Tuesday 2 September 2014

11 PERKARA ORANG MALAYSIA TIDAK SEPATUTNYA LAKUKAN DI MESIR



Panduan ini khusus ditulis bagi mereka yang pertama kali datang ke Mesir samada atas tujuan datang melancong bersama keluarga ataupun atas tujuan menyambung pelajaran ke Mesir sebagai pelajar baru.

(Panduan ini didedahkan bukan bertujuan untuk memburukkan Mesir, apatah lagi untuk menghina negara yang telah banyak mendidik diri penulis ini, tetapi ia ditulis sebagai persediaan kepada warga Malaysia yang ingin berkunjung ke Mesir bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.)

11 ‘JANGAN’ yang patut dititikberatkan oleh warga Malaysia ketika pertama kali tiba di Mesir :

1-      Jangan tayang smartphone @ iphone @ tab anda di khalayak ramai, kerana orang Arab Mesir memang kebanyakannya target orang Malaysia sebagai orang kaya yang boleh dijadikan mangsa rompak/ragut.

2-      Jangan letak beg duit @ wallet @ handphone mahal anda di dalam poket seluar atau apa-apa poket luar pakaian anda yang mudak diseluk masuk tangan ke dalamnya, kerana pencuri Arab Mesir memang sangat-sangat pakar dalam bab pickpocket ini sehinggakan anda tidak akan perasan walau sedikit pun! (kerana saya pernah kena dan sampai sekarang saya tidak pernah membawa apa-apa barang berharga saya di dalam poket seluar ^_^ ) Lebih-lebih lagi ketika anda berada di dalam pengangkutan awam (bas/van (tremco) ).


Dipanggil 'micro-bus' dalam kalangan masyarakat Arab tempatan, tetapi dipanggil sebagai 'tremco' oleh pelajar Malaysia-Mesir

3-      Pabila pertama kali sampai di lapangan terbang antarabangsa Mesir, jangan terlalu berani terus menaiki teksi atau pengangkutan awam dengan sendiri. Sebaiknya minta mana-mana kenalan orang Malaysia yang anda kenal di Mesir untuk menyambut ketibaan anda di lapangan terbang berkenaan, kerna orang Arab Mesir suka target ‘freshies’ sebagai mangsa tipuan mereka (caj tambang pengangkutan berlipat-lipat kali ganda). Lebih-lebih lagi bila anda kelihatan tidak tahu berbahasa Arab dan tidak pandai berbahasa Arab tempatan (arab ammi bukan fushah).

4-      Ketika menunaikan solat di masjid-masjid tempatan, jangan sesekali meletakkan beg atau barang-barang berharga anda di belakang, sebaliknya letak di hadapan (di bahagian yang mata anda boleh perhatikan) kerana banyak terjadi kes hilang barang yang ditinggalkan di belakang walau sekejap.

5-      Jangan bergerak berseorangan. Perompak Arab Mesir suka target orang Malaysia yang bergerak berseorangan, lebih-lebih lagi bila anda kelihatan berpakaian mewah dan mempunyai rupa muka yang ‘jambu’ (maaf, muka ‘jambu’ pun termasuk juga ^^ ).

6-      Jika mahu bershopping (membeli-belah) di kedai-kedai tempatan ataupun di pasar-pasar terkenal di sini, jangan pergi shopping bersendiran (sekiranya anda baru di sini) ataupun pergi hanya bersama pelajar-pelajar baru sahaja (bagi pelajar baru), sebaiknya minta tolong pelajar-pelajar tempatan Malaysia yang berada di sini untuk menemani dan bantu anda membuat tawaran harga sekali, kerana kebiasaannya peniaga Arab akan meletakkan harga 2-3 kali ganda mahal bila berurusan jual beli dengan orang Malaysia (pelajar-pelajar Malaysia di sini kebiasaanya tahu berapa harga standard barang-barang Mesir).

7-      Jangan biarkan pintu atau tingkap rumah anda tertutup tanpa berkunci. Bahaya. Pastikan ia sentiasa berkunci walaupun sekejap. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di rumah tingkat/bahagian bawah.

8-      Jangan berjalan kaki berseorangan di tempat-tempat yang berisiko tinggi*. Sebolehnya gunakan jalan alternatif untuk ke destinasi anda itu jika berjalan kaki.
*(tempat-tempat yang telah dikenal pasti sebagai spot penjenayah beroperasi. Rujuk pelajar tempatan Malaysia mengikut kawasan Mesir yang anda sedang berada itu kerana setiap muhafazah (daerah/negeri di dalam Mesir), tempat berisikonya adalah berbeza-beza mengikut muhafazah masing-masing).

9-     Jangan menunjukkan sebarang sokongan terhadap mana-mana isu politik yang berlaku di sini (seperti saya suka Mursi, saya sokong Ikhwan Muslimin, saya sokong Rabaah – walaupun anda memang seorang penyokong kebenaran), baik sokongan dalam bentuk lisan ataupun dalam bentuk alam maya (contoh : ikon whatsapp anda menggunakan simbol Rabaah). Sebolehnya dielakkan sehabis mungkin.

10-  Jangan tangkap gambar bangunan-bangunan institusi ketenteraan yang berada di sini, kerana memang itu polisi yang dilarang kerajaan Mesir sebagai sebuah negara tentera.

11-  Jangan sia-siakan peluang anda berada di Mesir. Ziarah tempat-tempat bersejarah, beli banyak-banyak kitab-kitab murah dan manfaatkan kelas-kelas pengajian yang ada di sini kerana bukan semua orang bernasib baik mendapat peluang pergi ke negara Mesir seperti yang anda dapat! Have fun! ^_^ )

26 comments :

  1. jangan hilang sabar apabila berada disini

    ReplyDelete
  2. kalau pergi masjid elok bwk selipar spare. 8 pasang kasut saya & kawan punya pernah hilang time solat di masjid

    ReplyDelete
  3. kalau cmtu,kat mana nk simpan handphone klau bukan dipocket?:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan di dalam beg atau tempat2 yg susah untuk disyaki ada disimpan di situ :)

      Delete
  4. Jangan beratur bila nak buat visa. ikut style arab. Kalau beratur, sampai bila xkan siap. haha

    ReplyDelete
  5. Jangan bawa kawan arab datang rumah. Lagi-lagi kawan yang baru sangat kenal. Ada kes dia masukkan pil tidur dalam air pelajar msia, sedar2 dah kena ikat.

    ReplyDelete
  6. Jangan tengok perempuan arab, sebab baju diorang ketat sangat. Rosak mata dan iman

    ReplyDelete
  7. Kesimpulan; Jangan datang ke Mesir...

    ReplyDelete
  8. sabar kalau blackout.huu

    ReplyDelete
  9. Jangan percaya pmram.
    Jangan 200usd dekat pmram.
    Jangan ambik atau percaya wan amik dan abdan jadi musyrif.
    Jangan ambik musyrif yg pakai jubah susah nak lari (abdan)
    Jangan turun bas kaki kiri
    Jangan percaya pak said (syed) kaki pusing.
    Jangan percaya faizal sabun.
    Jangan jadi geng kelab umno.
    Kesimpulan jangan ikut peraturan.

    ReplyDelete
  10. Jangan nak mengarut duk lame kat sana..haha

    ReplyDelete
  11. Jangan ludah merata wpon arab buat camtu..

    ReplyDelete
  12. Jangan tanya kt senior: ust..ust taun brapa? Yg kmdian d ikuti dgn..ust mai bila..
    Pannthang thokk nenek monyang monyet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ust nama apa? Ust tinggal dekat mana? Ust ambil apa dekat mesir? Ust dah berapa lama dekat mesir? Ust tahun berapa dh di mesir?

      Delete
  13. Baru2 sampai,Jgn buat sempoi buat reti depan senior..stg ada yg mula rasa menyampah dan mula pula menyumpah...|-O

    ReplyDelete
  14. Nk buleh ckp arab kna buat apa yg arab buat..cuma jgn kencin kt dinding dan ghencin kwn..

    ReplyDelete
  15. Ada arab yg test dlu budak baru sblm dia ghencing harga brg dsb.
    Dia akan tnya jam pkoi bpa: sa'a kam?
    Kantoo mnjwb mndedahkn diri kpd risiko d ghenchinnn

    ReplyDelete
  16. org arab busuk. tak mandi. tutup je hidung depan diorg2 ni

    org arab suka nganjing. buat bodoh je. dah nama pon arab. jgn di layan

    pengemis arab main kasar tarik2 baju. kalau dh ganas sangat hang pang ja xyah takut2

    ReplyDelete
  17. I was recommended this web site by my cousin. I'm not sure whether this
    post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble.
    You are incredible! Thanks!

    ReplyDelete