Thursday 8 September 2011

Sume ni aku yang punya,hahaha

Wang,duit,kemewahan,kecantikan,kecergasan..

'Wah wah wah!! Cantik gak kn muka aku ni...'

'Eehle,bdk selekeh ni..! Ada hati nk duduk sebelah org kaya mcm aku??'

'Aku rasa aku la atlet terhandal kt skola ni kn? Ye la,sume pingat emas ak dah menang..

Nikmat,nikmat,nikmat...
Mcm2 Allah dah beri kpd umat2Nya...
Tp kita sering leka dan hanyut dgn UJIAN NIKMAT yg diberiNya..
Nape makhluk bergelar manusia ni susah sgt nk bersyukur??

`Dan ingatlah ketika Tuhan-mu memaklumkan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya akan Ku tambahkan (nikmat) kepada-mu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmat Allah),maka pasti azabKu sangatlah pedih"
(Surah Ibrahim:ayat 7)

Ramai manusia lulus ujian kesusahan kerana dalam kesusahan kita diuji dgn kekurangan pilihan,tetapi tidak ramai yg lulus ujian kesenangan,kerana kita diuji dgn pelbagai pilihan yg mencabar keimanan...

Sedar x sedar,nikmat yg Allah beri itu kadang2 sebagai satu ujian kpd kita..
(Aku nk tengok hamba Aku ni bersyukur ke mcm mne?? )

Bahkan kadang2 sesetengah nikmat yg diberikan itu hanyalah bertujuan utk menambahkan kesesatan kita tanpa kita sedari...ISTIDRAJ

"Dan orang yg mendustakan ayat-ayat Kami,akan Kami biarkan mereka beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yg tidak mereka ketahui"
 (al-A'araf:ayat 182)

sesetengah manusia tidak sedar akan ISTIDRAJ yg berlaku ke atas mereka



  
X percaya?? 
Cuba lihat pd Firaun laknatullah. Lihat bagaimana harta kekayaan dan kekuasaan yg Allah limpahkan kpdnya..

Nape Allah bg dia kekayaan dan kekuasaan yg melampau-lampau walaupun dia ni jenis kuat kufurnya terhadap Allah??
Sudah terang lg bersuluh Allah nk tambahkan kesesatan hambaNya sorg ni..

Mcm mne dgn kita plak??
"Hmm,cantik gak kn muka aku ni"
"Hmm,banyak gak kn duit aku ni"

Adakah nikmat yg dikurniakan kpd kita ini satu UJIAN untuk menguji keimanan ataupun ianya satu ISTIDRAJ?? 


"Katakanlah (Muhammad),seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhan-ku,maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhan-ku,meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(surah al-Kahfi:ayat 109)

"Dan seandainya pohon-pohon di Bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta),ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi),setelah (kering)nya,nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimah-kalimah Allah (ilmu dan hikmah-Nya).Sesungguhya Allah Maha Perkasa,Maha Bijaksana"
(surah Luqman:ayat 27)

Fikir-fikirkan...

 

No comments :

Post a Comment