Saturday 22 December 2012

ISLAMEDIC : Cara Berwudhu' Untuk Kawasan Luka Yang Bertampal


Pabila kita kekadang mengalami kemalangan & kecelakaan…
Lantas beberapa bahagian daripada anggota badan kita  mengalami luka-luka (wound@الجرح)…
Terus tatkala itu juga kita terus membalut atau menampal luka itu untuk melindunginya daripada kecederaan yang lebih teruk…



Namun,lantaran itu juga timbul satu persoalan…

Bagaimana cara untuk kita berwudhuk dengan SEBETUL-BETULNYA tanpa memudaratkan luka tadi sekali gus membolehkan ibadah kita diterima oleh-Nya?


Berdasarkan Kitab ‘Taqrirotus Sadidah Fil Masai’lil Mufidah (Bahagian Ibadah)
 (التَقرِيرَاتُ السَدِيدَة فِي المَسَائِل المُفِيدَة - قسم العبادات) 
karya Al-Alamah Al-Faqih Al-Muhaqqiq Syeikh Zain Ibn Ibrahim Ibn Zain Ibn Sumait,
 (العَلَامَة الفَقِيهِ المُحَقِّق زَين بن اِبرَاهِيمَ بِن زَينِ بِن سُمَيط) 
dan disyarahkan oleh Habib Syeikh Hasan Ibn Ahmad Ibn Muhammad Al-Kaf 
(حَبِيب حَسَن بِن أَحمَدَ بن مُحَمَّدٍ الكَاف) 
  
Ada diterangkan secara terperinci mengenai bab ‘tampalan’ (- أحكام الجبيرةyang merujuk kepada tampalan luka-wound plaster)

Antara kaifiat (cara-cara) berwudhu’ bagi orang yang mempunyai tampalan luka:

1-  Mulakan wudhu’ seperti biasa sehingga sampai kepada giliran anggota yang bertampal itu.

2-  Pabila tiba sahaja giliran anggota yang bertampal itu,hendaklah kita bertayamum bagi menggantikan wudhu’   ke atas tampalan luka tersebut (Bertayamum SEPENUHNYA seperti biasa daripada mula (muka) sehinggalah akhirnya(kedua belah tangan)).

3-     Kemudian, basuh seperti biasa bagi kawasan sekitar tempat tampalan itu (maksudnya anggota yang sama,cuma bagi bahagian yang tidak kena tampalan).

4-  Kemudian,sapukan air di atas tampalan luka itu.(Sapu di sini bukan bermaksud bewudhu’ tetapi maksudnya  cukup sekadar basah-basahkan sedikit sahaja (Contohnya jika tangan kanan yang bertampal,basahkan  tangan kiri sedikit,kemudian gegar-gegarkan sedikit tangan kiri itu,dan sapu sisa-sisa air di tangan kiri tadi ke  atas tampalan luka di tangan kanan tersebut.)

5-    Akhir sekali,sempurnakan wudhu’ bagi anggota-anggota lain seperti biasa.

Bagi mereka yang ingin  MANDI WAJIB pula,pilihan diberi samada hendak mendahulukan mandian ataupun tayamum. Namun,yang lebih afdhol adalah mendahulukan tayamum kerna mandian selepas itu boleh menghilangkan kesan-kesan tanah (hasil daripada tayamum sebelumnya).



HUKUM SOLAT BAGI ORANG YANG MEMPUNYAI TAMPALAN LUKA :

1-    Sekiranya tampalan luka itu di atas anggota tayamum (muka atau dua belah tangan),maka WAJIB baginya mengqada’kan (menggantikan) solatnya itu.
2-    Dan sekiranya tampalan luka itu di atas anggota selain daripada anggota tayamum (selain daripada muka dan kedua tangannya),maka ada dua situasi baginya,merujuk kepada SAIZ tampalan luka itu ;

1)      Jika tampalan luka itu sebesar luka tersebut,maka TIDAK PERLU dia mengqada’kan solatnya.
2)      Tetapi jika tampalan luka itu melebihi kadar saiz lukanya (lebihan yang agak besar saiznya,kalau terlebih sedikit,tidak mengapa),maka WAJIB baginya mengqada’kan solatnya itu.

Tetapi sekiranya TIADA TAMPALAN atas lukanya itu,maka WAJIB baginya BERTAYAMUM ke atas anggota yang luka itu dan membasuh anggota lain (yang tidak luka) seperti biasa. Bagi situasi ini,hukumnya TIDAK PERLU QADA’ solat walaupun lukanya itu di atas anggota tayamum sekalipun.


*Pengajarannya,jika ada tampalan luka KECIL di anggota wudhu’ kita,SEELOKNYA DISARANKAN agar tampalan itu dibuka terlebih dahulu dan kita berwudhu’ seperti biasa bagi memudahkan pengaliran air,kerna tampalan yang kecil sekalipun kadang-kadang menghalang air daripada sampai ke tempat yang tidak luka (contohnya kulit yang melekat di bahagian tepi ‘plaster’ itu)



Cuma apabila sampai sahaja ke tempat yang berluka apabila berwudhu’ nanti,berhati-hatilah sedikit ketika hendak mengalirkan air@basahkan lah sekadarnya sahaja.

Walau bagaimanapun,bagi luka-luka yang kritikal seperti balutan seluruh kepala kerna kemalangan jalan raya ataupun balutan seluruh tangan kerna melecur dan sebagainya,bolehlah dirujuk kepada kaedah seperti yang dinyatakan di atas.

Namun,perlu diketahui di sini perbincangannya akan memerlukan kepada perbahasan yang lebih mendalam lagi dan perbincangan di atas hanyalah sekadar perbahasan asas sahaja (Surface of water instead of the deeper depth)

Dan perlu juga diketahui perbahasan di atas hanyalah berdasarkan kepada perbahasan daripada satu kitab sahaja. Tidaklah perlu terikat hanya kepadanya sahaja jika dirasakan terlalu berat kerna terdapat berpuluh-puluh lagi perbahasan lain yang kekadang akan memberikan jalan yang lebih mudah lagi. (Terdapat juga panduan beribadah bagi pesakit yang telah dikeluarkan oleh Jabatan-jabatan Agama seperti JAKIM)



Bagi mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan dan sebagainya,dinasihatkan agar banyak-banyakkan lah bersabar. Ibadah fardhu tetap WAJIB ditunaikan,cuma akan datang rukhsah (keringanan) bagi golongan-golongan seperti ini.

Bukanlah kecelakaan itu menimpa kita saja-saja tanpa tujuan,tetapi kadang-kadang kecelakaan itu ditimpakan bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita...

Kecelakaan itu Allah timpakan supaya kita kembali rapat kepada-Nya setelah terlalai jauh...
Kecelakaan itu ditimpakan supaya ego kita yang kekadang menjulang tinggi dijatuhkan sedikit supaya kita sedar ego kita hanyalah ego seorang hamba yang lemah...
Dan kekadang kecelakaan itu Allah sengaja timpakan supaya kita belajar akan benda-benda baharu seperti perbahasan ilmu bagi orang yang ditimpa kesakitan di atas...

Banyak hikmah yang terkandung sebenarnya...



Akhirnya,janganlah terlalu merungut kerna ditimpa kesusahan..
Kerna ramai lagi orang yang jauh lebih susah daripada kita...
Dan ‘Bersama-sama kesusahan itu juga akan ada KESENANGANNYA’...

اِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرَا


Wallahua’alam.

  

2 comments :

  1. kita juga punya nih artikel mengenai 'Panduan Berwudhu berbasis android', silahkan dikunjungi dan dibaca , berikut linknya
    http://repository.gunadarma.ac.id/bitstream/123456789/4926/1/persentasi%20penulisan%20ilmiah.pdf
    trimakasih
    semoga bermanfaat

    ReplyDelete