Saturday 22 June 2013

Seperti Bobo,budak tadika di alam universiti




Saban hari...
Semakin banyak benda-benda baru yang kita pelajari...
Lantas, bagaimana keadaan diri dalam menguruskan ilmu-ilmu yang dipelajari ini...?

Pabila ilmu itu semakin banyak yang kita rasakan kita sudah ketahui...

Awas...

Kerna akan timbul segala macam 'bisikan-bisikan' baru yang perlahan-lahan akan cuba menghasut...
Lantas perlahan-lahan diri kita ini akan mula merasakan.. 

"Akulah yang paling BETUL ilmunya...!"

"Orang lain yang berbeza-beza pandangan ilmunya dengan aku adalah SALAH!"

"Mereka yang lain-lain ni semuanya SALAH lagi MENYESATKAN! Jangan ikut mereka,bahaya!!" 


Pergh! Pandai kita cakap kat orang lain kan...
Sebab bukan kita yang merasakan...



Hati-hati sahabat-sahabat sekalian...
Jangan kita cepat mudah untuk menghukum...
Kerna bila tersilap hukum, nampak sangat jahil lagi diri itu sebenarnya...

Kata sebahagian ulama' : "Lebih baik kita tersilap terlepas orang yang bersalah daripada kita tersilap hukum orang yang memang tidak bersalah."




Bila tiba-tiba suatu masa kita terjumpa dengan seseorang yang berlainan ideanya dengan kita...
Jangan kita terlalu cepat untuk mengatakannya adalah salah...
Cubalah sama-sama untuk kita meraikannya...
Kerna boleh jadi apa yang dipelajarinya itu adalah sama...
Cuma ia diperoleh daripada cara dan sudut yang berbeza...

Lantas pabila membincangkan mengenai perkara ini, teringat aku kepada suatu cerita...
Cerita mengenai Bobo, seorang budak tadika yang baru bertatih-tatih di alam persekolahannya...


--------------------------------------------------------------------

Bobo seorang budak tadika...

Dan Bobo baru sahaja pulang daripada tadikanya...
Lantas pabila Bobo tiba di muka pintu rumahnya, ayah dan ibu Bobo terus memanggilnya untuk makan tengahari bersama...

Bobo terus menuju ke dapur untuk makan bersama-sama mereka...
Dibasuh dengan teliti kedua-dua tangannya...
Kerna itulah yang baru diajarkan sebentar tadi oleh guru tadikanya...

Terus Bobo duduk di meja makan bersama ibu dan ayahnya...
Dan dengan tidak semena-mena Bobo tiba-tiba terlihat ayah dan ibunya terus pantas menyuapkan nasi yang dihidang tadi ke dalam mulut mereka...

Bobo tiba-tiba teringat akan adab-adab makan yang BARU DIPELAJARINYA di tadika tadi...
Lantas Bobo terus berkata kepada ayah dan ibunya dengan meninggikan suara:

"Papa mama,baca doa dulu! Tadi cikgu Bobo ajar... Dia kata sebelum makan kita kena baca doa dulu!!"

Ayah dan ibu Bobo mengangguk-anggukkan kepala mereka pabila mendengarkan kepada TEGURAN Bobo itu...

Lantas mereka pun,berpura-pura membaca doa...seolah-olah buat-buat terlupa...
Padahal mereka telah terlebih dahulu lagi membaca doa itu lebih awal lagi sebelum Bobo tiba...!

Namun, tidak terdetik pun di hati mereka untuk memarahi Bobo yang meninggikan suara itu...
Kerna mereka tahu, orang yang baru belajar seperti Bobo itu memang tidak tahu...bahawa orang lain sudah TELEBIH DAHULU TAHU jauh sebelum Bobo itu tahu akan ilmu yang baru dipelajarinya itu...


------------------------------------------------------------------------

Itulah tahap pemikiran ilmu kanak-kanak yang baru mengenali apa itu ertinya ILMU...



Lantas jangan samakan taraf ilmu kita umpama kanak-kanak tadika yang baru belajar benda-benda baharu...
Dipegang kukuh ilmunya yang baru dibelajar satu itu...

Dan pabila dia terlihat saja ada orang lain yang BERLAINAN sikit dengan apa yang dia tahu...
Akan terus DIMARAHINYA mereka-mereka yang berlainan daripadanya itu...
Dengan alasan "Apa yang kau buat ini tiada di dalam kamus ilmu aku!"

Lantas dia terus saja memarahinya dek kerana merasakan diri dia sudah cukup berilmu...
Padahal mungkin saja orang yang dimarahnya itu sudah mempelajari sesuatu ilmu yang BELUM dia tahu!

Inilah taraf ilmu kanak-kanak tadika yang dimaksudkan itu...


Dan realitinya dapat kita lihat kekadang di dunia sebenar harini...

Pabila kekadang ada di antara kita yang melihatkan kepada sesuatu amalan yang dilakukan oleh orang lain...
Yang mana amalan yang dilihatnya itu dirasakan tidak pernah diketahuinya sebelum ini seperti dengan apa yang telah dipelajarinya...

Lantas dengan pantas dia akan memarahi orang yang dilihat berlainan dengan perbuatannya itu...
Sambil mengatakan:

"Wey! Apa yang kamu buat ni!? Nabi tak pernah buat benda-benda macam ni tau tak!!?"

"Hoi! Kau buat amalan baru mende ni! Perbuatan kau ni BID'AH kau tau tak!!?"

"Woi! Ni BID'AH ni! Perkara-perkara BID'AH ni semua sesat! Dan orang yang buat BID'AH-BID'AH macam ni semua Nabi tak mengaku umat tau! Semua masuk Neraka!!"



Pergh...

Sungguh pantas kita menghukum perbuatan seseorang bukan...?
Umpama semua sudut ilmu itu sudah kita ketahui selok-belok pengajiannya...


"Aku kata BID'AH ni bukan tujuan nak menghukum pun... Tapi aku nak jaga betul-betul ajaran Sunnah Nabi tu, tak nak ada yang terpesong buat benda-benda baru... Kan bahaya tu..."


Ya, memang tidak salah untuk kita betul-betul menjaga ketulenan Sunnah-Sunnah Nabi s.a.w ini...
Tapi bukankah MENJAGA PERASAAN ORANG LAIN itu juga adalah sebahagian daripada Sunnah-Sunnah Nabi...?
Bukankah MENJAGA KEHARMONIAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT itu juga adalah sebahagian daripada Sunnah-Sunnah Nabi...??

Atau adakah yang dikatakan Sunnah-Sunnah Nabi itu hanya pada Ibadah yang ingin dijaga ketulenannya sahaja semata-mata??


Ya, memang tidak salah untuk kita betul-betul menjaga ketulenan Sunnah-Sunnah Nabi ini...
Tapi cubalah untuk BERSANGKA BAIK dengan orang lain terlebih dahulu...
Kerna boleh jadi amalan-amalan mereka yang kita TUDUH BID'AH itu sebenarnya adalah amalan sebenar yang MEMANG ADA dalam ajaran-ajaran Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. sebelum ini...

Boleh jadi amalan-amalan yang kita tuduh BARU ini sebenarnya memang telah diajar oleh Nabi, Sahabat-Sahabat dan Para Ulama' TERDAHULU...

Boleh jadi amalan-amalan yang kita tuduh DIREKA-REKA ini memang telah wujud sebenarnya LAMA-LAMA DAHULU...

Cuma kita sahaja yang BELUM MENGETAHUI akan ajaran Sunnah-Sunnah Nabi seperti itu...
Dek kerana kurangnya ilmu-ilmu yang masih belum cukup kita pelajari...

Dan pabila di suatu saat kita TERSALAH TUDUH BID'AH kepada orang yang memang berpegang betul-betul kepada Sunnah-Sunnah Nabi ini...
Lantas siapakah yang melakukan BID'AH terbesar sebenarnya di saat ini...?



Berhati-hatilah...

Kerna boleh jadi orang yang kita tuduh Bid'ah itu telah mengaji beratus-ratus jenis jilid Kitab daripada berbagai-bagai pandangan Ulama'...

Boleh jadi mereka ini telah mengetahui bermacam-macam jenis sudut ilmu... Bermacam-macam jenis Hadis...Bermacam-macam jenis Kitab... Bermacam-macam jenis pandangan Ulama'...

Yang mana dengan hasilan mengaji ilmu yang pelbagai itu menyebabkan mereka beramal dengan sesuatu amalan yang mana TIDAK KITA TAHU akan ilmu yang mereka pelajari itu...

Jauh sangat-sangat berbeza dengan kita yang kekadang tidak mengetahui apa-apa pun sebenarnya...

Lantas memang jahil lagi lah sebenarnya diri kita ini...
Banyak benda yang perlu kita pelajari lagi sebenarnya sebelum suka untuk menuduh-nuduh orang ini...

Tidak kesahlah BERBEZA PANDANGAN dari sudut mana pun...
Berbeza dari sudut pandangan Ibadah ke...
Berbeza dari sudut pandangan Parti Politik ke...
Berbeza dari sudut pandangan hujah ilmiah ke...

Andai kata suatu hari nanti kita terjumpa dengan seseorang yang BERBEZA dengan kita...
Yang mana pemikiran mereka itu dilihat kurang senang pada pandangan mata kita...

Maka bawak-bawaklah berbincang...

Kerna cantiknya ISLAM itu pada MENERANG...bukan pada MENYERANG.

Wallahua'alam.

No comments :

Post a Comment