Saturday 26 January 2019

Kat Mana Nak Dapat Vaksin Di Mesir Secara PERCUMA?


Nak dapatkan vaksin untuk anak-anak di Mesir ini sebenarnya PERCUMA sahaja. Asatizah yang dah berkahwin & ada anak-anak di sini tak perlu risau.

Tempatnya dekat. Dan kosnya pun PERCUMA.

Cuma kena ringankan tulang sikit saja untuk bawa anak-anak kita pergi dapatkan vaksin. Demi untuk keselamatan & kesihatan mereka.

Cara untuk dapatkan vaksin di Madinah Nasr (Kaherah) ini ada dua tempat yang sahabat kami pernah pergi setakat ni: (1) Maktab Tibb Usrah, Hayyu Sadis dan (2) Maktab Sihah, Raba’ah.


1. Maktab Tibb Usrah, Hayyu Sadis.



Bertempat di Hayyu Sadis, Madinah Nasr. Jika naik Tremco, anda boleh turun di kedai tayar ASHRAF.CO. Hospital ini terletak di kawasan belakang kedai tayar tersebut. Bersebelahan dengan “مستشفي جراحات اليوم الواحد “ dan tidak jauh dari padang futsal Liverpool.

Setelah sampai, tanya pekerja yang bertugas di situ mengenai "Vaksin".

Dalam bahasa Arab kita sebut sebagai "تطعيم" (Tat'iim). Sebutkan kata kunci ini.

Setelah masuk ke dalam bilik Vaksin tersebut, kita akan diminta untuk memberi nama & sebutkan umur bayi kita kepada jururawat yang bertugas. Kemudian serahkan juga sekali “Syahadah Milad” bagi anak yang lahir di Mesir atau boleh juga serahkan 'Buku Vaksin Malaysia' jika anak lahir di Malaysia. Selepas itu kita akan tunggu giliran sekejap sebelum nama anak dipanggil.

Datang awal bagi mengelakkan orang yang terlalu ramai kerana bilangan kerusi yang ada untuk menunggu di situ agak terhad. Dan boleh juga sediakan awal-awal bantal kecil untuk alas kepala bayi kita.

Waktu operasi dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Harga perkhidmatan adalah PERCUMA.


2. Maktab Sihah, Raba'ah.



Maktab ini mungkin lebih selesa sikit berbanding Maktab Tibb Usrah di atas.

Kawasannya terletak tidak jauh dari Masjid Raba’ah (Boleh rujuk link google map di bawah).

Jika tak jumpa juga, tanyakan saja kepada penduduk setempat di mana "Maktab Sihah". Biasanya mereka tahu.

Setelah sampai, cari tempat Vaksin atau "تطعيم". Serahkan “Syahadah Milad” bagi bayi yang lahir di Mesir.

Manakala bagi bayi yang lahir di Malaysia, di sini anda tidak boleh menggunakan buku Vaksin Malaysia seperti di atas. Tetapi jururawat akan minta anda beli borang di kedai fotostat bersebelahan dengan klinik tersebut dengan harga EGP 3.00 sahaja.

Borang itu akan digunakan untuk merekod jadual vaksin bayi anda serta berat & tinggi bayi anda.

Klinik beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Jadual Maktab Sihah Raba'ah:

i-Bayi baru lahir : Sabtu & Selasa
ii-Bayi berusia 2,4,6,9 bulan : Ahad & Rabu
iii- Bayi berusia setahun & setahun setengah : Isnin & Khamis


Lokasi Google Map:

i- Lokasi Maktab Tibb Usrah, Hayyu Sadis : https://maps.app.goo.gl/uJBHM
ii- Lokasi Maktab Sihah, Raba’ah : https://maps.app.goo.gl/WkhZq

Sayangilah anak-anak kita yang masih kecil di Mesir ini betul-betul ya. Dapatkan vaksin. PERCUMA sahaja harganya. Tak perlu bayar apa.

Hanya disebabkan tidak mengambil perkhidmatan yang PERCUMA ini, kesannya di masa hadapan mungkin kita terpaksa menanggung kos rawatan ribuan ringgit pula.

Beringatlah sebelum terkena ya.

Zaim Zaini & Amirul Azmeer Asmadi,
#NotaKesihatanMesir.

Link asal: https://www.facebook.com/amirul.azmeer.1/posts/2235002406550667

P/s: Kenapa nak kena ambil vaksin pula?
https://www.facebook.com/100001227871204/posts/2232537016797206/

No comments :

Post a Comment