Friday 9 September 2011

Wuuuii!! Aku dapat surat cinta la...! Aik!??




Bulan tersergam indah. Bintang-bintang riang berkerlipan. Hembusan bayu yg bertiup menerbangkan helaian-helaian daun keguguran. Awan mendung yang berarak diiringi lambaian-lambaian malar hijau menimbulkan suasana yg damai kepada semua makhluk yang bernyawa malam itu. Di satu malam yg hening,aku berjalan-jalan menuju pulang ke rumahku sambil menikmati angin bertiup-tiup sepoi bahasa. Setibanya di muka depan pagar rumahku,hati kecilku terdetik sebentar seolah-olah memanggilku untuk mengambil SESUATU YANG SANGAT BERHARGA di dalam peti surat rumahku.

Sejurus selepas aku membuka peti suratku,hatiku melonjak-lonjak riang kegirangan kerna aku menjumpai sepucuk surat berwarna merah yang berseri-seri rupanya ditambah lagi dengan nan wangi harumannya. Tambahan lagi,surat itu sememangnya dialamatkan kepadaku!

Adakah ini satu realiti, fantasi atau hanya satu ilusi...??



"Akhirnya,surat yg aku nanti-nantikan dari KEKASIHKU ini telah ku terima"
"Riang hatiku ini siapalah yang tahu...."
Bisik hati kecilku.


Aku melompat ke atas katilku dengan penuh keselesaan sambil tangan kananku kemas merangkul SURAT KESAYANGANKU itu.

Dengan dada yang berdebar-berdebar,aku membuka sisipan suratku itu dengan penuh berhati-hati agar surat yang sangatku sayangi itu tidak terkoyak walaupun sedikit.
 
"Apa agaknya ye isi kandungan surat ni?"
Hati kecilku tertanya-tanya...

Nafasku semakin tercungap-cungap dikala ku melihat sekeping kertas putih yg terlipat rapi dikeluarkan daripada sampul surat itu. Sedikit demi sedikit,aku mengeluarkan kertas itu dengan penuh hati-hati.

"Aik!? Apa maksud surat ni??"
Alangkah terkejutnya aku apabila sekalis pandanganku aku lihat surat itu ditulis dalam BAHASA ASING!!

Hatiku bergelojak keresahan."Apa yang perlu aku lakukan??"
Lantas otak fikiranku ligat berputar mencari jalan penyelesaian.

"Lebih baik aku guna kamus atau minta pakar bahasa yg lain untuk TERJEMAHKAN surat ini supaya nanti aku lebih mudah MEMAHAMI APA SEBENARNYA YANG DIUNGKAPKAN DALAM SURAT KESAYANGANKU INI..."




Ops,ops...
Dah2 la tu..
Penat aku bermadah pujangga...

Cite kt atas ni sbnarnya satu analogi je,x payah nak berangan lebih2 heh..
Lambaian malar hijau la,angin bertiup sepoi2 bahasa la..
Mcm2..
Habis tu,apa sebenarnya yg ingin disampaikan sebenarnya??
Cecite,cecite

Ok2. Mcm ni sebenarnya.
Andaikan kita dapat sesuatu SURAT BERHARGA dari seseorg (Alaa..Mcm dlm cite td laa)
Dari KEKASIH KESAYANGAN KITA,
Ataupun dari KEDUTAAN NEGARA LUAR yg ingin menyatakan suatu berita gembira..

Tp masalahnya,surat 2 ditulis dlm BAHASA ASING..
Mcm mne kita nak paham??

Mesti kita cuba guna KAMUS kn? Ataupun BELAJAR DGN ORG LAIN MENGENAI BAHASA ASING ITU?? Btol x???






Persoalannya,
Kenapa kita x melakukan sedemikian terhadap AL-QURAN??
Walaupun tiap2 hari kita mengatakan yg kita ni CINTAKAN ALLAH?

Btol ke?
Ke hanya 'menanam tebu di bibir mulut'?

"Katakanlah (Muhammad),'Jika kamu MENCINTAI ALLAH,ikutilah aku,nescaya ALLAH MENCINTAIMU dan mengampuni dosa-dosamu,' Dan Allah Maha Pengampun lagi MAHA PENYAYANG"
(surah al-Imran:ayat 31)

X percaya lg dgn CINTA ALLAH?
"Eleh,ckp pandai la..Apa buktinya??"

AL-QURAN!
Nape Allah turunkan Quran ni kpd hamba2Nya?? (Kita la tu)

"Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepada-mu (Muhammad) agar engkau menjadi susah,melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada ALLAH)."
(surah Taha:ayat 2&3)

"Tho-sin. Inilah ayat-ayat Quran dan Kitab yang jelas,petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang beriman."
(surah an-Naml:ayat 1&2)
Abis 2,nape mesti dlm bahasa Arab??

"Sesungguhnya Kami menurunkan nya (Al-Quran) berupa Quran berbahasa Arab,agar kamu mengerti."
(surah Yusuf:ayat 2)

Bahasa Arab ni mempunyai banyak hikmah dan mukjizatnya..
Cuma kita je yg x sedar psl benda ni.

Apa yg kita tau,baca,baca dan baca,tanpa phm makna kalimah mulia ini walaupun ckt..
Sebiji mcm BURUNG KAKAK TUA! Btol x? Jgn marah,hehe :)

Bahkan KEBANYAKAN DR UMAT ISLAM KT MALAYSIA NI X TAU BACA QURAN!!

"50% sahaja umat Islam di Malaysia memiliki Al-Quran di rumah 5% membacanya dan hanya 1% membaca tafsiran atau menghafalnya!!"
http://pakarhowto.com/info-berguna/realiti-kehidupan-umat-islam-di-malaysia-baca-renungkan.html

Yela..Mne x nya..HAMPIR 80% ORG ISLAM KT MALYSIA NI YG X SOLAT!!!

X Percaya gak!?? Baca fakta ni...


“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).  http://feryco.com/ramai-yang-masih-tidak-solat


Amacam??
Padahal Allah dah berfirman dah..

"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepada mu (Muhammad) dan laksanakanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(surah al-Ankabut:ayat 45)

Baca pn x ramai...Jd kpd yg membaca 2 tahniah la yer diucapkan!!
Tp kalo bleh yg membaca 2,tingkatkan lg kpd MEMAHAMINYA...Lg bgus!! ;)


Lg2 kpd golongan HAFIZ!! Setakat hafal je tp x phm buat apa.. Btol x??

Kalo zaman dahulu,apabila muncul je masalah ummah,golongan ni lah yg akan memunculkan diri utk menyelesaikan masalah..tp skrg!?

Ada memang ada..tp ada,tp ckt sangat..
Padahal jumlah skola tahfiz kt Malysia ni byk kot..

Smpaikan seorang tokoh Islam zmn awal2 dahulu berkata:
"Kami golongan skrg (golongan awal Islam) berasa mudah utk melaksanakan ISI KANDUNGANNYA tp berasa susah utk menghafal Quran,namun kami hairan kenapa golongan selepas kami berasa mudah utk menghafal Quran tp cukup susah utk menjalankan ISI KANDUNGANNYA"

Mcm mne skrg??

Akhirnya,kpd sume yg membaca post ni..
Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh ye utk MEMAHAMI ISI KANDUNGAN AL-QURAN ni spaya nt kte lebih mudah UTK MERASAI KECINTAAN ALLAH S.W.T melalui mukjizat Al-QuranNya..

Surat khas yg ditus olehNya utk KITA...

InsyaAllah...


"Sesunguhnya Kami lah yang menurunkannya dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
(surah al-Hijr:ayat 9)

4 comments :

  1. Assalamulaikum,
    Penyampaian yang sangat bermakna. Teruskan berdakwah. Cuma saya ada cadangan apa kata post selepas ini disampaikan dengan ejaan yang betul. Minta maaf saya katakan disini, saya jadi kurang berminat kerana ejaan seperti 'tak' dieja 'x' dan 'betul' dieja 'btol'. Maaf jika saya terkasar. Salam ukhuwah :)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam...
    Time kasih byk2 atas cdngn yg diberikan (tengok,eja pun tak betol2 lagi,hehe)
    InsyaAllah,kelemahan penulis akan cuba diperbaiki lagi...

    Komen2 yg membina seperti ini lah yg sgt2 dicari..
    Cuma masalah penulis,kalau boleh tak nak terlalu formal sangat...
    Tu yg guna ejaan 'orang muda tu',hehe

    Tp apa2 pun kelemahan2 ini akan cuba diperbaiki lagi demi memenuhi permintaan sahabat..

    Thanx again..
    Syukran lillah...:)

    ReplyDelete
  3. Tapi gamba yg last tu, bukan ke ada aurat yang tidak ditutup? mtk tlg remove jika wanita itu sudah baligh... wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, gambar telah di-remove-kan.. terima kasih atas nasihat ^_^

      Delete