Wednesday 13 March 2013

semangat pemuda

(Tulisan hitam: pendapat aku)
(tulisan biru: rumusan buku yang sudah ku finishi)
(Tulisan kuning: dalil shahih)
(tulisan hijau: slot trivia)




aku masih muda dalam perjuangan mata pedang pena, salah silap harap ditunjuk ajar




Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Apa maksud pemuda? Apa ciri-ciri yang sepatutnya ada pada setiap pemuda? menurut imam Hasan Albanna, pemuda mempunyai 4 ciri yang nyata. Salah satu ciri yang begitu penting ialah semangat(hammasah)


Darah masih segar, itulah ciri fizikal yang ada pada pemuda tetapi tidak ada pada orang tua. Namun jika kita lihat dunia zaman kini, sifat pemuda kadang-kala disalah guna kepada sesuatu benda yang lain, sesuatu perkara yang menyimpang dari tujuan sebenar hidup. Malah lebih teruk lagi membazirkan masa dengan tidak berbuat apa-apa. Tidur, makan, belajar menurut silibus yang ditetapkan, main permainan komputer, menonton video korea dan akhir sekali tidur semula. perkara ini berbeza dengan semangat pemuda yang sebenar. Pemuda zaman dahulu dan pemuda zaman kini yang menggemilangkan zaman mudanya. Sebagai contoh, Mark Zuckerberg yang sememangnya telah diketahui ketokohannya secara umum. Jelas daripada ketokohannya beliau adalah seorang pemuda yang berfikiran normal sebagai seorang pemuda yang tidak jumud, ortodoks dan terlampau khayalan.

http://awesomepeople.com.ua/wp-content/uploads/2013/03/Mark-Zuckerberg_5.jpeg


Jika kita lihat semula sejarah manusia, wujudnya ramai pemuda-pemuda yang telah menggegarkan dunia dengan sesuatu perkara samaada dilakukan oleh golongan professional, golongan sosialis mahupun golongan agamawan. Sultan Muhammad Al-Fteh membuka kota kontantinopal pada usia yang sangat muda iaitu pada usia 24 tahun, hampir sama dengan umur seorang graduan universiti di Malaysia. Cuba kita renung kembali apakah yang para graduan Malaysia telah buat hingga dapat mengukir sejarah yang besar seperti itu?? tidak hairanlah seorang tokoh gerakan Islam menyatakan Universiti tidak lain hanya sebuah tempat sembelihan. Segala perkara yang berlaku hanyalah semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Jika difikirkan semula, tidak dapt dikesan doktrinasi siapakah yang membasuh otak fikiran mahasiswa sekarang sehingga menjadi seperti graduan-graduan sekarang.






::slot trivia::
(dinukilkn oleh  Al-Mechist Ibnu Husni dalam wajhu-kitab)


:: setitik air mata kaum Adam ibarat sebutir mutiara permata yang jarang dijumpai dan berharga. sekali ia mengalir pasti membuat orang sekeliling tertanya-tanya seakan-akan telah berlaku perkara besar di dunia. Maka janganlah bazirkan mutiara itu hanya kerana perkara yang kecil lagi sia-sia.
berbeza pula ceritanya dengan kaum Hawa, tangisannya ibarat pili bomba yang boleh memadamkan kebatilan dan kebenaran, sekali terjadi pasti sukar diduga sampai bila. Maka berhati-hatilah untuk mengalirkannya::
kata-kata seorang guru tuaku setelah diolah oleh Ku... 


persoalannya, nyatakan perbuatan kaum Hawa zaman para nabi yang pernah dalam sejarah mengubah takdir dunia?
 1) godaan Hawa terhadap Adam
- walaupun syaitan menggoda Adam a.s. tetapi Adam tetap dengan pendiriannya untuk tidak makan buah Khuldi, tetapi apabila pujukan Hawa terhadapnya, maka hati lelaki secara automatik akur dengan rayuan pujuknya. Maka manusia yang sejarahnya daripada beruk  syurga berpindah ke bumi, suatu suratan takdir yang besar.
2) ????
3) ????
4) ???? 
 nantikan jawapannya pada post RIBBIYYUNAKATHIR yang seterusnya.


Tidak cukup dengan itu, muncul juga seorang tokoh besar sekitar zaman kejatuhan Khilafah Islamiah 1924 iaitu Hasan Al-Banna. beliau merupakan seorang pemuda yang mengasaskan jemaah Ikhwanul Muslimin yang kini masih lagi segar di bumi Mesir. Dikatakan usia beliau ketika mengasaskan IkhwanulMuslimin hanyalah pada usia yang sangat muda hampir sebaya dengan graduan-graduan yang baru selesai bangga diri naik pentas mengambil segulung kertas. Persoalan untuk diri dan juga sahabat sekalian adakah mampu kita menggerakkan Islam sebegitu hebat. Mampu menubuhkan suatu kumpulan gerakan Islam sejurus tamat pegajian? Atau kita hanyalah seorang mahasiswa yang tidak tahu apa-apa pengajaran yang dibelajar di kampus, hanya menghafal teori lalu ditumpahkan ke atas kertas peperiksaan. Lantas sejurus bersuka ria di hari konvokesyen hanya mendapat surat tawaran amaran bayaran balik PTPTN. Keadaan ini kia hari kian menyedihkan suasana kampus. Harga diri seorang mahasiswa telah lama hilang, orang yang memperjuangkan gerakan mahasiswa dianggap mengambil kerja sampingan yang dilakukan diwaktu lapang.



Lagi menyedihkan, warga masyarakat sekeliling kita juga tidak menjurus ke arah itu. Sering ahli motivasi berkata AIDS membunuh lebih awal kepada diskriminasi sesebuah masyarakat. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh masyarakat di sekeliling. Jika kita amati benar-benar situasi di negara ini, ramai individu atau pun sesebuah organisasi yang mengimpikan anak-anak muda Malaysia menjadi pemuda yang berwibawa seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Imam Hasan Al-Banna, Usamah bin Zaid dan ramai tokoh pemuda yang lain. Tetapi adakah masyarakat kita menjurus ke arah itu? Cuba kita lihat kembali peristiwa apabila sebahagian golongan anak muda mahasiswa yang masih belum habis belajar mahu menjadi calon, bertanding dalam pilihan raya umum 2013. Apakah balasan, komen dan pandangan masyarakat terhadap kenyataan ini? Amat menyedihkan sekali umpama ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya dalam peperiksaan tetapi tidak menggalakkannya belajar bersungguh-sungguh. Tidak mengira pihak mana, rata-rata memberi ulasan yang menyedihkan walaupun terdapat juga sebahagian besar golongan yang menyokong idea ini.

http://www.facebook.com/gerakanmahasiswapru13?ref=ts&fref=ts






Bangkitlah wahai pemuda milinium. Jika pada tahun 1991 kita hanya bersuka ria tanpa mempedulikan perkara yang berlaku sekeliling kita, tahun 2004 kita bersorak jika ramai orang sorak dan juga bersorak tatkala orang di sebelah sana turut bersorak, jika tahun 2008 kita memberi alasan kita masih lagi belajar walaupun tika itu kita bersuka ria sebagai seorang remaja. Maka, jangan pula kita membiarkan sejarah itu berlaku sekali lagi...


Ingatlah, perkara yang berlaku di dunia ini bermula dengan seorang PEMUDA, sebagaimana Islam hidup semula setelah lenyap dengan SEMANGAT seorang pemuda bernama MUHAMMAD SAW


SELAMAT MENYAMBUT PEPERANGAN DEMOKRASI







Tajuk: Siri kefahaman wasathiyah Islam: KESEDERHANAAN DALAM ISLAM

Penulis: dr. Yusuf al-Qaradawi
Penterjemah: Rosli Mokhtar
Cetakan pertama: 2011
Penerbit: CASA Publication
Muka surat: 120ms


Ringkasan:


Muqaddimah
-          Antara 2 punca keruntuhan sesuatu umat ialah 1) al-ghuluw:menyusahkan berlebihan, 
2)al-inhilal: kebebesan melampau
-          Ketahuilah bahawa kebaikan seluruhnya terletak pada kesederhanaan
-          Aliran sederhana merupakan aliran yang mewakili Islam sebenar dan kebaikan penganutnya



1)      BAB 1: kesederhanaan dalam Islam
-          Wasathiah: berada di antar 2 pihak atau keadaan yang bercanggah atau bertentangan tidak condong kepada salah satunya, memberi hak kepada dua pihak dengan adil dan secukupnya
-          Manusia tidak mampu mencipta system yang sederhana:  kerana didorong nafsu, kepentingan sesuatu. Maka hanya Allah mampu mencipta system ynag wasathi
-          System alam bersifat seimbang: langi dan bumi, malam dan siang, bulan dan matahari
-          Kelebihan sederhana dan faedahnya:  kita umat manusia siri terakhir yang ditugaskan membawa panji Islam atas dasar kesederhanaan
-          Kesederhanaan dan risalah terakhir: syariat nabi2 terdahulu bersifat sementara, maka umat Muhammad adalah umat Islam sememangnya umat berkekalan memimpin dunia
-          Sederhana bermaksud adil: adil bermaksud tidak condong kepada satu pihak sahaja dan sifat ini wajib kepada saksi
-          Sederhana bermaksud istiqamah: lurus dan tidak melencong dari landasan. Agama yahudi bersifat dimurkai kerana berlebihan extreme terhadap nabi mereka dan mengharamkan sesuatu. Kristian pula berlebihan puji nabi mereka dan menghalalkan sesuatu.
-          Sederhana tanda kemuliaan: kemuliaan berada di antara 2 keburukan,
-          Sederhana bermaksud aman: diibaratkan di posisi tengah yang dikawal oleh 2 pengawal kiri dan kanan
-          Sederhana symbol kekuatan: remaja/pemuda zaman kekuatan manusia antara kanak2 dan tua. Cth lain adalah tengahhari
-          Sederhana tonggak kesatuan: kesatuan pemikiran antara fanatic dan liberal



2)      BAB 2: nukti kesederhanaan Islam
-          Kesederhanaan dalam aqidah:  islam berada antara khurafat dan materialistic, aties dan trinity, yg tidak mempercayai alam ghaib dan menhanggap dunia hanya maya, superhuman dan hamba parya, menyembah nabi dan membunuh nabi, bergantung kpd akal dan firasat ilham.
-          Kesederhanaan Islam dalam ibadah dan syiar Islam: Islam berada di antara memntingkan amalan duniawi dan ukhrawi semata-mata.
-          Kesederhanaan Islam dalam akhlak: Islam menuntut umatnya berakhlak sederhana antara malaikat dan haiwan. Manusia merupakan makhluk yang mempunyai akal dan hawa nafsu, mempunyai roh dan jasad yang perlu mendapat makanan dan hak masing2.
-          Kesederhanaan Islam dalam perundangan: halal dan haram adalah milik Allah, yahudi terlalu banyak mengharamkan sesuatu manakala kristian banyak menghalalkansesuatu. Dalam kekeluargaan Islam berada diantara tidak boleh berkahwin dengan berkahwin terlalu ramai. Islam juga menghalalkan talak dengan syarat sebagai jalan terakhir kebahagiaan. Islam bersifat tangah antara system masyarakat kapitalis dan komunis
-          Apakah reality semasa dalam permasalahan ini?: aliran kapitalis memartabatkan nilai2 individu dan menganggapnya sebagai focus. Hak diberikan kepada individu sehingga mencapai paras kebebasan mutlak dalam pemilihan. Bersuara, bertindak dan sebagainya walaupun zalim dan menindas golongan bawahan lalu mewujudkan golongankapitalis. Aliran komunis/sosialis pula manafikan hak individu dan menfocuskan hak kemasyarakatan, masyarakat adalah Negara dan Negara adalah kerajaan lalu kerjaan adalah parti yang memerintah dan wujudlah dictator.




3)      BAB 3: hubungan saya dengan konsep wasathiyah
-          Dr Yusuf Qaradhawi sudah lama berada dalam manhaj wasathiyah dan berlaku bukan secara taaklid buta tetapi berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang jelas, iaitu pengamalan oleh golongan terawal(sahabat)
-          Kebanyakan pengkaji islam terbahagi kepada dua bahagian, PERTAMA: mereka yang telah dikaburi mata mereka dengan tamadum barat. Jika ajaran barat menyamai maka diperbesarkan ttapi jika bertentangan maka dicari pelbagai alas an untuk disesuaikan seolah-olah Islam hendaklah tunduk kepada tamadun barat. KEDUA: golongan static pada sesuatu pandangan tokoh atau kitab maka enggan menilai pandangan lain. Lidah mereka laju menyebut haram dan halal walaupun golongan salaf tidak begitu
-          Dalam bertaqlid mazhab pasti berlaku pengabaian terhadap peranan akal. Beliau tidak mengikat mana-mana mazhab terkenal didunia kerana kebenaran Islam tidak dimonopoli sesebuah mazhab
-          Pada permulaan, terdapat beberapa pihak menentang keras manhaj wasathiyah ini malah dituduh meremehkan Islam di samping jumud dan fanatic. Tetepi aliran ini bersesuain dengan pemikiran masyarakat moden, yang  menilai berdasarkan peristiwa dan pengalaman yang dilalui oleh masyarakat sedunia.
-          Keperluan masyarakat moden terhadap kesederhanaan: kebanyakan polimik yg dihadapi umat Islam masakini ditangani 2 cara bertentangan. 1) aliran jumud yang memberat-beratkan sesuatu perkara. 2) golonagn yg mengabaikan segala tuntutan dan disiplin syarak. Bagi mereka, semua persoalan boleh diselesaikan dengan jalan ijtihad dan kajian semula.
-          Aliran-aliran ini mampu mewujudkan agama baru yang mengubah asas aqidah, akhlak dan lain. Maka setiap tempat, Negara, masyarakt dan individu harus memiliki agama tersendiri. Ini jelas terlari dari agama Islam yang sebenar. Pendokong-pendokong aliran-aliran ini mempunyai guru rujukan yang dianggap maksum. Mereka memperkecilkan ilmu para tokoh agong terdahulu.






4)      BAB 4/BAB 5: ciri-ciri kesederhanaan Islam/ ringkasan
1)      Kefahaman Islam yang menyeluruh sebagai akidah, syariah, ilmu, amal, ibadah, muamalat, budaya, akhlak, kebenaran, kekuatan, dakwah, kenegaraan, agama, dunia, tamadun dan umat
2)      Beriman dengan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber perundangan dan panduan hidup serta keperluan memahami nas yang bersifat cabang berdasarkan objektif umum\
3)      Memperkasakan nilai ketuhanan ibadah yang menjadi objektif utama penciptaan manusia dan dijelmakan dengan empat ibadat utama, diikuti dengan zikir, doa istighfar dan selainnya. Inilah asas tasawuf hakiki yang dibina di asas benar denagn ALLAH dan berakhlak dengan makhluk
4)      Memahami tanggungjawab dan amalan secara seimbang berdasarkan tuntutan syarak, menilai setiap arahan syarak berdasarkan apa yang dinyatakanoleh nas, tidak mendahului apa yang patut dilewatkan, tidak melewatkan apa yang patut didahulukan dan ianya dinamakan sebagai fikh keutamaan
5)      Menuntut kea rah pembaharuan fiqh al-Quran dan Sunnah yang mengandungi beberapa bidang fiqh.
6)      Menekankan nilai akhlak yg ditegaskan oleh islam sama ada akhlak individu atau masyarakat
7)   Melakukan pembaharuan agama dari dalam dengan menghidupkan institusi ijtihad yang merupakan nadi syariat dengan syarat ia dilakukan oleh orang yang berkeahlian dalam perkara yang dibenarkan
8)   Mengimbangkan perkara tetap dalam syariat dan yang boleh berubah mengikut semasa.
9)   Mendokong method mempermudah dan meringankan dalam fiqh dan fatwa, jika ada keperluan untuk memberatkna, mestilah pada perkara pokok dan bukan pada cabang
10)  Mengembangkan agama Islam menjadi agenda memahamkan umat Islam tentang agama mereka.
11)  Berperingkat dalam dakwah, pengajaran, fatwa dan perubahan
12) Menyeru ke arah penyatuan antara rohani dan jasmani, ketuhanan dan kemanusiaan, akal dan perasaan. Beri haknya tanpa melampaui batas
13)  Mengajak ke arah perdamaian kepada sesiapa yang menghulurkan tangan persahabatan dan berpegang dengan prinsip jihad demi mempertahankan agama, tanah air dan orang-orang yang tertindas. Menentagn pemimpin yang rakus dan menerangkan jenis-jenis jihad sama ada jihad nafsu, dakwah dan sebagainya
14) Menyedarkan umat Islam bahawa jihad adalah fardu ain untuk membebaskan tanah air daripada jajahan
15)  Mengiktiraf hak minoroti yang berlainan agama, berhubung dengan mereka berdasarkan agama Islam yang memberi kebaebasan beragama
16)  Menghormati akal dan pemikiran serta mengajak kepada berfikir dan mengkaji bukti kekuasaan ALLAH pada alam semesta dan kitabNYA.
17)  Menyeru ke arah nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti adil, syura, kebebasan, kemuliaan dan hak asasi
18)  Menegaskan hak yang telah diberikan oleh Islam kepada wanita
19)  Memelihara institusi kekeluargaan
20)  Menghormati hak rakyat untuk memilih pemimpin mereka yang mampu dan beramanah.
21)  Menguatkan ekonomi orang Islam yang selaras dengan tuntutan Islam
22)  Menganggap perbezaan mazhab masih dalam lingkungan umat Islam selagi berkiblat sama dan beriman dengan Quran dan Sunnah
23)  Berbaik sangka kepada setiap orang yang berucap kalimah shahadah
24)  Mengambil berat tentang minoriti umat Islam seluruh dunia
25)  Percaya kepada kepelbagaiaan agama, bangsa, bahasa, budaya, dan fahaman politik.
26)  Mengimarahkan dunia dari aspek kebendaan dan kemanusiaan
27)  Menggalakkan para pejuang pembaharuan membasmi kemunduran dan penyelewengan
28)  Berusaha untuk menyatukan setiap pihak yang bekerja untuk menegakkan Islam dalam satu saf
29)  Mengingati kembali pencapaian gemilang yang telah dilakukan oleh umat Islam sehingga dikagumi seluruh dunia
30)  Mengambil manfaat daripada khazanah umat Islam silam yang berbagai-bagai.








No comments :

Post a Comment