Friday 28 June 2013

Syurga Aku Bukan Kerna Amalan kamu!

~Gambar sekadar Hiasan~


Diceritakan oleh Imam Abdullah Talidi rahimahullahu ta'ala dalam kitabnya  الفواءد والعبار من عجاءب الأقدمين (Faedah dan Pengajaran daripada Kisah-kisah Ajaib Orang-orang Terdahulu), terdapat satu Hadis yang dikisahkan oleh Saidina Jabir Ibn Abdullah r.a. menceritakan mengenai perihal seorang Lelaki yang beribadah selama 500 tahun di sebuah pulau....

Yang mana hidup si lelaki ini adalah hanyalah sebatang dirinya pada Ibadahnya sahaja...

Dan dikisahkan bahawa beliau adalah merupakan seorang yang sangat kuat ibadahnya...
Hidupnya adalah tidak lain hanyalah beribadah di pulau tersebut sepanjang harinya...

Walaupun pulau yang didudukinya itu terletak di tengah-tengah lautan, namun dengan izin Allah, lelaki ini mampu untuk teruskan kehidupannya di situ kerana dijadikan satu lubang air di situ yang akan sentiasa memancutkan airnya yang mana air tersebut rasanya tidak masin dan boleh dijadikan minuman harian oleh lelaki tadi...

Dan diceritakan juga bahawa dijadikan sebatang pokok delima di pulau itu yang mana pokok delima tersebut akan sentiasa mengeluarkan buahnya di setiap malam bagi membolehkan si lelaki tadi memakannya sepanjang hidupnya...

Kemudian lelaki tadi mendirikan solat lantas meminta kepada Allah s.w.t agar beliau dimatikan dalam keadaan bersujud...



Lantas dengan kekuasaan Allah, lelaki yang hidupnya adalah dengan beribadah sahaja tadi ditakdirkan mati di dalam keadaan sujudnya...


Dan setelah itu dikisahkan bahawa lelaki itu tadi kemudiannya dibangunkan di hadapan Allah s.w.t. ...
Dan Allah s.w.t. berfirman kepada Malaikat-Nya :

"Dengan Rahmat-Ku,maka masukkan hamba-Ku ini ke dalam Syurga..."

Kemudian lelaki ini berkata : 

"(Tidak), Bahkan dengan amalanku wahai Tuhanku..."

Allah s.w.t. berfirman lagi :

"Dengan Rahmat-Ku,maka masukkan hamba-Ku ini ke dalam Syurga..."

Lelaki ini berkata lagi :

"(Tidak), Bahkan dengan amalanku wahai Tuhanku..."

Allah s.w.t. berfiman lagi :

"Dengan Rahmat-Ku,maka masukkan hamba-Ku ini ke dalam Syurga..."

Lelaki ini berkata lagi :

"(Tidak), Bahkan dengan amalanku wahai Tuhanku..."


Kemudian Allah s.w.t. befirman kepada para Malaikat :

"(Baiklah,maka) Timbangkan Nikmat-Ku dengan amalan nya (si abid tadi) 

Apabila ditimbang antara Nikmat Allah dengan amalan-amalan lelaki itu, maka didapati bahawa hanya dengan Nikmat Penglihatan sahaja telah menyamai kesemua ibadah selama 500 tahun si lelaki itu...dan baki Nikmat Jasad pula telah jauh melebihi dan mengalahkan beratnya timbangan amalan abid itu tadi...

Maka berfirmanlah Allah :

"Masukkan dia ke dalam Neraka..."

Pabila hendak dimasukkan dia ke dalam neraka,cepat-cepatlah lelaki tadi menyeru kepada Allah:

"Wahai Tuhan, dengan Rahmat Engkau, maka Kau masukkanlah aku ke dalam Syurga..."

Terus Allah s.w.t. berfirman :

"Kembalikan dia semula..."

Dan Allah s.w.t. terus berfiman lagi :

"Wahai hamba-Ku, Siapakah yang menciptakan engkau ketika engkau tidak mempunyai apa-apa?

"Engkau ya Tuhanku..."

"Dan adakah itu dengan kehendak kau ataupun dengan Rahmat-Aku?"

"Bahkan dengan Rahmat Engkau (wahai Tuhanku)..."

"Siapa yang memberikan kau kekuatan untuk  beribadah selama 500 tahun?"

"Engkau ya Tuhanku..."

"Siapa pula yang mengeluarkan air (untuk kau minum) ketika kau berada di pulau yang berada di tengah-tengah lautan... Yang mengeluarkan buah-buah delima untuk kau di setiap malam padahal yang biasanya delima itu hanya akan berbuah pada setiap tahun... Yang memperkenankan permintaan kau untuk dimatikan kau dalam keadaan sujud??"

"Engkaulah ya Tuhanku..."

Maka Allah Azza wa Jalla berfirman :

"Kesemua itu adalah dengan Rahmat-Ku...dan dengan Rahmat-Ku jugalah Aku memasukkan kau ke dalam Syurga... Maka masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam Syurga..."


-Hadis Sahih,diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam  التوبة-



Allah......

Siapalah kita jikalau hendak dibandingkan dengan Abid yang beribadah selama 500 tahun itu...
Sedangkan ibadah selama 500 tahun itu pun belum tentu lagi menjaminkannya untuk masuk ke Syurga Allah, apatah lagi lah bagi diri kita yang lebih-lebih lagi penuh dengan dosa-dosa maksiatnya ini...


Sungguh...
Segala amalan-amalan kita hari ini belum tentu lagi boleh menjamin Syurga Allah...

Hanya RAHMAT dari-Nya sahajalah yang kita harapkan...
Kerna Rahmat Allah itu jauh melebihi segala apa yang ada di muka Bumi ini...

Lantas, jangan disebabkan hal ini kita berhenti pula untuk melakukan segala amalan-amalan Ibadah...
Bahkan teruskanlah dan pertingkatkan lah lagi segala amalan-amalan Ibadah dan Kebaikan kita...
Kerna siapa tahu, mungkin Rahmat Allah itu terselit di salah satu antara ribuan amalan itu...



Yang paling penting sekali, jangan mudah untuk kita berputus asa daripada terus memohon Rahmat Allah...
Kerna Rahmat-Nya jauh melebihi Kemurkaan-Nya kepada hamba-hamba-Nya...

Wallahua'alam.


Saturday 22 June 2013

Seperti Bobo,budak tadika di alam universiti




Saban hari...
Semakin banyak benda-benda baru yang kita pelajari...
Lantas, bagaimana keadaan diri dalam menguruskan ilmu-ilmu yang dipelajari ini...?

Pabila ilmu itu semakin banyak yang kita rasakan kita sudah ketahui...

Awas...

Kerna akan timbul segala macam 'bisikan-bisikan' baru yang perlahan-lahan akan cuba menghasut...
Lantas perlahan-lahan diri kita ini akan mula merasakan.. 

"Akulah yang paling BETUL ilmunya...!"

"Orang lain yang berbeza-beza pandangan ilmunya dengan aku adalah SALAH!"

"Mereka yang lain-lain ni semuanya SALAH lagi MENYESATKAN! Jangan ikut mereka,bahaya!!" 


Pergh! Pandai kita cakap kat orang lain kan...
Sebab bukan kita yang merasakan...



Hati-hati sahabat-sahabat sekalian...
Jangan kita cepat mudah untuk menghukum...
Kerna bila tersilap hukum, nampak sangat jahil lagi diri itu sebenarnya...

Kata sebahagian ulama' : "Lebih baik kita tersilap terlepas orang yang bersalah daripada kita tersilap hukum orang yang memang tidak bersalah."




Bila tiba-tiba suatu masa kita terjumpa dengan seseorang yang berlainan ideanya dengan kita...
Jangan kita terlalu cepat untuk mengatakannya adalah salah...
Cubalah sama-sama untuk kita meraikannya...
Kerna boleh jadi apa yang dipelajarinya itu adalah sama...
Cuma ia diperoleh daripada cara dan sudut yang berbeza...

Lantas pabila membincangkan mengenai perkara ini, teringat aku kepada suatu cerita...
Cerita mengenai Bobo, seorang budak tadika yang baru bertatih-tatih di alam persekolahannya...


--------------------------------------------------------------------

Bobo seorang budak tadika...

Dan Bobo baru sahaja pulang daripada tadikanya...
Lantas pabila Bobo tiba di muka pintu rumahnya, ayah dan ibu Bobo terus memanggilnya untuk makan tengahari bersama...

Bobo terus menuju ke dapur untuk makan bersama-sama mereka...
Dibasuh dengan teliti kedua-dua tangannya...
Kerna itulah yang baru diajarkan sebentar tadi oleh guru tadikanya...

Terus Bobo duduk di meja makan bersama ibu dan ayahnya...
Dan dengan tidak semena-mena Bobo tiba-tiba terlihat ayah dan ibunya terus pantas menyuapkan nasi yang dihidang tadi ke dalam mulut mereka...

Bobo tiba-tiba teringat akan adab-adab makan yang BARU DIPELAJARINYA di tadika tadi...
Lantas Bobo terus berkata kepada ayah dan ibunya dengan meninggikan suara:

"Papa mama,baca doa dulu! Tadi cikgu Bobo ajar... Dia kata sebelum makan kita kena baca doa dulu!!"

Ayah dan ibu Bobo mengangguk-anggukkan kepala mereka pabila mendengarkan kepada TEGURAN Bobo itu...

Lantas mereka pun,berpura-pura membaca doa...seolah-olah buat-buat terlupa...
Padahal mereka telah terlebih dahulu lagi membaca doa itu lebih awal lagi sebelum Bobo tiba...!

Namun, tidak terdetik pun di hati mereka untuk memarahi Bobo yang meninggikan suara itu...
Kerna mereka tahu, orang yang baru belajar seperti Bobo itu memang tidak tahu...bahawa orang lain sudah TELEBIH DAHULU TAHU jauh sebelum Bobo itu tahu akan ilmu yang baru dipelajarinya itu...


------------------------------------------------------------------------

Itulah tahap pemikiran ilmu kanak-kanak yang baru mengenali apa itu ertinya ILMU...



Lantas jangan samakan taraf ilmu kita umpama kanak-kanak tadika yang baru belajar benda-benda baharu...
Dipegang kukuh ilmunya yang baru dibelajar satu itu...

Dan pabila dia terlihat saja ada orang lain yang BERLAINAN sikit dengan apa yang dia tahu...
Akan terus DIMARAHINYA mereka-mereka yang berlainan daripadanya itu...
Dengan alasan "Apa yang kau buat ini tiada di dalam kamus ilmu aku!"

Lantas dia terus saja memarahinya dek kerana merasakan diri dia sudah cukup berilmu...
Padahal mungkin saja orang yang dimarahnya itu sudah mempelajari sesuatu ilmu yang BELUM dia tahu!

Inilah taraf ilmu kanak-kanak tadika yang dimaksudkan itu...


Dan realitinya dapat kita lihat kekadang di dunia sebenar harini...

Pabila kekadang ada di antara kita yang melihatkan kepada sesuatu amalan yang dilakukan oleh orang lain...
Yang mana amalan yang dilihatnya itu dirasakan tidak pernah diketahuinya sebelum ini seperti dengan apa yang telah dipelajarinya...

Lantas dengan pantas dia akan memarahi orang yang dilihat berlainan dengan perbuatannya itu...
Sambil mengatakan:

"Wey! Apa yang kamu buat ni!? Nabi tak pernah buat benda-benda macam ni tau tak!!?"

"Hoi! Kau buat amalan baru mende ni! Perbuatan kau ni BID'AH kau tau tak!!?"

"Woi! Ni BID'AH ni! Perkara-perkara BID'AH ni semua sesat! Dan orang yang buat BID'AH-BID'AH macam ni semua Nabi tak mengaku umat tau! Semua masuk Neraka!!"



Pergh...

Sungguh pantas kita menghukum perbuatan seseorang bukan...?
Umpama semua sudut ilmu itu sudah kita ketahui selok-belok pengajiannya...


"Aku kata BID'AH ni bukan tujuan nak menghukum pun... Tapi aku nak jaga betul-betul ajaran Sunnah Nabi tu, tak nak ada yang terpesong buat benda-benda baru... Kan bahaya tu..."


Ya, memang tidak salah untuk kita betul-betul menjaga ketulenan Sunnah-Sunnah Nabi s.a.w ini...
Tapi bukankah MENJAGA PERASAAN ORANG LAIN itu juga adalah sebahagian daripada Sunnah-Sunnah Nabi...?
Bukankah MENJAGA KEHARMONIAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT itu juga adalah sebahagian daripada Sunnah-Sunnah Nabi...??

Atau adakah yang dikatakan Sunnah-Sunnah Nabi itu hanya pada Ibadah yang ingin dijaga ketulenannya sahaja semata-mata??


Ya, memang tidak salah untuk kita betul-betul menjaga ketulenan Sunnah-Sunnah Nabi ini...
Tapi cubalah untuk BERSANGKA BAIK dengan orang lain terlebih dahulu...
Kerna boleh jadi amalan-amalan mereka yang kita TUDUH BID'AH itu sebenarnya adalah amalan sebenar yang MEMANG ADA dalam ajaran-ajaran Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. sebelum ini...

Boleh jadi amalan-amalan yang kita tuduh BARU ini sebenarnya memang telah diajar oleh Nabi, Sahabat-Sahabat dan Para Ulama' TERDAHULU...

Boleh jadi amalan-amalan yang kita tuduh DIREKA-REKA ini memang telah wujud sebenarnya LAMA-LAMA DAHULU...

Cuma kita sahaja yang BELUM MENGETAHUI akan ajaran Sunnah-Sunnah Nabi seperti itu...
Dek kerana kurangnya ilmu-ilmu yang masih belum cukup kita pelajari...

Dan pabila di suatu saat kita TERSALAH TUDUH BID'AH kepada orang yang memang berpegang betul-betul kepada Sunnah-Sunnah Nabi ini...
Lantas siapakah yang melakukan BID'AH terbesar sebenarnya di saat ini...?



Berhati-hatilah...

Kerna boleh jadi orang yang kita tuduh Bid'ah itu telah mengaji beratus-ratus jenis jilid Kitab daripada berbagai-bagai pandangan Ulama'...

Boleh jadi mereka ini telah mengetahui bermacam-macam jenis sudut ilmu... Bermacam-macam jenis Hadis...Bermacam-macam jenis Kitab... Bermacam-macam jenis pandangan Ulama'...

Yang mana dengan hasilan mengaji ilmu yang pelbagai itu menyebabkan mereka beramal dengan sesuatu amalan yang mana TIDAK KITA TAHU akan ilmu yang mereka pelajari itu...

Jauh sangat-sangat berbeza dengan kita yang kekadang tidak mengetahui apa-apa pun sebenarnya...

Lantas memang jahil lagi lah sebenarnya diri kita ini...
Banyak benda yang perlu kita pelajari lagi sebenarnya sebelum suka untuk menuduh-nuduh orang ini...

Tidak kesahlah BERBEZA PANDANGAN dari sudut mana pun...
Berbeza dari sudut pandangan Ibadah ke...
Berbeza dari sudut pandangan Parti Politik ke...
Berbeza dari sudut pandangan hujah ilmiah ke...

Andai kata suatu hari nanti kita terjumpa dengan seseorang yang BERBEZA dengan kita...
Yang mana pemikiran mereka itu dilihat kurang senang pada pandangan mata kita...

Maka bawak-bawaklah berbincang...

Kerna cantiknya ISLAM itu pada MENERANG...bukan pada MENYERANG.

Wallahua'alam.

Sunday 9 June 2013

Jauhnya pandangan 'mereka' ke hadapan




Suatu ketika semasa di zaman persekolahan suatu masa dahulu...

Ada seorang rakan perempuan sekelas bertanyakan satu soalan teka-teki kepada ku...


Member : Azmeer2... Kita ada satu soalan teka-teki ni...

Aku : Hmmph... Apa dia..??

Member : Dalam banyak2 haiwan kan, haiwan apa yg keluar 'Haid' ?? Hah,jawab2...

Aku (dalam hati ~Terkejut!~ ) : Huiyo! Dahsyat gler soalan dia ni!? Jarang orang perempuan nak mention benda2 macam ni dengan orang lelaki... Open-minded gler dia ni... Bagus betol...

Lantas aku cuba untuk menjawab sambil control perasaan ~terkejut~ tadi : Hmm... Ada ke?  Manusia kot...??

Member : = =" ...Haiwan lah...

Aku : Adohh... Susah jugak soalannya.... Tak tau lah...

Member : Apalah Azmeer ni... Jawapan dia 'Kura-kura' lah!

Aku : Apasal plak 'Kura-kura'!!

Member : Ye lah... Kura-kura kan boleh keluarkan dia punya 'Head'... Hehehe

Aku : Oohh... 'Head' ke... Ingatkan 'Haid' tadi... Bunyi lebih kurang sama je... Pandai ko kenakan aku kan... = = ""



Begitulah sepalit nostalgia semasa zaman sekolah dahulu...
Zaman persekolahan untuk kebiasaan remaja....

Namun, setelah beberapa tahun aku meninggalkan alam persekolahan ini, dengan tidak semena-mena soalan yg sebijik sama ini turut diajukan sebentar tadi kepada kami...
Namun, dalam keadaan yang sedikit berbeza...

Ketika mengikuti pengajian al-Fadhil Ustaz Nazrul Abdul Nasir hafizahullah mengenai 'pemasalahan darah wanita' siang tadi...
Soalan yang sebijik sama turut dibincangkan oleh al-Fadhil Ustaz bersama-sama kami...

"Apakah binatang yang mengeluarkan darah haid?"


Dan perbincangan itu tidak terhenti setakat itu sahaja...
Kata al-Fadhil Ustaz...

"Dalam hal ini, ada 8 binatang yang mengeluarkan darah haid sepertimana yang disebutkan di dalam Kitab 'Hasyiah Baijuri' mengenai perbincangan dalam permasalahan darah haid ini...

Haiwan-haiwan tersebut adalah :

1- Dubuk betina
2- Arnab betina
3- Kelawar betina
4- Cicak (gecko) betina
5- Kuda betina
6- Anjing betina
7- Unta betina
8- Wanita (Kerna dalam Ilmu Mantiq, kita manusia ini disebutkan sebagai حيوان النطق = Haiwan yang berkata-kata, haiwan yang berfikir... berakal )


Lantas baru aku tersedar...
Dalam keyakinan aku mengenai "Mana ada binatang yang keluarkan darah Haid ini" suatu ketika masa dahulu rupa-rupanya hanya berpasak pada keyakinan ilmu yang fantasi... bukan ilmu yang diperoleh hasil daripada usaha-usaha untuk menambah pengetahuan diri...

Benarlah kata Imam Syafie rahimahullah :

"Semakin bertambah banyak ilmu ku, semakin bertambah sebenarnya aku tahu akan kebodohan diri ku..." 



Lantas pabila diketengahkan perbincangan mengenai binatang yang mengeluarkan darah haid ini...
Terus Ustaz menerangkan beberapa perkara mengenainya...
Kerna bimbang-bimbang akan ada yang bertanya...

"Ustaz! Berapa tempoh suci untuk haid binatang itu ustaz!? Nanti kalau dia nak berjimak nanti mesti kena mandi wajib lepas haid itu kan ustaz!? Kalau tak mandi wajib BERDOSA lah kan Ustaz...?? Macam orang perempuan..."


Rileks dulu...
Perlu diketahui bahawa Makhluk yang tidak berakal seperti HAIWAN tidak ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) dengan hukum-hukum feqah seperti Wajib, Sunnat, Harus, Makruh ,Haram dan sebagainya...

Maka, tidaklah dikira berdosa walaupun haiwan yang keluarkan darah haid itu tidak mandi wajib sampai bila-bila sekalipun... Kenapa? Sebab dia 'haiwan' lah... ^_^

Berbeza dengan manusia yang mempunyai pelbagai  taklifan dan terikat dengan pelbagai hukum-hukum feqahnya...
Sebab untuk memuliakan martabat manusia itu sendiri...


Lantas akan timbul pula soalan lain selepas itu...

"Dah tu kalau binatang-binatang tu tak ditaklifkan dengan sebarang hukum-hukum fiqh, kenapa ulama'-ulama' dahulu bincangkan jugak tentang perkara ini!? Tak nampak macam membazir masa je ke??"  


Walaupun nampak macam remeh, tapi perkara ini sangat penting sebenarnya...
Kerna perbincangan mengenai 'haiwan yang mengeluarkan darah haid' ini akan nampak pentingnya dalam isu-isu talak (menceraikan) isteri...

Contoh:
Seorang suami melafazkan satu kata-kata : "Kalau Kuda betina tu keluar haid dia nanti Timah, aku akan talak (ceraikan) kau...!"


Maka apabila tiba masanya kuda betina itu betul-betul mengeluarkan darah haidnya, maka lafaz Talak tadi akan menjadi SAH hukumnya...





Nampak....
Begitu jauh sebenarnya perbincangan ulama'-ulama' zaman dahulu melangkaui zaman mereka...
Hatta sekecil-kecil perkara dalam isu Feqah ini pun telah ada perbincangannya sebenarnya...

Contoh lain lagi seperti 'Apakah status anak yang lahir hasil daripada persetubuhan manusia dengan kambing?'

Walaupun pada zaman-zaman dahulu perkara-perkara seperti ini tidak pernah berlaku walaupun sekali...
Namun, perbincangan mengenai permasalahan ini kita nampak pentingnya apabila ia betul-betul berlaku di zaman sekarang...!
Apabila di zaman ini pelbagai macam benda tidak mustahil untuk berlaku....

Zaman akhir dunia...


Sengaja ulama'-ulama' terdahulu telah bersiap-sedia dengan perbincangan-perbincangan futuristik seperti ini...
Kerna mereka tahu generasi-generasi kemudian selepas mereka ini akan ramainya menjadi yang malas untuk mengkaji dan berbincang mengenai perkara-perkara yang memerlukan usaha yang sangat gigih seperti ini...


Maka banyakkanlah lagi usaha kita dalam study...study...dan study...

Wallahua'alam.