Saturday 9 March 2013

Bayi buta disebabkan terlebih Oksigen!!




Oksigen… (Oxygen)
Terkurang tak boleh…
Terlebih pun tak boleh…

Hatta dalam ilmu perubatan pun banyak sebenarnya kadar ‘Wasatiyah’ yang perlu dipraktikkan untuk memastikan kesejahteraan dalam sesuatu kehidupan…



Retrolental Fibroplasia(Etymology:  retro + lentil = lens, fibra = fiber, plassein= to mold)

‘Retrolental Fibroplasia’…
Juga dikenali sebagai ‘Retinopathy of Prematurity (ROP)’…

Merupakan suatu penyakit di mana sesalur darah (blood vessel) bagi mata seseorang itu akan tumbuh secara tidak normal iaitu di belakang retina si pemilik mata iaitu di kawasan ‘vitreous humor´ mata itu… (sila rujuk gambar)






Seorang bayi yang dilahirkan dalam keadaan ‘belum cukup umur’ (premature baby) adalah yg paling berisiko sekali untuk terkena komplikasi masalah ini...

Bayi yang tidak cukup umur akan diletakkan di dalam sebuah bekas khas (inkubator) bagi menyediakan penjagaan yang rapi untuk si bayi ini. Penjagaan ini bertujuan untuk melindungi fizikal bayi yang masih belum bersedia dengan keadaan ‘baru’ sekelilingnya....




Masalah timbul bilamana oksigen di dalam inkubator itu ditetapkan pada kadar 100% sedangkan kadar oksigen (oxygen) di dalam udara biasa yang kita hadapi sekarang ini hanyalah pada kadar sekitar 20% sahaja!

Jadi,kandungan oksigen yang tinggi ini secara tidak langsung akan mewujudkan satu suasana hyperoxia’ (hyperoxia = kadar oksigen terlalu tinggi) kepada mata si bayi ini tadi...

Lantas retina mata si bayi ini akan terus menyesuaikan dirinya (automatically adapt itself) kepada keadaan sekeliling dengan mengecutkan salurannya bagi mengurangkan pengaliran darah kepada mata* itu...

(*Bertujuan untuk mengelakkan lebih banyak lagi oksigen daripada meresap ke dalam saluran darah yang telah cukup kandungan oksigennya)


Kemudian sekiranya bayi ini dikeluarkan daripada inkubator tadi,perubahan mendadak daripada 100% oksigen kepada 20% kandungan oksigen di udara akan menyebabkan retina mata si bayi ini tadi mengalami kejutan yang teramat sangat (disebabkan dua keadaan suasana yang sangat berbeza)

Lantas akan mewujudkan satu suasana hypoxia’ (hypoxia = terlalu sedikit oksigen) yang akan merangsang pertumbuhan salur darah baru yang sangat aktif di bahagian mata bayi itu*.

(*Sesalur darah (blood vessel) yang baru ini berperanan untuk membekalkan oksigen kepada mata yang sedang dalam keadaan kurang oksigen ketika itu.)



Pertumbuhan yang sangat rancak ini akan berkembang dengan cepat sehinggakan kekadang sesalur darah ini akan meliputi seluruh bahagian retina mata si bayi lantas menyebabkan retina ini hilang fungsinya.... sekali gus menyebabkan bayi ini menjadi BUTA!

Dalam keadaan yang lain, pertumbuhan sesalur darah yang rancak itu tadi akan menyebabkan mata si bayi ini luka dan kekadang boleh menyebabkan pendarahan yang agak serius di dalam mata si bayi ini tadi. Pabila pendarahan ini telah berhenti, lama-kelamaan darah di dalam mata si bayi ini akan mula membeku dan darah yang membeku ini akan membentuk seperti satu jalinan benang (band-like-membrane) yang boleh menarik retina mata itu sehingga terputus daripada keadaan asalnya lantas menyebabkan si bayi ini BUTA!!


Bagaimana nak mengatasinya?



“Prevention is better than thousand cures”

Seboleh-bolehnya, elakkan kelahiran bayi tidak cukup umur...
Kerna akan timbul pelbagai masalah kesihatan bagi bayi yang tidak cukup umur ini...

Dan andainya perkara ini tidak dapat dielakkan juga, tidak mengapa...
Cuma pemerhatian yang sangat teliti perlu diberikan kepada si bayi ini tadi...

Adalah menjadi kebiasaan bagi bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup umur untuk diletakkan di dalam ‘inkubator’ bagi membekalkan suasana terbaik bagi si bayi ini...

Namun, langkah terbaik ketika ingin mengeluarkan si bayi itu daripada inkubator tadi adalah dengan merendahkan kadar oksigen di dalam inkubator itu secara perlahan-lahan sehinggalah mata si bayi itu dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana udara yang baru ketika itu...

Jika penyakit ini berlaku juga, maka kaedah yang biasa digunakan untuk mengatasi penyakit ini adalah dengan menjalankan kaedah rawatan laser ke atas mata bayi itu tadi...

...Dan pelbagai lagi kaedah rawatan moden yang telah disediakan pada hari ini...


Pengajaran berkaitan

1- Perubahan daripada sesuatu perkara kepada suatu perkara yang baru hendaklah dijalankan secara perlahan-lahan, berperingkat-ringkat...
Sesuatu perubahan itu tidak boleh berlaku secara mengejut!

Perubahan secara mendadak daripada musim panas kepada musim sejuk akan menyebabkan kulit manusia menggelupas kerna komponen-komponen organelnya tidak sempat untuk menyesuaikan diri secara berperingkat-peringkat...


Begitulah juga dalam proses berdakwah...

Dalam usaha kita untuk mengubah seseorang kepada keadaan yang lebih baik...
Pendekatan ‘step-by-step’ perlu dilaksanakan...

تدرج في تشريع

Proses penambahan/pengurangan sedikit demi sedikit…
Hatta pokok di siang hari pun akan mati jika tiba-tiba disiram dengan air yang sejuk!


2- Kadar sesuatu bahan dalam badan manusia tidak boleh terlalu sedikit…
Mahupun tidak boleh terlalu banyak…
Mesti kena ditetapkan pada kadar pertengahannya…iaitu kadar spesifiknya

Terlebih kandungan lemak akan menyebabkan badan manusia menjadi gemuk...
Terkurang kandungan lemak pula akan menyebabkan manusia hilang tempat simpanan tenaganya...

Perlu kepada ‘pertengahannya’...


Terlebih vitamin K akan meningkatkan penggumpalan darah di dalam badan manusia lantas boleh menyebabkan saluran darah tersumbat...
Terkurang vitamin K pula akan menyebabkan pendarahan berpanjangan terhadap sesuatu luka pada badan manusia lantas boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak bagi badan itu sendiri...

Perlu kepada ‘pertengahannya’...


{ وَكَذَالِكَ جَعَلنَاكم أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ... }

Maksudnya : “Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas manusia…”

(surah al-Baqarah : ayat 143)



Barulah aku tahu bahawa maksud “ أمة وسطاadalah terlalu luas sebenarnya…
Hatta di dalam ilmu perubatan sekalipun konsep Wasatiyyah ini sebenarnya sangat-sangat ditekankan…


Benarlah kata-kata Imam Syafie' r.a.:

“Semakin aku belajar, semakin aku sedar betapa bodohnya diri aku ini…”


Wallahua’alam.




Rujukan :

-http://www.wisegeek.com/what-is-retrolental-fibroplasia.htm
-www.en.wikipedia.org/wiki/Retinopathy_of_prematurity
-Buku ‘The Cardivascular system - Physiology in medical practice’, by Salah Abu Sitta, Adel Shalaby, Abdel Rahman Abdel Motallib and Mohamed Okasha



3 comments :