Wednesday 26 December 2012

Be A Good Listener





Suatu hari di dalam kelas…
Seperti hari-hari biasa yang lain…

Pabila tiba suatu saat…
Masuk seorang guru ke dalam kelas…
Dan lantas terus juga beliau mengajarkan kepada murid-muridnya akan satu ilmu yang baru pada hari itu…

Ilmu yang sangat berharga,perlu dimiliki oleh sesiapa…
Namun malangnya,pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut agak ‘mendatar’…
‘Constant’ je nada nya…
Tiada rendah dan tiada tinggi ton suara yang digunakan…

Lantas menyebabkan murid-murid yang berada di dalam kelas tersebut cepat terasa suasana KEBOSANANNYA..


Persoalannya di sini ialah…

Apakah yang akan kita lakukan JIKA KITA SENDIRI yang berada di dalam posisi murid-murid tersebut??




Ya…

Sudah pastinya riak wajah muka kita akan mula perlahan-lahan berubah ‘kemanisannya’…
Senyuman yang biasa terukir akan mula-mula surut berubah menjadi muncung yang memanjang-manjang hasil daripada kebosanan…

Anak mata yang sebelum ini ditumpukan ke hadapan akan mula terkinja-kinja gelisah mencari-cari ke mana arah  jarum jam dihalakan…

Badan yang mulai bosan akan mula melakukan perkara lain selain daripada mendengar kata-kata guru di hadapan…

Dan lama-kelamaan riak gerak badan dan rupa wajah di muka kita akan mula ‘tergedik-gedik’ melakukan apa jua bentuk perbuatan  dan isyarat pandangan…
Seolah-olah menginginkan supaya orang di hadapan kita itu memahami isyarat yang cuba disampaikan…

‘Dah dah lah tu… Bila nak habis ni..?? Penat kot nak dengar lama-lama lagi…’

‘Aduhh… Lama lagi ke? Dah lah tak best langsung…’


Ya…
Memang tidak dinafikan cara penyampaian nya adalah MEMBOSANKAN…
Dan memang perlu juga ditamatkan seawalnya bagi mengelakkan rasa bosan yang berpanjangan…

Namun masalah yang timbul sebenarnya adalah jauh lebih besar lagi daripada semua itu..

Masalahnya ialah,di mana adab kita yang dikatakan sebagai seorang penuntut ilmu??
Di mana adab kita sebagai seorang PENDENGAR DI WAKTU ITU??

Jika ingin disuruh berhenti mengajar sekalipun,tidak perlulah digunakan kaedah seolah-olah ingin ‘memerli’…

Kerna andai terguris hati orang yang di hadapan itu,
Tidak mustahil akan ditarik keberkatan ilmu yang akan kita miliki selepas penyampaiannya itu nanti…
Nau’zubillahi min zaalik…

Dan tidak mustahil juga perkara yang sama boleh berlaku ke atas kita kelak di masa hadapan nanti tiba pula giliran kita untuk berkata-kata di hadapan khalayak ramai…
‘What you give,you’ll get it back’




Teringat ku pada satu pengalaman sewaktu menghadiri kuliah ceramah Syeikh Nuruddin Banjari al-Makki...

Ketika Syeikh sedang lancar menyampaikan tazkirah beliau,tiba-tiba seorang murid yang berada di hadapan syeikh terdetik untuk melihat jam yang berada pada pergelangan tangannya...

Melihatkan kepada perkara tersebut,Syeikh Nuruddin terus menasihati murid tersebut di hadapan khalayak ramai;

“Kenapa? Dah pukul berapa dah sekarang??
Kamu sedang melihat jam pukul berapa tadi kan??

Ni kurang adab namanya ini...

Kamu melihat kepada waktu di  jam itu bermakna kamu ingin saya cepat-cepat menghabiskan ceramah ini bukan? Betul atau tidak??

Baik,cuba pabila kamu pula yang berada di hadapan ini dan kemudian kamu nampak ada antara pendengar kamu melihat-lihat kepada jam yang berada di tangannya...

Agak-agaknya apa yang akan kamu rasa!??

Ni kurang adab namanya ini...Ingat itu...”


Kata-kata yang ringkas namun penuh bermakna...
Memang ADAB adalah kunci kepada hampir segala-galanya...
Hatta,ilmu yang penuh di dada sekalipun,jikalau tidak disertakan dengan ADAB,maka akan hilanglah nilai harga ilmu itu...

Seperti kata para ilmuan,

“Orang yang kurang ilmunya namun tinggi adabnya adalah jauh lebih bagus daripada mereka yang tinggi ilmunya namun kurang adabnya...”



Hatta pabila kawan-kawan kita sedang bercakap di hadapan sekalipun…
JADILAH PENDENGAR YANG BAIK…
Be a good listener…
Kerna boleh jadi respons baik yang kita berikan sewaktu mereka sedang berkata-kata… Mungkin akan kita terima juga respons baik yang sama sewaktu kita pula berkata-kata di hadapan sana…




Berkaitan dengan perkara ini aku teringat kepada satu pengalaman sewaktu menghadiri satu kursus motivasi…

Ketika slot itu berlangsung,
Seorang peserta PEREMPUAN diminta untuk memberikan sedikit ulasan berkenaan pengisian slot yang dijalankan…

Dan ketika peserta perempuan ini sedang seronok berkata-kata melontarkan ideanya…
Peserta-peserta lelaki mula melakukan beberapa suara yang kurang menyenangkan…
Bertujuan untuk ‘psycho’ (dalam bahasa golongan mudanya=saiko) peserta perempuan tadi…
Kerna memang tabiat sesetengah lelaki suka ‘psycho’ golongan perempuan…

Lantas pabila melihatkan kepada keadaan ini…
Seorang daripada ahli motivasi (motivater) terus bertindak dengan memberikan sedikit kata-kata nasihat yang sangat ‘memberkas’ hati peserta…

Katanya;

“Kaum lelaki…ohh kaum lelaki… Kamu ni suka sangat ‘psycho’ kaum perempuan… Kami ni dah lah lemah (kebetulan beliau juga merupakan seorang perempuan),ditambah pula dengan psycho kamu yang melemahkan semangat kami,lagilah bertambah-tambah lemah kami ini…

Kamu tak kesian ke kat peserta-peserta perempuan...??

(Semua peserta lelaki tertunduk diam)

Orang perempuan tidak sama macam orang lelaki… Orang perempuan ni cepat terasa sedikit…

Cuba bayangkan kalau kamu sendiri yang berada di hadapan ini,kemudian ketika kamu sedang berkata-kata,ada suara orang lain yang datang mencelah,seolah-olah memperlekehkan kamu yang di hadapan ini... Apa yang akan kamu rasa?

Ya...Kalau kamu lelaki memang kamu tidak akan berasa apa-apa sebab lelaki ini sifat dia keras sedikit,tahan pelbagai perkara... Tetapi tidak bagi kaum perempuan. Mereka ini cepat terkesan dengan apa jua tindak balas yang diberikan...

Dah lah susah nak minta peserta perempuan mengatasi rasa malu mereka untuk bercakap di hadapan,kemudian bila mereka berkata-kata di hadapan,kamu terus ‘psycho’ mereka...

Percayalah cakap saya,mereka yang tadi itu akan berasa sangat-sangat malu kerna tindakan kamu tadi...dan besar kemungkinan mereka ini tidak akan mahu bercakap di hadapan lagi selepas ini...Sekali gus tanpa kamu sedar,kamu sebenarnya telah mematikan potensi mereka,kaum wanita untuk berani berada di hadapan khalayak ramai...

(Peserta-peserta lelaki semakin terdiam)

Lelaki sepatutnya bersikap melindungi kaum hawa yang lemah ini...
Pabila mereka bercakap di hadapan,kamu bagilah mereka ini semangat sedikit...

Saya bercakap ini kerna saya juga seorang perempuan...
Dan saya juga dapat rasakan perkara yang sama...

Kerna sudah lama saya perhatikan keadaan ini berlaku di mana-mana...
Baik di sekolah,mahupun di universiti...
Kaum lelaki suka memberi respon seolah-olah ingin memperlekehkan kaum hawa...

Tolonglah ubah tabiat ini ye...



Jadilah pendengar yang baik...

Tidak kiralah sama ada yang berkata-kata di hadapan itu adalah guru kita,sahabat-sahabat kita, sesiapa sahaja hatta orang yang lebih muda daripada kita sekalipun...

Itulah hikmah sebenarnya Allah menjadikan telinga kita ini dua bilangannya,LEBIH BANYAK berbanding bilangan mulut yang satu...

Kerna ingin disuruh supaya manusia ini lebih banyakkan mendengar daripada berkata-kata...

Bahaya terlalu banyak berkata-kata;
Pabila banyak berkata-kata,akan banyaklah salahnya...
Pabila banyak salahnya,akan bertambahlah dosanya...
Pabila semakin bertambah dosanya,maka nerakalah tempat yang paling layak sekali baginya...

Pernah Allah berfirman di dalam Al-Quran,menerangkan antara bahaya berkata-kata...

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفعَلُون,
كَبُرَ مَقتًا عِندَ اللَهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفعَلُون}

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan. Sungguh besar kebencian di sisi Allah bagi mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan.”

(surah as-Sof : ayat 2-3)

Be a good listener…

Jadilah sahabat yang suka ‘meminjamkan’ telinganya sebentar untuk mendengarkan luahan masalah sahabatnya yang lain…
Jadilah ibu dan ayah yang memberi peluang kepada anak-anaknya untuk menceritakan masalah mereka…
Jadilah murid yang sopan beradab,menjaga tingkah lakunya sambil meminjamkan pendengarannya kepada gurunya…
Jadilah pemimpin yang suka membuka ruang kepada rakyatnya untuk memperdengarkan suara-suara mereka…


Kerna memang fitrah telinga itu dijadikan dua…lebih satu daripada mulut kita…

Wallahua’alam.

3 comments :