Thursday 24 November 2011

Biarlah mulut orang nak kata apa...


BESARNYA mulut dia!!

Biarlah...
"Mulut dia,bukan mulut korang pun..."

Mulut...mulut...dan mulut...

Sering kali kita dengar picisan-picisan ayat yg keluar dr mulut setiap insan kurniaan Tuhan..
Mcm2 style ada...
Ada yg memotivasi la,borak2 kosong,bagi nasihat la dan tak terkecuali MENYAKITKAN HATI...

Betul tak??

"Sakit hati betul aku dgn mulut mamat/minah td tu,takde insurans langsung..!
"*#@%$*!!!"


Ish3...Astaghfirullahala'azimm
Cuba bawak2 mengucap sikit..

"Biarlah....Mulut dia,bukan mulut korg pun..."

"Eehle..Ko cakap senang la,cuba kalo ko yg kena sendiri..."

Betul....
Semua org akan kena....
Sebagai ujian kesayangan dari yg Maha Esa...

"Yang telah menciptakan hidup dan mati UNTUK MENGUJI dikalangan kamu siapakah yang lebih baik amalannya."

  (surah al-Mulk: ayat 2)

Utk menguji hambaNya yg mengaku ingin diberikan KETABAHAN...
Lantas inilah UJIAN DARIPADANYA...
Sebagai ketetapan utk menambahkan lagi KETABAHAN YG DIPINTA...
Atas perjalanan demi meniti batu-batu ujian dalam mendidik jiwa yg beriman..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan 'kami telah beriman' walhal mereka tidak diuji?"

"Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,dan Allah pasti Mengetahui orang-orang yang benar dan pasti Mengetahui orang-orang yang dusta."

(surah al-Ankabut: ayat 2-3)

Dah cukup tak hujah2 nak TENANGKAN hati yg tengah meletop2 tu..??
Apa!! Tak cukup lg?? Tak tenang lg???

Takpe2...
Cuba baca cite ni,
Cecite cecite....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diriwayatkan dari sebuah kisah haiwan2 dahulu-kala...

Terdapat sekawanan katak yg tinggal bersama-sama dlm satu kampung..

Satu hari...
Katak2 itu mengembara bersama ke dlm satu hutan..
Perjalanan yg sangat jauh menyebabkan tekak mereka semakin mengimpikan kurniaan air...

Pucuk dicita ulam mendatang..
Dlm perjalanan menuju ke sana,mereka terserempak dgn sebuah telaga..
Lantas ketua gerombolan katak itu mengarahkan dua ekor katak PILIHAN dari kalangan mereka utk terjun ke dlm telaga itu bagi meninjau bekalan air di dlm sana..


Dgn berpandukan istilah "sami'na wa ato' na" mereka pun terjun ke dlm telaga itu...

Alangkah sedihnya kedua-dua katak itu apabila tiada air yg mereka jumpai...
Sudah jatuh ditimpa tangga...
Setelah air tiada dijumpai,mereka berdua cuba melompat2 utk keluar..
Namun,tebing telaga terlalu tinggi utk dicapai keluar...
Dan tiada bantuan yg sudi dihulurkan dari 'sahabat2' katak di luar
Malah ditambah lagi dgn cacian2 dan makian2 yg 'memang sepatutnya dihulurkan'
 
Cubaan demi cubaan ditempa,namun segala-galanya menjadi hampa..
Melihatkan keadaan itu,komuniti katak td berputus asa...

"Dah dah lah tu...Tak payah nak lompat2 dah..Korang memang tak boleh nak keluar dah..."

"Ada apa2 lg tak pesanan terakhir yg korang nak buat sebelum mati ni..?"
"Nak aku kirim apa2 tak kt isteri dgn anak2 ko??"

Kedua2 katak itu terus cuba melompat dan kegagalan jua ditempa akhirnya..
Berbekalkan tenaga yg semakin lemah,mereka cuba juga melompat

Dan setiap kali mereka mencuba la,komuniti2 lain di atas terus mencemuh dan menghina...
Lama kemudian,katak A mati disebabkan MATINYA JUA SEMANGATNYA.......
Tinggal katak B keseorangan (kese'ekor'an) dlm telaga itu..

"Kawan ko tu dah mati dah...Lepas ni giliran ko plak...Ada apa2 pesanan tak?"

"Habis la ko! Tunggu ajal jela...Dah tak lama dah tu..."

Cemuhan demi cemuhan terus dihulurkan...
Dan dgn tak semena-menanya katak B BERJAYA MELOMPAT KELUAR!!

Katak2 lain terus hairan dlm kebingungan...?..?..?

Lantas seekor katak terus menghampiri KATAK YG BERJAYA itu dan terus bertanyakan kepadanya..:

"Macam mana ko boleh KUAT SEMANGAT plak sampai berjaya lompat keluar...sedangkan katak2 kt luar lain semua sibuk menghina dan mencaci ko???"

Katak yg berjaya terus menjawab spontan...:

"Laaa....Korang sume tgh hina2 & maki2 aku ke?? Aku ni ada masalah pendengaran ckt...Masa aku tengok gerak mulut korang sibuk menjerit berkata2,aku ingat korang tengah bersorak bg semangat kt aku td...tu yg aku lg semangat nak lompat demi MENERUSKAN KEHIDUPAN tu...hehe."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah tenang blom??
Blom lagi??
Cadangan terakhir...

"Iaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah...Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

(surah ar-Ra'ad:ayat 28)

Pedulikan lah apa yg orang nak kata...
Yg paling penting skali mcm mana kita menghadapi kata2 itu...

Kalo ia bersifat makian/cacian...
Jgn marah...
Perbaiki lagi kelemahan diri kita..
Mungkin sbb kelemahan kita itulah yg mendorong datangnya cacian/makian itu..

Bersyukurlah ada jugak yg sudi menegur kelemahan kita...
Takut2 nanti kita terus hanyut dlm kelemahan dan kesesatan itu..
Alhamdulillah......

Dia nak caci/maki lagi..??
Biarkan...

"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah sesuatu kaum mengolok-olok (menghina-hina) kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dihina itu lebih baik dari kaum yang menghina. 

Dan jangan pula kaum perempuan mengolok-olok (menghina-hina) kaum perempuan yang lain (kerana) boleh jadi kaum perempuan yang dihina itu lebih baik dari kaum perempuan yang menghina. 

Janganlah kamu saling mencela satu sama lain,dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk gelaran adalah (gelaran) yang buruk(fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(surah al-Hujurat: ayat 11)

Kepada golongan2 yg suka menghina dan pd masa yg sedang membaca artikel ini....
Berani lagi tak nak cakap banyak?
Haa! Cepatlah! Td suka sangat ejek2 mengata orang!?

"Ehh,mana ada..Aku tak ejek-ejek dia pn...Aku cakap2 kt belakang je...."

"...Dan janganlah ada di antara kamu yang suka MENGUMPAT sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya sendiri yang sudah mati? Tentu kamu merasa JIJIK. Dan bertakwalah kepada Allah,sungguh Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(surah al-Hujurat: ayat 12)



Nah..!!
Suka sangat kan mengumpat??

Mengejek...menghina..mencaci maki....mengumpat...
Semua datang dari sumber yg sama...


Mulut....Lidah...Yg banyak cakap!!

"Dan apabila kamu banyak berkata-kata,akan banyaklah SALAHNYA...Dan apabila kamu banyak berbuat salah,akan banyaklah DOSANYA..Dan apabila kamu banyak berbuat dosa,maka NERAKALAH adalah tempat yang paling sesuai baginya..."

Pernah dengar kan hadis ni....?
Jd,apa jawapan yg paling sesuai baginya...

DIAM adalah sebaik-baik bicara...
Berkata hanya apabila PERLU...



Cantiknya Islam ini adalah sebagai agama yang menekankan PERTENGAHAN...
Tak terlalu ekstrem mahupun terlalu longgar...

Maka,ingatlah sekali lagi...
DIAM...Berkata hanya apbila PERLU...

Tidak terlalu mendiamkan diri...
Dan tidak terlalu meng'kecoh'kan diri...
Akal berpandukan tuntutan wahyu memainkan segalanya...


Kepada yg dihina...diejek...dimaki....dicaci...diumpat...
Sabar adalah jawapan kpd segala-galanya...
Pedulikan kata2 mereka...


Yg paling penting lagi adalah bagaimana KATA2 ALLAH..
Seandainya kita berpihak pada kebenaran..

Wallahua'alam...

No comments :

Post a Comment