Wednesday 12 September 2012

Terimalah hakikatnya...



Katalah suatu hari Ustaz Azhar Idrus datang bagi ceramah dekat surau berhampiran dengan rumah kita...
Lantas pabila dengar saja nama Ustaz Azhar Idrus ni,berpusu-pusu orang datang menghadiri ceramah itu (menandakan ustaz ini disukai & dipercayai oleh orang ramai)

Ustaz pun menyampaikan kuliah maghribnya seperti biasa...
Tamat sahaja kuliah,ustaz terus sahaja memimpin solat fardhu Isyak memandangkan masa sudah menandakan masuknya waktu tersebut...


Solat seperti biasa....


Seusai solat,ustaz memimpin wirid....
Tapi tiba saja waktu baca doa,ustaz tiba-tiba baca doa dengan suara yang perlahan (tanpa menggunakan mikrofon)


Lantas makmum mula rasa hairan...


"Aik? Kenapa ustaz baca doa 'slow' ni?? Biasa orang baca doa kuat-kuat..."

"Ustaz ni kenapa ni? Tiba-tiba je baca doa perlahan?? Pelik???"


Tapi disebabkan semua PERCAYA kepada ustaz,semua tanda tanya itu mereka ketepikan...


"Hmmm... Tindakan ustaz pelik ni,tapi takpe-takpe.. Mesti ada sebab punya ustaz buat macam tu.."

"Pelik ustaz takpe.. Ilmu ustaz banyak... Jangan aku yang pelik... Siapalah aku ni nak bandingkan dengan ustaz yang tinggi ilmunya... Takpelah,ikut je lah ustaz ni... Tak salah punya..."


Walaupun tenggelam dalam lautan kejahilan,mereka tetap cuba untuk berenang terapung ke kepercayaan kebenaran disebabkan mereka percaya dan yakin dengan kebenaran ilmu ustaz yang tidak mereka kecapi lagi tahap ketinggiannya..

Dan ada juga sebahagian yang lain (yang ada ilmu sikit) cuba membuat beberapa spekulasi positif pabila berhadapan dengan situasi yang membingungkan ini... -POSITIVE THINIKNG


"Ustaz ni kenapa buat macam ni ni? Hmm.. Mungkin ustaz baca perlahan sebab tak nak ganggu jemaah belakang yang masih solat lagi tu kot..."

"Pelik ustaz ni? Mungkin sebab ustaz nak feeling (khusyuk) sikit kot baca perlahan tu..."


Setiap orang cuba melemparkan spekulasi masing-masing...
Spekulasi/pandangan yang cuba dilontarkan adalah berbeza-beza...
Tapi semuanya adalah pandangan yang POSITIF... 
Tiada pandangan NEGATIF sama sekali....



Begitulah juga dengan KEHIDUPAN yang sedang kita tempuhi sekarang ini...

Pabila kita boleh bersangka baik dengan ustaz yang kita kagumi (thiqah dengan ustaz)...
Kenapa tidak kita boleh bersangka baik dengan Tuhan yang memang sepatutnya kita sanjungi...??

Lihatlah firmanNya di dalam hadith qudsi:
Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.


Namun,ramai dalam kalangan kita yang hakikatnya bertindak SEBALIKNYA.. (Nau'zubillah min zalik)

Pabila ditimpa dengan suatu musibah...
Kita mula merungut,seolah-olah menuding jari kepada-Nya...


"Aduhh.. Kenapalah malang sangat nasib aku hari ini ya Allah..."

"Ya Allah..! Kenapa kau ambil nyawa ibu/ayah/abang/kakak aku ya Allah..!! Kenapa kau ingin menguji aku sebegini teruk ya Allah..!!!"

"Kenapa aku yang kena benda buruk ni! Kenapa Kau tak bagi saja benda ni kat orang lain! Kenapa mesti aku orang nya!!?"


Kebiasaannya kita mampu bersangka baik dengan ilmu ustaz yang tinggi meskipun kita tidak ketahui kebenarannya di waktu itu..
Tetapi  kenapa tidak kita mampu untuk bersangka baik dengan ILMU ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA LUAS HIKMAH YANG TIDAK KITA MAMPU UNTUK MENCAPAINYA..??

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ  جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Seandainya lautan itu menjadi tinta untuk (menulis) kalimah-kalimah  (ilmu-ilmu) Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimah-kalimah Tuhanku,meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."



Bersangka baik lah dengan segala ketentuanNya terhadap kita yang PASTI mengandungi hikmahnya...
Meskipun manis ataupun jua pahit,PASTI ada hikmahnya (must be has its positive effect)...
Cuma kita sahaja yang tak ketemukan lagi suratan hikmah itu...

Wallahua'alam.


Ilmu Allah Maha Luas meliputi semua perkara. Ilmu manusia sangat terhad jangkauannya. Umpama sepasang mata kelawar yang tidak mampu melihat di waktu siang. Bukan kerna GELAPNYA siang itu,tetapi kerna siang itu TERLALU TERANG untuk mata sang kelawar menghadapinya dengan batasan matanya yang terhad.