Friday 17 June 2011

Ujian apakah ini ya Allah!!

"Kenapa Allah jadikan aku mcm ni??"

"Kenapa Allah bg benda ni kt org lain tp aku x dpt??"

Kecantikan,kesihatan,kelapangan,kekayaan...
Terlalu byk nikmat2 Allah di muka bumi ini utk diungkapkan....



Kecacatan,kesakitan,kesempitan,kemiskinan...
"Tp kenapa UJIAN sebegini rupa ditimpakan kpd HAMBA mu yg lemah ini ya Allah??"
"Kenapa aku insan malang yg engkau pilih ya Allah?"

Astaghfirullahala'zim...
Istighfar lah byk2 wahai makhluk bernama manusia..
Istighfar lah byk2 wahai manusia bergelar khalifah..

Sedar x sedar,diri kita ini sebenarnya lebih byk merintih dgn KURNIAN Allah berbanding bersyukur terhadapnya..

MUSIBAH..DUGAAN..UJIAN..

Ungkapan yg x pernah lekang dek bait2 kehidupan manusia,
Persoalannya...

KENAPA KITA DIUJI DGN PELBAGAI MUSIBAH??

Manusia sering memandang sesuatu perkara buruk yg menimpanya sebagai sesuatu yg x elok,
Sesuatu perkara baik yg diperoleh mereka sering diagung-agungkan,
Sedangkan Allah telah lama berfirman dlm surah al-Baqarah,ayat 216:

"Tetapi boleh jadi bagi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Sayangnya ramai lg yg masih x menghayati maksud ayat ini sebenarnya..
Setiap perkara yg berlaku di dunia ini sememangnya ada HIKMAHnya sebenarnya..

Cuba renungi kisah ini:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pd suatu masa dahulu,tinggal seorg raja bersama seorg bendahara sebagai penasihatnya.Raja ini akan selalu meminta nasihat bendaharanya dlm pelbagai perkara.Jwpn yg sering menjadi buah mulut bendahara ini ialah "ADA HIKMAHNYA".Suatu hari,tatkala si raja sedang bermain pedang dgn anak gadisnya,secara tiba2,si gadis ini secara x sengaja terlukakan kaki ayahandanya.Si raja yg sedang marah ini pulang utk bertanyakan pendapat bendahara mengenai peristiwa ini.Jwb si bendahara dgn selamba:"ADA HIKMAHNYA".Si raja yg sedang marah ini terus menghumban bendahara ke dlm penjara sbb rasanya bendahara sengaja ingin memperlekehkan diri baginda.

Satu hari,raja pergi berburu di hutan.Ditakdirkan satu ketika,si raja terpisah dr kumpulan baginda dan ditangkap oleh sekumpulan orang 'kanibal'.Kanibal ini kemudian mengikat si raja utk satu ritual masakan.Fikir si raja,tamatlah riwayatnya apabila dimakan oleh kanibal2 ini nanti.Sebelum berlangsungnya ritual tersebut,ketua kanibal menyuruh anak2 buahnya melakukan 'pemeriksaan' terakhir terhadap si korban.Alangkah terkejutnya si raja apabila ketua kanibal itu berkata:"Pergilah skrg,kau dibebaskan sbb kami x nk korban yg ada kecacatan pd anggotanya,boleh bwk sial.Pergi kau!Jgn sampai kami jumpa kau lg!"

Si raja berlari pulang dgn gembira menuju ke penjara bendahara utk menceritakan peristiwa ini kpdnya.
"Skrg aku dah nmpak hikmahnya.Parut pd kakiku ini telah menyelamatkan nyawaku."
"Benarlah takdir Allah itu."jawab bendahara.
"Tp apa hikmahnya kau dipenjarakan di sini?"soal si raja.
"Jikalau aku mengikutimu berburu di hutan,nescaya diriku ini akan menjadi korban kaum kanibal itu kerana kesempurnaan anggota badanku ini.Itulah hikmahnya aku dipenjarakan."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak apa sebenarnya yg berlaku??
Terlalu byk hikmah yg berlaku d dunia ini yg kebanyakan manusia x 'nampak' sebenarnya..

Cantik.Memudahkan kerja2 dakwah kita diterima masyarakat dan menjadikan kita hamba yg sgt bersyukur.
Hodoh.Mengelakkan diri ini dr pelbagai fitnah.
Sihat.Memudahkan diri utk lebih byk beribadah kpd Allah.
Sakit.Salah satu cara utk Allah menghapuskan dosa2 kita.
Byk lg perkara yg kita x nmpak sebenarnya...


Kita sebagai HAMBA Allah wajar diuji dgn pelbagai ujian utk lebih mendekatkan diri kpd Allah.
Tnpa dugaan ini,hidup kita akan lalai dibuai kemewahan  kenikmatan dunia...

Umpama seekor monyet yg memeluk sebatang dahan tinggi,apabila semakin kuat tiupan angin,semakin kuat pelukannya,apabila lembut tiupan angin,pelukan monyet akan menjadi smakin longgar lalu jatuhlah ia menyembah bumi kerna terlalu asyik melayan tiupan angin yg membuaikan!!

"Katakanlah (Muhammad),"Tidak akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan oleh Allah kpd kami.Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah lah bertawakkalorg2 yg beriman".
                                                                                              at-Taubah:51

Justeru,hadapilah segala dugaan dan musibah yg menimpa dgn penuh bijaksana.Jadikanlah ia sebagai suatu yg sgt berharga dlm hidup ini.Tadbirlah dugaan yg menimpa kita sebaiknya tp jgn cuba mentadbir hidup kita kerana itu adalah 'kerja tuhan'.

Kata bijak pandai:
"We can't direct the wind but we can direct our sail"
"Jgn cuba dikawal arah taufan,tp kawal lah arah pelayaran"
"Jgn diukur dlmnya lautan,tp panjangkan lah kail yg sejengkal"

"It's not what happen to u but it's what u do about it!"
"It's not how low u fall but it's how high u bounce back!"

Akhir bicara,renungi dan hayatilah firman Allah dlm surah al-Baqarah,ayat 214:

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk ke syurga,padahal belum datang kpd mu (cubaan) seprti (yg dialami) org2 terdahulu sebelum mu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan diguncang (dgn pelbagai cubaan),sehingga Rasul & org2 beriman bersamanya berkata:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

1 comment :

  1. subhanallah . . peringatan buat saya juga yg lain . . syukran sahabat . . peringatan yg cukup bermkna . . astaghfirullah . . jgn kufur drpd nikmat Allah :(

    ReplyDelete