Friday 15 February 2013

Bodoh berganda-ganda (BB)




“Aku bodoh… Tapi engkau lagi bodoh…!!”

Apa pendapat anda pabila tiba-tiba anda diajukan dengan kata-kata yang sedemikian rupa?

“Wei! Kau siapa nak kata aku bodoh!!
Kau fikir kau tu dah cukup bagus sangat ke hah!!?
Kau tu yang lagi bodoh sebenarnya!!
Ada ke nak kata kat orang pulak…!!”

Perghh…
Kemain melenting lagi kita kan…??
Cukup bengang apabila ada orang yang seolah-olah tindakannya memperlekehkan kredibiliti diri kita ini…
Cukup pantang apabila ke’EGO’an kita diuji…
Cukup merasa hebat dengan diri sendiri…

Betul tak?


Ya… Rasa hebat dengan diri sendiri…
Ramai yang sebenarnya tidak menyedari akan kewujudan virus yang sangat bahaya di dalam diri kita ini…


Pabila kekadang kita melihat orang yang lebih muda memberikan sedikit nasihat di hadapan…

“Alaah budak ni… Dia siapa nak tegur orang yang lebih tua macam aku…? Umur baru setahun jagung,ada hati nak rasa diri tu dah hebat sangat nak tegur orang lain…”

Pabila kekadang diri kita ini ditegur sedikit oleh golongan yang lebih tua dari kita…

“Alaah pak cik ni… Nak tegur orang konon… Anak sendiri pun entah ke mana,ada hati lagi nak jaga tepi kain orang… Aku ni belajar universiti bertaraf kebangsaan lah…! Aku tahulah!!”

Pabila ada sahabat-sahabat yang cuba memberi nasihat umum di hadapan khalayak ramai…

“Alaah mamat ni… Sibuk je nak tegur orang…! Macam lah diri tu tak pernah buat salah langsung… Cakap kat depan pun tersangkut-sangkut…”




Cukup-cukuplah wahai manusia…
Cukup-cukuplah dengan penyakit yang tidak habis-habis memikirkan diri sendiri itu lebih baik berbanding orang lain…


Nak pikir diri sendiri itu seorang yang sangat pandai..!?

Sudah khatam bermacam-macam jenis buku??
Sudah bertalaqqi dengan macam-macam jenis syeikh??
Sudah belajar segala macam jenis ilmu??

Tak payah nak belagak lah…
Kerna makhluk yang paling bijak pernah di alam semesta ini ialah IBLIS…
Dan IBLIS ni jauh lebih banyak ilmunya daripada manusia berganda-ganda!!!

Segala macam jenis ilmu telah dikhatamnya!!
Segala macam jenis pengetahuan telah diketahuinya!!


Nak pikir diri sendiri itu seorang yang alim pula…!?

Sudah rasakan diri itu telah banyak melakukan ibadah-ibadah sunat??
Ibadah fardhu tidak pernah sesekali diabaikan…??
Lidah sentiasa basah dengan zikir dan solat malam tidak pernah ditinggalkan??

Tak payah nak berlagak lah…
Kerna makhluk yang paling alim di alam semesta ini ialah IBLIS…
Dan IBLIS ni dahulunya jauh lebih alim daripada manusia berganda-ganda!!!

Segala jenis ceruk di muka Bumi ini telah ditanda dengan sujud di dahinya (menandakan betapa banyak ibadahnya)!!
Dan segala jenis malaikat pernah tunduk menghormati kepadanya...yang dahulunya dia adalah sebagai ketua segala malaikat!


Iblis lah makhluk yang paling alim dan paling banyak ilmunya pernah dicipta…
Namun,Iblis ini jugalah yang sekarangnya mendapat gelaran sebagai makhluk paling hina di seluruh alam semesta…
Gara-gara kerna merasakan dirinya lebih hebat daripada makhluk lain…




Sehingga sanggup ingkar perintah Allah untuk tunduk kepada Adam a.s. yang diciptakan daripada tanah..

{قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسجُدَ إِذ أَمَرتُكَ, قَالَ أَنَا خَيرٌ مِّنهُ خَلَقتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طِين }

Maksudnya: “)Allah) berkata: “Apakah yang menghalang engkau (Iblis) daripada sujud (akur) kepada perintah-Ku? Dia (Iblis) berkata: ‘Aku adalah lebih baik daripada dia (Nabi Adam a.s.) kerna aku diciptakan daripada api sedangkan dia diciptakan daripada tanah’.”

(surah al-A’raf : ayat 12)


Ego… Bangga diri… Berlagak…
Sejenis penyakit yang paling bahaya…
Namun,ramai sekali daripada kita yang telah terbiasa dengan sifat yang paling dibenci oleh Allah ini sebenarnya…

Bermula daripada periwayatan sejarah manusia itu apabila Qabil merasakan dirinya lebih bagus daripada Habil,lantas dibunuhnya Habil itu dan tertumpahlah darah manusia pertama di dunia...
Disambung kemudiannya dengan Firaun yang merasakan dirinya adalah lebih baik daripada segala-galanya,sehingga menobatkan dirinya sebagai Tuhan di alam dunia…
Dituruti kemudiannya oleh  Qarun yang dikurniakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah,lantas dengan kekayaan ini dia mula berubah daripada seorang yang khusyuk ibadah kepada seorang yang mula ingkar kepada Tuhannya…kerna dirasakan dirinya lebih baik daripada mereka yang tidak mempunyai kekayaan sepertinya…

Manusia saban abad,saban itu juga dituruni sifat bangga diri itu,generasi demi generasi…
Sehinggalah kepada zaman kita sekarang yang secara sedar tak sedar,kita juga sebenarnya telah dan sedang mewarisi virus-virus ‘bangga diri’ yang sangat-sangat bahaya ini…

Perspektif ‘aku lebih baik daripada kau’



“Eehle.. Kau siapa nak tegur aku!? Kau pikir kau tu dah cukup bagus sangat ke hah!!?”

“Alaah ustaz ni… Benda ni aku dah belajar dah dalam subjek Pendidikan Islam kat sekolah dulu… Tak payah lah nak ulang-ulang lagi nasihat-nasihat ni… Bosan betul lah..”

“Alah mamat ni,nak tunjuk hebat,laju gelecek bola konon… Takdelah hebat mana pun…”


Susah betul untuk kita mengiktiraf kelebihan orang lain bukan??
Dan lebih susah lagi untuk kita merendahkan diri sendiri…betul tak??

Ya… Inilah penangan benih-benih ego dalam diri kita sebenarnya…
Merasakan diri ini ‘is the best’…

Dan pabila benih ego ini telah berkembang mekar di dalam diri kita…
Maka akan semakin susah lah bagi kita untuk mengakui kelemahan diri yang perlu dibaiki sebenarnya ini..

Bila diri itu semakin tinggi egonya…
Semakin dilihat orang lain itu banyak sungguh salahnya…
Kelemahan diri pula semakin menjadi kabur di pandangan dirinya…
Lantas akan timbullah rasa  أَنَا خَيرٌ مِّنهُ (aku lebih baik dari dia)


Kenali dahulu siapa kita sebenarnya?

Dalam menangani rasa bangga diri dalam diri ini,teringat aku kepada satu kisah…

Kisah yang berlaku antara seorang ulama’ dengan seorang pembesar di sebuah negeri…
Kisah yang berlaku apabila ulama’ ini secara tidak sengaja terlakukan satu kesilapan kepada si pembesar,dan terus si pembesar ini tadi mengeluarkan satu kata-kata yang menunjukkan betapa tinggi sifat ‘bangga diri’ nya itu:

“Apa masalah engkau ni!? Engkau tak kenal ke siapa aku!!?”

Lantas ulama’ ini terus menegur si pembesar tadi tanpa teragak-agak.. :

“Engkau nak tahu siapa diri kau yang sebenar!?
Engkau mulanya adalah daripada setitis air mani yang jijik lagi hina…!
Akhirnya engkau nanti adalah tidak lari daripada menjadi satu bangkai yang sangat kotor lagi busuk baunya…!
Dan selang antara waktu mula dan waktu akhir itu,engkau tidak lain tidak bukan adalah seorang pembawa najis (yang sentiasa mengangkut najis-najis yang jijik di dalam perut kau itu)…!!”


Ya…
Ini lah sebenarnya hakikat ‘rupa paras’ kita…
Mulanya kita adalah daripada setitis air mani yang jijik lagi hina…!
Akhirnya nanti kita adalah tidak lari daripada menjadi satu bangkai yang sangat kotor lagi busuk baunya…!
Dan selang antara waktu mula dan waktu akhir itu,manusia ini tidak lain tidak bukan adalah seorang pembawa najis (yang sentiasa mengangkut najis-najis yang jijik di dalam perutnya itu)…!!”

Itulah kita… Sangat-sangat hina sebenarnya…

Pandanglah orang lain  dengan pandangan   خَيرٌ مِّنا(Lebih baik daripada kita)

Pandanglah semua orang di sekeliling kita dengan pandangan yang mulia…
Jauh lebih mulia daripada kita…

Pandang mulialah kanak-kanak di sekeliling kita…
Kerna boleh jadi dosa-dosa mereka jauh lebih sedikit berbanding kita…

Pandang mulialah orang-orang tua di sekeliling kita…
Kerna boleh jadi pahala-pahala mereka jauh lebih banyak daripada kita…

Pandang mulialah orang-orang miskin di sekeliling kita…
Kerna boleh jadi jiwa-jiwa mereka jauh lebih zuhud,tidak cintakan dunia seperti kita…

Pandang mulialah orang-orang kaya di sekeliling kita…
Kerna boleh jadi duit-duit mereka jauh lebih banyak telah disedekahkan daripada kita…

Pandang mulialah orang-orang pandai di sekeliling kita…
Kerna boleh jadi ilmu-ilmu mereka jauh lebih tinggi daripada kita…

Pandang mulialah orang-orang jahil di sekeliling kita…
Kerna boleh jadi segala dosa mereka telah diampunkan disebabkan kesalahan yang mereka lakukan itu tidak mereka ketahui akan salahnya perbuatan itu…



Bersangka baiklah kepada semua orang di sekeliling kita…
Kerna mungkin hakikat sebenarnya mereka adalah lebih jauh dikasihi Allah daripada kita…

Teringatku kepada kata-kata Saidina Umar r.a.:


“Sesungguhnya Allah s.w.t menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara:

Pertama, Allah menyembunyikan keridhaan-Nya dalam ketaatan kepada-Nya.
Kedua, Allah menyembunyikan murka-Nya dalam kemaksiatan kepada-Nya.
Ketiga,Allah menyembunyikan lailatul qadar dalam bulan ramadhan.
Keempat, Allah menyembunyikan para wali di antara manusia.
Kelima, Allah menyembunyikan kematian di dalam umur.
Keenam, Allah menyembunyikan shalat pertengahan (ash shalatul wustha) dalam shalat lima waktu.” (Umar bin Khattab radhiyallahu anh)

Ya… Mungkin ada dalam kalangan orang yang kita biasa temui sehari-seharian di dalam kehidupan kita ini adalah daripada kalangan wali-wali Allah yang setiap daripada kata-kata mereka,samada mendoakan kebaikan untuk kita,ataupun mendoakan keburukan untuk kita adalah doa yang mustajab… Wallahua’alam

Berhati-hatilah pabila berinteraksi dengan setiap orang yang kita jumpa!
Kena mungkin salah seorang daripada mereka adalah wali-wali Allah…
Walaupun peminta sedekah di tepi jalanan sekalipun…
Mungkin… who knows???

Bezakan antara ‘proud’ dan ‘boast’

Setiap manusia memang diciptakan dengan kelebihan tersendiri…
Lantas,adakah salah jika kita ‘berbangga’ dengan kebolehan diri kita itu??

Ya… Memang tidak salah…
Berbanggalah dengan kebolehan yang kita ada…
Jika tidak,sampai bila-bila pun kita tidak akan berkembang maju…

Berbanggalah sekadarnya…
Dan jangan sampai kadar ‘berbangga’ kita itu menyebabkan kita memandang hina kepada orang lain di sekeliling kita…

Bezakan antara ‘proud of’ (berbangga) dengan ‘boasting’ (berlagak)…

“I’m proud with myself”…”I’m proud with Islam”
 Dan
“I’m better than you,far more better…you are nothing compare to me…”


VS



Beza bukan??


Wallahua’alam.

No comments :

Post a Comment