Tuesday 13 March 2012

Pergh! Mat Saleh kot...!!



Kalau sebut je orang Barat,mesti kita rasa kagum kan..?

Tak percaya??

Tak payah pergi jauh,cuba tengok dekat Malaysia je..
Tengah2 kita jalan sempoi,tiba2 ternampak ada beberapa orang mat saleh lalu sebelah...

Pergh!! Terus kita rasa seronok & kadang2 rasa bertuah sebab dapat jumpa mat saleh..
Tudiaa...kemain lagi...

Tak cukup lagi?

Cuba buat survey sikit...
Try tanya soalan sikit..
Apa jawapan yg biasa dengar...?

"Ishh..cite kartun ni...apa barang? Cite orang putih lagi best..."
"Asyik2 lagu nasyid.. Lagu Inggeris lagi best..kontemporari kot..."
"Ko nak pergi kenduri tu pakai kopiah ke? Selekeh gler... pakai la kemeja dgn tie,baru smart.."
"Makan pun guna tangan..apala..kuno nya...orang sekarang pakai sudu dgn garfu la..lagi moden.."

Sedar tak sedar kadang2 kita terlalu mengAGUNGkan budaya2 Barat..
Betul tak..?

Betul..memang banyak benda baik yg boleh kita ambil dari budaya luar...
Apa yg baik ISLAM MEMANG GALAKKAN UTK KITA CONTOHI...ISLAM TAK TOLAK..

Tapi orang Islam sekarang bukan setakat benda baik je yg diambil..dgn yg buruk2 semua diambilnya..


Hmm...

Peradaban Barat..(Western civillisation)


Ramai yg melihatnya sebagai KEMAJUAN..

Betul ke..?

Jom kembali ke awal2 peradaban Barat ini muncul...

Renaissance.. Ingat lagi tak?
Zaman Barat mula melangkah ke arah kemajuan..
Zaman ni la peradaban Barat mula mengatur langkah sampai la apa yg kita lihat sekarang..

Peradaban Barat yg dianggap antara yg termaju abad ini...

Tapi..cuba perhatikan betul2..
Renaissance....peranan Gereja mula dipersoalkan
Renaissance.....Martin Luther mula memperjuangkan protestan-hasil drpd protes kerna cuba untuk memperbaiki peranan Gereja-permulaan tercetusnya mazhab Protestan...

Kemudian,semakin banyak berpecahnya mazhab2 kristian ini selepas itu sehinggakan dikatakan hari ini bilangannya mencecah ribuan mazhab!

Gambaran awal kepada kita bahawa orang Barat mula MENOLAK AGAMA DLM KEHIDUPAN mereka..
Agama diragui...
Agama mula tak dipercayai...
Lantas agama segera disisihkan dlm kehidupan mereka utk mencapai kemajuan...


Kemudian,matlamat utama mereka segera berubah..
Akhirat bukan lagi sasaran mutlak..
Agama bukan lagi matlamat yg ingin dijejak..

KEBENDAAN (materiality) mula menjadi tujuan kehidupan...

(Berbeza dgn Islam yg menetapkan akhirat sebagai tujuan utama...dunia hanyalah persinggahan semata-mata...jambatan sementara demi menjejak ke dunia selamanya)

Manusia mula mencari2 hakikat apa itu kemajuan??
Lantas mereka mula berlumba2 mencari PERUBAHAN..

Perubahan demi perubahan dilakukan atas dasar untuk bergelar manusia termaju abad itu...

Namun...kemajuan yg dikecapi bukanlah kemajuan hakiki yg dapat dinikmati..
Kerna mereka menilai kemajuan itu berdasarkan AKAL SEMATA-MATA..

(Berbeza dari Islam yg memandang kemajuan dari sudut ukhrawi hasil panduan wahyu Ilahi)

Perubahan demi perubahan terus dikejar...
Pelbagai jenis falsafah mula diketengah..

Darwinisme (Charles Darwin)...Feminisme...Liberalisme...Sekularisme
Manusia terus berlumba mengejar perubahan untuk kemajuan..

Saingan yg tak pernah henti demi mencapai kepuasan yg dimimpi2..


Perubahan demi perubahan dilakukan dengan PESAT!
Umpama proses pembandaran (urbanisation) yg mencakar langit dlm masa yg sangat singkat..
Daripada sekecil2 tapak perumahan menjulang kepada bangunan berlapis2 binaan...

Daripada asal kehidupan yg memerlukan kpd NATURALITY-hijau tumbuh-tumbuhan,udara segar...manusia mula beralih kpd konkrit2 yg tersusun padat-'hutan besi' yg semakin menjadi pujaan mereka...

-Nilai sebuah kemajuan-

Begitulah juga dgn kehidupan mereka...

Manusia mula hidup dalam kepura-puraan (artificial life)
Benda2 yg tak sepatutnya dijadikan sasaran dikejar mati-matian...
Hiburan...nilai mata kebendaan...fesyen...kepuasan...

sampaikan budaya ini mula menggugat FITRAH KEHIDUPAN (natural & traditional life)...


Perindustrian yg pesat memerlukan kpd tenaga kerja yg semakin ramai..
Lantas WANITA mula diambil untuk dijadikan sebahagian drpd tenaga buruh yg diperlukan..

Peranan keibuan mula ditinggalkan...
Anak2 makin diabaikan...
Zaman kehancuran institusi kekeluargaan dimulakan...
Kadar jenayah semakin meningkat hilang kawalan...

Pabila kebendaan diutamakan...
HANYA NAFSU & KEPUASAN DIRI DIJADIKAN PANDUAN 

-Kebudayaan citarasa (sensate culture)-


Apa yg dirasakan seronok...puas...memenuhi tuntutan nafsu....
Itulah yg BETUL dlm kehidupan ini...

Artis2 sensasi menjadi pujaan...
Konsert2 harian mula menjadi kegilaan...

Pakaian2 yg unik,seksi,charming menjadi trend...
Make up sensasi,rupa paras menawan,cute sahaja menjadi pandangan...

Lelaki dan perempuan berciuman sudah menjadi kebiasaan...
Remaja lelaki dan perempuan yg dibawa masuk ke dalam rumah tidak menjadi persoalan...
Malah,kegiatan berpeluk-pelukan itulah yg menjadi KEBANGGAAN..

Tanda mencapai kematangan...
Setiap orang muda mesti ada PASANGAN....yg berseorangan dikatakan ketinggalan..
Perkahwinan menjadi sesuatu yg dianggap membebankan...

Setiap orang berhak menikmati 'kelazatan tubuh badan' setiap insan yg lain...
Bertukar-tukar pasangan....menikmati kelazatan pelbagai kelainan tubuh insan yg berbeza...
Benda biasa....

-Kehidupan bertunjangkan nafsu-

Segala yg bertentangan dgn NAFSU & KEPUASAN DIRI dikekang habis-habisan..
Dikatakan tak kehadapan...

Manusia mula hidup dalam kekeliruan...



Manusia mula kehilangan identity (Crisis identity)

Lesbian...gay......hubungan sesama jenis dikatakan sebagai satu drpd hak asasi...

Wanita perlu diberikan hak sebagaimana yang lelaki berhak...-Feminisme-Wanita berjuang untuk mendapatkan persamaan hak,taraf....sedangkan Allah menciptakan cantik lelaki dan wanita berbeza kerna masing2 ada peranan tersendiri...

Kehidupan manusia yg bertunjangkan nafsu dan penuh dgn kekeliruan tak ubah seperti kehidupan haiwan moden!


Adakah ini yang dikatakan sebagai kemajuan???


AYUH KEMBALI KE PERADABAN ISLAM!


-Peradaban azali yg hakiki panduan Ilahi-

No comments :

Post a Comment