Friday 22 November 2013

Balasan kepada Facebookers selepas mati!


Al-kisah menceritakan mengenai seorang hamba Allah... 
Seorang hamba Allah yang merupakan seorang manusia biasa, gemar ber-internet serta aktif juga dalam ber-Facebook.

Tiap-tiap hari hamba Allah ini akan meng-update-kan 'status' Facebook nya itu...
Tidak pernah lekang jari-jemarinya daripada butang-butang alam maya itu...

Dalam aktif ber-Facebook, hamba Allah ini juga sekali-sekala akan memuat-naikkan (upload) gambar-gambar dirinya bagi ditunjukkan kepada kenalan-kenalan Facebooknya...
Namun apa yang menyedihkan adalah dalam kebanyakan koleksi-koleksi gambar Facebook nya itu, banyak antaranya adalah terdiri daripada gambar-gambar yang tidak menutup aurat...




Suatu hari ditakdirkan hamba Allah ini pergi menemui ajalnya... pergi menuju ke 'dunia sana' buat selama-lamanya... Tidak sempat lagi untuk ber-Facebook apa-apa...

Kemudian, setelah selesai segala proses pengebumian jenazahnya disempurnakan, tiba-tiba berlaku suatu perkara aneh kepada orang yang rapat dengannya... iaitu ibunya. 
Selepas ketiadaannya di rumah itu, ibunya sentiasa bermimpi akan beliau yang selalu merayu-rayu kepada ibunya untuk memadamkan (delete) gambar-gambarnya yang tidak menutup auratnya di Facebook itu...
Beliau selalu mengatakan bahawa beliau tidak tahan lagi untuk disiksa hari demi hari disebabkan saban hari kenalan-kenalan Facebook nya itu masih dapat lagi menikmati aurat-aurat yang bebas ditayangkan di koleksi gambar Facebook nya itu!


Hari demi hari berlalu...
Dan hari-hari seterusnya terus berlalu bersama-sama gambar-gambar hamba Allah yang tidak menutup aurat ini di Facebook nya itu...
Setiap hari sesiapa sahaja masih boleh melihat lagi koleksi gambar-gambarnya yang masih tidak menutup aurat itu...
Dan setiap kali tatkala mereka ini melihat segala gambar ini dengan pandangan nafsu, maka setiap kali itulah juga 'ganjaran saham' dosa akan terus dimasukkan ke dalam 'akaun' hamba Allah yang telah pergi buat selama-lamanya itu...

Tiada sesiapa mampu berbuat apa-apa lagi... kerna tiada siapa pun yang mengetahui akan 'password' Facebook nya selepas itu... 



Lantas kemungkinan besar, rohnya sentiasa tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum di Facebook nya itu sampai bila-bila...

Kisah yang mungkin ada yang ragu-ragu dengan kebenarannya...
Namun tidak mustahil ianya boleh berlaku kepada siapa-siapa sahaja...

Bahkan kita yang sedang membaca ini pun tidak terlepas dari segala kisah-kisah yang terkandung berbagai-bagai pengajaran di dalamnya...
Dan ingatlah, azab untuk sesiapa sahaja yang sengaja membiarkan auratnya dilihat oleh kaum yang bukan mahram... baik di dunia nyata mahupun di alam maya...