Tuesday 15 January 2013

Check darah dahulu sebelum hendak 'Bercinta'!!!




Darah… (Blood)
Satu komponen yang sangat-sangat penting di dalam tubuh badan manusia…
Tanpanya badan manusia akan menghadapi seribu macam bencana…
Walaupun sangat kecil pada pandangan mata biasa…
Tapi NIKMAT kurniaan Tuhan ini sebenarnya lebih bernilai berbanding segala-galanya …

Namun…
Tidak ramai yang tahu akan kepentingannya…
Dan tidak ramai juga yang bersyukur akan  kewujudannya sebenarnya…



Hanya apabila manusia itu belajar mengenai ilmu-ilmu sedemikian rupa (ilmu perubatan @ medic) baru ia akan tersedar betapa penting dan kompleksnya tubuh badan manusia ini sebenarnya!!


‘Rhesus Factor’

Pernahkah anda terdengar akan bunyi ‘menatang pelik ni’??

Bagi mereka yang mempelajari ilmu perubatan pasti biasa terdengar akan istilah yang SANGAT PENTING ini sebenarnya…

Pabila disebut tentang ‘Rhesus factor’
Perkara yang paling biasa sekali akan dibincangkan berkaitan dengannya adalah mengenai IBU YANG HAMIL & KANDUNGANNYA…



Tahukah anda bahawa proses untuk seorang ibu memelihara kesihatannya sementara menanti kelahiran kandungannya adalah merupakan satu proses yang ‘sangat-sangat kritikal’ sebenarnya??

Walaupun kita biasanya melihat…

“Alaahh…9 bulan dalam kandungan tu bukannya lama mana pun…”

Tapi dalam tempoh 9 bulan inilah sebenarnya tempoh di mana PELBAGAI MACAM PERKARA (FAKTOR) diambil kira dalam tujuan melahirkan seorang bayi yang sihat tanpa kita sedari!

Hatta jika tersalah WALAUPUN SATU LANGKAH sekalipun boleh menyebabkan kecacatan ataupun keguguran kepada bayi di dalam kandungan itu tadi!!

Tapi artikel kali ini bukanlah bertujuan untuk membincangkan mengenai semua perkara ini..
Kerna perbincangan mengenai semua perkara itu terlalu luas untuk dibincangkan di sini…

Tapi jangan risau…
Kerna apa yang ingin dibincangkan di sini juga merupakan salah satu ‘serpihan’ daripada ilmu-ilmu perubatan tersebut…


Mulanya ‘Rhesus factor’ dengan ‘Blood group’

Blood Group…
Ataupun dalam bahasa mudahnya ‘klasifikasi jenis kumpulan darah’…

Adalah sangat penting bagi seorang ibu yang mengandung untuk MENGETAHUI APAKAH JENIS DARAHNYA,JENIS DARAH PASANGANNYA DAN JENIS DARAH DALAM KANDUNGANNYA…

Dalam ilmu perubatan,darah dibahagikan kepada:

-Blood group A
-Blood group B
-Blood group AB
-Blood group O



Yang mana pembahagian jenis-jenis darah ini adalah berpandukan kepada ‘antigen’ yang ada pada permukaan sel darah itu sendiri…



Apa yang penting sangat tentang ‘Blood group’ ni??

Pabila berlaku suatu kemalangan…
Ataupun satu pembedahan disebabkan sesuatu penyakit
Yang mana ianya memerlukan kepada pemindahan darah daripada seseorang kepada seseorang yang lain (blood transfusion)…

Ketika saat inilah ILMU mengenai ‘Blood group’ ini sangat memainkan peranannya..
Pemilihan kumpulan darah yang betul untuk dicampurkan kepada kumpulan darah yang lain adalah sangat-sangat penting bagi mengelakkan masalah yang lebih besar daripada berlaku…
Hatta jika tersalah campur antara dua darah yang berlainan ini boleh menyebabkan kepada kematian!

Percampuran antara kumpulan darah (Blood group) yang berlainan/tidak sesuai akan menyebabkan berlakunya ‘antigen-antibody reaction’ yang akan menyebabkan darah-darah tersebut bergumpal (agglutinate)



Namun,apa yang ingin dibincangkan di sini bukanlah mengenai jenis-jenis darah A,darah B,darah AB atau darah O ini…
Tapi sebaliknya apa yang ingin dibincangkan di sini adalah mengenai satu perkara yang tidak jauh juga pentingnya,namun….jarang orang tahu mengenainya…

‘Rhesus factor’


‘Rhesus factor’ dan ibu yang mengandung

Pabila berbincang mengenai darah…
Adalah penting untuk mengetahui mengenai dua sistem:

-Sistem ABO (Pembahagian kumpulan darah A,B,AB & O seperti yang dinyatakan di atas)
-Sistem Rh


Seperti yang dinyatakan di atas,pada permukaan darah terdapat sejenis ‘antigen’ (dan boleh jadi juga tidak terdapat ‘antigen’ bagi kumpulan darah O)

Dan pada permukaan darah itu juga terdapat satu lagi jenis ‘antigen’ lain yang digelar sebagai ‘Rh antigen’ yang menyebabkan kumpulan darah itu lagi dispesifikkan kepada darah kumpulan POSITIF ataupun NEGATIF…


Terdapat 5 jenis ‘Rh antigen’ : C,D,E,c dan e

Namun,yang paling biasa ditemui dan paling kuat memberi kesan kepada tubuh manusia adalah ‘Rh antigen D (Rh D)’

Lantas pabila seseorang itu mempunyai ‘Rh D’ ini pada sel darahnya,secara automatik jenis darahnya akan dikira sebagai POSITIF…

Dan sebaliknya jika tiada ‘Rh D’ pada permukaan sel darah itu,maka akan dikira sebagai jenis darah NEGATIF…

Sebagai contoh;
A+ (jika ada ‘Rh D’ pada darahnya) ataupun A- (jika tidak didapati ‘Rh D’ pada darahnya)
B+ ataupun B-
AB+ ataupun AB-
O+ ataupun O-



Masalah bagi si ibu dan kandungan

Andaikan si ayah berdarah POSITIF…
Manakala  si emak berdarah NEGATIF…

Persetubuhan antara si ayah dan si ibu (sexual intercourse) untuk melahirkan suatu zuriat besar kemungkinan akan melahirkan anak di dalam kandungan yang berdarah POSITIF  (DISEBABKAN SI AYAH YANG BERDARAH POSITIF)…


Masalah BESAR timbul bagi ibu yang berdarah NEGATIF dan pada masa yang sama kandungannya berdarah POSITIF

Dan kebiasaannya masalah TIDAK akan timbul bagi kandungan yang PERTAMA…tetapi masalah yang sangat-sangat bahaya akan timbul bagi KELAHIRAN YANG SETERUSNYA




Tatkala tiba proses kelahiran bayi pertama(bersalin)…
‘Placenta’ yang menyambungkan antara si janin (bayi di dalam kandungan) dengan si ibu akan dicabut (bertujuan untuk membawa bayi itu keluar dari rahim ibunya)…
Lantas akan menyebabkan saluran darah rahim (uterine vessel) si ibu terkoyak sedikit…
Yang kemudian akan menyebabkan darah si janin bercampur dengan darah si ibu tadi…

Percanggahan yang berbeza (contra) antara darah POSITIF janin dan darah NEGATIF ibu ini akan merangsang sistem imuniti si ibu untuk menghasilkan sejenis antibody bernama ‘anti-Rh’

Dan seterusnya jumlah penghasilan ‘Anti-Rh’ ini akan meningkat hari demi hari sehingga mencapai kepada tahap tertingginya…


Kandungan seterusnya akan bermasalah

Kelahiran bayi pertama adalah normal...

Namun apabila si ibu mengandung buat kali KEDUANYA bersama-sama kandungan yang berdarah POSITIF,’anti-Rh’ yang sudah terhasil tadi akan mula bertindak balas terhadap darah si janin (bayi di dalam kandungan kedua) ini lantas akan menyebabkan berlakunya PENGGUMPALAN DARAH BAGI SI JANIN INI...

Masalah ini seterusnya akan menyebabkan pembekalan segala vitamin dan mineral yang diperlukan oleh janin ini (melalui tali pusat si ibu) tersumbat...
Bekalan oksigen untuk janin ini juga akan turut tersumbat...
Lantaran daripada itu,akan timbul pelbagai lagi masalah/komplikasi kepada si janin ini...

Tindak balas yang lebih teruk lagi akan menyebabkan kebarangkalian BESAR untuk si janin ini MATI!
Dan andai si janin ini berjaya untuk dilahirkan sekalipun,ia akan hidup dengan menghidapi beberapa masalah yang berkaitan dengan ‘erythroblastosis fetalis’ !!

Dan masalah yang sama akan turut berlaku bagi kandungan-kandungan seterusnya...



Cara untuk atasi??

- Si ibu hendaklah disuntik dengan ‘anti-Rh serum’ (anti-RhD immunoglobin) serta-merta selepas kelahiran bayi (dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran bayi)...

Yang mana ‘Anti-Rh serum’ ini berfungsi untuk me’neutral’kan ‘antigen Rh D’ yang terkandung dalam darah si bayi ini tadi lantas menyebabkan sistem imuniti si ibu TIDAK TERANGSANG untuk menghasilkan apa-apa jua bentuk ‘anti-Rh D’...



-Satu cara lagi untuk mengatasi masalah di atas adalah bagi WANITA yang berdarah NEGATIF untuk TIDAK BERKAHWIN dengan mana-mana lelaki yang berdarah POSITIF   (APA!!? Takdelah...bergurau je...   ^_^) 

Namun,andainya ‘sudah tersurat takdir’ pasangan kita adalah seperti yang di atas (si perempuan berdarah negatif & si lelaki berdarah positif),maka tidak menjadi masalah untuk teruskan perkahwinan itu...

Teruskanlah...
Islam tidak menghalang perkahwinan berlainan jenis darah...

Bukankah takdir itu di tangan Tuhan?


Namun perlu diingati bagi pasangan yang mempunyai padanan ‘kritikal’ seperti ini (isteri darah negatif & suami darah positif),adalah sangat-sangat penting untuk si isteri mengambil suntikan ‘anti-Rh D’ serta-merta setiap kali selepas melahirkan bayi kandungannya seperti yang dinyatakan di atas tadi!

Jangan lupa yang itu!!

Dan amalan memberi suntikan ‘anti-Rh D’ ini pun sebenarnya TELAH MENJADI KEBIASAAN bagi setiap doktor di kebanyakan hospital sekarang ini...

Cuma takut-takut andai doktor itu terlupalah... (Nau’zubillah)
Siapa yang nak ingatkan??

Kita yang sudah tahu inilah yang kena saling mengingatkan...


*Masalah-masalah yang dinyatakan di atas hanya akan berlaku bagi pasangan suami berdarah positif & isteri berdarah negatif. Untuk selain daripada itu;
-suami berdarah positif,isteri berdarah positif
-suami berdarah negatif,isteri berdarah negatif
-suami berdarah negatif,isteri berdarah positif

Adalah tidak menjadi sebarang masalah kepada ibu dan kandungannya (bersyukurlah banyak-banyak...)

Wallahua’alam.

43 comments :

  1. dah pernah terfikir dah benda ni masa blajar bio dlu. ade tnye ckg, but ckg pon x sure

    ReplyDelete
  2. tpi kebnykn yg rh- nih bukn klgn org asia...
    antigen d klau dpt isteri rh- pun..

    ReplyDelete
  3. Liyana Kassim: Jangan risaulah...xde masalah lah sebenarnya...sebab sekarang dah jadi kebiasaan di kebanyakan hospital untuk suntik anti-D kepada semua wanita yang akan bersalin sebagai langkah berjaga-jaga... cuma kita je kena ingatkan para doktor la..takut ada yang terlupa (Nau'zubillah)..Wallahua'alam

    the light of glory: tepat sekali... rh+ kebanyakannya berlaku dlm klngn org Eropah...tapi still tidak mustahil boleh berlaku dlm klngn orang Asia juga.. ^_^ Wallahua'alam

    ReplyDelete
  4. an interesting knowledge to share..
    syukran..^^

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...Ilham dari Tuhan... ^_^

    ReplyDelete
  6. sy baru terima call dari pihak klinik yg m'gatakn sy jenis darah O negatif.kandungan baru berusia 9week,,risau sangat2 bila dpt tau jenis darah O negatif :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh.. Suami akak darah positif ke?
      Jangan risaulah.. xde masalah punya, insyaAllah ^_^
      Cuma kena pastikan segala precaution yang saya sebutkan di atas tu kena diambil teliti betul2lah ye.. Ok semuanya insyaAllah... Jangan risaulah..

      Saya doakan akak,kandungan akak & keluarga semuanya dipelihara dan diberkati Allah sentiasa,insyaAllah.. ;-)

      Delete
  7. jadi maksudnya kalau yg si suami yg berdarah o- xde masalah la ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde masalah jikalau mengikutkan kepada kebiasaan amalan hospital2 zaman sekarang...insyaAllah =)

      Delete
  8. Salam..akk darah 0-.. Msa baby pertama lahir..xsmpai 24jam baby kena demam kuning yg tggi.msuk NICu..doc ckp sbb drh Akk o- Suami drh positif..skrg Ank akk dh berusia 8thn.akk xpnh lekat dh..Sgt tringin Ank ke2..akk rsa msa lps bsalin akk xpnh dpt apa2 suntikan..itukah faktor akk xdpt pregnant lg?mohon pencerahan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sangat-sangat kak sebab ter-lambat reply (tak perasan, huhu)

      Jikalau akak tak pernah dapat suntikan selepas bersalin anak pertama seperti yg kita bincangkan di atas ni, boleh jadi itu antara penyebabnya juga. Namun, kadang-kadang ada penyebab-penyebab lain juga kak, bukan punca di atas ni sahaja, banyak lagi sebenarnya. Wallahua'alam =)

      Delete
  9. Salam.. sy bersarah A- san suami O+.
    Tahun 2013 sy telah kehilangan bayi (IUD) dan 2014 sekali lg sy kehilangan bayi (meninggal dlm perut).
    Ada x cara lain utk memastikan bayi sy selamat selain suntikan rhogem semasa hamil? Sbb mcm xberkesan je...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan pernah rujuk doktor tak berkenaan masalah puan ini? Sebab faktor puan kehilangan bayi ini tidak semestinya berlaku disebabkan atas faktor-faktor yang kita bincangkan di atas ini sebenarnya (sebab situasi di atas ini dah semakin jarang berlaku dalam situasi hospital moden sekarang ini sebenarnya). Saya cadangkan untuk puan cuba rujuk dengan doktor pakar pakar sakit puan bagi mendapatkan cadangan nasihat yang betul-betul bertepatan dengan kes puan. Bimbang pula saya ter-beri nasihat yang tidak padan dengan situasi sebenar puan sedangkan keadaan sebenar puan adalah berbeza =)

      Delete
  10. Salam..Nk tumpang tny..Wife sy pernah keguguran..Mase 1st time prgnt..Wife sy berdaran negatif..Sy pulak berdarah positif..Kami da cuba utk prgnt lg tp gagal..2 tahun mencuba..Perlu ke wife sy ambil suntikan anti-Rh serum tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Boleh jadi perlu, tapi sebaiknya saya sarankan tuan jumpa dahulu mana-mana doktor-doktor pakar yang berdekatan dan ceritakan mengenai masalah yang berlaku antara tuan dan isteri tuan ini supaya mereka dapat berikan nasihat yang lebih tepat lagi, insyaAllah

      Delete
  11. Assalamualaikum.. Saya nak Tumpang tanya ni..ayah saya berdarah B+, mak saya berdarah O- Dan saya berdarah B+..saya anak sulung Dan dalam kesemua adik beradik saya, hanya saya yang ada masalah anemia..mngkin kah penyakit anemia sy ni disebabkan darah ayah Dan mak saya yang berlawanan?mohon pencerahan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.

      Boleh jadi. Sebab dalam ilmu perubatan tiada jawapan yang totally 100% tepat mengikut seperti apa yang dibahaskan dalam ilmu perubatan.

      Delete
  12. Salam,
    Saya dan husband blood group positif,
    Tapi for my surprise anak kami A-, masa pregnant alhamdulillah tiada komplikasi,
    Masa dpt tahu my baby A- after my delivery dalam seminggu mcm tu. Ade sesiapa yg arif boleh tlg terangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba baca ayat terakhir dalam tulisan di atas :

      "*Masalah-masalah yang dinyatakan di atas hanya akan berlaku bagi pasangan suami berdarah positif & isteri berdarah negatif. Untuk selain daripada itu;

      -suami berdarah positif,isteri berdarah positif
      -suami berdarah negatif,isteri berdarah negatif
      -suami berdarah negatif,isteri berdarah positif

      Adalah tidak menjadi sebarang masalah kepada ibu dan kandungannya (bersyukurlah banyak-banyak...)"

      Puan dan husband puan termasuk dalam kategori yang selamat "suami berdarah positif,isteri berdarah positif" itu sebenarnya. Bersyukurlah banyak-banyak kepada Tuhan ya ^_^

      Delete
  13. Salam nk tanye..berkemungkinan tak anak berdarah negatif jika ibu n ayah berdarah positif....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.
      Ya, ada kemungkinan. Kerana dalam ilmu perubatan tiada perkara yang totally 100% tepat mengikut seperti apa yang ada dalam ilmu perubatan.

      Delete
  14. Saya berdarah o sebelum pregnant.. dan kalini saya buat ujian darah jadi b positif... saya suh lab buat 2x check still b positif... suami saya yang b positif.. macam mana boleh jd mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada kelemahan sedikit pada alat ujikaji darah yang pertama, dan mungkin juga pada yang kedua, dan mungkin juga disebabkan kandungan darah puan sendiri yang kurang stabil, dan berbagai-bagai kemungkinan lain lagi. Banyak kemungkinan

      Delete
  15. Saya berdarah a negatif dan sudah berusia 28, sebenarnya saya khuatir mengenai perkara yg puan cerita di atas. Sehingga kini, saya takut untuk berkahwin kerana takut terjadi perkara seperti diatas. Jadi apa pendapat puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, janganlah sampai begitu sekali. Komplikasi di atas ini akan berlaku SEKIRANYA kita tidak ambil langkah-langkah keselamatan awal yang saya telah sebut di atas itu. Itu saja. Jika dah ambil, insya-Allah tiada masalah. Berkahwin itu kan sunnah? :)

      Dan saya seorang lelaki sebenarnya ya, bukan puan :)

      Delete
  16. Salam sya rh-a ...husb type b ... Selepas kwen 2 kali gugur pastu me ngandung lagi tapi meninggal..me ngandung lagi syukur anak sihat semua ok pastu me ngandung lagi 2 kali dan gugur lagi... Selepas ini kalau sya me ngandung lagi ada risiko tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risiko sentiasa ada puan. Yang penting puan mesti selalu ambil langkah berhati-hati yang saya sebutkan di atas itu ya. Kheir, tiada masalah insya-Allah

      Delete
  17. Assalammualaikum? Mohon pencerahan. Sy pernah keguguran masa kandungan pertama PD april 2014 yg lalu. Tp selepas tu sy x pernah mengandung lg. Sy O-, Suami O. Adakah perempuan jenis O- susah nak hamil???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt. Dia bukan bergantung pada jenis O- sahaja, bahkan jenis A- atau B- atau AB- pun boleh jadi begitu jika langkah-langkah keselamatan yang saya telah sebutkan di atas tersebut tidak diberi perhatian sebenarnya.

      Delete
  18. Saya nak minta kebenaran untuk copy page ini untuk projek ict. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan.
      Maaf lewat memberi jawapan. Ada masalah teknikal untuk mengakses e-mel. Huhu.

      Delete
  19. Assalam..saya nak tanye..saya berdarah 0+ , suami darah 0+ juga..ada pekerja lab pernah bgtau sy susah nk pregnant sb ianya saling menolak..maksud sperm n ovum tu..betul ke? Sb mmg kami da 8 thn kawin tak diizinkan lagi Allah utk mengandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Maaf lewat memberi jawapan. Ada masalah teknikal untuk mengakses e-mel. Huhu.

      Untuk soalan puan itu saya kurang pasti jawapannya secara tepat. Sepatutnya jika darah positif bersama darah positif, it's should be ok supposedly.

      Apa-apa pun saya doakan mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan zuriat yang soleh kepada puan dan suami dan mempermudahkan segala urusan puan sekeluarga.

      Delete
  20. Assalammualaikum, mohon pencerahan. Ibu dan ayah saya berdarah o positive dan adik beradik saya yang lain o positive jugak , tapi saya je yang berdarah B+ . Saya ada tanya ibu berkenaan darah tu , sama ada saya ni adopted or so on , tapi dia kata tak , mmg dari lahir pun dorang dah sentiasa jaga saya . mmg tak ada langsung ciri2 yang saya ni adopted . Sbb muka , perwatakan semua sama mcm keluarga saya . Is it possible ? An O blood to have such b ? Saya anggap mungkin scientis still have no evidence to proof that but still i belive theres possibility. It put me on tears every time i donating my blood , feels sad n bad , coz if my parents sick and i cant donate mine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt.

      Yes, it is possible.
      Tiada masalah pun insya-Allah.

      Jangan bersedih ya. :)

      Delete
  21. Encik...saya nak tanya apakah kesan isteri berdarah b+ dan suami brdrh a-?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah jawab panjang lebar dalam tulisan di atas tuan/puan.
      Cuba fahamkan semula betul-betul ya.

      Delete
  22. Assalammualaikum..saya berdarah b- dan suami b+..sekarang saya mengandung 34 minggu..saya pernah keguguran tetapi saya tidak mendapat apa-apa suntikan selepas keguguran.Untuk kandungan kali ini..saya telah diberikan suntikan rogham..Adakah bila anak saya dilahirkan nanti.. dia berisiko untuk berpenyakit.?mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt.

      It's should be ok insya-Allah.
      Teruskan berikhtiar dan teruskan mohon doa banyak-banyak pada Allah SWT. :)

      Delete
  23. Aslm. Klu sy darah b- dan isteri b+ positif xde pape ke. Sbb bakal sy ni tersangat risau wlaupun dia nurse.

    ReplyDelete
  24. Salam saya nak Tanya..isteri sy darah o- saya darah b. Ada apa2 kesan?

    ReplyDelete