Wednesday 11 June 2014

FIFA 2014 get boycott-ed by the people (Brasil@Brazil 2014)


I am not kind a person who hate football or soccer or whatever you called it in your country,
Plus, when you call out for a PES or FIFA video game tournament, i will be the first one to accept your challenge (because i really love football/soccer),

But. . .

when it is involving my brothers and sisters' rights,
i can't afford to accept it much,
i'm sorry. . .


In Brazil,

although we see the 2014 World Cup is preparing with its full of gloriness, but on the other side, many Brazilians are angry with the government for spending millions of dollars ($11 billion as reported by latinpost.com) just for the World Cup purpose, while the locals there lack many basic amenities like education, transport, food, hospitals, sanitation etc.

When the Brazilians want to express their disappointment in the street demonstration, they get fired and attacked by the local army soldiers and military polices. So, they 'express' it in the form of street anti-FIFA graffiti.

'FIFA 2014 - Behind The Scenes'











With shortage of food everywhere, inadequate healthcare, corruptions in the state, lack of proper educations and transport systems, these street artists are forcing the public to reconsider whether these sporting events lead to any good for the common man or not.













These street drawings emphasise, how the government should have been focused more on its own people instead of busy managing other important-less international event. If they have enough moey to manage people from 32 other nations, then why not spend in on their own people first!?











Yeah. Let's the pictures 'speak'

and finally. . . . .





"The World Cup takes our schools and hospitals and leaves us its 'balls'."



credits : 
-latinpost.com
-football2014wc.com
-lunaticnews.nl
-blogs.tribune.com.pk

Tuesday 10 June 2014

Mencari Taubat di Laman Whatsapp



Sengaja dinamakan tajuk seperti di atas kerana perbincangan mengenai 'taubat' ini berlaku di dalam sebuah group Whatsapp sebenarnya  =)
*Nama-nama yang digunakan bukan nama sebenar



Hasan : Wei guys, aku nak tanya sedikit ni. Ada seorang hamba Allah ni. Dia buat maksiat. Semasa sedang buat maksiat tu, dia tahu dia sedang buat sesuatu perkara yang berdosa. Kemudian dia bertaubat, minta Allah SWT kuatkan lagi dirinya untuk tidak buat lagi... Tapi kemudian dia buat dosa lagi. Taubat. Buat lagi. Taubat lagi. Buat lagi... Kalau kita lihat, dia seperti bermain-main, tapi sebenarnya dia tidak kuat untuk tinggalkan maksiat tu... Ada pertanyaan dari seorang hamba Allah ini. Apa komen korang?

Ahmad : Ada Hadis Qudsi tentang perkara ni.

Abu : Maknanya taubat dia TAK DITERIMA, kerana tidak memenuhi syarat sah taubat.

Hasan : Manusia tahu ke taubat mereka diterima atau tidak..??

Ahmad : Allah tetap ampunkan, dengan syarat dia buat atas sebab memang kalah dengan nafsu dan tak berniat menipu Allah... Dalam hadis tu, Allah tetap mengampunkan dosa hamba-Nya sebab hamba-Nya tahu hanya Allah SWT yang boleh mengampunkan dosa. Dia ulangi buat dosa sebab lupa dan lemah, bukan sengaja...

Abu : Ya, tak tahu. Tetapi kita boleh samakan dengan solat. Kalau tak sah solat, memang bermakna solat tu tak diterima lah kan... Samalah juga bagi taubat, tanda sesuatu taubat itu tidak diterima adalah pabila ia berterusan juga dalam melakukan maksiat, tak memenuhi syarat-syarat sah bertaubat...

Hasan : Erk. . . . . . . 

Ali : Wei Hasan...

Hasan : Apa dia?

Ali : Hasan. Hasan.

Hasan : Nak apa?

Ali : Wei Hasan. Hasan. Hasan.

Hasan : Apa benda kau ni Ali!? Nak apa!??

Ali : Bosan tak aku panggil kau banyak kali? Agak-agak Allah SWT bosan tak macam mana kau bosan??

Hasan : Ouch. . . . . .deep . . . . . . .

Ahmad : Tapi antara tanda diterima taubat ialah kita dapat meninggalkannya.

Hasan : Kadang-kadang orang selalu menyusahkan urusan taubat...

Ali : Urusan kau dengan Tuhan, itu urusan kau dengan Tuhan. Orang cakap apa pun, kalau itu antara kau dengan Tuhan, maka itu engkau dengan Tuhan.

Abu :  Bukan menyusahkan, tapi menunjukkan cara yang betul. Macam mana nak sampai kalau jalan itu salah kan...?

Ali: Again. "Kata-kata orang". Takkan boleh mencampuri urusan kau dengan Tuhan.

Ahmad : Macam orang yang solat, tanda diterima solat ialah terhindar daripada melakukan maksiat.

Ali : Hati itu benda liar. Sebab itu tempatnya di dalam rib CAGE.

Husin : Hasan, cuba search video Habib Ali kat YouTube, "Nasihat Untuk Remaja", rasanya itu tajuk dia...

Abu : Sebagaimana solat tidak diterima kerana salah cara buat, maka taubat juga tidak diterima kerana salah kaedah, Benda yang dibuat dengan betul akan mendekatkan diri kita dengan Allah.

Ahmad : Bagi orang awam, tak dinafikan akan ketergelinciran mereka daripada janji taubat kepada Allah. Bagi yang salik ila Allah (golongan wali Allah), memang sesuai jikalau diketatkan proses bertaubat itu. Cuba rujuk kisah seorang lelaki yang membunuh 99 orang tu. Si 'Abid kata Allah tak ampunkan. Si 'Alim kata Allah ampunkan. Mana yang lebih mendatangkan manfaat kepada pendosa dan menanamkan husnuzzohn pendosa kepada Allah SWT itu?   ^_^

Hasan :    ^_^


 --------------------------------------------------------

Ketika melihatkan kepada komen-komen sahabat aku di atas ni, aku tiba-tiba teringat kepada suatu saat, ketikamana kami menghadiri satu ceramah Fadhilatus Syeikh Rifaat Fauzi rahimahullahu ta'ala sebelum ini...


Ketika bersama-sama dengan Syeikh itu, suatu ketika, Syeikh ditanya oleh seorang hadirin,


"Wahai Syeikh, saya ini seorang yang kerap berbuat maksiat, kemudian saya bertaubat, tapi kemudiannya saya berbuat dosa lagi, dan kemudiannya saya bertaubat lagi... kemudian buat dosa, taubat, buat dosa, taubat...

Berulang-ulang perkara ini sehinggakan suatu ketika saya merasakan bahawa saya sudah kecewa/putus asa dengan diri saya sendiri... kerana saya rasa seolah-olah seperti bermain-main pula...

Bagaimana caranya Syeikh untuk saya mengubati hati saya ini? "

Jawab Syeikh:

"Jangan berputus asa dengan Rahmat Allah SWT kerana memang benar, bahawa dunia ini diciptakan sebagai tempat untuk menguji sang manusia...

Nabi Adam AS juga dahulu berbuat dosa dengan Allah di Syurga (makan buah larangan), tapi selepas itu Baginda bertaubat & mengakui kesilapan diri...

Berbeza dengan Iblis yang juga berbuat dosa (tidak mahu tunduk sujud dengan arahan Allah) tetapi Iblis selepas itu tidak bertaubat & tidak mengaku kesalahannya, malah makin kuat lagi menentang Allah selepas itu...

Maka TAUBAT inilah yang membezakan antara Manusia yang mulia dengan Iblis...

Maka teruskanlah dengan amalan Taubat itu dan kuatkan lagi dengan azam untuk berhenti buat dosa itu sampai bila-bila..."

~Kita diuji, orang lain juga diuji. Namun persoalannya bagaimana kita memastikan ujian yang dihadapi itu semakin mendekatkan kita dengan Allah sebenarnya?


Monday 9 June 2014

Pengalaman 'ber-dating' dengan kematian




Teringat lagi setahun yang lepas, semasa saya baru berada di bumi Mesir di waktu itu..

Di awal-awal tahun pertama berada di bumi asing...
Di waktu itu juga lah saya diuji dengan bermacam-macam berita sedih daripada tanah air...


Semasa tahun pertama berada di Mesir, mendapat perkhabaran daripada kenalan-kenalan di Malaysia bahawa arwah guru bahasa Jepun saya, Cikgu Latiffah Binti Abdullah (semoga Allah SWT merahmatinya) jatuh sakit tenat sehingga dimasukkan ke dalam wad disebabkan menghidap kanser rahim...



Selang beberapa minggu selepas itu, beliau meninggal dunia (semoga Allah SWT merahmatinya)...

Kemudian, tidak lama selepas itu, mendapat perkhabaran daripada keluarga pula, mengkhabarkan bahawa arwah nenek kesayangan saya, Rodziah Binti Yunus (semoga Allah SWT merahmatinya) mengalami kanser hati yang sangat kritikal... 



...dan selang beberapa minggu kemudian, beliau turut meninggal dunia (semoga Allah SWT merahmatinya)...

Kemudian mendapat perkhabaran lagi daripada keluarga, mengkhabarkan arwah emak saudara saya,  mak chak Dahlia (semoga Allah SWT merahmatinya) dimasukkan ke dalam wad kecemasan disebabkan kanser  yang semakin parah...


Selang beberapa ketika selepas bertarung nyawa itu, beliau turut meninggal dunia (semoga Allah SWT merahmatinya)...



Belum.
Belum berakhir lagi ujian itu...

Tidak lama selepas itu, arwah sepupu kesayangan saya, Alyf Syah bin Mohd Fahmi (semoga Allah SWT merahmatinya) pula dikhabarkan menghidap barah otak yang agak kritikal...



...dan selang beberapa ketika selepas itu, beliau pun turut pergi meninggalkan dunia (semoga Allah SWT merahmatinya)...


Ya. Kesemua ujian ini diberikan kepada saya sewaktu tahun pertama saya berada di bumi Mesir.. 
Ya. Kesemua nyawa insan-insan kesayarangan ini ditarik semasa saya masih berada di bumi Mesir lagi...
...dan kesemua pengebumian mereka ini tidak dapat saya hadiri bersama dek kerana tanggungjawab menuntut ilmu di bumi asing ini...


Namun, bukan kesedihan itu yang ingin saya ceritakan di sini...
Kerna 'Setiap yang bernyawa itu pasti akan menghadapi juga saat KEMATIAN nya suatu hari nanti..'
 { كل نفس ذائقة الموت }
Dan giliran kita menanti pula selepas ini...
Itu sudah pasti...

Namun, apa yang ingin dikongsikan di sini ialah bagaimana keadaan/tindak balas kita untuk menghadapi dengan situasi-situasi yang pahit untuk ditelan sebegini sesekali sebenarnya?



Semasa arwah-arwah di atas masih hidup lagi (dalam keadaan sakit selepas perkhabaran berita), teringat lagi saya kepada pengalaman berada di bumi asing itu...

Mesej bertalu-talu masuk meminta mendoakan kesembuhan yang maksima buat mereka-mereka di atas yang masih hidup lagi ketika itu
Selepas sahaja menerima berita-berita yang menyedihkan dari Malaysia itu, diri ini tak putus-putus berdoa meminta agar kesembuhan diberikan kepada insan-insan tersayang tersebut... 


Sehinggalah di suatu ketika... ketika di hari raya Aidilfitri...

Waktu ketika di pagi raya selepas selesai sahaja solat sunat Aidilfitri di Mesir itu, cepat-cepat saya membuka laptop untuk ber-Skype bersama-sama keluarga yang sedang beraya beramai-ramai di kampung halaman bersama arwah nenek saya itu...

Kemudian bergembiralah saya sebentar melepaskan rindu melihat satu per satu wajah ahli keluarga yang sedang beraya bersama-sama mereka ketika itu...
Namun, pabila webcam laptop dialihkan sahaja ke muka arwah nenek saya yang sedang bertarung sakit (kanser) ketika itu, hati ini tiba-tiba menjadi sebak...

Sedih melihatkan kepada wajah beliau yang semakin bengkak-bengkak, badan yang semakin lemah, mata yang semakin mengecil (akibat bengkak-bengkak di muka itu), kesan daripada sakitnya penyakit kanser yang diujikan ke atas beliau ketika itu...

Begitu juga ketika melihatkan kepada arwah sepupu saya yang kecil molek itu, ketika saat beliau diuji dengan sakit barah otak itu... Allah... tiada hati yang dapat menahan sebak melihat beliau melawan sakit yang dialaminya di waktu itu...





arwah selepas mengalami pembedahan


Jujur saya kata tiada hati yang dapat menahan sebak tatkala melihat wajah-wajah mereka yang sedang bertarung melawan peritnya kesakitan yang mereka alami ketika itu...


Lantas, selepas mengenangkan sahaja keadaan-keadaan di atas ini, doa-doa yang saya minta kepada-NYA terus bertukar...berbeza sedikit daripada yang sebelumnya...
Jikalau doa-doa saya sebelum ini semuanya hanyalah kepada meminta agar diberi kesembuhan sahaja semata-mata, namun kalini dan masa-masa yang seterusnya akan jadi berbeza sedikit daripada yang sebelumnya...

"Ya Allah, Kau berikanlah YANG TERBAIK buat mereka-mereka ini ya Allah...
Andai kesembuhan itu adalah Yang Terbaik buat mereka, maka Kau kurniakanlah semula nikmat kesembuhan itu kepada mereka.. dan Kau jadikanlah mereka ini hamba-hamba yang semakin taat kepada Engkau selepas mereka kembali sembuh itu ya Allah...

Namun, andai yang sebaliknya itu adalah Yang Terbaik buat mereka (tidak sampai hati nak cakap 'Kematian' meskipun ianya sangat pahit untuk diterima), maka Engkau lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu ini ya Allah...

Mudah-mudahan takdir kesembuhan itu adalah yang Terbaik di sisi Engkau Ya Allah...(kerana semua orang mengharapkan kepada ini sebenarnya) Namun, Engkau LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK buat hamba-Mu ini ya Allah..."


Ya. Saya akan MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT MEREKA...
Moga-moga takdir yang Allah SWT tetapkan kemudian itu ke atas mereka adalah YANG TERBAIK buat mereka sebenarnya..

Kerna boleh jadi nikmat kesembuhan itu adalah Yang Terbaik buat mereka...
Dan boleh jadi takdir kematian itu adalah Yang Terbaik buat mereka...

Kita tidak tahu antara dua ini yang mana satu adalah YANG TERBAIK buat mereka...
Kerna hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui hakikat terbaik buat seseorang hamba itu sebenarnya...



Ya. Kebanyakan dari kita memang sangat berharap agar diberikan nikmat kesembuhan itu kepada insan-insan yang sangat kita sayangkan ini sebenarnya...

Namun boleh jadi nikmat kesembuhan itu bukanlah yang terbaik buat mereka sebenarnya (kerna selepas mereka sembuh, boleh jadi penyakit yang ditanggung itu akan tetap berterusan dan kesakitan yang akan mereka tanggung sepanjang hidup mereka selepas itu boleh jadi akan bertambah dan berada di luar batas kemampuan mereka untuk menanggung perit kesakitan itu sebenarnya)

Meskipun kekadang sungguh berat hakikat ini untuk kita terima, namun, boleh jadi inilah hakikat YANG TERBAIK ditetapkan untuk insan-insan kesayangan kita ini sebenarnya...

كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتَالُ َوهُوَ كُرهٌ لَّكُم وَعَسَى أَن تَكرَهُوا شَيئاً وَّهُوَ خَيرٌ لَّكُم وَعَسَى أَن تُحِبُّوا شَيئاً وَّهُوَ شَرُّ لَّكُم وَاللهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لَا تَعلَمُون


"Telah diwajibkan ke atas kamu itu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu adalah baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu adalah tidak baik bagimu, Allah Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(surah al-Baqarah : ayat 216)


Namun segala pengharapan itu memang kita akan letakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT itu sebenarnya...
Biar apa pun yang berlaku selepas ini, biarlah itu takdir yang terbaik buat mereka semuanya...



Itu cerita dahulu... (Semoga Allah SWT merahmati mereka semua dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hambaNYA yang soleh, amin.)

Dan sekarang saya diuji dengan berita kemalangan jalan raya seorang kawan se-sekolah di Alexandria (Mesir) bersama-sama dengan 5 orang lagi sahabat-sahabatnya pula...

Kemalangan jalan raya sebuah van yang agak kritikal dan kini sahabat saya itu dimasukkan ke dalam wad ICU di sana buat sementara waktu...


...dan doa yang sama tetap saya akan panjatkan ke hadrat-NYA meminta YANG TERBAIK buat mereka semua dan insan-insan lain yang akan diuji pula kemudian selepas ini nantinya...

"Ya Allah, Kau berikanlah YANG TERBAIK buat sahabat ku ini ya Allah...

Teruskan berdoa dan doa yang tidak henti-henti daripada kita semua untuk diri kita & saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik ini. Harini giliran mereka diuji, esok lusa belum tahu giliran siapa antara kita yang akan diuji pula. Doa-doakan moga-moga diberikan takdir yang terbaik untuk kita semua sehingga ke akhir hayatnya...



اَللَّهُمَّ اختِم لَنَا بِحُسنِ الخَاتِمَة وَلَا تَختِم عَلَينَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة



"Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan sebaik-baik pengakhiran dan janganlah Kau matikan kami dalam keadaan seburuk-buruk pengakhiran ya Allah..."


Allah Lebih Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
Doa-doakan.



Kutipan derma kilat mangsa kemalangan mahasiswi pergigian di Iskandariah. 


Sehubungan dengan tragedi kemalangan yang menimpa sekumpulan mahasiswi pergigian di Iskandariah, Jabatan kebajikan dan kemanusiaan, PERUBATAN sesi 2014/2015 telah melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu kos-kos rawatan yang sangat tinggi ini. 

Sebarang sumbangan melalui perbankan boleh disalurkan melalui akaun berikut:

CIMB Islamic
Nur Hanisah Binti Naspu
06100003169203

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada

1. Ketua Jabatan: Nurhakim bin Ibrahim
Telefon: +20111 814 4288
Whatsapp: +2012 800 36032 

2. Timbalan Ketua Jabatan: Aisyah Fakriyah binti Latif
Telefon: +20114 685 4320/+20114 294 3443
Whatsapp: +20114 829 8371

Ilmuwan berbakti, teguh sehati

"At-taqwa,as-Syifa',ar-Rahmah"
Jabatan Kebajikan dan Kemanusiaan
PERUBATAN 2014/2015


Monday 2 June 2014

Koleksi Peringatan Dari Muka Buku ku [2013]


5 MEI 2013



Walaupun jasad itu terpisah antara 2 benua yg jauh berbeza...
Namun,hati ini tetap satu pada Malaysia yg tercinta...

4/5/2013, Cairo, Egypt...

Satu majlis 'Malam Munajat Keamanan utk Malaysia' telah dijalankan secara besar2an oleh pelajar2 Malaysia di sini...

Mengenangkan kpd pelbagai perancangan jahat yg dilakukan oleh mereka yg ingin meruntuhkan Islam di Malaysia sana, satu majlis yg disertakan dgn pembacaan Sahih Bukhari secara beramai2 ini telah dilakukan oleh mahasiswa2 Mesir yg diketuai cadangannya itu oleh al-Fadhil Ustaz Nazrul Abd Nasir khusus bagi mendoakan keamanan buat negara Malaysia untuk fasa selepas PRU13 ini nanti...

Inisiatif utk mengkhatamkan bacaan Sahih Bukhari ini telah diambil mengikutkan kpd amalan ulama'2 Azhar suatu ketika dahulu yg akan melakukan pembacaan Sahih Bukhari ini ketika mereka di waktu yg sgt2 menekan di kala itu... Lantas amalan pembacaan Sahih Bukhari yg berkat ini telah dicontohi oleh rakyat Malaysia di sini khusus bagi mendoakan buat Malaysia yg juga dalam keadaan 'menekan' di kala ini...


Sebelum majlis pembacaan Sahih Bukhari dimulakan pd malam itu, kesemua pelajar yg hadir diminta utk berselawat sebanyak yg mungkin & mendirikan solat sunat taubat secara beramai2....

Dan ketikamana pembacaan hadis ingin dimulakan, hadirin ditapis2kan barisan demi barisan mengikut kpd bilangan selawat yg telah mereka lazimkan bacaannya bermula dgn barisan hadapan sekali hanya boleh diduduki oleh mereka yg telah lengkap melaksanakan 1000X selawat sepertimana yg diamanahkan sebelum majlis bermula...

Lantas situasi ini mengingatkan aku kpd suatu kisah ketikamana tentera2 Sultan Muhammad Al-Fateh 'ditapis' sebaik2 yg mungkin sebelum ingin bertolak ke medan perang...

Mereka yg menghafal Quran diletakkan di barisan tentera yg paling hadapan...diikuti pula barisan seterusnya oleh mereka yg sentiasa menghidupkan malamnya... Lantas inilah sebenarnya yg menjadi kunci kejayaan 'sebaik2 tentera' ini lantaran amalan mereka yg mengundang keredhaan dari-Nya di kala itu...


Juga teringat aku kpd suatu kisah ketika Khalifah Saidina Umar r.a. mengirimkan sepucuk surat 'pesanan' kpd tentera2 Islam yg ingin bertempur dgn musuh2 Islam di waktu itu...

Mengingatkan kpd mereka tntg satu prinsip yg sgt2 penting bg seluruh kejayaan umat Islam itu sebenarnya... Kata beliau : "Peliharalah diri kalian drpd segala dosa2 & sebarang maksiat... kerna andai kalian turut melakukan dosa,maka tidak ada bezalah antara kalian dgn mereka musuh2 Islam yg ramai itu... Kerna bilangan mereka shj telah cukup melebihi utk mengalahkan kalian sebenarnya... Maka tidak ada apa2 kelebihan lah pada diri kalian di waktu itu..."


Dan diri ini juga sebenarnya agak tersentuh bilamana melihatkan kpd beberapa org sahabat2 ku drpd aliran Sains Kesihatan yg turut sanggup hadir bermunajat utk Malaysia pada malam itu meskipun pada keesokan harinya mereka juga akan turut bertempur di dewan 'jihad' peperiksaan...

Benarlah waktu di saat ini benar2 menguji 'Fiqh Awlawiyat' yg telah kita pelajari sebenarnya...

Apa2 pun,inilah usaha yg tidak seberapa drpd kami RAKYAT MALAYSIA di benua yg berbeza ini... Meskipun tidak mampu pulang utk mengundi,kami mendoakan moga2 Allah mengurniakan yg TERBAIK buat rakyat Malaysia dlm PRU13 akan datang ini nanti...Amin ya Rabbal 'alamin.



24 MEI 2013



Agak tersentak jugak diri ini sebentar pabila baru2 ini terjumpa dgn seorang insan yg berjaya membuka mata aku seluas2nya!
Mata ini yg rasanya dah terlalu lama terlelap...leka,selesa dan lalai dgn 'comfort zone' sendiri...

Baru2 ini aku terserempak dgn seseorang yg 'agak berlainan' kepercayaannya dgn kepercayaan ku... walaupun dia Islam... (seperti yg dpt dilihat dlm gambar di atas)

Lantas, hati aku terdetik :
"Ada jugak rupa2nya orang macam ni kt Malaysia..!?"

Lantas juga aku baru tersedar...
Masyarakat aku masih lagi mengalami banyak masalah rupanya!

Dengan anti-Hadis nya... Syiahnya... Khurafatnya... Sekularismenya...
Liberalismenya... Free thinkernya... Atheis nya... Literalis nya...
Yg tak tutup auratnya... Rempitnya... Sosial bebasnya... Non-muslimnya...

"YA ALLAH!! Banyak lagi rupanya kerja2 Islam yg masih tak settle lagi kt Malaysia ni!!"

Benarlah selama ni aku terlalu leka...
Terlalu rasa selesa lantaran selalu bergaul dgn kelompok2 yg 'sejenis' dgn aku sahaja... Lantas aku lupa bahawa masih ramai lagi kat luar sana 'mereka'2 yg 'tersimpang' sikit dari jalan-Nya...

Lantas juga aku sedar bahawa pentingnya 'sayap2 Islam' yg ada di Malaysia ini sebenarnya...
Pentingnya masing2 memainkan peranan masing2 sebaiknya...

Teruskan lah NGO2 Islam dengan kerja2 Islamnya...
Teruskan lah ABIM,IKRAM,HALUAN dengan kerja2 mendidiknya...
Teruskan lah ISMA dengan usaha2 mengIslahkan org Melayu-nya...
Teruskan lah FCR dengan dakwah2 kepada yg bukan Melayu-nya...
Teruskanlah Tabligh dengan kerja2 murni dakwahnya...
Teruskan lah PAS dengan usaha menegakkan kerajaan Islamnya...

Teruskan lah guru2 dengan membentuk jiwa2 anak muridnya...
Teruskan lah ibu2 dengan usaha2 mendidik anaknya...
Teruskan lah ustaz2 dengan meng-Islah-kan masyarakatnya...
Teruskan lah jundi2 Islam dengan kerja2 Amalnya...

Sungguh... Masih banyak lagi sebenarnya kerja2 Islam yg masih belum selesai lagi di Malaysia ini sebenarnya...

Dan persoalannya... Di dalam bidang apakah kita sekarang ini dalam menyelesaikan masalah2 umat ini? Ataupun apakah kita tak pernah berbuat apa2 lagi...??

"Ya Allah, Kau bantulah kerja2 dakwah hamba-Mu ini dalam memperbaiki umat Mu yg kian ramai terpesong sekarang ini..?"



2 JULAI 2013



Agak terkilan sebentar pabila mendengarkan pembincangan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazrul hafizahullah mengenai bab Zakat dalam kelas pengajian Kitab Nailur Raja' semalam...

Kata Al-Fadhil Ustaz:

"Saya masa awal2 tahun sampai di sini (Mesir) dahulu,saya tak dapat wang Zakat macam kamu semua, mak saya akan beri saya RM300 setiap bulan, itu sahajalah wang poket yang saya ada waktu tu...

Tapi apa yang akan saya lakukan,bila duit masuk sahaja, saya akan awal2 lagi bahagikan lebih kurang dalam RM100++ macam tu untuk saya belanjakannya pada membeli kitab...setiap bulan saya akan pergi ke Maktabah2 berdekatan untuk mencari kitab2 baru...

Dan saya nasihatkan kepada kamu semua...belilah kitab2 yang ada di Mesir ni...dah lah murah...banyak pilihan pulak tu...dan kata sebahagian ulama' lagi, antara kelebihan membeli kitab2 ini adalah apabila kamu membeli kitab2 ini, kitab2 ini akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang2 yang membelinya... ada berkatnya kata ulama'... Bila lagi kamu akan jumpa peluang2 berharga seperti yang kamu ada sekarang ini?

Dan kamu juga ramai yang dapat pembiayaan daripada wang zakat sekarang ini bukan?

Persoalannya, ke mana wang2 zakat PEMBERIAAN ORANG RAMAI KEPADA KAMU ini kamu belanjakan!?? Ke jalan menuntut ilmu? Ataupun banyak lagi kepada menuntut katil2 kamu itu??

Paling kurang pun bahagikanlah duit2 zakat yang kamu dapat itu awal2 untuk membeli kitab... Sekurang-kurangnya ADALAH JUGA BAHAGIAN PAHALA UNTUK MEREKA, ORANG2 YANG MEMBAYAR WANG ZAKAT KEPADA KAMU ITU..."

----------------------------------------------------

Kepada mereka yang bergelar penuntut2 ilmu di luar sana...
Tidak kiralah pelajar biayaan wang Zakat ke, biayaan biasiswa mana ke...
Dan jikalau kita tidak dibiayai oleh mana2 pihak sekalipun, pastinya ada duit2 yang datangnya daripada Mak dan Ayah kita bekalkan bukan...?

Hakikatnya memang kita tidak berduit apa2... Semuanya datang drpd orang lain sebenarnya...

Dan persoalannya... ke mana duit2 MILIK ORANG LAIN yang kita dapat ini kita belanjakan sebenarnya..??

Adakah dibelanjakan kpd perkara2 yg berfaedah (seperti (beli buku/kitab, bayar yuran pengajian, sertai program2 bina diri anjuran persatuan) ataupun kita ni sekadar seorang yg turut membazirkan duit Rakyat juga!??


Belanjakanlah wang pemberian orang ini ke jalan2 yg diredhai-NYA... Supaya setiap tangan2 yang menghulurkan duit kepada kita itu akan turut mendapat bahagian pahala mereka...

p/s: Gambar di atas bukan gambar Kitab2 milik saya, tetapi milik Roommate saya Ahmad Hakimi Ibrahim, seorang aktivis yang sangat2 komited dengan jalan2 menuntut ilmu di samping tidak turut ketinggalan dalam berbakti kepada persatuan dan masyarakat sejak dahulu... sehinggakan akhirnya saya turut terinspirasi dengan segala usaha gigihnya itu... 



8 JULAI 2013



Sedih tak terkata...

Pabila mendapat berita bahawa salah seorang daripada pensyarah di Universiti Al-Azhar (Perubatan) kami, Dr Yasir Toha, seorang pensyarah bahagian Biochemistry telah meninggal dunia pagi tadi... akibat ditembak oleh tentera2 di sini sewaktu mereka sedang menunaikan solat Fardhu Subuh secara beramai2 di himpunan menyokong Dr Mursi pagi tadi (8/7/2013)...

Masih segar lagi senyuman beliau di ingatan ini... Pabila sebelum2 ini beliaulah yg mengajar kami subjek Biochemistry di fakulti perubatan ini...

Dan sungguh... Dr Yasir Toha inilah merupakan pensyarah paling lembut sekali pernah saya jumpa sewaktu mengajar berbanding pensyarah2 Arab yg lain (kerna memang menjadi kebiasaan orang Arab untuk bermuamalat dgn cara yg kasar, tapi tidak bagi arwah)

Dan pertemuan terakhir saya dengan arwah adalah ketika peperiksaan 'Oral' (lisan) Biochemistry baru2 ini... beliaulah orang yg bertanggungjawab menguji kemahiran lisan kami...dan sungguh, memang sikap beliau ketika itu jelas menunjukkan bahawa beliau ingin membantu pelajar2 Malaysia seperti kami ini...

Semoga Allah menempatkan beliau dan mereka2 yg syahid lain dlm kalangan mereka yg dilimpahi dengan rahmat2-Nya...

[ AL-FATIHAH ]


Kezaliman tentera semakin menjadi2...
Mereka yg sedang solat turut dilepaskan peluru2 membuta babi...
Harini Al-Azhar kehilangan salah seorang Ahli...
Wallahi...darah2 mereka yg dizalimi ini HARAM untuk kalian miliki...
Dan nantikanlah wahai penzalim2 anti-Mursi...
Keadilan hakiki akan dibalas kepada kalian di dunia sana nanti...
Kerna Allah itu Maha Adil lagi Maha Memerhati...!

اللهم انصر إخوان المجاهدين والمظلومين في مصر... واحفظ مصر امنا وسلما

#Keep pray for Egypt

p/s: Sungguh sebak sekali diri ni ketika melihat wajah as-Syahid di dalam video ini https://www.facebook.com/photo.php?v=547136632014208



21 JULAI 2013



Alhamdulillah...

Meskipun tidak berkesempatan untuk menghadiri interview salam perantauan yang yang dijalankan oleh TV3 di hadapan BKAN Selangor tadi...

Namun, masa ini terisi juga pabila diizinkan-NYA diri ini untuk menyertai program sukarelawan "Syantah Ramadhan" anjuran Perubatan Cawangan Azhar bersama beberapa sukarelawan pelajar2 Perubatan Azhar di Hospital Hussein pagi tadi...

Berbekalkan sumbangan dana2 daripada pelajar2 Perubatan Azhar sendiri, sebanyak hampir 200 Syantah (beg plastik) yang berisi roti, biskut, keju, makarunah (spagethi) dan makanan2 harian yang lain telah ditugaskan kepada sukarelawan2 yang hadir untuk diagih-agihkan kepada pesakit-pesakit yang terlantar di Hospital2 terpilih...

Sungguh...

Memang banyak sekali perkara baru yang dipelajari diri ini dalam program sukarelawan di hospital bersejarah ini tadi...

Bermula dengan bagaimana untuk berurusan dengan karenah beberapa insan yang suka ambil kesempatan (pak guard)...

Sehinggalah kepada bagaimana untuk berinteraksi dengan pesakit-pesaki dan staf-staf hospital dalam Bahasa Arab...


Dan ketikamana kami sedang berehat-rehat berwirid setelah selesai memberikan salam solat Asar di sebuah masjid berhampiran, tiba-tiba datang seorang lelaki tua (Syeikh) berpakaian putih menyampaikan tazkirah di hadapan masjid...

Dan apa yang paling mengejutkan di waktu itu ialah Syeikh itu berulang-ulang kali menyebut nama2 pelajar Perubatan Malaysia ketika menyampaikan tazkirahnya di hadapan sekalian jemaah yang hadir, memuji-muji mereka dengan disifatkan pelajar2 ini telah mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w. melalui Rahmat-rahmat dan kasih-sayang yang disebar-sebarkan melalui perbuatan menderma mereka...

Allah...

Bertambah legalah hati-hati ini mendengarkan suntikan semangat pengubat penat yang disampaikan oleh Syeikh tadi...

Diserikan lagi dengan senyuman2 yg terukir di raut wajah mereka yg menerima pemberian kami...Allah... penat seharian bertugas langsung tidak dirasakan lagi selepas itu disebabkan senyuman2 manis ini...


Memang benarlah fitrah itu bahawa manusia akan berasa GEMBIRA pabila berbuat kebaikan kepada orang lain...

dan manusia yg PALING GEMBIRA sekali di muka Bumi sudah tentulah Baginda Nabi Muhamad s.a.w. ....

Kerna Bagindalah insan yang paling banyak sekali berbuat kebaikan kepada anak2 yatim, golongan2 miskin hatta kepada semua kegembiraan yg dirasakan oleh insan keseluruhannya di dunia ini juga adalah disebabkan Nabi s.a.w. sendiri (Sollu a'la Nabi)...

Semoga segala amalan yang dilakukakan tadi diterima oleh Allah s.w.t keseluruhannya dan semoga aktiviti2 yang menghidupkan Sunnah Nabi seperti ini diteruskan lagi di masa2 akan datang berikutnya...amin.

Tahniah PERUBATAN Azhar!


p/s: Mohon maaf atas beberapa kecacatan yg ada pada gambar. 'Editing process' terpaksa dilakukan bagi men'cover' aurat sesetengah pesakit drpd menjadi tatapan awam. Kerna doktor yg baik itu adalah doktor yg turut menjaga aib pesakitnya drpd tersebar kpd masyarakat am. 



26 JULAI 2013

Tengahari tadi...

Sewaktu mendengar Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh seorang Syeikh, yg juga merupakan seorang drpd tenaga pengajar Al-Azhar...

Khutbah yg disampaikan adalah seperti khutbah2 sebelumnya...
Menyentuh serba sedikit mengenai isu semasa yg berlaku di Mesir sekarang ini...
Yg kekadang ada juga sedikit menyentuh mengenai agensi ketenteraan di negara itu...

Kemudian, setelah selesai sahaja solat Jumaat berjemaah, bangkit seorang lelaki tua dripd kalangan makmum lantas dia terus menengking Syeikh dengan nada yang tinggi...

Katanya :

"Askar Mesir adalah askar yg baik!!!"
"Askar Mesir adalah askar yg baik!!!"
"Askar Mesir adalah askar yg baik!!!"

Sambil tangannya menuding ke arah Syeikh dalam keadaan yg sangat marah...
Dan disebabkan sikapnya itu, hampir2 sahaja tercetus kekecohan dalam masjid dan hampir2 sahaja menyebabkan makmum2 yg lain turut ingin meninggikan suara mereka masing2 (disebabkan ada sebahagiannya menentang apa yg disampaikan dari Khutbah & ada juga yg backup isi khutbah tadi)

Pabila melihatkan kepada keadaan yg agak tidak terkawal ini...
Terus imam tetap Masjid tersebut mengambil mikrofon masjid lantas berkata:

"Perlahankan suara kalian!"
"Perlahankan suara-suara kalian!!"
"Ini rumah Allah..!!"
"Perlahankan suara-suara kalian!!"

Dan terus juga beliau mengulang-ngulang beberapa potong ayat Quran yang berbunyi:

" لا ترفعوا أصواتكم فوق صوت النبي "

Yang bermaksud : "(Dan) janganlah kamu meninggikan suara-suara kamu melebihi suara Nabi..."

Lantas pabila para hadirin mendengarkan sahaja bacaan ayat-ayat Quran tadi, terus perlahan-lahan mereka memperlahankan suara-suara mereka...
Perlahan-lahan mereka akur dengan perintah ayat-ayat Allah ini...
Sehinggalah keadaan kembali perlahan-lahan tenang semula...alhamdulillah...

Ya, inilah masyarakat Mesir...
Sekeras-keras kelakuan fizikal mereka pun...
Mereka akan tetap mudah berasa lembut hati-hatinya pabila mendengarkan kepada ayat-ayat suci Allah...

Kenapa?

Kerna mereka MEMAHAMI apa itu yang dibacakan kepada mereka sebenarnya...

~Baca dan CUBA lah untuk MEMAHAMI makna ayat-ayat suci Al-Quran itu dalam kehidupan seharian kita...

#Keep_pray_for_Egypt



27 JULAI 2013

Pagi tadi ketika dalam perjalanan menuju ke kelas pengajian Syeikh Yusri di Muqattam...

Ketika sedang tenang menikmati udara pagi, kelihatan tiga Budak Arab sedang berdiri di tengah2 jalan...

Kemudian ketika kami lalu di sebelah jalan berhampiran budak2 Arab yang 'nakal' ini,tiba2 seorang daripada mereka membaling seketul buah masam ke arah motor yang kami naiki...

Habis bersepai buah masam itu pecah pabila dibaling terkena pada motor kami...sambil sebahagiannya terkena juga pada pakaian kami...
Terpaksalah pergi ke kelas sambil sebahagian besar fokusnya hilang memikirkan keadaan baju yang berbau 'buah' ketika itu...

Memang pagi itu rasa agak bengang juga sebenarnya memikirkan budak2 Arab yang suka cari pasal tanpa bersebab... haisshh...

Kemudian ketika pulang ke rumah, diri ini terdetik untuk menyambung bacaan Quran...
Dan pabila diselak sahaja Al-Quran itu untuk disambung bacaan yang semalamnya, ayat yang pertama sekali dijumpai ialah :

" واستغفر الله إن الله كان غفورا رحيما "

Yang bermaksud : "Dan Mohonlah ampunan kepada Allah, Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."

(surah an-Nisa' : ayat 106)

Allah...
Macam tu sahaja direct Allah menghantar 'sms' NYA kepadaku...
Walaupun dengan hanya sepotong ayat...
Tapi ia benar2 menyedarkan diri ini bahawa kejadian yang berlaku sebelumnya itu mungkin bertujuan untuk menghapuskan dosa2 yg masih terpalit lagi di hati hamba-NYA yang lemah lagi banyak dosa ini...
Dan mungkin juga untuk menambah pahala2 'extra' melalui exam SABAR yang diuji-NYA ini...

Benarlah hikmah Allah itu sungguh luas cakupannya...

-Semoga segala amalan Ramadhan yg telah kita lakukan sebelum ini diterima oleh-NYA,amin-

" اللهم إنا نسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا "

"Ya Allah kurniakanlah kepada kami 1) Ilmu yang bermanfaat 2) Rezeki yang baik (halal & berkat) 3) dan amalan yang diterima (oleh Engkau)..."



2 SEPTEMBER 2013

Alhamdulillah...
Berkesempatan melawat Sensei Latiffah Abdullah di Hospital Sg Buloh sebentar tadi...

Kanser rahim stage 3...
Susut berat drpd 54kg ke 41kg...
Kaki bengkak disebabkan terlebih sedikit dos ubat...
Dan pelbagai komplikasi lain lagi...

Meskipun berada dlm keadaan yg agak kritikal juga sebenarnya, namun aurat dan ibadah solat tetap dipeliharanya...
Dan diceritakan oleh beliau, apabila hendak mengambil wudhu', terasa seperti dihiris2 kulitnya itu...

Allah....sungguh berat dugaan yg dihadapinya tatkala ini...

Lantas sengaja aku katakan kepadanya...
"Mungkin kekadang kita rasakan ujian sakit ini sangat perit bagi kita, tapi apa yg pasti adalah Allah SWT itu lebih mengetahui apa yg terjadi ke atas kita...dan mungkin itu adalah yg TERBAIK bagi kita sebenarnya... (mafhum drpd ayat 216 surah al-Baqarah)"

Kata ulama': "Andai kata kita tidak menghadapi sebarang kesakitan di dalam tempoh 30 atau 40 hari, maka berhati-hatilah, ada sesuatu yg tidak kena sebenarnya... (kerna kekadang ujian sakit itu diberikan untuk menghapuskan sebahagian dosa2 kita)"

Dan selepas itu Sensei berkata kepada kami sambil tersenyum:
"Azmeer ni memang nakal sejak dari sekolah lagi...saya kenal sgt orgnya... Dia ni memang suka 'tembak' orang pun, tapi kadang2 tembak dia tu memang kena tepat pada tempatnya...  "

Semoga Allah SWT mempermudahkan & mengurniakan yg terbaik buat guru kami itu, Amin ya Rabb.



3 SEPTEMBER 2013

Ketika berada di surau sebentar tadi...

Tuan imam tiba2 membuat pengumuman mengatakan bahawa ada seorang pelajar lelaki ingin memohon jasa baik para jemaah yg berada di surau bagi menyumbangkan sedikit derma untuk menampung perngajiannya ke Universiti al-Bayt, Jordan...

Lantas selepas selesai shj solat Isyak, tiba2 ada seorang brother (Bilal) di situ bersungguh2 mem-promote-kan kpd para jemaah utk menghulurkan derma sambil membentangkan sejadah dgn berkata : "Derma...! derma...! derma...! Mari berderma..!! "

Seolah-olah budak lelaki yg meminta bantuan derma itu adalah anak lelakinya...walhal mereka tiada apa2 hubungan persaudaraan pun...

Namun, atas nama persaudaraan Islam, para jemaah yang mendengarkan seruan itu hampir keseluruhannya berpusu-pusu menghulurkan kepingan2 not wang ringgit... RM10, RM50, RM1, RM5... sehingga hampir penuh hamparan sejadah itu dipenuhi dgn duit2 mereka...

Ya.Bantuan Wang Derma... Zakat... Biasiswa... dan yg sewaktu dgnnya...
Bukan senang utk memperoleh wang2 bantuan utk membiayai sesuatu pelajaran seperti ini sebenarnya...

Andai pelajar2 tajaan zakat/biasiswa harini dapat memerhatikan susah-payah mereka2 yg menguruskan dan menghulurkan wang zakat/bantuan ini, pasti pelajar2 ini akan lebih bersungguh2 dlm menuntut pelajarannya...apatah lagi bagi yg bljr dlm bidang agama...

Namun, pljr2 TAJAAN harini kebanyakannya hanya memperoleh wang2 zakat/bantuan mereka melalui permohonan di media maya dan proses2 temuduga...
'SUSAH-PAYAH' TANGAN2 yg menghulurkan zakat/bantuan di belakang mereka itu tidak nampak pada zahir mereka lantas pelajar2 harini kebanyakannya bljr sekadar sambil lewa...

Andai kata susah-payah penghuluran wang2 zakat/bantuan ini berlaku betul2 di hdpn mata kita, sudah pasti dan pasti kita akan lebih tekun menuntut ilmu2 yg AKAN DITUNTUT oleh masyarakat kita suatu hari nanti sebenarnya...

Semoga Allah SWT mengurniakan hidayah-NYA kpd kita semua, Amin.



10 NOVEMBER 2013



Semasa di dalam kelas tadi, Pensyarah bertanya kepada kami,

"Kamu tahu tak kenapa rahim perempuan diciptakan dlm keadaan 'antevertion anteflexion' (melengkung sedikit ke hdpn)? Bukan sepatutnya dlm keadaan menegak ke??"

"Eerrr...errr...errr..."

"Kamu mahu tahu jawapannya?"

"Nak... nak..."

"Baiklah, saya akan beritahu sebabnya, tapi sebelum itu kamu mesti feel it with your heart... dan sebutlah Subhanallah selepas itu..."

"Ok."

"Antara sebab diciptakan yg sedemikian rupa adalah, ketika wanita berbaring, rahim tadi akan menjadi tegak lantas akan terbentuk satu laluan direct yg sangat memudahkan Sperma utk terus berjumpa lantas bersenyawa dgn Ovum...

Wanita yg dilahirkan dlm posisi rahimnya yg bukan seperti ini akan besar kemungkinan tidak mampu utk hamil... "

"Ohhh..."

"Mana ucapan yg disuruh tadi...? Saya tak dengar pun..."

"Oh, Subhanallah... Subhanallah..."


~Cantiknya tarbiah Pensyarah medic Azhar yg sentiasa mengajar pelajar2nya utk sentiasa memuji kebesaran Allah 



11 NOVEMBER 2013



Tanpa disangka-sangka, berkesempatan bersolat Subuh bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man tadi sambil mendengar tazkirah Subuhnya selepas itu...

Tazkirahnya dimulakan dgn Al-Fadhil Ustaz bertanya kpd kami:

"Semasa duduk di Mesir ni, apa masalah2 yg antum rasakan sebagai masalah terbesar yg antum rasai di sini...?"

Ada yg menjawab masalah perangai Arab, masalah kebersihan, jalan yg jem dll...

Lalu Ustaz terus menjawab, "Apa yg antum rasakan sebagai Masalah itulah masalah yg terbesar sebenarnya...

Cuba kalau kita bereaksi positif & tidak memandang perkara2 ini sebagai masalah... adakah akan menjadi masalah lagi bagi kita??"

Pergh... Sentap.

Disusuli lagi tazkirah itu kemudiannya dgn fakta kajian molekul air di Jepun & bermacam2 cerita pengalaman menarik beliau sendiri...

p/s: Beruntung duduk asrama Rumah Selangor dapat merasai benda2 sebegini Live... tapi tak beruntung juga sebenarnya jikalau duduk di sini tapi tak bangun solat Subuh di surau bawah... terlepaslah peluang2 keemasan sebegini...

Moga Allah SWT kurniakan Hidayah-Nya kepada kita semua. Amin.



14 NOVEMBER 2013



Seketika bersama Fadhilatus Syeikh Rifaat Fauzi tadi, suatu ketika Syeikh ditanya oleh seorang hadirin,

"Wahai Syeikh, saya ini seorang yg kerap berbuat maksiat, kemudian saya bertaubat, tapi kemudiannya saya berbuat dosa lagi, dan kemudiannya saya bertaubat lagi... kemudian buat dosa, taubat, buat dosa, taubat...

Berulang2 perkara ini sehinggakan suatu ketika saya merasakan bahawa saya sudah kecewa/putus asa dengan diri saya sendiri... kerana saya rasa seolah2 macam main2 pula...

Bagaimana caranya Syeikh untuk saya mengubati hati saya ini? "

Jawab Syeikh:

"Jangan berputus asa dengan Rahmat Allah SWT kerana memang benar, bahawa dunia ini diciptakan sebagai tempat untuk menguji sang manusia...

Nabi Adam AS juga dahulu berbuat dosa dengan Allah di Syurga (makan buah larangan), tapi selepas itu Baginda bertaubat & mengakui kesilapan diri...

Berbeza dengan Iblis yang juga berbuat dosa (tidak mahu tunduk sujud dengan arahan Allah) tetapi Iblis selepas itu tidak bertaubat & tidak mengaku kesalahannya, malah makin kuat lagi menentang Allah selepas itu...

Maka TAUBAT inilah yg membezakan antara Manusia yg mulia dengan Iblis...

Maka teruskanlah dengan amalan Taubat itu dan kuatkan lagi dengan azam untuk berhenti buat dosa itu sampai bila2..."

~Kita diuji, orang lain juga diuji. Namun persoalannya bagaimana kita memastikan ujian yg dihadapi itu semakin mendekatkan kita dengan Allah sebenarnya?


20 NOVEMBER 2013

Ketika sedang berjalan bersama2 sahabat seperjuangan menuju ke kuliah, terdengar perbualan antara mereka...

"Wei, aku makan ubat kau yg kau bagi semalam tu tak sembuh2 pun...??"

"Ye laa... Dah kau bergantung kat ubat tu mana nak sembuh..."

Simple tapi Sentap. Nampak kesan tarbiyah Azhar itu kepada doktor2 Azhari kami ni...

~Ubat bukanlah yg menyembuhkan, ubat hanya Asbab... Hakikat sebenarnya adalah PENCIPTA kepada pencipta ubat itulah yg Maha Menyembuhkan sebenarnya...

Bermohonlah penyembuhan yg Mutlak daripada-NYA di samping asbab Ubat yg kita gunakan juga


26 NOVEMBER 2013



Semalam bersama Fadhilatus Syeikh Dr Yusri di program PERUBATAN Cawangan Azhar...

Satu ketika, satu soalan diajukan kepada Syeikh," Wahai Syeikh, bagaimana caranya untuk kita mudah mengingati subjek2 yg banyak ketika sedang belajar ni Syeikh?"

Jawab Syeikh,

"Mulakan dengan niat, kerana dengan niat yg baiklah Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita, insyaAllah...

Niatkan belajar supaya dapat bermanfaat kepada orang ramai... sepertimana hadis Qudsi di mana Allah menyebutkan,"...yg paling Afdhal antara kamu di sisi Aku adalah yg paling bermanfaat kepada orang lain..."

Bukankah Nabi Muhammad SAW itu adalah orang yg paling banyak bermanfaat kepada semua sepertimana disebut dalam Quran


وما ارسلنك الا رحمة للعلمين
"Dan tidaklah Aku mengutuskan kau (Muhammad) melainkan sebagai Rahmat kepada seluruh alam"

اليد العليا خير من اليد السفلى
Tangan yg memberi adalah lebih baik drpd tangan yg menerima...

Dan niatkan belajar bukan untuk mencari rezeki (kerja, jawatan, pangkat) bahkan untuk mendekatkan diri kepada Allah, kerana rezeki kita segalanya telah Allah tentukan sebenarnya...

Cuba tengok kepada Lalat yg sekecil-kecil makhluk itu pun Allah SWT telah tentukan rezeki berupa makanan yg sangat2 mewah untuknya...

Maka, dengan Niat yg baik inilah segala2nya akan dipermudahkan oleh-NYA insyaAllah..."



28 NOVEMBER 2013

Budak2 zaman sekarang... 

Kat alam maya punya berdegar2 dengan hujah2 ilmiah macam2... bincang2 isu berat itu ini.. tapi dari sudut praktikal amali hampeh...

Solat Subuh pun selalu miss... 

Bab2 kritikal kemain laju lagi nak berdebat2 dgn hujah2 ilmiah yg bagai2...

Ya. Memang tak salah pun..bahkan kita memang menggalakkan remaja2 kita pikir benda2 berat tu... tapi benda2 small matter jangan kasi lepas bro...

Tidur lewat malam nak mampus...
Then terlepas Bangun Subuh lambat... kalau tidur lewat tapi Subuh boleh GERENTI BANGUN takpe...

Isu berat2 semua nak amik tau...
Kelas2 agama BASIC kat bawah semua pandang sebelah mata... alasannya, "Alaa..benda BASIC..." Tapi bila kita soal sikit, kantoi berlubang2!

Kecoh persoal2 HAK ITU HAK INI... Hak RAKYAT lah bagai..

Tapi kelas tak pergi banyak ponteng tak tau pula KAU PERGI KE BELAJAR KAT LUAR NEGARA NI PUN GUNA DUIT RAKYAT JUGA! ZAKAT!!

Yg tak dapat Zakat pun pergi guna duit MAK BAPAK juga kan.. Ingat senang2 je Diorang dapat duit2 tu keluar macam air liur!

Maaf meroyan di pagi hari...

Bengang.

~Semoga Allah SWT kurniakan HidayahNYA kepada kita semua. Amin.



8 DISEMBER 2013

Musim ramai yg sakit

Teringat zaman kecil2 dahulu...
Ketika aku ditimpa sakit demam atau yg sewaktu dengannya...

Jikalau menangis, ayahku Asmadi Ariff akan selalu berkata:

"Hah! Menangis lagi! Menangis lagi! Kang aku tambah lagi sakit kau tu nanti!"

Aku diam. Cuba melatih diri tahan sakit tu. Tak nak jadi MANJA...

Ayah akan selalu ulang kata2nya:

"Sakit sikit nak pergi Klinik, sakit sikit nak pergi Klinik. Lembik betul..."

Ya. Aku melatih daya tahan diri untuk menjadi semakin kuat & lasak.

"Sakit sikit terus mengada2, yang kau pergi LAYAN sakit kau tu buat apa, mestilah lagi sakit lagi! Cuba kau LAWAN sikit sakit kau tu, barulah cepat elok!"

Ya. Betul cakap ayah...

Secara tak sedar, ayah telah mengajarkan suatu ilmu MEDIC itu kepadaku sebenarnya...

Pabila kita mindset minda untuk melawan & melawan sakit yg ditimpa itu, secara tak langsung akan terembes suatu hormon yg akan mengaktifkan antibody kita untuk melawan penyakit yg menimpa itu, lantas akan mempercepatkan kadar untuk sembuh itu sebenarnya...

Patutlah orang dulu2 sihat2 & lasak2. Benarlah tarbiyah orang dulu2 memang ada penangannya...

~TAHAN SIKIT, LAWAN & JANGAN LAYAN SAKIT TU. Inilah tarbiyah ayah aku



9 DISEMBER 2013



-Pengalaman paling manis pernah aku rasa setakat ni-

Selesai keluar drpd bilik kuliah, mata masing2 mula rasa pedih...

Rupa-rupanya penangan teargas polis2 Arab di bawah...
Pabila turun di bawah, kelihatan student2 Arab telah pun berkumpul beramai2...

Kemudian, kereta perisai melepaskan tembakan2 teargas...
Hidung & kerongkong mula terasa perit, kelihatan mata semua orang berair menahan pedih...

"Apa yg berlaku ni bang? Saya takutlah bang," kata seorang pelajar tahun 1 yg baru selesai kelas mereka. Panik dia pabila tiba2 melihat student2 Arab berkeliaran berlari2.

"Takpe, enta pergi ke sana (tempat selamat). Jangan ikut sini. Suruh semua budak2 batch nta kumpul sekali kat sana. Cepat."

Mereka patuh & cepat2 berlari ke tempat selamat sana.

Angin yg bertiup ke arah kami menyebabkan penangan teargas itu semakin perit rasanya.

Kelihatan ada seorang Arab memasukkan air Pepsi ke dalan mulutnya & menyemburkannya satu2 ke muka student2 Arab yg lain.

Aku menghulurkan muka. Nak try tips baru ni. Dan ternyata memang mujarab sebenarnya! Cepat2 pergi beli sebotol Pepsi & teguk. Seriously lega gler!

Pengalaman paling manis bagiku kalini dapat melihat aksi thrill berluka Arab2 & tembakan2 teargas depan mata tanpa melalui Youtube...

Kepada ibubapa di Malaysia, tak perlu risau2, kerna ada Persatuan2 pelajar di sini sentiasa update & menjaga student2 di sini...

Student2 Arab pun ada tadi melarang kami pergi berdekatan dengan mereka, bagi menjaga keselamatan kami di sini. 

Ketika bersurai pulang, aku terima kiriman SMS drpd ayah, "Kau tak nak ucap apa2 ke kat adik bongsu kau sempena Hari Lahir dia harini?"

Allah! Hari lahir adik bongsu aku rupanya harini!

Sibuk sangat ber-adventure sampaikan terlupa benda penting ni, hehe.

~Selamat Hari Lahir Siti Nur Adilah Asmadi! Semoga Allah SWT sentiasa memberkati & merahmati adik kecik aku sorang ni 



10 DISEMBER 2013

Ketika di Malaysia ditanya,

"Eh, lepas ni nak sambung belajar lagi kat Mesir ke? Tak bahaya ke!?"

Terus jawab, sambil senyum...

"Kat mana2 pun bahaya je sebenarnya. Pernah dengar tak berita kata ada rumah kena pecah masuk perompak, pemilik rumah tengah tidur, tiba2 perasan2 dah ada parang acu kat leher dah...

Hatta2 yg tinggal dalam rumah sendiri pun tak terlepas drpd bahaya mana2 sebenarnya. Lantas, ke bumi Allah mana lagi yg hendak kita lari drpd bahaya ini agaknya ya?

Kat mana2 pun sama je sebenarnya. Doa-doakanlah ya..."

Jangan lupa senyum. Senyum tu yg paling penting sekali sebenarnya. 

~Kepada ibubapa2 yg berada di Malaysia, tak perlulah risau2kan anak2 anda di Mesir ini ya. Persatuan pelajar ramai yg menjaga. Pihak bertanggungjawab pun pantas juga tindakannya.

Mesir ada 'special'nya. Malaysia juga tidak terlepas drpd banjirnya. Doa-doakanlah untuk kita semua di mana-mana jua kita berada ya. 
 


14 DISEMBER 2013

"Doktor, kenapa bila tiba musim sejuk ni, saya rasa hendak kerap kali pergi buang air ya? Penyakit ke?"

"Tak, normal lah tu. Badan kita biasanya ada satu sistem kitaran air yg sentiasa berfungsi. Jumlah air yg badan kita ambil (2500ml) sehari, biasanya mestilah sama dengan jumlah air yg badan kita buang (2500ml) setiap hari...

Kitaran ni penting untuk banyak benda seperti mencuci sistem2 dlm badan kita, mengimbangkan tekanan darah dlm badan, dan sebagainya...

Sebelum ni, badan kita kerap berpeluh, tapi bila tiba musim sejuk, jarang berpeluh. Jadi, bila tiba musim sejuk, kita akan kerap pergi buang air, kerna air kecil yg banyak itu menggantikan peluh2 yg tidak keluar itu.

Subhanallah... indah bukan segala aturan yg Allah SWT telah 'set' kan pada badan kita itu?"

~Bersyukurlah banyak2 kepada NYA atas nikmat Metabolism ini.


15 DISEMBER 2013




Pelajar2 sekolahku...
Usai salah satu kertas SPM mereka tahun ini...

Still proudly to share this picture...
Kerna memang inilah kelaziman generasi2 kami disini dahulu setiap kali selesai exam...

Menundukkan ego yg tinggi selaku Hamba yg mengharap kekuasaan yg tiada daya selain daripada-NYA

~Tahniah kpd guru2 yg berjaya membentuk remaja2 yg sentiasa bergantung harapannya kpd Pencipta mereka

Semoga Allah SWT memberkati segala-galanya