Wednesday 30 May 2012

Kau ingat kau dah bagus sangat ke hah...


Manusia sering memikirkan bahawa mereka lah merupakan yg terhebat...

Dianugerah dgn seribu macam kebolehan...saban melangkau hari,saban meningkat kelupaan kita pada Si pemilik diri ini..


Teringat aku sewaktu keberadaanku di Bumi Tarbiyah Darul Quran dahulu

Penuh dgn seribu macam tarbiyah yg mengubah diri yg dina ini...



Pagi-pagi harian kami dimulakan dgn kelas tasmi' di awal pagi...
Bermula dari jam 8pg hingga 11.30pg bersama-sama Al-Quran,seorang demi seorang dari kalangan kami menghadap murabbi tasmi' utk menyemak bacaan masing-masing..

Setiap kelas mempunyai murabbi tersendiri...dan bertuah bagi kami kerna mempunyai seorang murabbi yg sangat2 menjaga disiplin Al-Quran kami... ^_^

Masih segar lagi memorabilia ku tatkala kami didenda di dalam masjid bersejarah itu...

Dihukum lompat bintang di tengah2 masjid di hadapan khalayak pelajar2 lain....
Disuruh berdiri di atas mimbar masjid hanya kerna tertukar satu dua huruf...
Didenda duduk berseorangan di atas kerusi mimbar di tengah2 masjid yg lapang hanya kerna terlupa sepatah dua ayat...
Diketuk jari jemari dgn kayu sugi gergasi...
dan bermacam-macam jenis hukuman yg kreatif lagi...

Boleh kata sebatan rotan tu merupakan makanan harian bg kami la kiranya..

Jikalau difikirkan sekali,memang sangat2 menyakitkan hati...
Kerna DIMALUKAN di hadapan khalayak pelajar2 yg lain yg sering memperhati..

Namun pengajaran ini sebenarnya sangat2 bererti...
Jikalau difiirkan hikmahnya dari sudut hati insani...

Kata muarbbiku di akhir2 pengajian...
"Manusia ni kena DIMALUKAN sekali-sekala...supaya dapat dibentuk untuk menjadi MANUSIA...jgn fikir diri kita ini terlalu hebat luar biasa...kerna ego manusia ni kekadang sangat2 terlupa kita akannya..."

~Ahli-ahli kelas tasmi'ku bersama-sama mentornya~

Kisah ini menyeret ingatanku kembali pada suatu kisah lain yg jarang dijumpai...

Teringat aku pada seseorang lelaki yg aku kagumi...Beliau merupakan seorang lelaki yg bekerja sebagai seorang kakitangan swasta yg agak berjawatan besar dlm syarikat majikan beliau. Satu hari,aku mengikut beliau ke tempat kerjanya untuk melakukan sedikit tugasan.

Setibanya di syarikat majikan beliau tersebut,aku melihat hampir semua kotak parking di tempat itu sudah di'RESERVED'kan untuk pekerja2 syarikat itu.

Namun,apa yg agak memeranjatkan aku ialah beliau (lelaki tadi) hanya mem'parking'kan keretanya itu di tepi2 jalan,tanpa kotak parking yg tetap,meskipun beliau mempunyai pengaruh & jawatan yg agak besar dlm syarikat tersebut.

Dengan penuh kehairanan,aku bertanya kepada beliau;"Takde ke kotak parking yg reserved untuk encik?"

Lantas beliau menjawab;"Perlu ke kotak parking tu? Apa kalau takde kotak parking sendiri maknanya tak hebat la kan..? Tak begitu.. Cuba fikir balik,sebenarnya kalau takde kotak parking tu lagi bagus...sebab maknanya saya boleh parking kereta saya ni kat mana2 saja yg saya suka...Betul tak?

Jgn la terlalu me'MULIA'kan sangat diri kita ini...Kekadang kita terlalu menempatkan diri kita pada kedudukan yg istimewa sangat...Yes we are special,but don't be too Special... Sedangkan Nabi yg sehebat-hebat manusia pun hanya tidur di atas sehampar tikar sahaja..cukup-cukup zuhud walhal Baginda lah sehebat-hebat raja,semulia-mulia manusia... Cukuplah manusia dengan EGO kita..."
(Kata2 yg diedit sedikit oleh penulis)


Kita memang hebat...Tak dapat dinafikan lagi kerna Allah telah berfirman:

"Sungguh,telah Kami ciptakan manusia dalam keadaan  yang sebaik-baiknya."

(surah at-Tin : ayat 4)

Namun,jgn lah dengan pelbagai anugerah yg 'dipinjamkan' oleh Allah ini membuatkan kita bertambah rasa hebatnya..bahkan kadang2 kita terlalu mengagungkan diri sendiri ini melebihi yang lain..

Awas...bukankah sombong,riak itu merupakan sebahagian daripada syirik kecil...
Ya..Bahkan kekadang ramai daripada kita yang tidak ingat akannya...

Ingatlah bahawa asal penciptaan kita adalah dari SETITIS AIR YANG HINA..

"Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dari saripati (yang) berasal daripada tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan)  dalam tempat yang kokoh (rahim)"

(surah al-Mukminun : ayat 12-13)

Yaa...asal manusia ini memang daripada tanah..Tapi ramai yang selalu alpa akannya...

Teringat aku ketika menghadiri satu kem pembinaan jati diri...
Di situ aku disuruh untuk berguling-guling di atas tanah,dicalit muka dengan lumpur tanah yang basah sebagai hukuman melanggar sebahagian disiplin program tersebut...

Lantas diri yang ego ini tatkala itu terus melenting,sambil mempersoalkan...

"Apahal nak denda orang guling2 ni..? Suka sangat main2 dengan tanah...
Tak relevan langsung la... Takde denda lain ke..?? Bengang betul aku..!"

Lantas juga persoalan ini dijawab oleh orang yang menghukum itu...

"Cuba ingat balik dari mana asal kejadian kita? TANAH kan...?? Jangan rasa diri ni hebat sangat la.. Denda dengan tanah tu hanya nak mengingatkan kau kembali kepada asal kejadian kita lantas menurunkan rasa ego di dalam diri yg terlalu hebat sangat tu.."

Yess..manusia ini hanya akan tersedar kembali kepada fitrahnya apabila TERKENA DIRI itu pada sesuatu...

Nikmat sihat hanya akan kita sedar kesyukurannya apabila kita sakit...
Rasa lapang hanya akan disyukuri nikmatnya apabila kita berasa sempit...
Nimat kurniaan ibubapa hanya akan kita sayangi apabila kita sedar akan orang lain yang tidak memilikinya..

...Dan pelbagai nikmat2 lain yg sering kita lupa... Bukankan manusia ini pelupa...??

Dan atas sebab itu jugalah sedikit tulisan ini dikongsi bersama..atas dasar untuk mengingatkan semula kita yang sering lupa..termasuklah diri penulis yang lemah lagi hina jua...

Ingat...hormati semua orang dan jangan terlalu merasakan diri kita ini terlalu hebat..

Hormati orang tua...kerna mungkin pahala amalan mereka lebih jauh banyaknya daripada kita...
Hormati kanak2 muda....kerna mungkin dosa2 mereka jauh lebih sedikit berbanding diri kita...
Hormati orang2 bijaksana...kerna ilmu2 mereka jauh lebih banyak daripada ilmu2 kita...
Hormati juga orang2 jahil...kerna mereka melakukan dosa2 dalam keadaan tidak tahu akannya yang mana dengan sebab inilah mereka tidak dikira berdosa...

...hormatilah semua....termasuk diri kita yang asalnya perlu kita ingat sentiasa...

Biarpun diri mempunyai PhD setinggi tara..
Biarpun diri berada di kelas pertama...
Biarpun diri menghafal 30 juzu' kalam yang Esa...
Biarpun diri bergaji berbilang-bilang angka..

Tetap dibiarkan diri yg hebat ini MERENDAH DIRI di-mana-mana setiap masa...

Biarlah diri yang dianugerahi seribu macam anugerah daripada Si Pencipta ini terus menekuk pada rasa merendah diri senantiasa...meskipun hakikatnya diri kita ini jauh mempunyai banyak kelebihan daripada kebanyakan manusia-manusia biasa...

Wallahua'alam  ^_^  

Sunday 6 May 2012

Aku tak buat jahat pun,tapi aku rasa bersalah..


Hmmmm....

Merenung kembali di suatu saat dahulu ketika aku berada bersama 'alam kehidupan yg sebenar'..
Pengalaman sebenar yg banyak menempelak diri aku dan menyedarkan betapa mikro nya diriku ini...

Suatu hari....
Tatkala aku keluar bersama-sama rakan-rakanku...
meredah hutan2 konkrit semasa sambil menaiki pengangkutan awam sahaja...

Kami outing seperti biasa...
keluar ke pekan2 utama tidak ubah seperti orang2 lain yg biasa...

Hari itu merupakan hari minggu...
aku dan rakan2ku sedang menunggu KTM di suatu penjuru...
demi melangkah kembali ke detinasi yg dituju..

Petang tu orang ramai berpusu-pusu...
setibanya KTM di stesen itu,ramai yg terburu-buru
merebut pintu yg satu...satu...

semua masuk ke dalam gerabak itu....seboleh yg mungkin..
seperti tin sardin yg dimampatkan lagi dan lagi...

Aku antara 'sardin2' yg termampat itu...
bersama2 dengan 'sardin2' jantan dan betina lain..


Hobi ku di kebiasaan masyarakat yg ramai...
~memperhatikan gelagat manusia yg pelbagai ragam~

perhati dan kaji norma masyarakat yg menggambarkan realiti keadaan masyarakat sekarang ini...
dan apabila anda semakin mengkaji dan mengkaji gelagat masyarakat kita hari ini,
anda akan mendapat suatu rumusan = betapa nazaknya masyrakat kita khususnya masyarakat ISLAM alaf teknologi ini...

ini realiti yg ingin dikongsi di sini...

Di suatu sudut di dalam tin sardin ini...
aku melihat dua orang remaja lelaki dan seorang remaja perempuan..
ku kira umur mereka sekitar berkisar lingkungan sekolah menengah sahaja berdasarkan saiz fizikal mereka yg tak terlalu besar ku kira...

Betul2 di hadapan mata ku keberadaan mereka ini...

seperti orang2 lain,mereka juga turut bersempit2 di dalam gerabak KTM ini...
namun...apa yg sangat mengejutkan aku adalah kata2 yg terpacul dari mulut mereka ini..tanpa walau SEDIKIT PUN RASA BERSALAH...

ketika bersempit2 budak lelaki dan budak perempuan ini..
Budak lelaki ini (berdasarkan umurnya yg ku kira lebih muda dariku) berkata:

"wahhh....selesanya...."
kata budak lelaki ini di saat budak perempuan itu rapat bersandar padanya kerana keadaan yg mampat itu...

"sedappnyaaa macam ni...."
"tajamnya 'ikan' kau ni....(katanya lagi sambil tersenyum2)"

budak perempuan ini terus mendiamkan diri tersenyum2 sambil terus merapatkan dirinuya pada budak lelaki tadi...

Astaghfirullahal azim...
Aku cuba mengetepikan segala prasangka buruk (su'uzzohn) yg ada padaku tatkala itu

Namun,persimbolan 'ikan' ini ku kirakan melambangkan suatu simbol lucah yg aku tak boleh nak ketepikan saat itu berdasarkan naluri ku seperti remaja2 kebiasaan...

Budak lelaki ini terus bersuara...sambil menggunakan pelbagai macam simbol yg kekadang merangsang deria seksual aku sebagai seorang lelaki tatkala itu...

Aku mengetap bibir....terpaku....
tak mampu untuk mengatakan apa2 di saat itu...

semakin berjalan KTM ini ke stesen demi stesen...
orang ramai kian berkurangan...dan keadaan kian mulai tidak padat...
namun...budak perempuan ini terus men'sardin'kan dirinya pada budak lelaki tadi
seolah2 sudah selesa menjadi sardin antara dua jantina yg berbeza...

Aku terus terpaku... 

terpaku..........dan terpaku...........
tak mampu untuk aku mengatakan sepatah kata di saat itu...

Tak lama selepas itu....aku tiba di destinasi ku...
sepanjang hari tersebut...aku moody dan moody...

mendiamkan diri berseorang diri...
sambil memikirkan seribu macam perkara...

geram....sedih.....bersalah....
sambil diselubungi pelbagai macam rasa..

Bersalah....bersalah yg amat sangat....
walaupun bukan aku yg melakukan perkara yg salah itu...


Aku rasa bersalah......bersalah....dan bersalah.....

Apa yg mampu aku lakukan untuk mengelakkan perkara itu berlaku?
Apa yg boleh daya aku laksanakan demi menjauhkan perkara buruk itu daripada masyarakat jahiliah zaman kini..??

Kesian...kesian kepada masyarakat luar sana yg tidak tahu mereka buat perkara yg salah...malah ada yg  berasa bangga melakukan yg salah itu...
Apa peranan aku untuk hal ini?

'Biar je la....bukan salah kau pun....'
'Apa susah2 sangat kau nak sibuk hal orang ni,bukan masalah kau pun...!'
'Tak payah sibuk2 nak jaga tepi kain orang....mind yourself first!!'


Inilah yg sangat dibimbangi Rasulullah pada umatnya masa kini...
seperti yg Baginda sabdakan:

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan hal umat Islam,maka mereka bukan dari kalangannya (orang Islam)..."

Lantas aku terfikir...bagaimana untuk aku laksanakan tuntutan ini di saat aku yg MASIH LEMAH ini..
(Lemah kerna tidak berkuasa...bukanlah aku ini pemimpin negara yg mampu merubah negaranya...bukan pegawai jawatankuasa yg berkuasa atas pekerjanya....bukan ibubapa yg berkuasa atas anak2nya...aku hanyalah insan biasa yg tak mempunyai apa2 kuasa...)

Benarlah kata ramai bahawa KUASA itu memang diperlukan untuk mengubah masyarakat kini ke arah yg lebih baik...

Betul....memang betul...dan aku memang tak menafikannya....sedangkan Baginda pun perlukan kuasa untuk membina tamadun kemanusiaan Madinah terhebat...

Namun,aku sering memikirkan....apa yg mampu aku lakukan di saat BELUM BERKUASA lagi ini...sambil meniti jalan2 untuk memperoleh kuasa tersebut...

Adakah hanya perlu berdiamkan diri membiarkan segala kejahilan ini hanya kerna kita belum berkuasa lagi..??.....dan apa yg mampu kita lakukan di saat ini???


....lantas aku terfikir untuk menukilkan luahan yg tak seberapa ini sebagai usaha KECIL aku dalam menyahut seruan ini....

Tulisan yg sangat2 kecil ini sangat2 halus usahanya...yg kekadang tak mampu untuk mengubah apa2...
namun aku teringat akan satu kisah di zaman Nabi Ibrahim..


Di saat Nabi Ibrahim dicampak ke dalam api oleh masyarakatnya..
ada seekor burung kecil yg memperhatikannya...
Lantas burung kecil ini mencedok air menggunakan paruhnya yg KECIL dan cuba menyiram api tersebut untuk memadamkannya...

USAHA burung kecil ini ditertawakan oleh burung2 besar yg lain...sambil mereka mengatakan:

"Hahaha...apa kau ingat dengan paruh kau yg kecil ini mampu untuk memadamkan api yg besar itu!?"

Lantas burung kecil ini menjawab:

"Aku tak bimbang jikalau aku nanti disoal oleh Allah apakah dengan aku paruh yg kecil ini aku mampu untuk memadamkan api ini...Namun,apa yg jauh aku bimbangi ialah jikalau aku disoal APAKAH ADA USAHA YG AKU LAKUKAN SENDIRI untuk berusaha ke arah ini.."

Allah tidak hanya menilai pada hasil sesuatu perkara itu bahkan apa yg lebih penting lagi ialah Allah menilai USAHA kita ke arah menghasilkan natijah itu...wallahua'alam.
-muhasabah untuk diri penulis sendiri-