akan menyebabkan badan manusia menjadi gemuk...
Terkurang kandungan lemak pula akan menyebabkan manusia hilang tempat simpanan tenaganya...

Perlu kepada ‘pertengahannya’...


Terlebih vitamin K akan meningkatkan penggumpalan darah di dalam badan manusia lantas boleh menyebabkan saluran darah tersumbat...
Terkurang vitamin K pula akan menyebabkan pendarahan berpanjangan terhadap sesuatu luka pada badan manusia lantas boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak bagi badan itu sendiri...

Perlu kepada ‘pertengahannya’...


{ وَكَذَالِكَ جَعَلنَاكم أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ... }

Maksudnya : “Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia…”

(surah al-Baqarah : ayat 143)



Barulah aku tahu bahawa maksud “ أمة وسطاadalah terlalu luas sebenarnya…
Hatta di dalam ilmu perubatan sekalipun konsep Wasatiyyah ini sebenarnya sangat-sangat ditekankan…


Benarlah kata-kata Imam Syafie' r.a.:

“Semakin aku belajar, semakin aku sedar betapa bodohnya diri aku ini…”


Wallahua’alam.




Rujukan :

-http://www.wisegeek.com/what-is-retrolental-fibroplasia.htm
-www.en.wikipedia.org/wiki/Retinopathy_of_prematurity
-Buku ‘The Cardivascular system - Physiology in medical practice’, by Salah Abu Sitta, Adel Shalaby, Abdel Rahman Abdel Motallib and Mohamed Okasha



Tuesday 5 March 2013

never too late

(Tulisan hitam: pendapat aku)
(tulisan biru: rumusan buku yang sudah ku finishi)
(Tulisan kuning: dalil shahih)
(tulisan hijau: slot trivia)




aku masih muda dalam perjuangan mata pedang pena, salah silap harap ditunjuk ajar


(sambungan post sebelum)
maka dikahwini gadis tersebut oleh raja penuh kenikmatan itu. malam menjelma, apabila selesai hendak tidur pasangan tersebut maka seperti biasa terjadi kepada gadis lain, hendak dibunuh. namun, kebijaksanaan gadis tersebut bukan calang-calang, diceritakan sebuah kisah menarik kepada raja oleh gadis tersebut. tetapi tidak dihabiskan atas alasan mengantuk dan akan bersambung keesokan hari. tetapi niat sebenar untuk menyelamatkan diri. dibuat sebegitu rupa sehingga seribu satu malam dengan beraneka cerita menarik bersambung setiap malam. selepas 1001 malam, maka redha sang gadis menyerahkan diri kepada raja tersebut. namun, perkara lain berlaku. raja menjadi watak baik atas pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam cerita sang gadis bijaksana.




assalamualaikum w.b.t

semboyan jihad mata pena X boleh berbunyi bila-bila masa. sahabat-sahabatku ramai yang berjuang dalam bidang ini, sangat aku kagumi, xpasti adakah aku mampu menggalas panji ini. teringat cerita di dataran merdeka suatu malam yang meriah, dikepung pejuang-pejuang biru sana kerana mungkin mendapat arahan atau berjuang periuk nasi keluarga anak-anak, hanya ALLAH sahaja yang memahami. tercampak perasaan gentar(wahan) dalam hatiku, begini rupanya perasaan di medan jihad. apa terjadi??? , carilah pengalaman masing-masing dan alami sendiri, bukan semua cerita elok
 dikongsi.



hari ini aku perlu menghantar assigment yang bersifat kemahiran. aku menduga dapat mensiapkan pada malam hari, namun setelah penat berpuasa mana mungkin mataku mengizinkanku. ditangguh ke awal pagi esok, namun terlambat beberapa jam. bak kata matlutfi90, lonceng 9kali pun tidak mampu membangunkan manusia daripada tidur kecuali dengan kudrat manusia itu sendiri atau orang lain kejutkan. maka, aku pun menyiapkan kerjaku dengan perasaan gundah gulana



banyak ijtihad terpesong yang aku lakukan untuk menyiapkan assignment itu, seperti tidak baca Quran pagi-pagi seperti biasa dan ponteng kelas. daripada 3 tugasan, aku hanya dapat siapkan 2 daripadanya. bagi aku, there are never too late to do something except decleared by himself. maka, aku berhasrat untuk menghantar tugasan ketiga pada hari esok. macam matlutfi jer aku rase:
http://www.youtube.com/watch?v=r5E6KZgII-c



tapi, ALLAH mempermudahkan jalan aku. tiba-tiba lecturer aku tangguhkan penghantaran sehingga ke minggu depan. OMG.....syukur, tapi aku menyesal ponteng kelas, dan memenatkan otak aku memikirkan seribu alasan



::::::::::::::::::::::::::::::::pengajaran::::::::::::::::::::::::::::

1) there never too late until himself/herself declaered it is already late although the dateline was past
2)jika kita sudah terlambat sesuatu, bukan bererti kita kehilangan kesemuanya. mugkin kita boleh mendapat 80%, 50% dan sebagainya
3)jika sudah terlambat pun, belum masih terlambat untuk kita mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut
4) jika peristiwa tersebut adalah yang terakhir cubaan, maka belum terlambat untuk kita ajar orang lain
5) jika kita sidah sampai ajal, belum terlambat untuk kita mengadu kepada tuhan,


yang penting, jangan buruk sangka kepada ALLAH, setiap ujian itu mendekatkan diri kepada ALLAH









Tajuk: FITNAH TERHADAP RASULULLAH SAW,
            (merungkai kontroversi menyinkap realiti)
Pengarang: Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit: PTS Islamika SDN. BHD
Cetakan pertama: 2012
Muka surat: 167ms



Abstrak
Buku ini mempunyai 7 bab, 3 bab pertama menerangkan tentang martabat para sahabat dalam AL-QURAN dan AS-SUNNAH serta dalil-dalil tentang rekod sejarah. Tiga bab seterusnya menyebut tentang sejarah bermula zaman kewafatan NABI MUHAMMAD SAW sehingga kekhalifahan saidina Ali bin Abi Talib. Bab terakhir pula menyebut tentang pendirian sebagai ahli sunnah wal jamaah terhadap pertelingkahan para sahabat. Hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini hampir kesemuanya bertaraf shahih dan hasan. Kenyataan yang dikeluarkan banyak menyandar kitab-kitab masyur terutamanya kitab karanganAbu Jaa’far Muhammad bin Jarir At-Tabari iaitu Tarikh At-Tabari(At-Tarikh Al-Umum wa Al-Muluk)  dan karangan Ibnu Kathir iaitu Al-Bidayah Wa An-Nihayah.

Isi kandungan dan ringkasan

A)     Pendahuluan

-          Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok dalam islam. Syiah hanya bermula daripada satu aliran politik lalu dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi
-          Isu-isu hanya hanya dilihat pada sudut kehendak aliran politik ataupun sentiment tertentu tanpa cuba merungkai ataupun difahami secara holistic.
-          Ahli sunnh wal jamaah berlepas diri daripada golongan ar-Rafidah(syiah) yang membenci dan mencerca para sahabat serta golongan al-Nasibah ynag menyakiti ahli bait dengan perkataan dan perbuatan mereka.



B)      Bab 1: Al-Quran memartabatkan para sahabat

-          Secara holistiknya , banyak dalil ayat al-Quran yang mnyebut tentang kelebihan para sahabat. Mereka(sahabat) dijami syurga, diredhai ALLAH dan sanggup bersusah bersama RASULULLAH SAW. Malah, kita dituntut untuk berdoa kepada mereka.  
-          Syiah mendakwa kebanyakan para shabat murtad setelah kewafatan baginda kecuali mereka dengan bilangan yang sedikit. Namun, secara logic akal mana mungkin mereka yang telah dijamin ALLAH syurga dalam al-Quran menjadi kufur. Kenyataan syiah seolah-olah menganggap ALLAH telah tersilap, tidak mengetahui perkara yang akan berlaku.
-          Apabila didapati sumber lain yang menggambarkan para sahabat berbeza dengan gambaran dalam al-Quran, maka sumber tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.






C)      Bab 2: As-Sunnah memartabatkan para sahabat

-          Nabi Muhammad SAW banyak menyebut kelebihan sahabat-sahabat dalam hadisnya seperti perumpamaan dengan emas sebesar bukit uhud kerana mashaqqah mereka. Malah, keberadaan sahabat dalam peperangan memberi kelebihan. Zaman sahabat juga diiktiraf sebagai zaman terbaik selepas zaman nabi justeru menafikan dakwaan syiah tentnag kemurdatan para sahabat.
-          Walaupun berlaku fitnah selepas Rasulullah SAW meniggal dunia da nada segelintir sahabat yang berbalah sesame sendiri dalam beberapa isu politik, namun mereka semua tetap memelihara tentnag keaslian ajaran islam. Walau apa pun krisis yang terjadi, para sahabat secara keseluruhannya adalah generai yang sepakat membela prinsip-prinsip islam. Hal ini sangat berbeza dengan mereka yang datang selepas generasi para sahabat.(MAZA)
-          Kemuliaan sahabat juga dirakamkan dalm sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim semasa pembukaan kota mekah tentang Hatib bin Baltaa’h



D)     Bab 3: percanggahan antara islam dengan rekod sejarah

-          Ramai ulama’ bersepakat tentang kewibawaan para sahabat. Perbazaan pendirian pada sahabt adalah titik utama yang membezakan ahli sunnah atau syiah.
-          Kadang-kala rekod sejarah bercanggah dengan dalil al-Quran dan as-Sunnah.  Hal ini kerana kualiti sanad rekod sejarah tidak dipelihara dengan baik. Dua kaedah merungkai kekeliruan ini 1) meletakkan al-Quran dan hadis ynag thabit sebagai sumber tertinggi 2) menyemak kedudukan para perawi yang membawa kisah/ rekod ini.
-          “apabila datang kepada kamu orang fasik, maka selidik terlebuh dahulu”  kitab at-Tabari dikarang atas cara memuatkan apa sahaja cerita yang didapati tanpa mengkaji kesahihan berita tersebut dengan sanad ynag sangat jelas.
-          Para pelapor kitab at-Tabari 1)abu mikhnaf=syiah, berita yang disampaikan tidak boleh dibawa hujah 2)al-Waqidi=syiah, tidaj thiqah 3)Sayf= lemah dalam bidang hadis, tetapi telah berubah dan rekod sejarahnya boleh dibawa hujah



E)      Bab 4: Kekekeliruan fakta sejarah

1)      Peristiwa saqifah
-          Direkodkan oleh syiah: Sa’d bin Ubadah membakar semangat golongan Ansar dan menyatakan golongan mereka paling layak menjadi khalifah, jika golongan muhajirin menjadi khalifah, mereka tidak akan redha. Berita sampai kepada umar dan abu bakar, lalu berbincang denagn abu ubadah. Abu bakar berucap memuji golongan Ansar dan Muhajirin, dan mengangkat muhajirin paling sesuai menjadi khalifah. Lantas bangun seorang dari kalangan Ansar membantah dan berkata untuk menghalau muhajirin dari madinah
-          Sememangnya wujud peristiwa ini tetapi ketegangan wujud atas dasar memncari kesimpulan yang dapt menjamin kebaikan umat dan kesinambungan perjuangan islam. Mana mungkin sahabat sanggup menghalau sahabat yang lain.

2)      Rekod sejarah yang menzalimi saidina uthman
-          Direkodkan oleh syiah: digambarkan saidina Ali menyalahkan saidina Uthman kerana ditunggangi oleh Marwan bin al-Hakam. Isteri saidina Uthman mendengar rungutan saidina Ali lalu menasihati suaminya agar kembali kepada ALLAH dan berbaik kembali, tetepi Saidina Ali tidak mahu menjumpainya lagi.
-          Berdasrkan rekod di atas seolah-olah berlaku penyelewengan pada zaman saidina Uthman bukan sahaja dikatakan oleh Saidina Ali tetapi isteri Saidina Uthman sekali. Sikap tidak mahu bersua kembali juga menambah lagi kekeliruan fakta ini.

3)      Rekod kejahatan muawiyah
-          Kekeliruan fakta: Muawiyah menulis surat palsu dengan menggunakan nama Qays bin Sa’d utk membohongi rakyat syam.
-          Munir Al-Ghadban: aku tidak berpendapat adanay suatu peribadi dalam sejarah islam yang terdiri daripada kalanagn sahabat yang awal yang ditarbiah dengan tangan RASULULLAH SAW sendiri dan mereka hidup dengan wahyu langit , mereka ini yang diperburukkan, dibohongi berkenaannya dan didustakan kepada dirinya seperti yang dilemparkan kepada Mua’wiyah bin Abi Sufian

4)      Peristiwa tahkim
-          Rekod syiah: Abu Musa(wakil Ali) dan Amr bin Ash(wakil Mua’wiyah) bersetuju mengumumkan peletakan jawatan Saidina Ali dan Mua’wiyah daripada menjadi khalifah dan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin. Ibnu Abbas menasihati Abu Musa utk menaikkan Ali menjadi pemimpin, dia menolaknya. Namun Amr manaikkan Mua’wiyah sebagai khalifah tanpa persetujuan kedu-dua pihak.  Amr dipukul dan sanggup untuk dibunuh ibnu Hani manakala Abu Musa dihina Ibnu Abbas. Kedua-dua Ali dan Muawiyah solat suboh an berqunut mendoakan kecelakaan masing-masing
-          Rekod ini menggambarkan betapa buruknya perangai sahabat di mata puak syiah. Mana mungkin sahabat nabi yang dipuji baginda terjebak dengan akhlak begini.



F)      Bab 5: Sejarah pembunuhan Saidina Uthman bin Affan

(kebanyakan dipetik dari at-Tarikh At-Tabrari, dibawa Sayf)
-          Peristiwa pembunuhan Saidina Uthman adalah detik bermulanya sejarah hitam umat islam dalam kalangan sahabat
-          Didalangi oleh yahudi munafik dari yaman, Abdullah bin Saba’(pengasas aliran syiah yang dinafikan kewujudannya oleh syiah) yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan mendapat pengikut di Hijjaz, Basrah, mesir dan Kufah.
-          Fitnah terhadap keburukan kepimpinan saidina Uthman dan gabenor-gabenornya tersebar lalu beliau menulis surat penjelasan kepada setiap wilayah di samping menyoal siasat para gabenornya. Mua’wiyah mengajaknya ke Syam tetepi dia menolak.
-          Saidina Uthman juga menjawab solan puak Abdullah Saba’ dikhalayak para sahabat. Antaranya adalah tentang solat qasor, al-Hima, mushaf al-Quran, buang daerah al-Hakam, melantik pegawai yang masih muda, harta fai, keluarga dan harta, dan pembukaan tanah. Semuanya dijelaskan dengan baik.
-          Pengikut-pengikut Abdullah Saba’ menuju ke madinah pada musin haji dengan menfitnah Ali, Zubair Awwam dan Tolhah Ubayd bersama mereka memerangi Saidina Uthman. Namun, Uthman seperti biasa tenang berhujah dengan Al-Quran dan Hadis. Lalu, pemberontak-pemberontak tersebut pulang tempat masing-masing
-          Rancangan Abdullah Saba diteruskan dengan surat utusan palsu oleh khalifah yang memerintahkan pemberontak-pemberontak dihukum apabila sampai mesir, maka mereka semua kembali memerangi madinah. Bukan sahaja puak dari mesir, malah kufah dan basyar turut kembali ke madinah
-          Golongan munafik terum memaksa saidina Uthman meletakkan jawatan, namun tidak diterima kerana arahan Rasulullah sendiri, malah segala hujah beliau tidak dipeduli oleh golongan munafik.
-          Usaha menyelamatkan khalifah daripada pemberontak dilakukan oleh semua sahabat, namun arahan khalifah sendiri supaya berundur untuk mengelakkan pertumpahan darah, sehingga Ibnu Abbas diarah supaya mengetuai rombongan haji.
-          Akhirnya, beliau syahid  dibunuh ketika membaca al-Quran pada hari beliau memerdekakan 20 hambadan berpuasa serta berpakaian seluar kerana malu jika auratnya terdedah ketika syahid. Sememangnya kesyahidannya diungkap oleh Rasulullah SAW sendiri dalam hadis riwayat at-Tarmizi
 


G)     Bab 6: Peperangan sahabat abtara ahli sunnah dan syiah

-          Apabila ditanya kepada penganut yahudi siapakah golongan terbaik dalam sejarah agama kamu? Pasti mereka menjawab para sahabat kami, Musa. Apabila ditanya kepada penganut kristian siapakah golongan terbaik dalam sejarah agama kamu? Pasti mereka menjawab para sahabat Isa. Malangnya apabila ditanya kepada puak syiah siapakah golongan terburuk dalam sejarah agama kamu? Pasti mereka menjawab para sahabat Nabi Muhammad SAW. Jawapan mereka dalam persoalan ini lebih teruk daripada jawapan yahudi dan kristian
-          Selepas kewafatan Saidina Uthman, umat islam dipegang oleh ketua pemberontak al-A’fiqi bin Harb Al-A’kki selama 5 hari. Tolhah, Ali dan az-Zubair dipujuk pengikut Abdullah bin Saba’ namun mereka menolak. Pelantikan Ali sebagai khalifah dilakukan setelah mesyuarat bersama para sahabat di madinah dalam keadaan gawat. Khabar penbunuhan saidina Uthman hebat diperkata orang ramai.
-          Selepas baiah, az-Zubair dan Tolhah meminta hukuman qisas terhadap pembunuh saidina Uthman. Namun, pemberontak tiba-tiba mengishtihar bergabung denan tentera, golongan hamba dan badwi menyertai golongan pemberontak dan bilangan pemberontak bertambah. Hal ini menyebabkan saidina Ali menangguhkan hukuman tersebut.
-          Tolhah dan az-zubair meminta izin ke kufah dan basyar mengumpul tentera melawan pemberontak namun Saidina Ali tidak memberi keputusan. Beliau memecat semua gabenor saidina Uthman dan melantik gabenor baru. Hasilnya, umat islam berpecah kepada tiga golongan 1)wala’ kepada Ali 2)wala’ apabila hukuman terhadap pembunuh saidina Uthman dijalankan 3)golongan berkecuali
-          Saidatina Aishah bersama isteri Rasulullah ynag lain keika itu menunaikan haji di makkah dan terkumpul bersama Ibnu Umar, az-Zubair dan Tolhah di makkah. Namun, Aishah, Talhah dan Zubair bergerak ke bashrah. Dalam satu angkatan. Setelah saidina Ali mengetahuinya, beliau turut menyiapkan tentera utk menghadapinya. Kedua-dua pihak tiada niat berperang dan saling hantar utusan . Perdamaian berlaku.
-          Lantas pengikut Abdullah Saba’ tidak duduk senang dan menyerang kedua-dua pihak untuk memperalatkan mereka. Lalu terjadilah peperangan jamal. Tolhah dan Zubair terbunuh. Saidatina Aishah dan Saidina Ali sangat menyesali peperangan tersebut.   
-          Peristiwa pembunuhan saidina Uthman masih menyelubungi umat islam. Muayiwah berpendirian taidak taat  pada saidina Ali selagi pembunuh saidina Uthman tidak dibunuh kerana menyangka Saidina Ali melindunginya. Selepas lapan bulan, maka terjadilah perang sffin yg mengorbankan Amar bin Yasir. Ramai sahabat tidak melibatkan diri dalam perang ini
-          Dalam peristiwa tahkim, tiada tipu helah antara sahabat. Muawiyah tidak dipecat kerana beliau belum menyandang tugas khalifah lagi, dan berperang utk tuntut kematian saidina Uthman bukannya untuk menjadi halifah. Kedua-dua pihak setuju menyerahkan masalah ini kpd para sahabat
-          Sememangnya perang siffin telah dikatakan oleh Nabi SAW akan terjadi dan mengikuti as-Sunnah. Namun, tindakan Muawiyah hanyalah ijtihad beliau dan dikatakan beliau tersalah ijtihad dan tergolong dalam golongan bughah(tidak taat kepada pemimpin haq namun tidak terpesong aqidah)
-          Muhibb al-Din al-Khatib “ saya berkeyakinan secara peribadi siapa daripada kalangan orang islam yang terbunuh di tangan orang islam yang lain sejak pembunuhan Uthman lalu dosanya dikenakan keatas para pembunuh Uthman kerana mereka yang membuka pintu fitnah”



H)     Bab 7: Pendirian ahli sunnah dalam pertelingkahan para sahabat

-          Ahli as-Sunnah wal Jamaah(ASJ) memelihara hati dan lidah daripada mencerca dan membenci para sahabat, malh jumlah yang terlibah hanyalah sedikit berbanding puluhan ribu sahabat ynag lain. Saidina Ali tidak menghukum mereka lebih daripada itu apakah kita wajar menghukum.
-          Peristiwa ini disaksikan mereka sendiri bukan kita, apabila mereka bersatu kitaikut, apabila berselisih kita dian ::hasan albasri::
-          Manhaj ASJ : mendiamkan diri daripada menyebut kesalahan sahabat , menyemak kesalahan mereka atau mencampuri pertelingkahan. Malah, mereka juga amat menyesalinya.
-          ASJ tidak pernah memaksumkan orang kecuali Para Nabi. Namun pintu rahmat terbentang luas, apatah lagi golongan awal seperti para sahabat yang ijtihad mereka hanya untuk mendapatkan keredaan Allah.
-          Orang yang menghina sahabat adalah orang yang menghina Nabi SAW kerana mana mungkin orang boleh terima kutukan terhadap Nabi SAW secara terang-terangan tetapi secara berstrateji