Wednesday 9 November 2011

Tanggungjawab..Bukan bebanan mahupun dambaan,apatah lagi kebanggaan..






"Tahniah!! Anda telah dipilih sebagai perwakilan pelajar utk semester bg tahun ni!"

BAMMM!!
Satu bebanan telah kita rasa dlm diri kita...

"Dgn ini scara automatiknya anda BERTANGGUNGJAWAB terhadap sume kebajikan ahli2 bwhn anda!"

BAMMM!!
Lg satu bebanan ditambah..

"Nape ko x wat kerja ko td!??"
Bebanan demi bebanan dirasai dr gambaran hati..

Pelbagai soalan berlegar2 di ruang celebrum pemikiran..

"Nape aku yg dipilih...? Rmai lg org lain yg lg layak??"

"Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya,dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh,Allah ialah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh,Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(surah an-Nisa': ayat 58)

"Betul ke aku ni layak? Mampu ke aku pikul AMANAH ni??" 
"Allah tidaklah membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakan dan mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang dilakukan...."

(surah al-Baqarah: ayat 286)



Tanggungjawab bukanlah satu bebanan mahupun dambaan,apatah lagi satu kebanggaan.

Bahkan orang yg meminta2 jawatan ni dikecam dalam Islam.
Seperti yg difahami dr sebuah hadis; "Allah tidak akan membantu orang yang meminta-minta sesuatu jawatan."

Dan jikalau tiada seorang pn yang sanggup MENERIMA AMANAH YG DIBERI,nescaya tiada lah gerak kerja khalifah yang ingin berdakwah di muka Bumi ini..
Kalo begitu,mcm mne dgn firman Allah ni:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada para malaikat,:"Aku hendak menjadikan KHALIFAH (dari kalangan manusia) di muka bumi." Mereka (malaikat) berkata,:"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami (malaikat) bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia (Allah) berfirman,:"Sungguh, AKU MENGETAHUI APA YANG KAMU TIDAK KETAHUI."

(surah al-Baqarah: ayat 30)

Tanggungjawab atau juga dikenali sebagai AMANAH bukanlah hanya tertakluk pada seseorang pemimpin sahaja,bahkan SEMUA ORANG di muka bumi ini adalah PEMIMPIN YG BERTANGGUNGJAWAB!

Dari sebuah hadis sahih diriwayatkan: " SETIAP dari kalangan mu adalah PEMIMPIN,dan setiap pemimpin BERTANGGUNGJAWAB terhadap pimipinan masing-masing"

Baik dari seorang ketua negara yg bertanggungjawab terhada negaranya,seorang ketua syarikat yg bertanggungajawab terhadap kebajikan pekerja2nya,seorang bapa yg bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya,seorang guru,ketua pelajar,pekerja2 bawahan bahkan ORANG BIASA yg xde apa2 jawatan pn BERTANGGUNGJAWAB terhadap dirinya.
Sume org ialah PEMIMPIN!!


Apabila ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) dgn sesuatu amanah,nak xnk,kte x bleh lari drpdnya..


X nak buat jgak amanah yg diberi??

Tunggulah kt akhirat nt!!
Di mana setiap seorang dr kalangan manusia x terlepas walau SORG pn akan disoal tentang TANGGUNGJAWAB nya nt.

Bahkan nt TANGGUNGAN itu sendiri akan mempersoalkan di hadapan Allah akan perihal PEMIMPIN2 mereka yg x menunaikan hak2 mereka.

Rakyat akan mempersoalkan PERANAN pemimpin yg tidak menunaikan kebajikan dan hak2 rakyat yg sepatutnya diterima. Tntg agamanya,"nape kami x dpt didikan & nikmat2 hukum agama disebabkan hukum2 agama yg x dilaksanakan di negara ini? Apa pemimpin kami buat??"

'With a great power comes a great responsibility.'
Yes,it's true! But if u misuse the power, the responsibility will becomes more greater..!!

Anak2 akan mempersoalkan didikan2 agama yg sepatutnya mereka dpt,"Ayah dgn Ibu slalu abaikan didikan & penekanan agama dlm kehidupan kami. Kalo kami derhaka atau langgar hukum2 agama, sape yg patut dipersalahkan? Xkn kami jgak sedangkan ada org yg sepatutnya bertanggungjawab terhadap kami??"

Bahkan setiap drpd anggota badan kte akan BERBICARA di hadapan Allah akan setiap drpd tindakan kte yg x menunaikan tanggungjawab2 yg sepatutnya anggota2 ini lakukan!

Setiap org mempunyai PIMIPNAN MASING2 yg berperanan dlm bidang masing2 bahkan PIMPINAN DIRI SENDIRI!!
Jd..Tunaikanlah TANGGUNGJAWAB MASING2 sebelum setiap drpd tanggungan itu berpeluang mempersoalkannya di hadapan Rabbul Izzati nt..

Lebih2 lg bg mereka yg mempunyai jawatan2 yg besar.. Lagi BESAR jawatannya,lg BESAR tanggungannya dan lagi BESAR peluangnya dipersoalkan di akhirat nt akan tanggungjawab nya!!

Ingat...Pemimpin itu sebelah kakinya di syurga dan sebelah lagi kakinya di neraka..
Jangan setelah masuknya kita ke syurga,kita DITARIK KELUAR SEMULA MASUK KE NERAKA!!

Nape..?

Saat inilah tanggungan2 kte mula berkata," Wow3! Hang nak pegi mana hah!? Hang ingat senang2 hang nk masuk syurga tinggalkan kami tanggungan2 hang masuk neraka!?? Xkn kami biarkan pemimpin2 kami masuk ke syurga sewenang2nya setelah dia X MENUNAIKAN APA YG SEPATUTNYA DITUNAIKAN KPD TANGGUNGAN2NYA!"



Amacam??
Terasa berat x??

Banyak2kan lah memohon kekuatan dr Pemberi Segala Kekuatan..
Mohon moga2 diteguhkan diri yg dina ini dlm memikul berbagai-bagai TANGGUNGJAWAB di dunia yg fana ini agar terlaksana segala yg sepatutnya dilaksanakan...

"...(Mereka berdoa),'Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."

(surah al-Baqarah: ayat 286)
"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya,dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamuingat."
(surah an-Naml: ayat 62)


  -Sekadar perkongsian dari hamba yang dina ini-

No comments :

Post a Comment