Friday 27 December 2013

Mahasiswa Yang Seimbang 3 Perkara

Kalau anda pernah mendengar nama Said Hawwa (Rahimahullau ta’ala)

Satu nama yang terkenal dalam bidang dakwah, perjuangan, penulisan dan bermacam-macam bidang lagi...

Sehinggakan jika anda baca sebahagian daripada tulisan-tulisannya, anda akan mendapati bahawa tulisan-tulisan itu seakan-akan masih hidup lagi, terasa 'sentuhan'nya kepada hati mereka yang membaca, meskipun telah ditulis untaian-untaian kata itu berpuluh-puluh tahun yang lalu...




Apa yang menyebabkan kehebatan ini terserlah dalam kehidupan Syeikh Said Hawwa RH ini adalah disebabkan oleh 3 Perkara yang sentiasa ditekankan keseimbangannya oleh beliau sepanjang zaman mudanya dahulu...

Dan ada disebut di dalam kitab beliau, "Hazihi Tajribati wa Hazihi Syahadati (Inilah pengalamanku dan inilah penyaksianku)" mengenai penekanan untuk menyeimbangkan ketiga-tiga perkara tersebut dalam kehidupan seharian :

1- Suasana akademik/ilmiah – Banyak pergi ke kelas-kelas pengajian, kelas talaqqi, membaca buku-buku ilmiah sebagai thaqafah tambahan, bedah buku, mengikuti isu semasa, ceramah, diskusi, talk, dan yang sewaktu dengannya

2- Suasana tasawuf/akhlak – Menghadiri kelas-kelas yang menekankan akhlak/tasawuf, mengikuti tariqat-tariqat yang mengajar penyucian hati, membaca kitab-kitab berunsurkan ‘tazkiyatun nafs’(membersihkan jiwa), penekanan akhlak, dll

3- Suasana berpersatuan/berjuang dalam masyarakat – Terlibat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, bergerak dalam suasana berorganisasi, memperjuangkan hak-hak rakyat, aktivis, kerja-kerja kemanusiaan, isu politik, haraki, dll


Ketiga-tiga perkara ini sangat penting bagi kehidupan seorang manusia, lebih-lebih lagi bagi seorang remaja… Namun ia akan jadi bermasalah andai HANYA satu-satu perkara itu sahaja di-terlebihkan-nya sahaja…


Andai hanya akademiknya sahaja di LEBIH kan tanpa menyeimbangkan yang lain-lainnya, dia akan menjadi seorang yang sangat-sangat hebat pemikirannya, mengandungi bermacam-macam falsafah teori pemikiran itu dan ini, berfikir jauh ke hadapan berbanding orang lain…

…namun dia juga akan cenderung menjadi seorang yang suka mengkritik orang lain itu dan ini, mencantas pemikiran-pemikiran orang lain yang dirasakan salah pada sudut hemahnya, difikirkan hanya ideanya sahaja yang betul yang lain-lain salah, dikritik dengan bahasa-bahasa kesat/menyinggungkan tanpa memikirkan perasaan mereka yang dikomen itu…


Kemudian, andai hanya tasawuf sahaja di LEBIH kan pula tanpa menyeimbangkan yang lain-lainnya, dia akan menjadi seorang yang sangat-sangat beradab sopan orangnya, sangat-sangat menjaga akhlaknya…

…namun kekadang dia juga akan berasa dirinya itu terlalu mulia, kerna hanya dialah dirasakan mengikut aliran-aliran agamanya berbanding orang lain yang dirasakan sibuk dengan perkara-perkara dunia…

Lantas dia akan mula mengasingkan diri daripada aktiviti-aktiviti berpersatuan (anti-haraki, anti-persatuan) kerna dirasakan bidang-bidang ilmu seperti politik itu contohnya adalah jijik dan perlu dijauhi demi untuk menjaga ‘kesucian’ dirinya…

Lantas orang lain yang melihat contoh-contoh negatif ini akan mulalah melabelkan agama itu sebagai ‘candu’ kepada manusia… Membuatkan manusia itu hanya ‘khayal’ dengan dunia sendirinya dek kerna beberapa contoh-contoh negatif ini sahaja…


Kemudian, pabila hanya berpersatuan itu sahaja di LEBIH kan tanpa menyeimbangkan yang lain-lainnya pula, dia akan menjadi seorang yang sangat berkobar-kobar semangat juangnya, dialah yang paling pantas dan aktif bertindak dalam memperjuangkan hak-hak manusia yang tertindas…

…namun pada masa yang sama, dia ini jugalah yang paling lantang mulutnya bersuara, paling pantas keyboard nya berbicara, mengkritik pihak-pihak yang tidak sehaluan dengannya dengan kritikan-kritikan pedas, menghina puak-puak sana tanpa tapisan-tapisan adabnya, dan dia ini jugalah yang paling tercorot dalam prestasi akademik di kuliahnya…




Dek kerna tidak seimbang antara ketiga-tiga perkara yang disebutkan tadi…


Keyboard warrior





~ Seimbangkan kesemuanya, insyaAllah akan terbentuk manusia yang super-dahsyat kredibilitinya tanpa dinafikan oleh manusia-manusia lainnya










No comments :

Post a Comment