Sunday 12 August 2012

Common mistakes in Ramadhan + Sunnah during the arrival of Aidilfitiri




Menjelang hari-hari terakhir Ramadhan....
Ayuh kita merenung sejenak kesilapan-kesilapan biasa di Bulan Ramadhan yang kebanyakan daripada kita biasa lakukan tanpa kita sedari...

Kesilapan 1- Para ibu bapa bersungguh-sungguh melatih anak-anak mereka dalam berpuasa,tetapi tidak bersungguh-sungguh pula dalam melatih anak mereka menunaikan solat.

Kalau dalam bab berpuasa- "Adik,kalau adik puasa penuh dalam bulan ni,ayah kasi RM30 kat adik... Adik nak tak!? hehe"

Tapi kalau dalam bab solat- "Alaa...abang ni,biarlah anak tu tido jap kalaupun tak solat lagi..penat tu agaknya...Lagipun,dia kan kecil lagi..."


"Salah ke suruh anak-anak komit dalam berpuasa??" 
Benar...memang tak salah pun... Bagus la tu...
Tapi bukan kah lebih cantik lagi jika kita turut melakukan tindakan yang sama dalam bab solat?
Hatta Nabi sangat menitik beratkan bab menyuruh anak-anak solat- Arahkan mereka menunaikan solat ketika berumur 7 tahun,dan jika tidak solat juga ketika berumur 10 tahun,ibubapa boleh mengambil tindakan yang lebih tegas (dengan merotan atau memukul sebagai pengajaran).



Kesilapan 2- Tidak bangun bersahur di waktu pagi,sebaliknya dah siap-siap makan di waktu tengah malam kononnya untuk menggantikan sahur di waktu pagi itu.


"Alaa... Aku tak bangun sahur pagi pun boleh je tahan puasa sampai sehari.."


Ramai yang menyangkakan bahawa sahur ini tujuannya sebagai bekalan tenaga untuk mengahadapi waktu-waktu selepasnya...

Awas...Ada benarnya tanggapan ini,tapi bukanlah tujuan utama sahur itu untuk tahan kuat di waktu siang hari...jangan salah faham...

Bahkan sebenarnya tujuan bersahur ini adalah sebagai SATU IBADAH sebenarnya
..dalam kita mengikuti sunnah Baginda s.a.w
..dan juga untuk membezakan puasa umat Islam dengan agama-agama yang lain..


Lantas adakah 'sahur' kita di tengah malam itu mendapat ganjaran ibadah dari-Nya?
Bahkan makan di tengah malam ini juga sebenarnya dikatakan sebagai antara amalan kurang sihat oleh pakar-pakar kesihatan...Wallahua'alam

Jadi,bukankah cantik sungguh Nabi mengajar kita untuk bersahur di waktu pagi..??

Hatta kalau malas sangat pun nak bangun bersahur...at least makan lah sebiji kurma..
Kerna banyak fadhilat buah kurma ini seenarnya...

-Saidatina Maryam memakan kurma di saat ingin melahirkan Nabi Isa a'laihissalam (elok untuk ibu-ibu mengandung untuk memudahkan proses kelahiran bayi)
-amalan tahnik (membelah mulut bayi dengan kurma) ketika saat awal kelahiran bayi membuktikan bayi yang kurang khasiat vitamin & protein di saat lahirnya (kerna terputus tali pusat dengan ibunya yang mana itu merupakan sumber makanannya) mendapat segala vitamin & protein itu tatkala disuapkan kurma basah (ruthab) sebagai makanan awalnya.
-Khasiat kurma ajwaf:,Nabi menjanjikan keselamatan daripada sihir bagi sesiapa yang memakan kurma ajwaf....(Namun,orang yang makan kurma ajwaf boleh botak awal....bukan sebab kandungannya tapi sebab harganya mahal  ^_^)


Kesilapan 3- Berpuasa tapi tak kerjakan solat,berpuasa tapi tak menutup aurat!

Umum mengetahui kewajipan berpuasa...
Sehinggakan hampir semua umat Islam beleh menunaikan tuntutan berpuasa...

Tapi komitmen mereka hanyalah pada puasa semata-mata...

Bekerja pagi petang siang malam dalam keadaan berpuasa tapi tak menunaikan solat...

Peniaga bazar bersungguh-sungguh meniaga...sampai waktu azaan bersungguh-sungguh mengawalkan waktu berbuka demi mengejar sunnah Baginda...tapi solat fardhu Asar & Maghrib tak ditunaikan mereka

Ibu-ibu surirumah bersungguh-sungguh menyiapkan juadah untuk berbuka...tapi tak pula bersungguh-sungguh dalam menjaga waktu solat mereka...

Gadis-gadis perempuan besungguh-sungguh berpuasa tapi pada masa yang sama mereka inilah juga yang paling SEKSI sekali di mata kita...

Makcik-makcik bersungguh-sungguh nak hadir awal untuk menunaikan solat tarawikh tapi masa sampai waktu nak menyeberangi longkang,diselaknya kain itu sehingga menampakkan kaki betis..


Kenapa ramai yang boleh bersungguh-sungguh dalam bab PUASA tapi tidak dalam bab yang lainnya?
Inilah yang dinamakan sebagai puasa kerna adat....




Kesilapan 4- Bertadarus semata-mata kerna ingin khatam

Sunnah Nabi menunjukkan tadarrus yang diamalkan di zaman sahabat adalah tadarrus dengan membaca dan disemak oleh pembaca yang lain. Inilah tadarrus yang sebenar di sambil kita memperbaiki kaedah bacaan kita...dan lebih cantik lagi jika ditambah dengan mengkaji dan memahami ayat-ayat yang dibaca,insyaAllah.

"Maka tidakkah mereka mengahayati (mendalami) Al-Quran? Sekiranya (Al-Quran) itu bukan dari Allah nescayamereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya."

(surah an-Nisa' : ayat 82)


*Kemuncak Ramadhan adalah Lailatul Qadar,dan kemuncak Lailatul Qadar adalah pada doanya yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w: 

Baginda mengajarkan kepada Aisyah r.a mengenai doa jika kita merasai kita berada di Lailatul Qadar: "Allahumma innaka a'fuwwun tuhibbul a'fwa Fa'fua'nni.." (Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai keampunan,maka Ampunkanlah daku)




Sunnah-sunnah menjelang Aidilfitri:

1- Hidupkan suasana bertakbir (walaupun bagi wanita yang kedatangan uzur)

2-Ingatkan anak-anak/ahli keluarga untuk berniat mandi sunat Hari Raya ketika nak mandi hari pertama Raya- Bukan mandi kosong macam tu sahaja,kerna NIATLAH yang MEMBEZAKAN ANTARA IBADAH DAN ADAT.

3- Memakai pakaian baru,di samping kita berkongsi kegembiraan kita dengan mereka yang kurang bernasib baik.

4- Memakai wangi-wangian (khusus untuk lelaki sahaja)

5- Mengambil sedikit sarapan di awal hari

6- Menunaikan solat sunat Hari Raya

7- Meniru amalan ucapan para sahabat di Hari Raya : "Taqabbalallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

8- Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berlainan



Kesilapan biasa menjelang Hari Raya:

1- Pahala sebulan berpuasa rosak habis disebabkan hanya sehari berhari raya!

Dengan adat bersalaman yang tidak mengira mahram,dan segala macam perkara haram yang kita mula lakukan semula....

Seolah-olah kegembiraan yang kita sambutkan bukanlah kerna kemenangan kita berpuasa tapi bergembira kerna mendapat kebebasan dari belenggu Ramadhan- sebijik macam syaitan yang bergembira kerna dibebaskan di Hari Raya (nau'zubillah)

2- Bersedih kerna menziarahi kubur

Bukankah Hari Raya untuk umat Islam bergembira..??

Benar... Memang tak salah pun untuk menziarahi kubur di Hari Raya...
Tapi kenapa Hari Raya SAHAJA yang kita khususkan utnuk menziarahi kubur??

Hari-hari lain tak pernah terdetik pun nak ziarah kubur...mengingatkan kita kepada kematian...



Akhirnya,tidaklah menjadi masalah untuk tidak mengikuti sebahagian dari apa yang disampaikan di atas kerna sebahagian daripadanya hanyalah SUNNAH sahaja. Jangan kerna perkara SUNNAH kita bergaduh sesama Muslim yang mengabaikan persaudaraan yang jauh lebih WAJIB.

Wallahua'alam 
Credit to tazkirah Ramadhan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang 11/8/2012

2 comments :

  1. selamat meneruskan ibadah puasa ! selamat hari raye wehh :)_

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya juga...
    Doakan kita semua diberikan kekuatan dari-Nya untuk terus istiqamah..
    InsyaAllah.. ^_^

    ReplyDelete