Thursday 18 April 2013

POLITIK…POLITIK…POLITIK… ASYIK-ASYIK POLITIK!



5 Mei 2013!

Bumi bersejarah Malaysia bakal menyaksikan satu fenomena pertembungan bersejarah yang telah dinantikan sekian lama oleh sekalian rakyat Malaysia…

Ramai yang mengidamkan saat tertegaknya kembali ‘Kerajaan’ yang akan membawa keadilan kepada rakyat…
Setelah Bumi bertuah Malaysia ini diperintah sekian lama oleh ‘mereka’ yang culas dengan amanah yang ‘dipinjamkan sebentar’ oleh rakyat…


Namun, di saat masing-masing sibuk berperah keringat memperjuangkan seluruh tenaga untuk memenangkan perjuangan Islam ini…
Ramai juga sebenarnya daripada kalangan REMAJA harini yang masih lagi LENA,asyik dengan dunia sendiri…
Sambil menggenggam kedua-dua tangan mengharapkan KEADILAN diberikan kembali…
Seolah-olah seperti terkabulnya sebuah mimpi…

Dengan beralasankan umur yang belum mencecah 21 tahun lagi,remaja-remaja ini terus ‘mengasingkan’ diri tanpa mencuba untuk berbakti walaupun sedikit…

“Alaa… Umur aku tak sampai 21 tahun lagi… mana boleh mengundi…”




Remaja yang FOBIA dengan Politik


POLITIK...

Pabila terdengar sahaja perkataan ini,pasti akan ada dari golongan REMAJA MUDA yang mula berasa kurang sedap telinga...

POLITIK...

Pabila terdengar sahaja perkataan ini,pasti akan ada kaki-kaki yang mula cuba untuk menjauhkan diri...

Dengan beralasankan umur yang belum menjangkaui usia 21 tahun lagi...

“Alaa... Umur aku belum 21 tahun lagi... Mana boleh mengundi... Toksah nak sibuk-sibuk lah berpolitik-politik lagi...”


Tidak ketinggalan juga alasan-alasan yang kekadang kerap sangat didengari...

“Amende POLITIK-POLITIK ni! Menyampah aku dengan benda-benda politik ni... Politik kat Malaysia ni KOTOR!! Dah, kalau kau nak main politik-politik ni,pergi tempat lain,jangan sibuk nak masuk dengan kumpulan remaja macam kami...!”


Ya... Kumpulan remaja macam ‘anda’ inilah yang akan ‘memajukan’ Malaysia di masa hadapan kelak... Malaysia PASTI akan ‘sangat-sangat’ maju bermodalkan kumpulan remaja seperti ini nanti...


Wake up young Guyz!!!

Sudah-sudah lah wahai kaum REMAJA...
Sudah-sudah lah dengan pemikiran SEKULARISME anda yang suka memisahkan POLITIK ini daripada realiti kehidupan sekarang...

Jauh... Sungguh jauh dengan ajaran Islam yang menekankan kepada seluruh aspek kemanusiaan dalam kehidupan seharian... And it’s includes Politics...

Firman Allah s.w.t. :

 { يا ايها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كآفة... }

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh...”

(surah al-Baqarah : ayat 208)

Masalah REMAJA hari ini...

Yang sibuk dengan hiburan dunia petang, malam dan pagi...
Tak habis-habis dengan ‘dunia STUDY’ yang kononnya dikatakan penentu hidup dan mati...
Walhal masa sehariannya banyak diculaskan kepada GAMES & MOVIE...
Ditambah lagi dengan ikutan budaya Jepun,Korea yang tak henti-henti...
...Ganggnam Style...Gwiyomi...
Tanpa sedikit pun cuba untuk ‘menjenguk’ kepada isu yang lebih besar harini...
Lantas,masing-masing sibuk ingin mengaku ‘Sebaik-baik umat pengikut Nabi...’

Sungguh... Sungguh rugi usia muda mu dibaziri dengan perkara-perkara yang bersifat hanya mementingkan diri sendiri...

Dengan langsung tidak ambil tahu tentang Politik,kononnya ingin ‘menyucikan’ peribadi diri dengan mengasingkan POLITIK yang dikatakan kotor ini...

Lantas pabila anda merasakan POLITIK ini telah dikotorkan...Bukankah kita sebenarnya yang berperanan untuk membersihkan POLITIK di saat ini kembali??


{ من لا يهتمّ بأمر المسلمين فليس منهم }

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam,maka bukanlah mereka daripada kalangannya.”

-HADIS-


Ya... Bangunlah wahai golongan REMAJA...

Politik itu sebenarnya bukanlah kotor... Apa yang disangkakan kotor itu hanyalah kerna perspektif masyarakat hari ini hanya dibataskan definisi POLITIK itu kepada Politik Kepartian semata-mata...

Bahkan POLITIK sebenarnya adalah jauh lebih luas maksudnya dari itu..
Politik itu melibatkan segala suatu urusan kita MENGURUSKAN setiap aspek perlakuan seharian kita...

Sepertimana yang dikatakan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazrul Abdul Nasir hafizahullah:

“Hatta ketikamana kita hendak menyuapkan sesudu makanan ke dalam mulut kita itu pun sebenarnya dikira sebagai POLITIK!”

Ya... POLITIK itu adalah pengurusan...

“Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu)”


Politik adalah satu cabang yang melibatkan hubungan antara pelbagai pihak...
Dan dalam konteks hari ini politik ini lebih banyak merujuk kepada aspek kemasyarakatan dan kenegaraan...

Dan perbincangan mengenai POLITIK ini sebenarnya adalah sangat-sangat luas dan sangat mendalam lagi sebenarnya...

Namun,persoalan yang jauh lebih penting dari itu lagi sebenarnya adalah...
Di mana peranan kita dalam memperjuangkan hak masyarakat di sekeliling kita pada hari ini?




Mendekati detik-detik PRU13

Pilihan Raya Umum 2013...


Inilah hakikat realiti hari ini...

Hakikat yang mana kita sedang berhadapan dengan realiti POLITIK  yang semua orang tidak boleh mengelak daripadanya pada hari ini… walau sekuat mana pun usaha anda untuk menjauhinya, akan tetap ADA KESANNYA dalam kehidupan anda selepas ini…



Tidak kiralah sama ada anda seorang pelajar, seorang mahasiswa, seorang pekerja, seorang penganggur mahupun seorang pencen…

Segala penentuan masa hadapan KITA bergantung kepada keputusan pilihanraya ini...

Kekadang ada kedengaran suara-suara yang mengeluh...

“Umur aku tak sampai 21 tahun lagi,macam mana nak mengundi...”

Umur bukanlah alasan yang menghalang golongan muda seperti kita untuk BERJUANG...
Bahkan banyak sebenarnya ‘advantages’ yang boleh dimanfaatkan oleh golongan muda ini untuk turut sama-sama membantu menegakkan perjuangan Islam pada hari ini...


Antara ‘Keringat Muda’ yang boleh disumbangkan :

1-Usahalah untuk mempromosikan kebaikan parti-parti politik ‘pihak yang Benar’ di status media massa anda (Facebook,Twitter,Youtube DLL)

2-Kaji dan dalami apa yang dimaksudkan dengan politik itu sendiri demi bersedia untuk mengisi ‘ruang-ruang berbakti’ andai Islam menang suatu masa nanti.

3-Wujudkan perbincangan-perbincangan ilmiah dalam mengkaji isu-isu politik secara matang,bukannya MENGUTUK sana,MENGUTUK sini. Be MATURED...

4-Kaji terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya. Jangan terus ‘share’ berita-berita yang diperoleh di dalam zaman yang sangat terkenal dengan FITNAHNYA pada hari ini.

{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوآ إِن جَاءَكُم فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوماً بِجَهَالَةٍ فَتُصبِحُوا عَلَى مَا فَعَلتُم نَادِمِينَ }

Maksudnya : “Wahai orang-orang beriman, Jika datang seseorang fasik membawa kepadamu suatu berita, maka TELITILAH (kebenarannya terlebih dahulu) AGAR KAMU TIDAK MENCELAKAKAN SUATU KAUM DISEBABKAN KEBODOHAN yang akhirnya kamu akan menyesali perbuatanmu itu nanti.”

(surah al-Hujurat : ayat 6)

3-Dan banyak lagi inisiatif-inisiatif lain yang boleh difikirkan oleh ‘otak muda’ anda yang masih cerdas dalam mencari secebis ruang untuk turut berbakti dalam perjuangan menegakkan Islam ini.




Perjuangan mesti diteruskan...

Exam exam jugak...
Belajar belajar jugak...

Namun,janganlah disebabkan beberapa perkara ini habis menyebabkan kita TUTUP segala pintu hubungan luar kita...sehinggakan tiada apa langsung sumbangan kita dalam membantu memenangkan perjuangan Islam ini...

Bimbang-bimbang di akhirat nanti kita akan disoal oleh-NYA...

“Apakah engkau hanya menantikan kemenangan Islam tanpa sedikit pun engkau cuba untuk berusaha ke arahnya!?”



SELAMAT BERJUANG!

Wallahua’alam.