Wednesday 15 August 2012

Ibadah paling mudah,tapi ramai yang tak tahu



Ibadah....

Solat fardhu...solat sunat...puasa...zakat....sedekah


Ramai yang menganggap ibadah itu satu percakapan dan perbuatan yang hanya 'terikat' pada ritual-ritual tertentu semata-mata...
'terikat' hanya pada berbuat baik semata-mata...


Ibadah bukanlah hanya sekadar solat,puasa,zakat dan menunaikan haji sahaja...
Bukanlah juga hanya pada berbuat baik,bersedekah,berbudi dan sebagainya...


Tidak....

Bahkan skop ibadah itu sebenarnya sangat-sangat luas ruangnya Allah telah berikan...
Cuma kita sahaja yang sedar tak sedar perkara itu ibadah ataupun tidak...

Bahkan perkara yang harus juga boleh menjadi ibadah yang mendapat ganjarannya...

....dengan syarat......

-Tidak bercanggah dengan syarak
-Disertai dengan NIAT untuk beribadah kerana Allah mahupun mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w




Perasan tak adanya syarat NIAT di sini??

Ya...Bukanlah niat untuk beribadah kerna Allah itu hanya perlu ada pada solat,puasa dan zakat sahaja...
Bahkan niat beribadah kerna Allah ni sebenarnya perlu ada dalam SETIAP PERLAKUAN HARIAN kita..


Cuba kita renung sebentar rutin harian kita:

-Bangun pagi
-Kemas tempat tidur
-Mandi
-Bersiap-siap dengan pakaian diri
-Solat Subuh
-Sarapan pagi
-Pergi kelas/kuliah/kerja
-Rehat
-Makan tengahari
-Solat Zuhur
-Sambung kelas/kuliah/kerja
-Solat Asar
-Pulang le rumah/bilik/asrama
-Riadah
-Mandi,bersiap-siap diri & minum petang
-Solat Maghrib
-Membaca Al-Quran
-Solat Isyak
-Ulangkaji/urusan rumah tangga
-Tidur


Rasa-rasanya lah kan..... Bila waktunya kita beribadah dalam rutin harian kita di atas ni??


"Apa lah... Tanya pulak... Mesti lah waktu beribadah kita masa Solat lima waktu dan masa kita baca Al-Quran tu...."


Mesti ramai yang agak bersependapat dengan kenyataan di atas ni kan?


Benar... Memang waktu kita solat lima waktu & membaca Al-Quran itu adalah waktu kita beribadah...
Perkara ini semestinya sudah terlalu jelas..

Bahkan sebenarnya SEMUA waktu di atas tu BOLEH kita jadikan sebagai waktu kita peroleh ganjaran pahala sebenarnya...

"Aik!? Ye ke... Takkan waktu makan dengan waktu mandi pun boleh dapat pahala?? Biar betul.."


Ya... Memang betul...

Syaratnya kita mestilah BERNIAT melakukan perkara itu kerna beribadah kepada Allah tatkala kita hendak melakukan perkara-perkara sedemikian...

Contoh,niat mandi kerna Allah... Niat makan kerna Allah... Niat beriadah kerna mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w... Niat belajar kerna Allah

"Aku mandi kerna ingin membershkan & menyucikan tubuh badan aku kerna Allah."

"Aku menggosok gigi kerna aku mengikuti sunnah Rasulullah bersugi."

"Aku makan kerna ingin memberikan tenaga kepada badanku supaya aku boleh beribadah kepada Allah selepas ini."

"Aku beriadah kerna mengikuti sunnah Rasulullah."

"Aku membuang air besar kerna berlaku adil (tidak berlaku zalim) pada tubuh badanku sepertimana yang diperintahkan oleh Allah."


Because all of these begins with NIAT...

Sabda Rasulullah saw, 

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله, فهجرته إلى الله ورسوله . ومن كانت هجرته لدنيا يصيببها أو امرأة ينكحها , فهجرته إلى ما هجر إليه 

Maksudnya : "Segala amalan itu bergantung dengan niatnya. Dan tiap-tiap seorang akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia serta ingin memperolehinya, atau pun berhijrah kerana seorang perempuan yang ia ingin nikahinya maka hijrahnya itu adalah (mengikut) apa yang ia (niat) berhijrah kerananya". (HR Bukhari & Muslim)

Barulah perkara harus dalam hidup kita menjadi ibadah...di samping kita hanya dapat mandi 'kosong' tak dapat apa-apa (hanya dapat basahkan badan semata-mata),makan 'kosong' tak dapat apa-apa (hanya dapat merasai pepejal yang akan bertukar menjadi najis juga akhirnya)..dan hanya mendapat semua perkara 'kosong' harian

Eloklah kiranya jika setiap daripada perbuatan harian kita ni disertai dengan NIAT kerna Allah ataupun kerna mengikuti sunnah Rasulullah... Yang penting,NIAT dahulu...


'Nak niat macam mana?"


Dalam persoalan niat,tak perlulah kita menyusahkan diri dengan niat yang panjang berjela-jela mahupun dengan ayat-ayat yang kompleks... Permudahkan.. Jangan terlalu ingin menyusahkan (Tapi jikalau ingin menggunakan ayat yang panjang dan spesifik pun tiada masalah sebenarnya,ikutlah kesesuaian diri masing-masing)..

Yang penting niat kita itu bermatlamatkan Allah dan Rasulullah sebagai sandaran kepada segala perbuatan kita. Pandai-pandailah kita menyesuaikan niat perlakuan kita itu berobjektifkan dilakukannya kerna Allah mahupun mengikuti sunnah Rasulullah..


Inilah yang diamalkan oleh para ulama',sepertimana mengikut satu ungkapan..

"النية تجارة العلماء"

(Niat itu perniagaan para ulama')

Wallahua'alam...

Sunday 12 August 2012

Common mistakes in Ramadhan + Sunnah during the arrival of Aidilfitiri




Menjelang hari-hari terakhir Ramadhan....
Ayuh kita merenung sejenak kesilapan-kesilapan biasa di Bulan Ramadhan yang kebanyakan daripada kita biasa lakukan tanpa kita sedari...

Kesilapan 1- Para ibu bapa bersungguh-sungguh melatih anak-anak mereka dalam berpuasa,tetapi tidak bersungguh-sungguh pula dalam melatih anak mereka menunaikan solat.

Kalau dalam bab berpuasa- "Adik,kalau adik puasa penuh dalam bulan ni,ayah kasi RM30 kat adik... Adik nak tak!? hehe"

Tapi kalau dalam bab solat- "Alaa...abang ni,biarlah anak tu tido jap kalaupun tak solat lagi..penat tu agaknya...Lagipun,dia kan kecil lagi..."


"Salah ke suruh anak-anak komit dalam berpuasa??" 
Benar...memang tak salah pun... Bagus la tu...
Tapi bukan kah lebih cantik lagi jika kita turut melakukan tindakan yang sama dalam bab solat?
Hatta Nabi sangat menitik beratkan bab menyuruh anak-anak solat- Arahkan mereka menunaikan solat ketika berumur 7 tahun,dan jika tidak solat juga ketika berumur 10 tahun,ibubapa boleh mengambil tindakan yang lebih tegas (dengan merotan atau memukul sebagai pengajaran).



Kesilapan 2- Tidak bangun bersahur di waktu pagi,sebaliknya dah siap-siap makan di waktu tengah malam kononnya untuk menggantikan sahur di waktu pagi itu.


"Alaa... Aku tak bangun sahur pagi pun boleh je tahan puasa sampai sehari.."


Ramai yang menyangkakan bahawa sahur ini tujuannya sebagai bekalan tenaga untuk mengahadapi waktu-waktu selepasnya...

Awas...Ada benarnya tanggapan ini,tapi bukanlah tujuan utama sahur itu untuk tahan kuat di waktu siang hari...jangan salah faham...

Bahkan sebenarnya tujuan bersahur ini adalah sebagai SATU IBADAH sebenarnya
..dalam kita mengikuti sunnah Baginda s.a.w
..dan juga untuk membezakan puasa umat Islam dengan agama-agama yang lain..


Lantas adakah 'sahur' kita di tengah malam itu mendapat ganjaran ibadah dari-Nya?
Bahkan makan di tengah malam ini juga sebenarnya dikatakan sebagai antara amalan kurang sihat oleh pakar-pakar kesihatan...Wallahua'alam

Jadi,bukankah cantik sungguh Nabi mengajar kita untuk bersahur di waktu pagi..??

Hatta kalau malas sangat pun nak bangun bersahur...at least makan lah sebiji kurma..
Kerna banyak fadhilat buah kurma ini seenarnya...

-Saidatina Maryam memakan kurma di saat ingin melahirkan Nabi Isa a'laihissalam (elok untuk ibu-ibu mengandung untuk memudahkan proses kelahiran bayi)
-amalan tahnik (membelah mulut bayi dengan kurma) ketika saat awal kelahiran bayi membuktikan bayi yang kurang khasiat vitamin & protein di saat lahirnya (kerna terputus tali pusat dengan ibunya yang mana itu merupakan sumber makanannya) mendapat segala vitamin & protein itu tatkala disuapkan kurma basah (ruthab) sebagai makanan awalnya.
-Khasiat kurma ajwaf:,Nabi menjanjikan keselamatan daripada sihir bagi sesiapa yang memakan kurma ajwaf....(Namun,orang yang makan kurma ajwaf boleh botak awal....bukan sebab kandungannya tapi sebab harganya mahal  ^_^)


Kesilapan 3- Berpuasa tapi tak kerjakan solat,berpuasa tapi tak menutup aurat!

Umum mengetahui kewajipan berpuasa...
Sehinggakan hampir semua umat Islam beleh menunaikan tuntutan berpuasa...

Tapi komitmen mereka hanyalah pada puasa semata-mata...

Bekerja pagi petang siang malam dalam keadaan berpuasa tapi tak menunaikan solat...

Peniaga bazar bersungguh-sungguh meniaga...sampai waktu azaan bersungguh-sungguh mengawalkan waktu berbuka demi mengejar sunnah Baginda...tapi solat fardhu Asar & Maghrib tak ditunaikan mereka

Ibu-ibu surirumah bersungguh-sungguh menyiapkan juadah untuk berbuka...tapi tak pula bersungguh-sungguh dalam menjaga waktu solat mereka...

Gadis-gadis perempuan besungguh-sungguh berpuasa tapi pada masa yang sama mereka inilah juga yang paling SEKSI sekali di mata kita...

Makcik-makcik bersungguh-sungguh nak hadir awal untuk menunaikan solat tarawikh tapi masa sampai waktu nak menyeberangi longkang,diselaknya kain itu sehingga menampakkan kaki betis..


Kenapa ramai yang boleh bersungguh-sungguh dalam bab PUASA tapi tidak dalam bab yang lainnya?
Inilah yang dinamakan sebagai puasa kerna adat....




Kesilapan 4- Bertadarus semata-mata kerna ingin khatam

Sunnah Nabi menunjukkan tadarrus yang diamalkan di zaman sahabat adalah tadarrus dengan membaca dan disemak oleh pembaca yang lain. Inilah tadarrus yang sebenar di sambil kita memperbaiki kaedah bacaan kita...dan lebih cantik lagi jika ditambah dengan mengkaji dan memahami ayat-ayat yang dibaca,insyaAllah.

"Maka tidakkah mereka mengahayati (mendalami) Al-Quran? Sekiranya (Al-Quran) itu bukan dari Allah nescayamereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya."

(surah an-Nisa' : ayat 82)


*Kemuncak Ramadhan adalah Lailatul Qadar,dan kemuncak Lailatul Qadar adalah pada doanya yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w: 

Baginda mengajarkan kepada Aisyah r.a mengenai doa jika kita merasai kita berada di Lailatul Qadar: "Allahumma innaka a'fuwwun tuhibbul a'fwa Fa'fua'nni.." (Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai keampunan,maka Ampunkanlah daku)




Sunnah-sunnah menjelang Aidilfitri:

1- Hidupkan suasana bertakbir (walaupun bagi wanita yang kedatangan uzur)

2-Ingatkan anak-anak/ahli keluarga untuk berniat mandi sunat Hari Raya ketika nak mandi hari pertama Raya- Bukan mandi kosong macam tu sahaja,kerna NIATLAH yang MEMBEZAKAN ANTARA IBADAH DAN ADAT.

3- Memakai pakaian baru,di samping kita berkongsi kegembiraan kita dengan mereka yang kurang bernasib baik.

4- Memakai wangi-wangian (khusus untuk lelaki sahaja)

5- Mengambil sedikit sarapan di awal hari

6- Menunaikan solat sunat Hari Raya

7- Meniru amalan ucapan para sahabat di Hari Raya : "Taqabbalallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

8- Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berlainan



Kesilapan biasa menjelang Hari Raya:

1- Pahala sebulan berpuasa rosak habis disebabkan hanya sehari berhari raya!

Dengan adat bersalaman yang tidak mengira mahram,dan segala macam perkara haram yang kita mula lakukan semula....

Seolah-olah kegembiraan yang kita sambutkan bukanlah kerna kemenangan kita berpuasa tapi bergembira kerna mendapat kebebasan dari belenggu Ramadhan- sebijik macam syaitan yang bergembira kerna dibebaskan di Hari Raya (nau'zubillah)

2- Bersedih kerna menziarahi kubur

Bukankah Hari Raya untuk umat Islam bergembira..??

Benar... Memang tak salah pun untuk menziarahi kubur di Hari Raya...
Tapi kenapa Hari Raya SAHAJA yang kita khususkan utnuk menziarahi kubur??

Hari-hari lain tak pernah terdetik pun nak ziarah kubur...mengingatkan kita kepada kematian...



Akhirnya,tidaklah menjadi masalah untuk tidak mengikuti sebahagian dari apa yang disampaikan di atas kerna sebahagian daripadanya hanyalah SUNNAH sahaja. Jangan kerna perkara SUNNAH kita bergaduh sesama Muslim yang mengabaikan persaudaraan yang jauh lebih WAJIB.

Wallahua'alam 
Credit to tazkirah Ramadhan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang 11/8/2012

Saturday 11 August 2012

Biro Tata Negara - Pengalaman fitnah kepada agama!



Dunia akhir zaman....

Sekarang inilah masa nya...dan ia semakin tiba sehingga sampai kepada zaman kemuncaknya..

Segala-galanya serba 'upside down'
Terbalik.... 

Fitnah yang melanda agama Islam semakin dapat ku jangkakan.....dan bimbangkan (Nau'zubillah)


Sewaktu menghadiri satu kursus ketatanegaraan-BTN (Biro Tata Negara)
Perkara yang sering dirisau-risaukan semakin berjaya dibuktikan..



Jangan salah faham...

Bukan salah BTN...
Tetapi mungkin disebabkan salah orang yang menghadiri kursus ini...Muslims especially... Wallahua'alam


Kursus yang aku hadiri ini kebetulan dijalankan pada bulan puasa...dan kebetulan juga kesemua pesertanya terdiri daripada ORANG ISLAM yang akan melanjutkan pelajaran ke 'daulah arabiy' (negara2 arab-timur tengah)


Apa yang ingin disentuh di sini bukanlah pada pengisian sepanjang kursus,tapi apa yang ingin difokuskan di sini ialah pada apa yang berlaku sepanjang kursus....Ini sebenarnya yang jarang kita sedari...!!


Hobi bagi diriku ini adalah memerhati dan memerhati.....

Kerna apa yang kita pelajari bukanlah setakat di dalam kelas harian sahaja...bahkan apa yang berlaku sepanjang kehidupan kita ini sebenarnya adalah PENGAJARAN bagi kita...dan inilah juga sebenarnya yang akan mempengaruhi sebahagian besar daripada hidup kita.....

Namun,sangat malang sekali kerna jarang sekali kita sedari akan kepentingannya...


Di kursus....

Alhamdulillah,segala-galanya berjalan dengan lancar pada hari itu....

Sehinggalah tiba di suatu hari...
Hari di mana bermulanya pembelajaran di dalam kelas mengikut kumpulan masing-masing...


Semua peserta dikehendaki untuk menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan....
Sesetengah daripadanya berjaya untuk melaksanakan misi ini...

Namun,tidak bagi sebahagian lain daripadanya...
Lewat 2 atau 3 minit mungkin boleh juga dimaafkan bagi 'budaya melayu' yang lemah...

Namun agak keterlaluan dikatakan andai kelewatan itu menjangkau 30 bahkan 45 minit lewat daripada masa yang ditetapkan...Dan perkara ini juga berlanjutan bukan sekadar sehari,bahkan berhari-hari malangnya...


Lantas mulai terdengar suara-suara daripada tenaga pengajar professional yang sangat mementingkan masa :


"Belajar sekolah agama,tapi akhlak macam orang tak belajar agama langsung.."


Ya...
Memang benar apa yang dikatakan itu...
Bukanlah salah mereka untuk mengeluarkan kritikan sedemikian rupa,bahkan inilah sebenarnya PENGAJARAN yang sangat-sangat perlu kita tekankan sebenarnya...!!

Ni baru kata-kata teguran daripada seorang muslim untuk muslim yang lain....
Belum lagi kita berhadapan dengan mereka NON-MUSLIM...

Andai perkara yang sama juga kita lakukan terhadap Non-Musilim ini...apa yang akan mereka katakan gamaknya??


Malangnya perkara yang kita tidak mahukan ini telah berlaku sebenarnya di dunia luar sana...

Hatta sehingga muncul istilah ISLAMOPHOBIA di dunia sana...


Umat Islam dilabelkan sebagai ganas...
Umat Islam dikatakan teruk....
Umat Islam dikatakan itu dan dikatakan ini...


Betul....
Kadang-kadang hal ini tercetus disebabkan oleh tipu muslihat musuh-musuh Islam yang cuba memburuk-burukkan nama Islam...


Tetapi jikalau diperhatikan betul-betul realiti semasa umat Islam masa kini..
Memang banyak perkara-perkara BURUK & HINA ini dipelopori oleh umat Islam secara amnya...


Bab masa....Umat Islam lah yang paling tak pandai menepati waktu nya...
Walhal beulang-ulang kali dizikirkan di bibir-bibir mulut akan surah al-A'sr

Bab kebersihan... Umat Islam lah yang paling kotor sekali negaranya...
Walhal bukankah 'Kebersihan itu sebahagian daripada iman'??


Benarlah ISLAM hari ini banyak boleh didapati daripada mereka yang BUKAN beragama Islam...
Masyarakat Jepun terkenal dengan KETEPATAN MASANYA...
Masyarakat Eropah terkenal dengan PENJAGAAN KEBERSIHANNYA...
Masyarakat Cina dan Yahudi tekenal dengan SIKAP KESUNGGUHANNYA...

Masyarakat Melayu terkenal dengan apa?
No1 dalam masalah sosialnya...gejala dadah dan buang anaknya...
Masyarakat Arab terkenal dengan apa?
Anda lebih mengetahui akan kesahihannya...

"Eehle...Bukan semua orang Islam teruk macam apa yang kau cakapkan ni..! Cuba tengok Syeikh Yusuf Qaradhawi... Dr Mursi..." 

Benar...Bukan SEMUA orang Islam sedemikian rupa...

Tapi pabila SEBAHAGIAN BESAR umat Islam bersikap sedemikan rupa...inilah yang membentuk imej perspektif terhadap Islam sebenarnya...

Benar.... Bukan semua orang Jepun 'sharp',bukan semua orang eropah bersih...
Tapi pabila SEBAHAGIAN BESAR daripadanya bersikap BAIK...BAIK inilah yang menjadi aras penanda sebenarnya... Dunia hari ini jarang memandang pada MINORITI sebenarnya...

Benarlah apa yang diriwayatkan oleh Baginda s.a.w dalam hadis Baginda:

"Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"



Maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah kerana kami sedikit pada hari itu?'



Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"



Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"



Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"



Ramainya bilangan umat Islam hari ini...... Tiada apa-apa.....

Bahkan sedikitnya bilangan orang Yahudi hari ini mampu menjulang nama mereka sehingga dapat menguasai dunia..! Berapa kerat sahaja bilangan orang Jepun hari ini dibandingkan dengan umat Islam,namun mereka dijulang kerna mampu menguasai teknologi dunia hari ini...!!

Kerna apa AKHLAK YANG  DITUNTUT ISLAM itu mereka (non-muslim) amalkan!!!


Bukan salah ISLAM...Tapi salah UMAT ISLAM sebenarnya...

Padanlah apa yang dikatakan oleh seorang muallaf yang baru memeluk Islam..:


"Perginya aku ke negara Eropah,aku temui Islam di sana...namun perginya aku ke negara Arab tidak ku temui Islam di sana..."



"Mujur aku mengkaji Islam sebelum aku dipertemukan dengan umat Islam,kalau tak ,masakan aku temui Islam itu..."



Kita sentiasa diperhatikan.....

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menceburi bidang agama....hatta pergi ke negara Arab sekalipun...
Kita sering dijadikan sebagai penanda aras oleh masyarakat...

Andai keburukan yang kita pamerkan kepada masyarakat....


"Alaaahhh.. Kau nak tegur aku kenapa!!? Ustaz tu pun hisap rokok!! 
Tak pula kau nak tegur dia!!!"

"Apa masalah aku couple2!? Biarlah!! Tok Imam tu pun rogol anak sendiri!!"

"Eleh..Rileks la bro...Kita datang kelas lambat sikit pun takpe... Cikgu kita pun tak pernah nak tepati masa...Ni kan pulak kita..."

"Biarlah aku nak tengok video-video lucah ni!! Ko sibuk nape!! Sedangkan budak-budak tahfiz tu pun tengok BLUE... Serban atas kepala lagi sepanjang masa...."


Nau'zubillahi min zaalik...

Bila orang BERAGAMA melakukan perkara-perkara tak sepatutnya...

FITNAH yang sangat besar berlaku kepada agama....!!

Inilah petanda-petanda akhir dunia....

-Peringatan untuk penaip yang hina jua,wallahua'alam-