Wednesday 15 August 2012

Ibadah paling mudah,tapi ramai yang tak tahu



Ibadah....

Solat fardhu...solat sunat...puasa...zakat....sedekah


Ramai yang menganggap ibadah itu satu percakapan dan perbuatan yang hanya 'terikat' pada ritual-ritual tertentu semata-mata...
'terikat' hanya pada berbuat baik semata-mata...


Ibadah bukanlah hanya sekadar solat,puasa,zakat dan menunaikan haji sahaja...
Bukanlah juga hanya pada berbuat baik,bersedekah,berbudi dan sebagainya...


Tidak....

Bahkan skop ibadah itu sebenarnya sangat-sangat luas ruangnya Allah telah berikan...
Cuma kita sahaja yang sedar tak sedar perkara itu ibadah ataupun tidak...

Bahkan perkara yang harus juga boleh menjadi ibadah yang mendapat ganjarannya...

....dengan syarat......

-Tidak bercanggah dengan syarak
-Disertai dengan NIAT untuk beribadah kerana Allah mahupun mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w




Perasan tak adanya syarat NIAT di sini??

Ya...Bukanlah niat untuk beribadah kerna Allah itu hanya perlu ada pada solat,puasa dan zakat sahaja...
Bahkan niat beribadah kerna Allah ni sebenarnya perlu ada dalam SETIAP PERLAKUAN HARIAN kita..


Cuba kita renung sebentar rutin harian kita:

-Bangun pagi
-Kemas tempat tidur
-Mandi
-Bersiap-siap dengan pakaian diri
-Solat Subuh
-Sarapan pagi
-Pergi kelas/kuliah/kerja
-Rehat
-Makan tengahari
-Solat Zuhur
-Sambung kelas/kuliah/kerja
-Solat Asar
-Pulang le rumah/bilik/asrama
-Riadah
-Mandi,bersiap-siap diri & minum petang
-Solat Maghrib
-Membaca Al-Quran
-Solat Isyak
-Ulangkaji/urusan rumah tangga
-Tidur


Rasa-rasanya lah kan..... Bila waktunya kita beribadah dalam rutin harian kita di atas ni??


"Apa lah... Tanya pulak... Mesti lah waktu beribadah kita masa Solat lima waktu dan masa kita baca Al-Quran tu...."


Mesti ramai yang agak bersependapat dengan kenyataan di atas ni kan?


Benar... Memang waktu kita solat lima waktu & membaca Al-Quran itu adalah waktu kita beribadah...
Perkara ini semestinya sudah terlalu jelas..

Bahkan sebenarnya SEMUA waktu di atas tu BOLEH kita jadikan sebagai waktu kita peroleh ganjaran pahala sebenarnya...

"Aik!? Ye ke... Takkan waktu makan dengan waktu mandi pun boleh dapat pahala?? Biar betul.."


Ya... Memang betul...

Syaratnya kita mestilah BERNIAT melakukan perkara itu kerna beribadah kepada Allah tatkala kita hendak melakukan perkara-perkara sedemikian...

Contoh,niat mandi kerna Allah... Niat makan kerna Allah... Niat beriadah kerna mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w... Niat belajar kerna Allah

"Aku mandi kerna ingin membershkan & menyucikan tubuh badan aku kerna Allah."

"Aku menggosok gigi kerna aku mengikuti sunnah Rasulullah bersugi."

"Aku makan kerna ingin memberikan tenaga kepada badanku supaya aku boleh beribadah kepada Allah selepas ini."

"Aku beriadah kerna mengikuti sunnah Rasulullah."

"Aku membuang air besar kerna berlaku adil (tidak berlaku zalim) pada tubuh badanku sepertimana yang diperintahkan oleh Allah."


Because all of these begins with NIAT...

Sabda Rasulullah saw, 

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى. فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله, فهجرته إلى الله ورسوله . ومن كانت هجرته لدنيا يصيببها أو امرأة ينكحها , فهجرته إلى ما هجر إليه 

Maksudnya : "Segala amalan itu bergantung dengan niatnya. Dan tiap-tiap seorang akan mendapat sekadar apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia serta ingin memperolehinya, atau pun berhijrah kerana seorang perempuan yang ia ingin nikahinya maka hijrahnya itu adalah (mengikut) apa yang ia (niat) berhijrah kerananya". (HR Bukhari & Muslim)

Barulah perkara harus dalam hidup kita menjadi ibadah...di samping kita hanya dapat mandi 'kosong' tak dapat apa-apa (hanya dapat basahkan badan semata-mata),makan 'kosong' tak dapat apa-apa (hanya dapat merasai pepejal yang akan bertukar menjadi najis juga akhirnya)..dan hanya mendapat semua perkara 'kosong' harian

Eloklah kiranya jika setiap daripada perbuatan harian kita ni disertai dengan NIAT kerna Allah ataupun kerna mengikuti sunnah Rasulullah... Yang penting,NIAT dahulu...


'Nak niat macam mana?"


Dalam persoalan niat,tak perlulah kita menyusahkan diri dengan niat yang panjang berjela-jela mahupun dengan ayat-ayat yang kompleks... Permudahkan.. Jangan terlalu ingin menyusahkan (Tapi jikalau ingin menggunakan ayat yang panjang dan spesifik pun tiada masalah sebenarnya,ikutlah kesesuaian diri masing-masing)..

Yang penting niat kita itu bermatlamatkan Allah dan Rasulullah sebagai sandaran kepada segala perbuatan kita. Pandai-pandailah kita menyesuaikan niat perlakuan kita itu berobjektifkan dilakukannya kerna Allah mahupun mengikuti sunnah Rasulullah..


Inilah yang diamalkan oleh para ulama',sepertimana mengikut satu ungkapan..

"النية تجارة العلماء"

(Niat itu perniagaan para ulama')

Wallahua'alam...

No comments :

Post a Comment