Tuesday 29 November 2011

Learn how to learn...

Learn...learn...and learn...



How many times do we have to learn actually..?

Is learning just only when childhood...adolescense...or adulthood??
Or do we have to wait until we are mature??

No,we just learn when we make mistakes...
But when we do not make mistakes isn't that counted as learning too?
Or what??


CONTINUOUSLY..
What do u think about that??

Learning is a continuous process?
Agree??

Still wondering?
Let i tell u a little bit about it...can i?

Years years ago...
Advices from our parents when we are small.. teach us a little bit about this magnificient life...although we were not knowing what and how is this world on that time actually...

Through the glance from our eyes...we see and learn the norm of humanity on that time...until the time we are in this sophisticated life now...


Learning is not just a FORMAL process in a class,lecture or even in a seminar..

Learning is EVERYTHING that we have been through...

The time we fell to the ground when riding our bike...we learn gravity...the importance of stability...
The time we are scolded by other guys...we learn not to be rude...the importance of good manner in daily life..
The time in a discussion with other persons...we learn to be an open-minded person...the importance to accept others opinion as well...that we are not always RIGHT at all time...
The time we saw a dead body...we learn many things...life is SHORT n not ETERNITY...the importance for EARLY PREPARATION to face the death in any time...

And many other things we have learnt and we WILL LEARN...
Whether we know about it or not...

Learning is everything...
In any time,any place and even with anyone...
it can be a simple learning process...
wihout we notice about it...

We must ready for it...
In order to reconstruct ourselves...enhance our knowledges,understanding... n recorrect our mistakes...
To lead the next generations and provide better lessons for them...

Learning to teach others about learning

Are we good enough to teach others about life?
Or do we just a selfish person that just care about ourselves without care about others??

Everything is learning...
And everything NEED learning...


Even the first revealation sent down to the humans was TO READ!

96:1

"Recite in the name of your Lord who created-"
 
(Surah al-alaq: verse 1)
 
Read was stress to mankind by Islam to show how important LEARNING is..
That read is one of the way for us to learn beside with informal learning..
 
So what are we waiting for..??
Let's learn...with the willingness to learn from everything..

And the first step is..
Let's READ...
And enjoy most of it...


Wallahua'alam...

Thursday 24 November 2011

Biarlah mulut orang nak kata apa...


BESARNYA mulut dia!!

Biarlah...
"Mulut dia,bukan mulut korang pun..."

Mulut...mulut...dan mulut...

Sering kali kita dengar picisan-picisan ayat yg keluar dr mulut setiap insan kurniaan Tuhan..
Mcm2 style ada...
Ada yg memotivasi la,borak2 kosong,bagi nasihat la dan tak terkecuali MENYAKITKAN HATI...

Betul tak??

"Sakit hati betul aku dgn mulut mamat/minah td tu,takde insurans langsung..!
"*#@%$*!!!"


Ish3...Astaghfirullahala'azimm
Cuba bawak2 mengucap sikit..

"Biarlah....Mulut dia,bukan mulut korg pun..."

"Eehle..Ko cakap senang la,cuba kalo ko yg kena sendiri..."

Betul....
Semua org akan kena....
Sebagai ujian kesayangan dari yg Maha Esa...

"Yang telah menciptakan hidup dan mati UNTUK MENGUJI dikalangan kamu siapakah yang lebih baik amalannya."

  (surah al-Mulk: ayat 2)

Utk menguji hambaNya yg mengaku ingin diberikan KETABAHAN...
Lantas inilah UJIAN DARIPADANYA...
Sebagai ketetapan utk menambahkan lagi KETABAHAN YG DIPINTA...
Atas perjalanan demi meniti batu-batu ujian dalam mendidik jiwa yg beriman..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan 'kami telah beriman' walhal mereka tidak diuji?"

"Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,dan Allah pasti Mengetahui orang-orang yang benar dan pasti Mengetahui orang-orang yang dusta."

(surah al-Ankabut: ayat 2-3)

Dah cukup tak hujah2 nak TENANGKAN hati yg tengah meletop2 tu..??
Apa!! Tak cukup lg?? Tak tenang lg???

Takpe2...
Cuba baca cite ni,
Cecite cecite....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diriwayatkan dari sebuah kisah haiwan2 dahulu-kala...

Terdapat sekawanan katak yg tinggal bersama-sama dlm satu kampung..

Satu hari...
Katak2 itu mengembara bersama ke dlm satu hutan..
Perjalanan yg sangat jauh menyebabkan tekak mereka semakin mengimpikan kurniaan air...

Pucuk dicita ulam mendatang..
Dlm perjalanan menuju ke sana,mereka terserempak dgn sebuah telaga..
Lantas ketua gerombolan katak itu mengarahkan dua ekor katak PILIHAN dari kalangan mereka utk terjun ke dlm telaga itu bagi meninjau bekalan air di dlm sana..


Dgn berpandukan istilah "sami'na wa ato' na" mereka pun terjun ke dlm telaga itu...

Alangkah sedihnya kedua-dua katak itu apabila tiada air yg mereka jumpai...
Sudah jatuh ditimpa tangga...
Setelah air tiada dijumpai,mereka berdua cuba melompat2 utk keluar..
Namun,tebing telaga terlalu tinggi utk dicapai keluar...
Dan tiada bantuan yg sudi dihulurkan dari 'sahabat2' katak di luar
Malah ditambah lagi dgn cacian2 dan makian2 yg 'memang sepatutnya dihulurkan'
 
Cubaan demi cubaan ditempa,namun segala-galanya menjadi hampa..
Melihatkan keadaan itu,komuniti katak td berputus asa...

"Dah dah lah tu...Tak payah nak lompat2 dah..Korang memang tak boleh nak keluar dah..."

"Ada apa2 lg tak pesanan terakhir yg korang nak buat sebelum mati ni..?"
"Nak aku kirim apa2 tak kt isteri dgn anak2 ko??"

Kedua2 katak itu terus cuba melompat dan kegagalan jua ditempa akhirnya..
Berbekalkan tenaga yg semakin lemah,mereka cuba juga melompat

Dan setiap kali mereka mencuba la,komuniti2 lain di atas terus mencemuh dan menghina...
Lama kemudian,katak A mati disebabkan MATINYA JUA SEMANGATNYA.......
Tinggal katak B keseorangan (kese'ekor'an) dlm telaga itu..

"Kawan ko tu dah mati dah...Lepas ni giliran ko plak...Ada apa2 pesanan tak?"

"Habis la ko! Tunggu ajal jela...Dah tak lama dah tu..."

Cemuhan demi cemuhan terus dihulurkan...
Dan dgn tak semena-menanya katak B BERJAYA MELOMPAT KELUAR!!

Katak2 lain terus hairan dlm kebingungan...?..?..?

Lantas seekor katak terus menghampiri KATAK YG BERJAYA itu dan terus bertanyakan kepadanya..:

"Macam mana ko boleh KUAT SEMANGAT plak sampai berjaya lompat keluar...sedangkan katak2 kt luar lain semua sibuk menghina dan mencaci ko???"

Katak yg berjaya terus menjawab spontan...:

"Laaa....Korang sume tgh hina2 & maki2 aku ke?? Aku ni ada masalah pendengaran ckt...Masa aku tengok gerak mulut korang sibuk menjerit berkata2,aku ingat korang tengah bersorak bg semangat kt aku td...tu yg aku lg semangat nak lompat demi MENERUSKAN KEHIDUPAN tu...hehe."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah tenang blom??
Blom lagi??
Cadangan terakhir...

"Iaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah...Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

(surah ar-Ra'ad:ayat 28)

Pedulikan lah apa yg orang nak kata...
Yg paling penting skali mcm mana kita menghadapi kata2 itu...

Kalo ia bersifat makian/cacian...
Jgn marah...
Perbaiki lagi kelemahan diri kita..
Mungkin sbb kelemahan kita itulah yg mendorong datangnya cacian/makian itu..

Bersyukurlah ada jugak yg sudi menegur kelemahan kita...
Takut2 nanti kita terus hanyut dlm kelemahan dan kesesatan itu..
Alhamdulillah......

Dia nak caci/maki lagi..??
Biarkan...

"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah sesuatu kaum mengolok-olok (menghina-hina) kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina. 

Dan jangan pula kaum perempuan mengolok-olok (menghina-hina) kaum perempuan yang lain (kerana) boleh jadi kaum perempuan yang dihina itu lebih baik dari kaum perempuan yang menghina. 

Janganlah kamu saling mencela satu sama lain,dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk gelaran adalah (gelaran) yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(surah al-Hujurat: ayat 11)

Kepada golongan2 yg suka menghina dan pd masa yg sedang membaca artikel ini....
Berani lagi tak nak cakap banyak?
Haa! Cepatlah! Td suka sangat ejek2 mengata orang!?

"Ehh,mana ada..Aku tak ejek-ejek dia pn...Aku cakap2 kt belakang je...."

"...Dan janganlah ada di antara kamu yang suka MENGUMPAT sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya sendiri yang sudah mati? Tentu kamu merasa JIJIK. Dan bertakwalah kepada Allah,sungguh Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(surah al-Hujurat: ayat 12)



Nah..!!
Suka sangat kan mengumpat??

Mengejek...menghina..mencaci maki....mengumpat...
Semua datang dari sumber yg sama...


Mulut....Lidah...Yg banyak cakap!!

"Dan apabila kamu banyak berkata-kata,akan banyaklah SALAHNYA...Dan apabila kamu banyak berbuat salah,akan banyaklah DOSANYA..Dan apabila kamu banyak berbuat dosa,maka NERAKALAH adalah tempat yang paling sesuai baginya..."

Pernah dengar kan hadis ni....?
Jd,apa jawapan yg paling sesuai baginya...

DIAM adalah sebaik-baik bicara...
Berkata hanya apabila PERLU...



Cantiknya Islam ini adalah sebagai agama yang menekankan PERTENGAHAN...
Tak terlalu ekstrem mahupun terlalu longgar...

Maka,ingatlah sekali lagi...
DIAM...Berkata hanya apbila PERLU...

Tidak terlalu mendiamkan diri...
Dan tidak terlalu meng'kecoh'kan diri...
Akal berpandukan tuntutan wahyu memainkan segalanya...


Kepada yg dihina...diejek...dimaki....dicaci...diumpat...
Sabar adalah jawapan kpd segala-galanya...
Pedulikan kata2 mereka...


Yg paling penting lagi adalah bagaimana KATA2 ALLAH..
Seandainya kita berpihak pada kebenaran..

Wallahua'alam...

Sunday 20 November 2011

Diari seorang ALIEN...


Diari seorang Alien...

"Apalah penulis ni...dah seorang....Alien plak? Mana satu ni? Alien ke orang??"

Ya!!
Dua2 betul!!!
Seorang alien..

Dalam kata lain nya,ALIENATED PERSON..
Orang yg di ALIEN kan..

Dah dah dah..pening kepala hotak tu putar belit ayat...

Nape 'Alienated person' plak..?
Baca cite kt bawah...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan dari sebuah kisah kehidupan seorang MANUSIA BIASA.......

Kehidupannya hanyalah seperti insan2 biasa..
Tiada yg istimewa dan tiada yg luar biasa..
Cuma apa yang ISTIMEWA & LUAR BIASA adalah LAYANAN ORG LAIN TERHADAPNYA..

Suatu hari...dan banyak2 hari...
Keluarnya dia dr rumahnya utk menuju ke suatu destinasi...
Destinasi yg ditujui dilalui dgn keinginan utk menggunakan pengangkutan awam yg dah lali..
KTM...LRT...

(bukan gambar sebenar heh)

Selangkahnya dia ke dlm train itu,dia terus duduk di satu kerusi yg di'rezeki'kan kpdnya..

Lantas tanpa berfikir pnjang..dia mengeluarkan senaskhah surat2 cinta dr Kekasihnya utk ditatapi sementara...
Perlahan-lahan dirangkulnya surat2 itu dan dibacanya surat2 itu...
supaya tak didengari ramai...
supaya tak direnungi ramai...
seolah-olah dirasakan takutnya itu seakan-akan dia akan melakukan kesalahan...

Dan sejurus selepas itu juga,org ramai mula memandangnya...
Seorang demi seorang...sepasang mata demi sepasang mata..
Merenungnya seolah-olah dia MELAKUKAN 1 KESALAHAN...
Seolah-olah dia ni merupakan suatu ALIEN...




Dia mula rasai dirinya di ALIEN kan...
Dirinya sgt2 berbeza drpd manusia2 lain..


Apakah kesalahan yg dilakukannya..?
Apakah GANJIL nya dia drpd insan2 biasa..??
Sedangkan dia hanya membaca senaskah AL-QURAN di dlm train itu..???

Salahkah perbuatannya itu?
Ganjil,Pelik sgt ke tingkah lakunya itu??

Sedangkan org2 lain yg BERKELAKUAN TIDAK SENONOH di dlm train itu tidak dipandang sedemikian rupa...
Pasangan2 couple...Org2 Islam yg SEKSI...Budak2 remaja yg terpekik terlolong...Pasangan 'romantik' yg bercumbu mesra-mesraan...
Tak dipandang alien...

Nape tak pandang mereka dgn pndgn yg meronta-ronta??
Diorg ni tak pelik ke??
Nape BUAT TAK TAU JE dgn kelakuan mereka yg PELIK ini???

Orang yg berkelakuan BAIK....BACA AL-QURAN...Gadis/wanita yg pakai BURDAH...Lelaki yg pakai JUBAH,SERBAN,BERTASBIH....Baca buku2 Ilmiah...

Nape diorg ni korang pandang semacam je??

YA! Diorang org2 baik ni memang PELIK kan?

"Apalah buat baik kt tengah2 orang ramai ni..? Kalau buat jahat ke tak senonoh ke ...TAKPELA...Tu kan BENDA BIASA..."

Benarlah Hadis Nabi Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w:

"Datangnya Islam dalam keadaan ASING,kembalinya Islam dalam keadaan ASING. Sesungguhnya beruntunglah ORANG-ORANG YANG ASING."

Siapa org2 asing yg dimaksudkan di atas?

Makhluk asing...Alien??


Bukan...
Tetapi mereka inilah yg hidup dlm keadaan yg sangat ASING dr orang2 lain...
Mereka yg sanggup HIDUP TEGUH DALAM MENEGAKKAN AMALAN2 ISLAM di tengah2 khalayak masyarakat yg SEMAKIN JAUH DARI ISLAM...
Sanggup hidup dlm keadaan ASING DLM BERBUAT KEBAIKAN tatkala org2 lain sibuk MELAKUKAN KEBATILAN sehinggakan KEBATILAN itu sudah menjadi KEBIASAAN..

Ya!!
Mereka inilah ORANG2 YANG ASING!!!
ORANG2 ASING YG SANGAT BERUNTUNG...
Asing...Jauh dari yg lain...

Saturday 19 November 2011

Islamnya aku BUKAN kerana orang Islam!!





Tajuk yg agak kontroversi kan??
Tp inilah sebenarnya REALITI dunia sekarang...

Nape?

Seorang saudara Islam yg baru memluk Islam pernah mengatakan:

"Islamnya aku hari ini bukan kerana ORANG ISLAM. Kalaulah aku bertemu dengan orang Islam hari ini sebelum aku mengkaji tentang Islam,nescaya tidak akan ku temui keindahan Islam itu."

Setuju tak dengan statement kt atas tu?
"Eleh,senang2 je ko ckp orang Islam skrg jahat kn..? Bukan SEMUA org Islam jahat skrg..."

Betul... memang ramai lagi umat Islam yg baik2 belaka kt luar sana...
Tp ramai lg sebenarnya umat Islam yg sgt BURUK AKLAKNYA kt luar sana jika nk dibandingkan dgn org Islam yg baik2 ni...

Dan MEREKA inilah juga yg menjadi PUNCA kenapa Islam pada hari ini sukar diterima awam dan Islam hari ini dipandang serong,sehingga tercetusnya istilah ISLAMOPHOBIA bg menggambarkan umat dunia skrg takut dgn UMAT ISLAM,bukan dgn Islam sebenarnya...


SEBILANGAN BESAR umat Islam skrg berkelakuan buruk dlm kehidupan seharian mereka...
Yg mana dgn sikap2 yg buruk inilah yg menyebabkan
Islam dipandang hina...
Islam dibenci...
Islam disalah ertikan...
Islam sukar sgt utk diterima...

Nape??

Yela...Takkan keindahan agama Islam digambarkan melalui teladan penganut agama Kristian kot..?
Tatkala org ramai melihat akan AKHLAK umat2 Islam yg buruk,mereka akan berkata..:

"Macam ni ke yg Islam ajar kt umat2 dia...?"

"Teruk nya perangai budak2 Islam ni... Apa yg agama Islam ajar sebenarnya?? "

"Kalo macam nila perangai org2 Islam,tak nak lah aku masuk Islam...Teruk sangat Islam ni..Kang kalo aku masuk Islam kang,dgn aku2 skali jd teruk..."
Walhal Islam dah jelas2 dah tuntut umatnya supaya BERAKHLAK MULIA...
Sebagaimana yg digambarkan drpd contoh terulung umat Islam...
Muhammad Bin Abdullah sallallahu a'laihi wassalam..

"Sungguh,telah ada pada (diri) Rasulullah itu SURI TELADAN YANG BAIK bagimu (iaitu) orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"

(surah al-ahzab: ayat 21)

AKHLAK yg dah digambarkan oleh Rasulullah jika dikaji dlm sejarah2 terdahulu banyak yg membuatkan org2 kafir TERTARIK dgn Islam..

Sehinggakan di riwayatkan dari Aisyah radiallahu anha:

"Adalah akhlak Rasulullah itu seperti Al-Quran"




Demi nak menggambarkan betapa INDAH nya akhlak Baginda inilah diumpamakan akhlak Baginda seperti AL-QURAN yg kecantikannya tiada bandingan baik dr segi BAHASANYA mahupun ISI KANDUNGANNYA.. 

Bahkan ditafsirkan lagi dari para ulama'...hadis yg diriwayatkan oleh Isteri Rasulullah tadi walaupun nampak biasa tp hakikatnya  terkandung hikmah yg besar.
Kerna kata2 yg dikeluarkan bg menggambarkan AKHLAK NABI itu datangnya sendiri drpd ISTERI BAGINDA yg mana dialah org yg paling rapat dan paling memahami keadaan SEBENAR baginda.


Rasulullah dah jadi contoh...
Al-Quran dah jadi contoh....
Tp nape umat Islam tidak boleh mencontohi CONTOH2 YG TERBAIK INI...?

"Yelaa..Tu Rasulullah...MAKSOM...Aku ini manusia biasa je,apsal ko nak sama kan aku dgn Nabi plak..?"

Pernah terfikir tak kenapa Nabi diutus dr kalangan MANUSIA? 
Nape tak utus MALAIKAT je sebagai Nabi??
Nabi juga mempunyai NAFSU dan sering juga DIGODAI SYAITAN...sama mcm manusia biasa..
Dan disebabkan USAHA MUJAHADAH YG KUAT lah juga mereka ini dpt berakhlak muia sekaligus menjadi QUDWAH HASANAH (Role model) utk para manusia..

Memang kita tak boleh nak jd sebaik Nabi pun...
Tp salahkah jika kita CUBA SEBAIKNYA untuk berakhlak mulia seperti Nabi...


Masalah nya sekarang, umat Islam hari ini RAMAI yg MEMBAWA FITNAH KPD ISLAM ITU SENDIRI..

Kenape...Tak percaya ke...?
Tak payah pergi jauh2...Cuba tengok kt Malaysia Bumi Tercinta je senang...

Masalah2 sosial yg didominasi oleh Melayu......ISLAM...?
Jenayah2 rogol,bunuh,dadah,ragut,sumbang mahram yg didominasi Melayu.....ISLAM...?
Menara2 gading 'serenti' yg dikuasai golongan Melayu....ISLAM...?

Sume benda buruk,kotor,jijik dimenangi oleh golongan Melayu yg MENGAKU MEREKA INI MUSLIM...
INI KE YG ISLAM AJAR KT UMAT DIA SEBENARNYA???

YA! Mereka ini memang MUSLIM...
MUSLIM yg DIMUSLIMKAN kerana KETURUNAN....ISLAM BAKA...
Bukan ISLAM PEMAHAMAN...

Bahkan golongan2 ini jgak la yg sering MEMBURUK2KAN ISLAM LAGI...


Golongan yg telah menunaikan haji, perangainya tetap SAMA bahkan LEBIH TERUK lg selepas balik saja dr Haji..?

Lagi skali org ramai akan mula berceloteh megeluarkan cetusan kecil hati mereka:

  "Apalah Haji/Hajjah ni...Dah pg Haji pn perangai mcm *$#%* lg!!
Baik tak payah pg Haji....sia-sia je...."
"Apa kesan Haji kt umat2 Islam ni...Xde apa2 pn..??"

Nampak bagaimana umat Islam sendiri yg membawa FITNAH BESAR kpd Agama Islam itu sendiri??

Penulis tak berniat nak memburukkan maruah mana2 individu...tetapi inilah REALITI kehidupan umat Islam skrg ni..!! Bukan stkt sorg dua je,bahkan ramai lg UMAT ISLAM SENDIRI YG MENGHINA & MEMPERBODOH2KAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI!!!



Nampak x?

Kadang2 kelakuan umat Islam itu sendiri yg menyebabkan Islam itu dipandang HINA!

X percaya..??
Pg cr kt Youtube...
betapa byk video2,gambar2,kenyataan2  menghina Islam yg keluarnya DARI UMAT ISLAM ITU SENDIRI..!!

Ni tak kira lg ancaman2 dari MUSUH2 ISLAM...
Kalo tambah dua2 ni,tak hancur ke Islam dibuatnya??

Kita tak boleh nak salahkan musuh2 Islam,sbb mereka ini memang memusuhi Islam..
Tp persoalannya...Kenapa UMAT ISLAM SENDIRI yg sanggup memburuk2kan Islam,agama yg mereka akui DICINTAI??

Ilmu pemahaman yg cetek....
Islam taklid... (Mengikut membabi buta tanpa hujah2 sandaran)

Kebanyakan mereka yg bermasalah memburuk2kan nama Islam ini ialah mereka yg TAK PAHAM TNTANG ISLAM SEBENARNYA...


Jd...Apa konklusinya??


Pahamilah Islam dr segi tuntutan2nya...
Nape Allah memerintahkan sedemikian dan melarang yg sedemikian..?


Pelajari...
Kaji...
Dan Hayati...
Bukan hanya mengikut sesuka hati...

Sbb tu lah WAHYU PERTAMA yg diturunkan adalah IQRA'
BACALAH..

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU..

Ilmu sangatlah ditekankan dlm Islam..
Bukan sekadar Ilmu...
Tp cukup sekadar Ilmu yg berlandaskan syariat2 Islam...

BACALAH...
BACALAH...
BACALAH...

Wednesday 9 November 2011

Tanggungjawab..Bukan bebanan mahupun dambaan,apatah lagi kebanggaan..






"Tahniah!! Anda telah dipilih sebagai perwakilan pelajar utk semester bg tahun ni!"

BAMMM!!
Satu bebanan telah kita rasa dlm diri kita...

"Dgn ini scara automatiknya anda BERTANGGUNGJAWAB terhadap sume kebajikan ahli2 bwhn anda!"

BAMMM!!
Lg satu bebanan ditambah..

"Nape ko x wat kerja ko td!??"
Bebanan demi bebanan dirasai dr gambaran hati..

Pelbagai soalan berlegar2 di ruang celebrum pemikiran..

"Nape aku yg dipilih...? Rmai lg org lain yg lg layak??"

"Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya,dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh,Allah ialah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh,Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(surah an-Nisa': ayat 58)

"Betul ke aku ni layak? Mampu ke aku pikul AMANAH ni??" 
"Allah tidaklah membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakan dan mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang dilakukan...."

(surah al-Baqarah: ayat 286)



Tanggungjawab bukanlah satu bebanan mahupun dambaan,apatah lagi satu kebanggaan.

Bahkan orang yg meminta2 jawatan ni dikecam dalam Islam.
Seperti yg difahami dr sebuah hadis; "Allah tidak akan membantu orang yang meminta-minta sesuatu jawatan."

Dan jikalau tiada seorang pn yang sanggup MENERIMA AMANAH YG DIBERI,nescaya tiada lah gerak kerja khalifah yang ingin berdakwah di muka Bumi ini..
Kalo begitu,mcm mne dgn firman Allah ni:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat,:"Aku hendak menjadikan KHALIFAH (dari kalangan manusia) di muka bumi." Mereka (malaikat) berkata,:"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami (malaikat) bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia (Allah) berfirman,:"Sungguh, AKU MENGETAHUI APA YANG KAMU TIDAK KETAHUI."

(surah al-Baqarah: ayat 30)

Tanggungjawab atau juga dikenali sebagai AMANAH bukanlah hanya tertakluk pada seseorang pemimpin sahaja,bahkan SEMUA ORANG di muka bumi ini adalah PEMIMPIN YG BERTANGGUNGJAWAB!

Dari sebuah hadis sahih diriwayatkan: " SETIAP dari kalangan mu adalah PEMIMPIN,dan setiap pemimpin BERTANGGUNGJAWAB terhadap pimipinan masing-masing"

Baik dari seorang ketua negara yg bertanggungjawab terhada negaranya,seorang ketua syarikat yg bertanggungajawab terhadap kebajikan pekerja2nya,seorang bapa yg bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya,seorang guru,ketua pelajar,pekerja2 bawahan bahkan ORANG BIASA yg xde apa2 jawatan pn BERTANGGUNGJAWAB terhadap dirinya.
Sume org ialah PEMIMPIN!!


Apabila ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) dgn sesuatu amanah,nak xnk,kte x bleh lari drpdnya..


X nak buat jgak amanah yg diberi??

Tunggulah kt akhirat nt!!
Di mana setiap seorang dr kalangan manusia x terlepas walau SORG pn akan disoal tentang TANGGUNGJAWAB nya nt.

Bahkan nt TANGGUNGAN itu sendiri akan mempersoalkan di hadapan Allah akan perihal PEMIMPIN2 mereka yg x menunaikan hak2 mereka.

Rakyat akan mempersoalkan PERANAN pemimpin yg tidak menunaikan kebajikan dan hak2 rakyat yg sepatutnya diterima. Tntg agamanya,"nape kami x dpt didikan & nikmat2 hukum agama disebabkan hukum2 agama yg x dilaksanakan di negara ini? Apa pemimpin kami buat??"

'With a great power comes a great responsibility.'
Yes,it's true! But if u misuse the power, the responsibility will becomes more greater..!!

Anak2 akan mempersoalkan didikan2 agama yg sepatutnya mereka dpt,"Ayah dgn Ibu slalu abaikan didikan & penekanan agama dlm kehidupan kami. Kalo kami derhaka atau langgar hukum2 agama, sape yg patut dipersalahkan? Xkn kami jgak sedangkan ada org yg sepatutnya bertanggungjawab terhadap kami??"

Bahkan setiap drpd anggota badan kte akan BERBICARA di hadapan Allah akan setiap drpd tindakan kte yg x menunaikan tanggungjawab2 yg sepatutnya anggota2 ini lakukan!

Setiap org mempunyai PIMIPNAN MASING2 yg berperanan dlm bidang masing2 bahkan PIMPINAN DIRI SENDIRI!!
Jd..Tunaikanlah TANGGUNGJAWAB MASING2 sebelum setiap drpd tanggungan itu berpeluang mempersoalkannya di hadapan Rabbul Izzati nt..

Lebih2 lg bg mereka yg mempunyai jawatan2 yg besar.. Lagi BESAR jawatannya,lg BESAR tanggungannya dan lagi BESAR peluangnya dipersoalkan di akhirat nt akan tanggungjawab nya!!

Ingat...Pemimpin itu sebelah kakinya di syurga dan sebelah lagi kakinya di neraka..
Jangan setelah masuknya kita ke syurga,kita DITARIK KELUAR SEMULA MASUK KE NERAKA!!

Nape..?

Saat inilah tanggungan2 kte mula berkata," Wow3! Hang nak pegi mana hah!? Hang ingat senang2 hang nk masuk syurga tinggalkan kami tanggungan2 hang masuk neraka!?? Xkn kami biarkan pemimpin2 kami masuk ke syurga sewenang2nya setelah dia X MENUNAIKAN APA YG SEPATUTNYA DITUNAIKAN KPD TANGGUNGAN2NYA!"



Amacam??
Terasa berat x??

Banyak2kan lah memohon kekuatan dr Pemberi Segala Kekuatan..
Mohon moga2 diteguhkan diri yg dina ini dlm memikul berbagai-bagai TANGGUNGJAWAB di dunia yg fana ini agar terlaksana segala yg sepatutnya dilaksanakan...

"...(Mereka berdoa),'Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."

(surah al-Baqarah: ayat 286)
"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya,dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamuingat."
(surah an-Naml: ayat 62)


  -Sekadar perkongsian dari hamba yang dina ini-

Friday 4 November 2011

Ranking result SPM seluruh dunia


SPM,SPM,SPM....

Ayat ni semestinya x pernah lekang dek buah2 mulut pljr2 skola menengah di seluruh Malaysia..
SPM digambarkan seperti sgala2nya buat setiap plajar..

Apa yg terdetik di fikiran anda sebaik saja saat nak klik link ke blog n...?
Mesti nk tengok ranking SPM seluruh dunia kn??

Dan kt dlm benak hati mesti tertanya-tanya...
"Kt ranking mne la SPM aku rasanya?"

Btol x?



SPM???

Sijil Pelajaran Malaysia ke??

2kt luar sana...
Tp apa yg penulis maksudkan dgn SPM kt sini ialah Sijil Padang Mahsyar!


'Sijil' yg dimiliki oleh SEMUA org x terkecuali pelajar ke bekas pelajar bahkan org yg mengajar pn sama..
'Sijil' Penilaian bg SETIAP YG BERGELAR HAMBA YG ESA di dunia nan kekal abadi bukan stakat di zaman persekolahan..
'Sijil' yg menilai SEGALA2NYA bukan shj stkt prestasi Add Math,Physics,Chemistry...

Sudahkah anda bersedia utk menghadapi PEPERIKSAAN MEGA ini??
Final Examination 4 all humans in d next world...


Di saat sume manusia dihimpunkan bersama di hadapan seadil-adil Hakim..

"Barangsiapa mengerjakan kebajikan maka itu untuk dirinya sendiri,dan siapa yang mengerjakan kejahatan,maka itu akan menimpa dirinya sendiri,kemudian KEPADA TUHAN MU LAH KAMU DIKEMBALIKAN"
(surah al-Jaathiyah:ayat 15)
 
Masing2 sibuk memikirkan mengenai amal ibadat masing2...
Sebagai jawapan kepada kalamullah....
 
"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu"

(surah ad-dzaariyat:ayat 56) 
Untuk diadili walaupun sekecil-kecil amalan..

"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya"

(surah az-zalzalah:ayat  7-8)

Segala-gala yg dilakukan di muka bumi menjadi perhitungan yg abadi...
Setiap yg pernah wujud di muka bumi akan menjadi saksi...
Dr sebesar-besar langit hinggalah sekecil-kecil kuku jari kaki..
Akan mempersoalkan yg batil mahupun yg hakiki..

Dan diri ini akan sering bersoal jawab di dlm hati berkali-kali..
Sudah cukupkah amalanku utk menggapai REDHA ILAHI..?
Di manakah RANKING ku di sisi yg Suci...??

Lu pikirlah sendiri....

-Muhasabah kembali buat semua yg masih mengandung nyawa yg diberi,
Sebelum kembali ke dunia yg menuntut pelbagai janji,
Di hadapan Rabbul Izzati.....-