Friday 9 September 2011

Wuuuii!! Aku dapat surat cinta la...! Aik!??




Bulan tersergam indah. Bintang-bintang riang berkerlipan. Hembusan bayu yg bertiup menerbangkan helaian-helaian daun keguguran. Awan mendung yang berarak diiringi lambaian-lambaian malar hijau menimbulkan suasana yg damai kepada semua makhluk yang bernyawa malam itu. Di satu malam yg hening,aku berjalan-jalan menuju pulang ke rumahku sambil menikmati angin bertiup-tiup sepoi bahasa. Setibanya di muka depan pagar rumahku,hati kecilku terdetik sebentar seolah-olah memanggilku untuk mengambil SESUATU YANG SANGAT BERHARGA di dalam peti surat rumahku.

Sejurus selepas aku membuka peti suratku,hatiku melonjak-lonjak riang kegirangan kerna aku menjumpai sepucuk surat berwarna merah yang berseri-seri rupanya ditambah lagi dengan nan wangi harumannya. Tambahan lagi,surat itu sememangnya dialamatkan kepadaku!

Adakah ini satu realiti, fantasi atau hanya satu ilusi...??



"Akhirnya,surat yg aku nanti-nantikan dari KEKASIHKU ini telah ku terima"
"Riang hatiku ini siapalah yang tahu...."
Bisik hati kecilku.


Aku melompat ke atas katilku dengan penuh keselesaan sambil tangan kananku kemas merangkul SURAT KESAYANGANKU itu.

Dengan dada yang berdebar-berdebar,aku membuka sisipan suratku itu dengan penuh berhati-hati agar surat yang sangatku sayangi itu tidak terkoyak walaupun sedikit.
 
"Apa agaknya ye isi kandungan surat ni?"
Hati kecilku tertanya-tanya...

Nafasku semakin tercungap-cungap dikala ku melihat sekeping kertas putih yg terlipat rapi dikeluarkan daripada sampul surat itu. Sedikit demi sedikit,aku mengeluarkan kertas itu dengan penuh hati-hati.

"Aik!? Apa maksud surat ni??"
Alangkah terkejutnya aku apabila sekalis pandanganku aku lihat surat itu ditulis dalam BAHASA ASING!!

Hatiku bergelojak keresahan."Apa yang perlu aku lakukan??"
Lantas otak fikiranku ligat berputar mencari jalan penyelesaian.

"Lebih baik aku guna kamus atau minta pakar bahasa yg lain untuk TERJEMAHKAN surat ini supaya nanti aku lebih mudah MEMAHAMI APA SEBENARNYA YANG DIUNGKAPKAN DALAM SURAT KESAYANGANKU INI..."




Ops,ops...
Dah2 la tu..
Penat aku bermadah pujangga...

Cite kt atas ni sbnarnya satu analogi je,x payah nak berangan lebih2 heh..
Lambaian malar hijau la,angin bertiup sepoi2 bahasa la..
Mcm2..
Habis tu,apa sebenarnya yg ingin disampaikan sebenarnya??
Cecite,cecite

Ok2. Mcm ni sebenarnya.
Andaikan kita dapat sesuatu SURAT BERHARGA dari seseorg (Alaa..Mcm dlm cite td laa)
Dari KEKASIH KESAYANGAN KITA,
Ataupun dari KEDUTAAN NEGARA LUAR yg ingin menyatakan suatu berita gembira..

Tp masalahnya,surat 2 ditulis dlm BAHASA ASING..
Mcm mne kita nak paham??

Mesti kita cuba guna KAMUS kn? Ataupun BELAJAR DGN ORG LAIN MENGENAI BAHASA ASING ITU?? Btol x???






Persoalannya,
Kenapa kita x melakukan sedemikian terhadap AL-QURAN??
Walaupun tiap2 hari kita mengatakan yg kita ni CINTAKAN ALLAH?

Btol ke?
Ke hanya 'menanam tebu di bibir mulut'?

"Katakanlah (Muhammad),'Jika kamu MENCINTAI ALLAH,ikutilah aku,nescaya ALLAH MENCINTAIMU dan mengampuni dosa-dosamu,' Dan Allah Maha Pengampun lagi MAHA PENYAYANG"
(surah al-Imran:ayat 31)

X percaya lg dgn CINTA ALLAH?
"Eleh,ckp pandai la..Apa buktinya??"

AL-QURAN!
Nape Allah turunkan Quran ni kpd hamba2Nya?? (Kita la tu)

"Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepada-mu (Muhammad) agar engkau menjadi susah,melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada ALLAH)."
(surah Taha:ayat 2&3)

"Tho-sin. Inilah ayat-ayat Quran dan Kitab yang jelas,petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang beriman."
(surah an-Naml:ayat 1&2)
Abis 2,nape mesti dlm bahasa Arab??

"Sesungguhnya Kami menurunkan nya (Al-Quran) berupa Quran berbahasa Arab,agar kamu mengerti."
(surah Yusuf:ayat 2)

Bahasa Arab ni mempunyai banyak hikmah dan mukjizatnya..
Cuma kita je yg x sedar psl benda ni.

Apa yg kita tau,baca,baca dan baca,tanpa phm makna kalimah mulia ini walaupun ckt..
Sebiji mcm BURUNG KAKAK TUA! Btol x? Jgn marah,hehe :)

Bahkan KEBANYAKAN DR UMAT ISLAM KT MALAYSIA NI X TAU BACA QURAN!!

"50% sahaja umat Islam di Malaysia memiliki Al-Quran di rumah 5% membacanya dan hanya 1% membaca tafsiran atau menghafalnya!!"
http://pakarhowto.com/info-berguna/realiti-kehidupan-umat-islam-di-malaysia-baca-renungkan.html

Yela..Mne x nya..HAMPIR 80% ORG ISLAM KT MALYSIA NI YG X SOLAT!!!

X Percaya gak!?? Baca fakta ni...


“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).  http://feryco.com/ramai-yang-masih-tidak-solat


Amacam??
Padahal Allah dah berfirman dah..

"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepada mu (Muhammad) dan laksanakanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(surah al-Ankabut:ayat 45)

Baca pn x ramai...Jd kpd yg membaca 2 tahniah la yer diucapkan!!
Tp kalo bleh yg membaca 2,tingkatkan lg kpd MEMAHAMINYA...Lg bgus!! ;)


Lg2 kpd golongan HAFIZ!! Setakat hafal je tp x phm buat apa.. Btol x??

Kalo zaman dahulu,apabila muncul je masalah ummah,golongan ni lah yg akan memunculkan diri utk menyelesaikan masalah..tp skrg!?

Ada memang ada..tp ada,tp ckt sangat..
Padahal jumlah skola tahfiz kt Malysia ni byk kot..

Smpaikan seorang tokoh Islam zmn awal2 dahulu berkata:
"Kami golongan skrg (golongan awal Islam) berasa mudah utk melaksanakan ISI KANDUNGANNYA tp berasa susah utk menghafal Quran,namun kami hairan kenapa golongan selepas kami berasa mudah utk menghafal Quran tp cukup susah utk menjalankan ISI KANDUNGANNYA"

Mcm mne skrg??

Akhirnya,kpd sume yg membaca post ni..
Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh ye utk MEMAHAMI ISI KANDUNGAN AL-QURAN ni spaya nt kte lebih mudah UTK MERASAI KECINTAAN ALLAH S.W.T melalui mukjizat Al-QuranNya..

Surat khas yg ditus olehNya utk KITA...

InsyaAllah...


"Sesunguhnya Kami lah yang menurunkannya dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
(surah al-Hijr:ayat 9)

Thursday 8 September 2011

WORLD scariest ghost!! TOLONG!!! Aku nampak hantu..!

TOLONG2X!! HANTU!!!
Ghost appear from out of nowhere


Long hair scary ghost found in a room


Mystery ghost captured in railway



In cemetry



Scary ghost picture captured

Dah tengok dah sume gambar 2??
Amacam perasaannya?
Takut ke??

Banyak lagi gambar sebenarnya..

Berani x nak tengok ??

Kalo x berani,x payah la...
Kang x pasal2 pengsan plak...

Nak tengok gak??
Cute scary ghost




REAL WORLD'S SCARIEST GHOST (ACTUALLY)


Hahaha..Apa la penulis ni x pasal2 letak gambar comel ni plak??
Buat aku ketawa je tengok gambar HANTU..

Ya!! Inilah sebenarnya gambaran hantu yg sepatutnya sentiasa bermain di pikiran kita (bak kata org Jawa,"kita dah mind-set dah") Hantu yg sebenarnya x perlu ditakuti mahupun dijauhi...
WORLD scariest ghost!! TOLONG!!! Aku nampak hantu..!

WORLD'S scariest ghost ke, WORLD scariest ghost??

Tajuk kedua ni sengaja dipilih oleh penulis kerna ingin mengambarkan betapa GHOST/HANTU ni sebenarnya sangat ditakuti oleh manusia DI DUNIA ni tanpa disedari DI AKHIRAT nanti tiada siapa yg lebih ditakuti oleh sekalian makhluk selain ALLAH,TUHAN SEKALIAN MAKHLUK! Bukan World's scariest ghost (Hantu yg paling ditakuti)

WORLD scariest ghost! (walaupun ada kesalahan grammar ckt,sori ye cikgu2 BI yg marah,hehe)
Maksudnya.....
Hantu yg manusia sbnarnya x perlu takut pn kt muka Bumi ni..
Ataupun manusia yg memang penakut di Bumi takut akan hantu..

Perlu ke manusia atau KITA lah lebih senang,takut kpd hantu/jin/syaitan/iblis/....(Aaarghh!! X kesah lah apa2pn yg adik beradik dgn hantu ni..) melebihi takutnya kita KPD RABBUL IZZATI (ALLAH)??

Padahal benda ni memang dah diterangkan pn sejelas-jelasnya yg maknanya lebih kurang sama (ketakutan kita hanya perlu kpd yg ESA...

"....Apakah kamu takut kepada mereka (orang2 musyrik),padahal ALLAH-LAH YANG LEBIH BERHAK UNTUK KAMU TAKUTI,JIKA KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN"
(surah at-Taubah:ayat 13)

'Eleh..Ko ckp senang la! Cuba ko pg jumpa sendiri dgn hantu 2..Mau x tercirit ko nt...'

Inilah sebenarnya fahaman2 yg didoktrin kn dlm diri kita saban hari...
Media2 massa x jemu menayangkan filem2 hantu picisan semata-mata ingin mengaut keuntungan demi keuntungan walaupun kadang2 terpaksa menggadaikan ISLAM&AKIDAH..

X percaya??
Cuba tengok cite2 hantu skrg?




Kalo ada hantu,last skali sape yg akan tangkap/kurung/bunuh/terminate hantu2 tu??

Mesti org2 yg kuat agama kan? Ahli2 Agama,Pak Imam,Ustaz2,Pak Bilal dan kadang2 sampai Tok Kadi pn sama (xde r,yg Tok Kadi 2 gurau je) 

Betul..Memang x dinafikan org2 mcm ni lah yg paling layak utk melakukan perkara2 sedemikian,tp dlm cite2 ni,GOLONGAN2 AGAMA HANYA DITUMPUKAN PERANANNYA UTK SETTLEKAN MASALAH HANTU2 NI JE!!

Padahal golongan agama ni mempunyai BANYAK PERANAN PENTING LAIN,YG MASYARAKAT SKRG DAH X NAMPAK DAH..





X cukup lg dgn 2,ditambah lg dgn perangai kita ni yg suka sgt tengok benda2 merepek ni..
Sampai satu masa kita akan terbayang2 hantu2 ni kt tempat2 gelap,kt kubur2,kt rumah2 lama dan lain2,lantas kita akan slalu je takut dgn HANTU ni,btol x?

Perkara ni sgt bahaya sbb ianya melibatkan hal AKIDAH!!
X percaya?

Nape ketakutan kpd hantu je yg sentiasa terbayang dlm hati kita padahal kadang2 x terdetik walau sesaat pn ketakutan kita kpd Allah!??

Ibu/Ayah:  Haa!! Adik pg la kt dapur yg gelap tu,nt MOMOK datang baru tau..
Adik       : (Mula timbul rasa takut kt MOMOK yg dimomokkan ini)

Nampak??
Sejak kecil lg anak2 muda telah didoktrinkan untuk TAKUT KPD HANTU,BUKAN KPD ALLAH!!
Ditambah lg dgn peranan media massa,media elektronik yg menayangkan gambar2/video2 hantu ni untuk menakutkan kanak2 yg masih suci ni..

Nak tau 1 fakta yg ramai org x tau??
Fakta ni penulis dpt drpd seorang pengamal perubatan makhluk2 halus..Bleh katakan hampir setiap hari,dia akan dipanggil utk mengubat rasukan makhluk2 halus..Bahkan dia pernah berdialog,membunuh dan menyembelih makhluk2 halus ini berpuluh-puluh kali...

Apa tips dia??
Makhluk2 halus/hantu ni hanya akan menjelmakan diri dia di hadapan org yg lemah semangat..Padahal pd masa 'dia' menjelmakan dirinya itu,dia berada dlm keadaan selemah-lemahnya,yg mana pd masa itu lah,kita bleh dgn semudah-mudahnya menangkap/membunuh makhluk2 ni...

Ramai yg x tau benda ni,kalo nampak hantu je terus ambik langkah seribu (cabut lari la maknanya),padahal masa 2 lah paling mudah kita nak apa2kn hantu tu,hehehe (siap la ko hantu lps ni...)

Amacam? X percaya gak?? Lantak ko la,mcm2 aku dah bg dah.Apa yg ko nk lg? (Hehe,xde r gurau je..)

Akhirnya,marilah kita sama2 memperbaharui niat kita yg inginkan perubahan ke arah yg lebih baik lg,InsyaAllah...

Sume ni aku yang punya,hahaha

Wang,duit,kemewahan,kecantikan,kecergasan..

'Wah wah wah!! Cantik gak kn muka aku ni...'

'Eehle,bdk selekeh ni..! Ada hati nk duduk sebelah org kaya mcm aku??'

'Aku rasa aku la atlet terhandal kt skola ni kn? Ye la,sume pingat emas ak dah menang..

Nikmat,nikmat,nikmat...
Mcm2 Allah dah beri kpd umat2Nya...
Tp kita sering leka dan hanyut dgn UJIAN NIKMAT yg diberiNya..
Nape makhluk bergelar manusia ni susah sgt nk bersyukur??

`Dan ingatlah ketika Tuhan-mu memaklumkan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya akan Ku tambahkan (nikmat) kepada-mu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Allah),maka pasti azabKu sangatlah pedih"
(Surah Ibrahim:ayat 7)

Ramai manusia lulus ujian kesusahan kerana dalam kesusahan kita diuji dgn kekurangan pilihan,tetapi tidak ramai yg lulus ujian kesenangan,kerana kita diuji dgn pelbagai pilihan yg mencabar keimanan...

Sedar x sedar,nikmat yg Allah beri itu kadang2 sebagai satu ujian kpd kita..
(Aku nk tengok hamba Aku ni bersyukur ke mcm mne?? )

Bahkan kadang2 sesetengah nikmat yg diberikan itu hanyalah bertujuan utk menambahkan kesesatan kita tanpa kita sedari...ISTIDRAJ

"Dan orang yg mendustakan ayat-ayat Kami,akan Kami biarkan mereka beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yg tidak mereka ketahui"
 (al-A'araf:ayat 182)

sesetengah manusia tidak sedar akan ISTIDRAJ yg berlaku ke atas mereka



  
X percaya?? 
Cuba lihat pd Firaun laknatullah. Lihat bagaimana harta kekayaan dan kekuasaan yg Allah limpahkan kpdnya..

Nape Allah bg dia kekayaan dan kekuasaan yg melampau-lampau walaupun dia ni jenis kuat kufurnya terhadap Allah??
Sudah terang lg bersuluh Allah nk tambahkan kesesatan hambaNya sorg ni..

Mcm mne dgn kita plak??
"Hmm,cantik gak kn muka aku ni"
"Hmm,banyak gak kn duit aku ni"

Adakah nikmat yg dikurniakan kpd kita ini satu UJIAN untuk menguji keimanan ataupun ianya satu ISTIDRAJ?? 


"Katakanlah (Muhammad),seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhan-ku,maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhan-ku,meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(surah al-Kahfi:ayat 109)

"Dan seandainya pohon-pohon di Bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta),ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi),setelah (kering)nya,nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimah-kalimah Allah (ilmu dan hikmah-Nya).Sesungguhya Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana"
(surah Luqman:ayat 27)

Fikir-fikirkan...