Monday 30 April 2012

Umat Islam 'rosak' tanpa disedari!



Orang Islam...muslim...
Umat Islam hari ini banyak diuji dgn pelbagai jenis DUGAAN & CABARAN dlm kehidupan seharian...


Tak payah pergi jauhlah...kadang2 kat rumah kita je pun dah ada berpuluh2 MUSUH ISLAM yg menumpang sedia untuk meROSAKkan kita tanpa kita sedari...

Tak percaya?


7 S

Screen,Smoke,Sex,Sport,Song,Style,Siber(Cyber)

Apa benda pulak ni??

Screen- Filem,movie,iklan2 yg ditayangkan di TV(screen),berapa banyak yg ada kat TV dan melalaikan kita sepanjang hari..?

Cerita korea..Berapa ramai yg dah di 'jiwang' kan oleh cerita2 seperti ni? Berapa ramai yg dah tertinggal/sengaja tinggalkan solat disebabkan 'screen' ni...??

Cerita seram/hantu... Berapa ramai yg dah di 'syirik' kan secara tidak sedar oleh benda2 mcm ni?

Apsal syirik plak?
Tak percaya??

Hah cuba klik link kt bawah ni & baca pulak artikel penulis yg lain heh...
http://bilakeyboardberbicara.blogspot.com/2011/09/world-scariest-ghost-tolong-aku-nampak.html

Smoke- Rokok.. Berapa ramai umat Islam yg masih lagi menghisap benda yg dah difatwakan haram ini sekarang? Berapa billion ringgit yg dah dibazirkan oleh umat Islam untuk membeli benda yg merosakkan organ2 dalaman diri ini??

"...dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dengan tangan kamu sendiri,dan berlaku baiklah kerna sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik."
(surah al-Baqarah : ayat  195)

Sex- Doktrin2 yg menggalakkan pergaulan bebas...tengok dlm tv cukup..asyik2 CIUM..asyik2 CIUM...sampaikan masyarakat sekarang sudah menganggap cium tu perkara biasa...sedangkan itu juga merupakan pendekatan seksual yg kekadang merangsang nafsu syahwat kita...

Sport- Tak payah pergi jauh,tengok remaja2 Malaysia dah...masa UEFA Champions Cup...perlawanan tengah2 malam...sanggup bersengkang mata nak tengok pasukan idaman bermaharaja...kan lagi cantik kalo diselitkan dgn solat2 malam sekali....

Yg peliknya kadang2 boleh plak setting nak bangun tengah malam tu nak tengok bola....tapi kalo suruh setting utk bangun solat Subuh sahaja,punya lah susah...kadang2 sampai dah terbiasa solat Subuh 'Dhuha' sebab punya malas nak bangun solat Subuh awal2...kalo tengok bola boleh plak??

Song- Tak nak ulas banyak.. cuba tengok ni...


Style- Ni banyak kaum hawa yg menjadi mangsa,sbb fitrah wanita ingin mempamerkan kecantikan mereka..cuma persoalan KAWALAN IMAN sahaja yg mampu membendung keinginan itu..

Fesyen tudung yg berbagai-bagai sehinggakan kekadang mereka ini merasakan sudah memenuhi tuntutan menutup aurat walhal terlepas pandang pula yg mereka ini sedang mendekati 'tabarruj' (berhias berlebih-lebihan melampaui syarak)


Siber (Cyber)- Facebook,Twitter dan sebagainya...ke mana arah kita menggunanya? Adakah kita lebih menfaatkannya ke arah kebaikan ataupun sebaliknya hanya membazir masa dgn benda2 yg tak sepatutnya??

Cuba renungi kembali diri kita...

Dalam kumpulan mana yg telah kita terperangkap dengannya??
Wallahua'alam
-muhasabah buat diri penulis juga-


No comments :

Post a Comment