Wednesday 30 May 2012

Kau ingat kau dah bagus sangat ke hah...


Manusia sering memikirkan bahawa mereka lah merupakan yg terhebat...

Dianugerah dgn seribu macam kebolehan...saban melangkau hari,saban meningkat kelupaan kita pada Si pemilik diri ini..


Teringat aku sewaktu keberadaanku di Bumi Tarbiyah Darul Quran dahulu

Penuh dgn seribu macam tarbiyah yg mengubah diri yg dina ini...



Pagi-pagi harian kami dimulakan dgn kelas tasmi' di awal pagi...
Bermula dari jam 8pg hingga 11.30pg bersama-sama Al-Quran,seorang demi seorang dari kalangan kami menghadap murabbi tasmi' utk menyemak bacaan masing-masing..

Setiap kelas mempunyai murabbi tersendiri...dan bertuah bagi kami kerna mempunyai seorang murabbi yg sangat2 menjaga disiplin Al-Quran kami... ^_^

Masih segar lagi memorabilia ku tatkala kami didenda di dalam masjid bersejarah itu...

Dihukum lompat bintang di tengah2 masjid di hadapan khalayak pelajar2 lain....
Disuruh berdiri di atas mimbar masjid hanya kerna tertukar satu dua huruf...
Didenda duduk berseorangan di atas kerusi mimbar di tengah2 masjid yg lapang hanya kerna terlupa sepatah dua ayat...
Diketuk jari jemari dgn kayu sugi gergasi...
dan bermacam-macam jenis hukuman yg kreatif lagi...

Boleh kata sebatan rotan tu merupakan makanan harian bg kami la kiranya..

Jikalau difikirkan sekali,memang sangat2 menyakitkan hati...
Kerna DIMALUKAN di hadapan khalayak pelajar2 yg lain yg sering memperhati..

Namun pengajaran ini sebenarnya sangat2 bererti...
Jikalau difiirkan hikmahnya dari sudut hati insani...

Kata muarbbiku di akhir2 pengajian...
"Manusia ni kena DIMALUKAN sekali-sekala...supaya dapat dibentuk untuk menjadi MANUSIA...jgn fikir diri kita ini terlalu hebat luar biasa...kerna ego manusia ni kekadang sangat2 terlupa kita akannya..."

~Ahli-ahli kelas tasmi'ku bersama-sama mentornya~

Kisah ini menyeret ingatanku kembali pada suatu kisah lain yg jarang dijumpai...

Teringat aku pada seseorang lelaki yg aku kagumi...Beliau merupakan seorang lelaki yg bekerja sebagai seorang kakitangan swasta yg agak berjawatan besar dlm syarikat majikan beliau. Satu hari,aku mengikut beliau ke tempat kerjanya untuk melakukan sedikit tugasan.

Setibanya di syarikat majikan beliau tersebut,aku melihat hampir semua kotak parking di tempat itu sudah di'RESERVED'kan untuk pekerja2 syarikat itu.

Namun,apa yg agak memeranjatkan aku ialah beliau (lelaki tadi) hanya mem'parking'kan keretanya itu di tepi2 jalan,tanpa kotak parking yg tetap,meskipun beliau mempunyai pengaruh & jawatan yg agak besar dlm syarikat tersebut.

Dengan penuh kehairanan,aku bertanya kepada beliau;"Takde ke kotak parking yg reserved untuk encik?"

Lantas beliau menjawab;"Perlu ke kotak parking tu? Apa kalau takde kotak parking sendiri maknanya tak hebat la kan..? Tak begitu.. Cuba fikir balik,sebenarnya kalau takde kotak parking tu lagi bagus...sebab maknanya saya boleh parking kereta saya ni kat mana2 saja yg saya suka...Betul tak?

Jgn la terlalu me'MULIA'kan sangat diri kita ini...Kekadang kita terlalu menempatkan diri kita pada kedudukan yg istimewa sangat...Yes we are special,but don't be too Special... Sedangkan Nabi yg sehebat-hebat manusia pun hanya tidur di atas sehampar tikar sahaja..cukup-cukup zuhud walhal Baginda lah sehebat-hebat raja,semulia-mulia manusia... Cukuplah manusia dengan EGO kita..."
(Kata2 yg diedit sedikit oleh penulis)


Kita memang hebat...Tak dapat dinafikan lagi kerna Allah telah berfirman:

"Sungguh,telah Kami ciptakan manusia dalam keadaan  yang sebaik-baiknya."

(surah at-Tin : ayat 4)

Namun,jgn lah dengan pelbagai anugerah yg 'dipinjamkan' oleh Allah ini membuatkan kita bertambah rasa hebatnya..bahkan kadang2 kita terlalu mengagungkan diri sendiri ini melebihi yang lain..

Awas...bukankah sombong,riak itu merupakan sebahagian daripada syirik kecil...
Ya..Bahkan kekadang ramai daripada kita yang tidak ingat akannya...

Ingatlah bahawa asal penciptaan kita adalah dari SETITIS AIR YANG HINA..

"Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dari saripati (yang) berasal daripada tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan)  dalam tempat yang kokoh (rahim)"

(surah al-Mukminun : ayat 12-13)

Yaa...asal manusia ini memang daripada tanah..Tapi ramai yang selalu alpa akannya...

Teringat aku ketika menghadiri satu kem pembinaan jati diri...
Di situ aku disuruh untuk berguling-guling di atas tanah,dicalit muka dengan lumpur tanah yang basah sebagai hukuman melanggar sebahagian disiplin program tersebut...

Lantas diri yang ego ini tatkala itu terus melenting,sambil mempersoalkan...

"Apahal nak denda orang guling2 ni..? Suka sangat main2 dengan tanah...
Tak relevan langsung la... Takde denda lain ke..?? Bengang betul aku..!"

Lantas juga persoalan ini dijawab oleh orang yang menghukum itu...

"Cuba ingat balik dari mana asal kejadian kita? TANAH kan...?? Jangan rasa diri ni hebat sangat la.. Denda dengan tanah tu hanya nak mengingatkan kau kembali kepada asal kejadian kita lantas menurunkan rasa ego di dalam diri yg terlalu hebat sangat tu.."

Yess..manusia ini hanya akan tersedar kembali kepada fitrahnya apabila TERKENA DIRI itu pada sesuatu...

Nikmat sihat hanya akan kita sedar kesyukurannya apabila kita sakit...
Rasa lapang hanya akan disyukuri nikmatnya apabila kita berasa sempit...
Nimat kurniaan ibubapa hanya akan kita sayangi apabila kita sedar akan orang lain yang tidak memilikinya..

...Dan pelbagai nikmat2 lain yg sering kita lupa... Bukankan manusia ini pelupa...??

Dan atas sebab itu jugalah sedikit tulisan ini dikongsi bersama..atas dasar untuk mengingatkan semula kita yang sering lupa..termasuklah diri penulis yang lemah lagi hina jua...

Ingat...hormati semua orang dan jangan terlalu merasakan diri kita ini terlalu hebat..

Hormati orang tua...kerna mungkin pahala amalan mereka lebih jauh banyaknya daripada kita...
Hormati kanak2 muda....kerna mungkin dosa2 mereka jauh lebih sedikit berbanding diri kita...
Hormati orang2 bijaksana...kerna ilmu2 mereka jauh lebih banyak daripada ilmu2 kita...
Hormati juga orang2 jahil...kerna mereka melakukan dosa2 dalam keadaan tidak tahu akannya yang mana dengan sebab inilah mereka tidak dikira berdosa...

...hormatilah semua....termasuk diri kita yang asalnya perlu kita ingat sentiasa...

Biarpun diri mempunyai PhD setinggi tara..
Biarpun diri berada di kelas pertama...
Biarpun diri menghafal 30 juzu' kalam yang Esa...
Biarpun diri bergaji berbilang-bilang angka..

Tetap dibiarkan diri yg hebat ini MERENDAH DIRI di-mana-mana setiap masa...

Biarlah diri yang dianugerahi seribu macam anugerah daripada Si Pencipta ini terus menekuk pada rasa merendah diri senantiasa...meskipun hakikatnya diri kita ini jauh mempunyai banyak kelebihan daripada kebanyakan manusia-manusia biasa...

Wallahua'alam  ^_^  

No comments :

Post a Comment