Monday 30 April 2012

Syariatullah + Sunnatullah


Dikisahkan pada suatu masa tinggal dua orang lelaki yg berkerja sebagai penanam sayur-sayuran. Seorang Ah Chong dan seorang lagi Acap (tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg pernah hidup)...mereka hidup aman bersama-sama...

Kedua-dua mereka mula menabur benih tanaman pada hari yg sama...

Acap merupakan seorang lelaki yg sangat warak alimnya...setiap hari dia akan membacakan surah-surah pilihan supaya tanamannya tumbuh segar.

Ah Chong pula rajin menyiram,membaja dan meracun serangga perosak di sekitar tanamnnya itu...

Begitulah rutin harian mereka hari demi hari dlm mencapai objektif berjaya menumbuhkan tanaman mereka sebaik-baiknya...  

Hari berganti hari...senja menyingsing pagi...malam menyurut kembali....

Setelah lama kemudian,mereka memperhatikan hasilnya..

Ah Chong tersenyum melihat tanamannya tumbuh dgn segar sekali bersama-sama buah-buahnya...namun tanaman Acap jauh berbeza...benih yg ditanam sejak awalnya hanya mengeluarkan pucuk awal sahaja...

Inilah yg dinamakan SUNNAH ALAM (natural life)...

Segala yg dilakukan di dunia ini hendaklah dijalankan mengikut rasionalitinya...
Masakan benih akan tumbuh tanpa keperluan2 asasnya..? 
Masakan haiwan akan hidup tanpa makan & minumnya...?
Masakan manusia akan berjaya tanpa usaha gigih dari dirinya...?

Namun dalam kisah di atas sebentar tadi,tidaklah penulis ingin menafikan keberkesanan surah2 pilihan itu...cuma perkara ini perlulah disertai dengan asasnya kerna inilah peraturan alam...

Segala-galanya perlu dijalankan sesuai mengikut fitrah kejadian semulajadi-inilah yg dinamakan SUNNATULLAH...
Apa yg wajib dilakukan suntuk mencapai sesuatu perkara itu mesti tetap wajib dilakukan...-rasionaliti-




Namun,semua akan bertambah cantik lagi jika disertakannya dengan perkara2 sunnat...

Makanan yg dimasak akan bertambah 'specialnya' jika disertakan sekali dengan zikir2 perubatan Islam...
Kerja harian yg biasa dilakukan akan bertambah keluarbiasaannya jika disertakan dengan dengan selawat2 harian sambil mengingati yg Esa...
Hidup akan bertambah rasa ketenangannya jika 'ditambah' hidup itu dgn solat2 sunat malamnya...

Inilah yg dinamakan SYARIATULLAH...
Segala yg diperintahkan Allah wajib,sunat dan sebagainya...

Perbincangan mengenai perkara ini sebenarnya lebih mendalam lagi...tapi penulis hanya ingin menyentuh dasar sahaja sebagai pencetus untuk kita bersama-sama lebih mengkaji mengenai perkara ini. Wallahua'alam ^_^


No comments :

Post a Comment