Sunday 3 June 2012

Realiti pabila kita sendiri terperangkap dalam gejala berdosa


Memang mudah untuk kita mengatakan sesuatu...
Tapi hakikatnya adalah sangat2 sukar untuk kita sendiri membuktikannya pabila kita sendiri mengalaminya...

Teringat ku pada suatu peristiwa di mana di saat itu aku sendiri menyedari bahawa dunia ini bukanlah semudah seperti yang kita sangkakan...

Di saat suatu masa....
Di mana pada masa itu aku baru sahaja selesai menduduki ujian memandu JPJ..
Dan Alhamdulillah...aku telah berjaya melepasi ujian itu dengan tanpa banyak dugaan menimpa...


Sehari sebelum aku berjaya mendapatkan dengan rasminya sticker lesen P aku ini,kakak aku membuat panggilan,meminta aku menjemputnya di stesen LRT berhampiran rumahku...

Lantas aku berusaha untuk memenuhi permintaannya itu...

Sebelum keluar untuk memandu kereta AYAHku untuk menjemputnya...
Aku melakukan seribu macam persediaan-dengan matlamat untuk tidak didenda oleh pihak berkuasa...
Kerna aku sedar akan tanggungjawab ku yang terikat dengan peraturan2 yang telah ditetapkan...

Lantas aku membawa semua lesen2 yang aku ada...
Dan aku turut memakai tali pinggang keselamatan (walaupun jarak perjalanan nya tak sampai 1 kilometer pun...dan kebiasaan orang ramai tak pernah pun pakai tali pinggang  kalau keluar rumah macam tu...)


Lantas aku meneruskan perjalananku pagi tu...

Semua nya berjalan lancar pada awalnya...
sehinggalah tiba di saat satu ketika...

Ketika aku melalui di satu persimpangan perumahan...
Tanpa semena-mena kelihatan ramai polis trafik membuat sekatan jalanan...
yang mana pada kebiasaaannya tak pernah sekali pun aku lihat polis pernah buat sekatan di jalan itu..
(mungkin Allah nak uji aku hari itu...)

Lantas aku melalui jalan itu dengan penuh yakin bahawa aku tidak akan ditahan (berdasarkan persiapan awal yang telah aku lakukan untuk menghadapi situasi seperti itu)

Namun...harapan ku ternyata melesot jua hari itu pabila polis berkenaan menyuruh aku untuk berhenti ke tepi jalanan...

Aku patuh.....sambil tertanya-tanya..... "Apa salah aku???"

Penantian seribu pertanyaan...
Lantas penantian ku itu dijawab oleh polis berkenaan...

"Ni kenapa roadtax dah mati ni...bulan dua lagi...sekarang dah bulan tiga dah ni...."

Aku tergamam.....
Ternyata walau seteliti mana pun persediaan ku,tetap aku terlepas pandang beberapa perkara jua (tak pernah terfikir pun sebab ni kereta ayahku...-alasan yang tak dapat diterima-ish3)

Aku berbisik dalam hati kecilku....

"Alaa..bagi la maaf sikit polis ni...baru lepas sebulan je pun roadtax tu..."

Namun,salah tetap salah....Tiada kata yang dapat aku ucapkan lagi....
Aku terdiam seribu bahasa...

Polis itu meneruskan perbicaraannya:

"Macam mana ni...Ni dah salah dah ni...."

Diam aku meneruskan perbualan...tidak tahu untuk berkata apa hanya mengharapkan pelepasannya..
Tiba-tiba polis bersuara...

"Takpe lah...kalau nak senang macam ni jela.... Awak tolong saya,saya tolong awak..."

Aku terpaku seolah-olah memahami kehendaknya...
Namun,sengaja aku bertanya untuk memastikan lagi akan kesahihan kefahamanku ini...

"Hah...apa dia ni..? Tak paham lah...??"

Ternyata jawapan yang diberikannya menepati tekaanku..

"Alaaa...awak bagi jela berapa-berapa pun...lepas tu nanti saya lepaskan lah awak..." 

"Bagi berapa-berapa?"

"Bagi jela RM50 ke (kat saya)...lepas tu kira selesai lah..tak payah bayar saman...Kalo tak nanti kena bayar RM300.."

Sepantas kilat kegelisahan melingkungi diriku tatkala itu...
Terngiang-ngiang di telingaku akan sepotong hadis ini...

"Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk ke dalam neraka..."

Lantas aku cuba mengajukan kegelisahanku ini kepada polis berkenaan...dengan harapan supaya dia juga memahami akan tuntutannya

"Ni boleh kira rasuah ni encik...
Pemberi dengan penerima rasuah dua-dua boleh masuk neraka encik..."

Lantas juga dia menjawabnya ...

"Hmphhh...Ok,kalau macam tu saya saman awak RM300 jela ye..."

Memang dia 'sangat memahaminya'...
Seketika itu juga pelbagai persoalan hinggap di benak fikiranku...

Macam mana ni...Nak bayar RM50 ke taknak?
Kalau kena saman,takut lesen aku dibatalkan pulak nanti...
Tak kisah pun sebenarnya nak bayar RM300,cuma takut lesen dibatalkan jela nanti...

"Encik,kalau saya kena saman,nanti lesen saya dibatalkan ke atau kena gantung je..?

"Tak tau lah saya...Itu urusan awak dengan JPJ lah...Tugas saya saman awak je... 
Macam mana? Nak bayar (RM50) ke taknak ni??

 "Jap...jap..Nak tanya orang jap..."

Lantas aku membuat panggilan kepada beberapa orang pada waktu itu untuk bertanyakan hal ini...
Dan aku dapat simpulkan daripada mereka akan jawapan yang diinginkan...

"Kalau saya jadi awak,saya bayar je RM50 tu...Senang sikit..."

"Bayar jela RM50 tu... Habis cite..."

Penantian ku di tepi jalan itu mengambil masa yang sungguh lama dengan desakan yang bermacam-macam...
Dan di masa yang lama itulah juga aku diasak-asak dengan soalan polis yang menikam...

"Macam mana ni.... Nak bayar (RM50) ke taknak?"

"Jap...jap...tengah bincang jap..."

"Bayar jela...(rm50 tu) Lepas tu nanti saya lepaskan lah awak..."

"..............................................."

"Cepatlah... Nak bayar (RM50) ke taknak..Kalau tak saya saman awak RM300??" 

Kalau kena saman,lesen kena batal ke tak...
Jawapan dari pelbagai pihak yang tak menyokong pendapatku...
Keadaan yang mengikat kebebasanku (sebab ni bukan kereta milikku)
Pengalaman yang sangat cetek...
Hadis pemberi dan penerima rasuah....
Keadaan semasa yang sangat-sangat mendesak...
Masa yang terhad untuk membuat keputusan...
Rujukan dari pelbagai pihak yang sedikit...

(Panjang sebenarnya cerita dia tapi diringkaskan sekadar untuk diambil pengajaran...)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cakap senang lah kan...Cuba kalau kita sendiri yang mengalami keadaan2 sedemikian...
Memang mudah untuk kita melemparkan beberapa pandangan yang signifikan terhadap masalah-masalah yang berlaku sekarang...

"Apalah ahli-ahli politik ni... Kotor betul... Asyik-asyik main rasuah je..."

"Kau tengok mamat tu...Asyik-asyik bergayut je dengan minah dia... Cair la tu...
Kalau aku la...Dah lama dah aku ajar awek aku jangan lebih2 sangat... "

"Ibubapa zaman sekarang ni memang bermasalah...Anak-anak sendiri bukan nak jaga,didik betol2...
Asyik-asyik dengan kerja masing-masing je sampaikan selalu abaikan anak-anak.."

"Hisshh...budak-budak remaja sekarang... Tak habis-habis dengan masalah diorang....
Rempit lah... Seks bebas lah... Buang anak lah... Dadah lahh...
Masalah betol..."

Betul.....
Tak salah pun kalau nak kata macam tu....
Semua yang dikatakan memang tepat sekali...
Tapi awas....
Memang sangat-sangat mudah untuk kita mengatakan sesuatu sebab kita tak pernah lagi alaminya...
Tapi jangan sampai apa yang kita lakukan nanti BERTENTANGAN denga apa yang pernah kita katakan sebelum ini...

"Wahai orang-orang beriman,mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Sungguh besar kebencian di sisi Allah bagi mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan.."

(surah as-Saff : ayat 2-3)

Jangan risau untuk mengatakan sesuatu...
Kerna kebenaran itu memang perlu disuarakan...

"Berkatalah benar walaupun pahit"

Tapi persediaan awal untuk menghadapinya perlulah dilakukan sebaik yang mungkin...
Rasuah... Dadah... Sosial melampau... Peranan ibubapa...
Dan semua perkara masa hadapan yang buruk perlu kita suarakan akan kekurangan yang berlaku padanya...
Kerna penyuaraan itu penting untuk menimbulkan kesedaran...
Namun perlu juga perlu juga ia disertakan dengan keadaan kita yang penuh bersiap siaga sekarang UNTUK MENGHADAPINYA NANTI...

Kerna realiti hari ini memang sangat-sangat sukar untuk kita tempuhi...
Kerna yang syurga yang manis akhirnya itu penuh onak dan duri untuk dilalui...

Namun perjalanan harus jua diteruskan...
Dengan penuh segala persiapan...
Bersiap-saiplah wahai insan...

InsyaAllah...Moga-moga Allah permudahkan....
Aminn...

2 comments :