Monday 23 July 2012

Lantak kau la Syria...Burma...Palestin..!!


"Lantak la apa pun yang nak berlaku... Aku peduli apa.... Yang penting aku sihat wal afiat..."


MANUSIA sekarang sering dikaburkan mata mereka akan realiti keadaan umat dunia sekarang...
Penglihatan mereka hanya dibataskan cukup sekadar  lingkungan dalam negara bahkan dalam wilayah sendiri sahaja....


Artis....Gosip2 terkini....Carta2 lagu kontemporari masa kini...Filem2 keluaran terbaru sensasi...

Semua yg disebutkan ini sering di'follow up' oleh remaja2 kita pada hari ini...
ALWAYS UP-TO-DATE ABOUT THESE...

Sukar untuk ketinggalan dalam bab2 seperti ini...
Tanya saja nama artis2 sekian...lagu2 sekian....tajuk filem2 sekian...
Pasti dapat dijawab dengan tepat sekali tanpa sedikit cacat merba sekalipun.... 

Bahkan kanak-kanak semuda 'kindergarten school' pun dah HADAM bait2 kata lagu2 terkini...
Bukankah ini realiti masyarakat kita hari ini?


Ditambah lagi dengan peranan media yang dipegang oleh 'bijaksana-bijaksana' perosak bangsa..
sering mempromosikan hiburan2 sensasi di kaca tv tontonan semasa..
demi mencapai rangking saluran televisyen yang PALING DIMINATI DI MATA PENONTONNYA!!


Hmmmmm....

Andai NABI bersama kita sekarang...
Agak2nya apa yang akan terpacul daripada mulut Baginda yang mulia ye...?

Realliti hari ni...umat ISLAM sering dimomok-momokkan dengan hiburan melampau2 di hadapan mata...
Di mana-mana sahaja pasti hiburan puasan nafsu menjadi bual bicara...
Walhal keadaan SAUDARA-SAUDARA ISLAM kita di seluruh dunia...
Jauh...jauh...diambil cakna akannya...


SYRIA misalannya.........




Saban hari...capaian bilangan SAUDARA-SAUDARA KITA yang tebunuh di sana meningkat hari demi hari..
Dijangkau mereka yang terbunuh di Syria sehingga hari ini mencapah lebih 20,000 nyawa yg KITA SENDIRI TIDAK SEDARI!!

Kanak-kanak dicabut kuku tangan dan kaki mereka hanya kerna menyuarakan suara keadilan...
Lelaki-lelaki dan wanita-wanita dipanggil berkumpul di suatu tempat dengan janji untuk diberi bantuan makanan....tetapi kemudiannya dibunuh secara beramai-ramai...
Kaum-kaum keluarga disembelih secara beramai-ramai...
Ada yang ditanam hidup-hidup hanya kerna tidak mahu mengakui pemerintah negara sebagai Tuhan yang layak disembah..!
Gadis-gadis sunti dilarikan ke suatu lokasi yang tidak diketahui...
Tahanan-tahanan penjara diseksa bertubi-tubi sehinggakan ada yang mati kerna penderaan melampau ini...

(Sunber :  Buku Travelog Luka Air Mata Syria-karya Ridhuan Mohamad Nor)


BURMA,MYANMAR....




Etnik Muslim minoriti di sana cuba 'dibersihkan' hari demi hari...
Kaum-kaum keluarga dibakar hidup-hidup...
Bayi-bayi tidak berdosa dihempas ke tanah yang padanya terpacak pisau untuk dibunuh...
Mereka yang lebih bernasib baik cuba melarikan diri ke negara2 jiran tetapi tiada yang sanggup menerima bahkan mereka dihalau kembali ke tempat asal mereka...
Kerna takutkan ancaman tentera di bumi mereka,mereka sanggup terkapai-kapai di lautan luas di dalam sampan yang sarat tanpa bekalan makanan selama berhari-hari lamanya..
Bahkan ada kanak-kanak kecil yang mati kerna penyakit2 dan ancaman2 yang tidak dapat ditahan...







Tahu kah kita akan kesemua ISU-ISU SEMASA yang mereka dan saudara-saudara kita yang lain sedang hadapi!??
Akan penderitaan demi penderitaan yang diratapi hari demi hari??


TIDAK!

Kita hanya dengan dunia kita sahaja...
Bahkan mungkin isu-isu semasa tentang saudara-saudara kita di negara sendiri ini  pun kita tidak tahu akannya...

Manakan mungkin kita 'concern' akan hal-hal sebegini...
Pabila tiap-tiap hari,apa yang terpapar di muka tv hanyalah hiburan-hiburan hamba populariti...
Pabila saban hari apa yang terpampang di dada akhbar hanyalah gosip-gosip arits pujaan sensasi...

Hanya SECEBIS KECIL waktu yang diperuntukkan oleh media-media tempatan untuk khabar-khabar penderitaan luar negara seperti ini...
Cukup sekadar mengisi kelompongan 'ruang bahagian luar negara' yg tidak diisi lagi...


Dan hanya pada waktu itu sahajalah kita teringat akan nasib malang mereka ini....
Padahal penderitaan yang mereka alami adalah pada tiap-tiap saat yang kita lalui...

Yes...
Kita terus enak dibuai mimpi-mimpi indah buaian kemewahan keduniaan...
Umat Islam terus enak bersenandung suka di 'COMFORT ZONE' mereka...
walhal sebahgian umat Islam yang lain bukan keadaannya seperti kita...

"SO WHAT...!!"

"WHAT SO IMPORTANT ABOUT THAT...!!??"

" WHAT MOST IMPORTANT IS I'M IN A GOOD SHAPE RIGHT NOW.."

Pabila setiap umat Islam HANYA memikirkan akan kepentingan diri kita masing-masing...
Walhal bukankah kita dahulunya di bawah satu KHILAFAH ISLAM yang satu??


Cantik......

Memang cantik sekali apa yang telah  dirancang & diaturkan oleh 'mereka-mereka ini'.....

Pabila negara-negara Islam mula dijajah...
Pabila khilafah Islam mula diubah....
'Mereka' mula menetapkan dasar PECAH DAN PERINTAH...


Umat Islam mula dipecah-pecahkan mengikut negara-negara yang BERBEZA...
mengikut keturunan bangsa-bangsa yang BERBEZA...

Hinggalah kepada apa yang dapat kita saksikan realitinya sekarang ini......

Pabila sebahagian 'SAUDARA SEISLAM' di tempat yang berbeza menghadapi masalah.......

"Biarlah... Itu masalah mereka.... Yang penting kita selesa tanpa ada masalah apa-apa...."


Di bulan puasa....menjelang saat kita berbuka....
Pelbagai hidangan menyelera menjadi tatapan semua...
Di saat terdengarnya laungan azan bergema....tatkala bermula detik untuk menitip santapan di depan mata...

....hati kecil ku mula berbicara....

"Macam manalah agaknya ye keadaan saudara-saudara ku di sana...?"

"Adakah sama hidangan mewah yang aku nikmati hari ini dengan hidangan mereka di sana....?"

"Adakah kedamaian yang aku kecapi hari ini turut mereka rasakan di sana....?






Alhamdulillah..........

Dunia ku ini cukup amat selesa dirasakan berbanding dunia mereka...

Cukup amat terasa aku kini hanya berada di 'COMFORT ZONE'
tanpa menghiraukan akan 'uncomfort zone' mereka...


Cukuplah manusia hanya bersama diri mereka...
Tanpa memikirkan mereka yang di sana....

Wilayah mereka adalah wilayah kita...
Keperitan mereka sebenarnya adalah keperitan kita jua...
Bahagianya mereka turut menyebabkan kita bahagia jua...


Let's not always forget about them...

Always pray for them....
Kenangkan mereka sentiasa di dalam doa-doa kita....
Dan ayuh berusaha bersama-sama demi menyedarkan saudara-saudara kita yang masih terlelap sementara...

~Let's spread informations about them instead of news about us only~

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah BERSAUDARA...."

(surah al-Hujurat ayat 10)

"مَن لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْر المُسلمين فَلَيْسَ مِنْهم"

"Bukanlah mereka itu dari kalangan mereka (umat Islam) 
sesiapa yang tidak ambil peduli akan hal umat Islam itu." 

-Hadis Riwayat Thabrani di dalam ( المعجم الأوسط ) dan Hakim di dalam ( المستدرك ) daripada Huzaifah r.a


Semoga dengan usaha kita yang tak seberapa ini diiringi dengan keredhaan dari-Nya nanti,insyaAllah..
Dan mungkin dengan sebab usaha kita  yang sedikit ini membolehkan amalan kita diterima oleh Allah  yang Maha Esa...


Siapa tahu...???



Wallahua'alam

Wednesday 18 July 2012

Kursus seminar ayam (Daurah dajjajah)




Alhamdulillah..

Dengan izin yang Maha Esa,diri yang hina ini telah dipertemukanNya dengan insan-insan yang luar biasa...
Banyak yang diri ini telah belajar dari kursus Bahasa Arab selama sebulan disusuli kursus ketatanegaraan selama seminggu kemudiannya...

Sekalian kesyukuran dipanjatkan setinggi-tingginya kepada Tuan empunya nikmat ini...
Memang....hakikatnya kesyukuran ku ini tidak mampu menandingi limpahan rahmat dariNya...

"Dan Dia telah memberikan kepada mu segala apa yang kamu mohonkan dari-Nya,dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya,sungguh,manusia itu sangatlah zalim dan mengingkari (nikmat Allah)."

(surah Ibrahim : ayat 34)

Namun,biarlah penerusan kesyukuran yang sedikit ini menjadi bukti di dunia di sana..
Moga2 diterima olehNya... 

"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan,'Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya akan Ku tambahkan (nikmat-Ku),tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka azab-Ku sangatlah berat."

(surah Ibrahim : ayat 7)

"Dan Musa berkata,' Jika kamu dan orang yang ada di bumi semuanya mengingkari (nikmat Allah),maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

(surah Ibrahim ; ayat 8)


Namun....

Manusia sering alpa dengan nikmat yang dimiliki...
Sebagaimana juga yang disabdakan oleh Baginda:

"Dua nikmat yang sering dilupakan padanya oleh kebanyakan manusia; waktu sihat dan masa lapang."

Kita sering melupai nikmat yang kita miliki sekarang...
dan sering juga meminta nikmat yang belum kita miliki lagi...

Benar.......

Tak salah untuk meminta-minta dari-Nya apa yang belum kita miliki lagi...

Bukankah Allah telah berfirman:

"Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Ku perkenankan bagimu,sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina."

(surah  al-Mukmin : ayat 60) 


Mintalah... mintalah...dan teruslah meminta...
Memang tidak salah untuk meminta apa yang kita hajati...
Tapi apa yang salah ialah kita sering MELUPAKAN APA YANG SEDANG KITA MILIKI...


Dulu di waktu zaman persekolahan dulu...
Masih segar lagi di ingatan ku akan makanan di dewan makan pelajar dahulu...

Kita sering dihidangkan dengan 'makanan pelajar'
Selalu sahaja dihidangkan dengan 'ikan jaket'....ada yang menggelarnya 'ikan batu'...

Sehingga sering kedengaran suara2 pelajar merungut...

"Hish...ikan,ikan,ikan... Asyik-asyik ikan... Bila nak makan ayam pulak ni...!"

Tahun berlalu tahun... zaman persekolahan kian ditinggalkan berganti kursus2 bertahap mahasiswa...
Makanan2 yang dinikmati kian bertahap 'makanan mahasisiwa'- upgrade


Hari demi hari.....
Setiap hari itu jugalah makanan yang sedap ini dihidang & dinikmati...

Hari terus berganti hari...
Makanan yang sedap ini mula dijemui...
Mula kedengaran suara-suara kebiasaan manusia...

"Adoiii...ayam,ayam,ayam... Ayam daiman (asyik-asyik ayam)..."


Hmmmm...
Walaupun bukan kutukan yang dikeluarkan,tetapi ia seakan-akan satu keluhan... Bukankah begitu?

Bukan tak boleh untuk mengeluh....
Tapi di mana 'Alhamdulillah' nya?

Ikan dahulu yang dikeluhkan....Diganti dengan hidangan ayam...yang juga dikeluhkan...

Tak salah untuk mengeluh...
Tapi cuba fikirkan sejenak akan keadaan insan-insan yang lebih merana daripada kita sekarang ni...
Saudara2 di benua afrika...mahupun di perantauan sumatera...

 

Tak terasa bersyukur lagi ke kita setelah mengenangkan keadaan insan-insan bernasib malang ini...??
Alhamdulillah...
Jauh sungguh tahap nikmat yang kita kecapi berbanding mereka yang kurang bernasib baik ini...


Pabila dibuka peluang untuk menyuarakan ketidakpuasan hati...
Pelbagai macam ragam yang dikeluhkan...

Memang.....ruang komen disediakan untuk penambahbaikan program akan datang...
Benar...


Tapi komenlah sekadarnya...untuk kemaslahatan peserta-peserta seterusnya...
Bukan komen yang terlalu meminta-minta itu dan ini demi keselesaan yang maksimumnya...

"Kenapa ampaian pelajar jauh sangat ni..."
(Habis tu...nak dekatkan ampaian tu bagi ada depan bilik kita lah ye? 
Berjalan lah jauh SEDIKIT..apa salahnya..)

"Kenapa asyik-asyik makan ayam je...takde makanan lain ke..!?"
(Dulu makan ikan complain keras...lepas tu makan ayam yang sedap pun complain...
bosan asyik-asyik makan ayam... At least kita masih ada makanan untuk dimakan,betul tak?)

"Hisshh..kenapalah ada jerawat banyak sangat kat muka aku ni..."
(At least kita masih ada muka yang sempurna dengan anugerah mata,hidung dan mulut yang tak ternilai harganya...Allah nak uji sikit je tu tanpa MENARIK nikmat2nya)

"Heee...mak ayah aku ni asyik-asyik bising je...!
Semua yang aku buat serba tak kena... Menyusahkan betul lah!!"
(Cuba kalau Allah ambil nyawa mak ayah kita... Ok tak? Baru senyap sikit kan??) 



Bersyukurlah wahai manusia...
Kerna setiap yang berlaku kepada kita masa kini pasti ada hikmahnya....
Pasti....cuma kita tidak menyedarinya...

Pasti ada hikmahnya kenapa keadaan yang kita peroleh seperti itu dan ini...

Mintalah sebanyak mana pun dari Dia yang Maha Pemberi...
Tapi jangan lupa dengan apa yang TELAH & SEDANG kita miliki...

Sebelum terdetik ingin mengeluh akan sesuatu...
Kenangkan dahulu insan-insan lain yang jauh lebih bernasib malang di dunia ini...
Berbanding seribu pelbagai macam nikmat yang telah kita kecapi...

Sedangkan Nabi pun bersabda: "Salahkah aku menjadi hambanya yang bersyukur...??"
Apatah lagi kita sebagai pengikut-pengikut Baginda...

Wallahua'alam