Monday 23 July 2012

Lantak kau la Syria...Burma...Palestin..!!


"Lantak la apa pun yang nak berlaku... Aku peduli apa.... Yang penting aku sihat wal afiat..."


MANUSIA sekarang sering dikaburkan mata mereka akan realiti keadaan umat dunia sekarang...
Penglihatan mereka hanya dibataskan cukup sekadar  lingkungan dalam negara bahkan dalam wilayah sendiri sahaja....


Artis....Gosip2 terkini....Carta2 lagu kontemporari masa kini...Filem2 keluaran terbaru sensasi...

Semua yg disebutkan ini sering di'follow up' oleh remaja2 kita pada hari ini...
ALWAYS UP-TO-DATE ABOUT THESE...

Sukar untuk ketinggalan dalam bab2 seperti ini...
Tanya saja nama artis2 sekian...lagu2 sekian....tajuk filem2 sekian...
Pasti dapat dijawab dengan tepat sekali tanpa sedikit cacat merba sekalipun.... 

Bahkan kanak-kanak semuda 'kindergarten school' pun dah HADAM bait2 kata lagu2 terkini...
Bukankah ini realiti masyarakat kita hari ini?


Ditambah lagi dengan peranan media yang dipegang oleh 'bijaksana-bijaksana' perosak bangsa..
sering mempromosikan hiburan2 sensasi di kaca tv tontonan semasa..
demi mencapai rangking saluran televisyen yang PALING DIMINATI DI MATA PENONTONNYA!!


Hmmmmm....

Andai NABI bersama kita sekarang...
Agak2nya apa yang akan terpacul daripada mulut Baginda yang mulia ye...?

Realliti hari ni...umat ISLAM sering dimomok-momokkan dengan hiburan melampau2 di hadapan mata...
Di mana-mana sahaja pasti hiburan puasan nafsu menjadi bual bicara...
Walhal keadaan SAUDARA-SAUDARA ISLAM kita di seluruh dunia...
Jauh...jauh...diambil cakna akannya...


SYRIA misalannya.........




Saban hari...capaian bilangan SAUDARA-SAUDARA KITA yang tebunuh di sana meningkat hari demi hari..
Dijangkau mereka yang terbunuh di Syria sehingga hari ini mencapah lebih 20,000 nyawa yg KITA SENDIRI TIDAK SEDARI!!

Kanak-kanak dicabut kuku tangan dan kaki mereka hanya kerna menyuarakan suara keadilan...
Lelaki-lelaki dan wanita-wanita dipanggil berkumpul di suatu tempat dengan janji untuk diberi bantuan makanan....tetapi kemudiannya dibunuh secara beramai-ramai...
Kaum-kaum keluarga disembelih secara beramai-ramai...
Ada yang ditanam hidup-hidup hanya kerna tidak mahu mengakui pemerintah negara sebagai Tuhan yang layak disembah..!
Gadis-gadis sunti dilarikan ke suatu lokasi yang tidak diketahui...
Tahanan-tahanan penjara diseksa bertubi-tubi sehinggakan ada yang mati kerna penderaan melampau ini...

(Sunber :  Buku Travelog Luka Air Mata Syria-karya Ridhuan Mohamad Nor)


BURMA,MYANMAR....




Etnik Muslim minoriti di sana cuba 'dibersihkan' hari demi hari...
Kaum-kaum keluarga dibakar hidup-hidup...
Bayi-bayi tidak berdosa dihempas ke tanah yang padanya terpacak pisau untuk dibunuh...
Mereka yang lebih bernasib baik cuba melarikan diri ke negara2 jiran tetapi tiada yang sanggup menerima bahkan mereka dihalau kembali ke tempat asal mereka...
Kerna takutkan ancaman tentera di bumi mereka,mereka sanggup terkapai-kapai di lautan luas di dalam sampan yang sarat tanpa bekalan makanan selama berhari-hari lamanya..
Bahkan ada kanak-kanak kecil yang mati kerna penyakit2 dan ancaman2 yang tidak dapat ditahan...







Tahu kah kita akan kesemua ISU-ISU SEMASA yang mereka dan saudara-saudara kita yang lain sedang hadapi!??
Akan penderitaan demi penderitaan yang diratapi hari demi hari??


TIDAK!

Kita hanya dengan dunia kita sahaja...
Bahkan mungkin isu-isu semasa tentang saudara-saudara kita di negara sendiri ini  pun kita tidak tahu akannya...

Manakan mungkin kita 'concern' akan hal-hal sebegini...
Pabila tiap-tiap hari,apa yang terpapar di muka tv hanyalah hiburan-hiburan hamba populariti...
Pabila saban hari apa yang terpampang di dada akhbar hanyalah gosip-gosip arits pujaan sensasi...

Hanya SECEBIS KECIL waktu yang diperuntukkan oleh media-media tempatan untuk khabar-khabar penderitaan luar negara seperti ini...
Cukup sekadar mengisi kelompongan 'ruang bahagian luar negara' yg tidak diisi lagi...


Dan hanya pada waktu itu sahajalah kita teringat akan nasib malang mereka ini....
Padahal penderitaan yang mereka alami adalah pada tiap-tiap saat yang kita lalui...

Yes...
Kita terus enak dibuai mimpi-mimpi indah buaian kemewahan keduniaan...
Umat Islam terus enak bersenandung suka di 'COMFORT ZONE' mereka...
walhal sebahgian umat Islam yang lain bukan keadaannya seperti kita...

"SO WHAT...!!"

"WHAT SO IMPORTANT ABOUT THAT...!!??"

" WHAT MOST IMPORTANT IS I'M IN A GOOD SHAPE RIGHT NOW.."

Pabila setiap umat Islam HANYA memikirkan akan kepentingan diri kita masing-masing...
Walhal bukankah kita dahulunya di bawah satu KHILAFAH ISLAM yang satu??


Cantik......

Memang cantik sekali apa yang telah  dirancang & diaturkan oleh 'mereka-mereka ini'.....

Pabila negara-negara Islam mula dijajah...
Pabila khilafah Islam mula diubah....
'Mereka' mula menetapkan dasar PECAH DAN PERINTAH...


Umat Islam mula dipecah-pecahkan mengikut negara-negara yang BERBEZA...
mengikut keturunan bangsa-bangsa yang BERBEZA...

Hinggalah kepada apa yang dapat kita saksikan realitinya sekarang ini......

Pabila sebahagian 'SAUDARA SEISLAM' di tempat yang berbeza menghadapi masalah.......

"Biarlah... Itu masalah mereka.... Yang penting kita selesa tanpa ada masalah apa-apa...."


Di bulan puasa....menjelang saat kita berbuka....
Pelbagai hidangan menyelera menjadi tatapan semua...
Di saat terdengarnya laungan azan bergema....tatkala bermula detik untuk menitip santapan di depan mata...

....hati kecil ku mula berbicara....

"Macam manalah agaknya ye keadaan saudara-saudara ku di sana...?"

"Adakah sama hidangan mewah yang aku nikmati hari ini dengan hidangan mereka di sana....?"

"Adakah kedamaian yang aku kecapi hari ini turut mereka rasakan di sana....?






Alhamdulillah..........

Dunia ku ini cukup amat selesa dirasakan berbanding dunia mereka...

Cukup amat terasa aku kini hanya berada di 'COMFORT ZONE'
tanpa menghiraukan akan 'uncomfort zone' mereka...


Cukuplah manusia hanya bersama diri mereka...
Tanpa memikirkan mereka yang di sana....

Wilayah mereka adalah wilayah kita...
Keperitan mereka sebenarnya adalah keperitan kita jua...
Bahagianya mereka turut menyebabkan kita bahagia jua...


Let's not always forget about them...

Always pray for them....
Kenangkan mereka sentiasa di dalam doa-doa kita....
Dan ayuh berusaha bersama-sama demi menyedarkan saudara-saudara kita yang masih terlelap sementara...

~Let's spread informations about them instead of news about us only~

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah BERSAUDARA...."

(surah al-Hujurat ayat 10)

"مَن لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْر المُسلمين فَلَيْسَ مِنْهم"

"Bukanlah mereka itu dari kalangan mereka (umat Islam) 
sesiapa yang tidak ambil peduli akan hal umat Islam itu." 

-Hadis Riwayat Thabrani di dalam ( المعجم الأوسط ) dan Hakim di dalam ( المستدرك ) daripada Huzaifah r.a


Semoga dengan usaha kita yang tak seberapa ini diiringi dengan keredhaan dari-Nya nanti,insyaAllah..
Dan mungkin dengan sebab usaha kita  yang sedikit ini membolehkan amalan kita diterima oleh Allah  yang Maha Esa...


Siapa tahu...???



Wallahua'alam

No comments :

Post a Comment