KENAPA SUSAH SANGAT NAK BANGUN TIDUR NI??
Tidur…
Merupakan
mati sementara…
Juga
merupakan antara satu cebisan zarah daripada nikmat-nikmat Syurga…
Kerna
itulah nikmat nya dirasakan seperti diinginkan selama-lamanya…
Namun,nikmat
ini jugalah yang membuatkan seseorang insan yang mulia itu dihinakan
sehina-hinanya…
Kesan
daripada tidurnya itu terlalu dinikmati sehinggakan tidak mampu untuk dilawan
nikmat itu demi nikmat Qiamullail dan nikmat solat Subuh yang menyusuli…
Qiamullail….
(Berjaga malam)
Ramai
yang tahu akan kelebihannya…
Dan
semua maklum bahawa qiamullail ini merupakan antara amalan yang sangat-sangat
murni dan sangat-sangat besar ganjarannya bagi seorang Muslim…
Banyak
faedah nya…
Memang
tidak dapat dinafikan akan kelebihannya…
Firman
Allah s.w.t. :
“Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya sebagai suatu ibadah tambahan
bagimu,nescaya Tuhanmu mengangkatmu pada hari akhirat ke maqam yang terpuji. ”
(surah
al-Isra’ : ayat 79)
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Puasa
yang paling utama selepas puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharam,dan solat
yang paling utama selepas solat fardhu adalah solat malam.”
(Riwayat
Muslim no:1163)
Ya….
Memang
‘bangun malam’ ini sangat-sangat bernilai harganya…
Dan
sangat-sangat diDAMBAkan oleh semua Muslim kerna fadhilatnya…
Semua
nak…
Cuma
persoalannya,”kenapa susah sangat aku nak bangun malam ini??”
Mengenang kembali pengalaman
ku di sekolah menengah dahulu...
Biasa dikatakan hampir di
setiap pagi akan kedengaran ‘suara-suara sumbang’ku mengejut rakan-rakan yang
lain bangun untuk mengerjakan solat Subuh...
Dan tabiat ‘suara sumbang’
ini terus aku terbawa-bawa sehinggakan di Bumi Mesir ini...
Cuma mujur fanatisme aku
untuk mengejut orang ini tidak dibawa-bawa ke tahap untuk mengejutkan Firaun...
Mujur...aku mampu diizinkan
untuk mengawalnya...
Namun,tatkala diri ini
dibiasakan dengan rutin harian mengejut orang dari bangun tidur...
Aku terfikir...
“Kenapa susah sangat nak
bangun Subuh?”
Alhamdulillah...
Diri yang lemah ini telah
dikurniakan oleh-Nya dengan kelebihan untuk mudah bangun tidur..
Sangat-sangat mudah...
Hatta pabila di rumah...
Ibu mithali ku (Barakallahu
fiha) hanya mengejutkan ku dengan menyeru namaku...
“Bangcik (panggilan di
rumah)...bangun,solat Subuh...”
Cukup dengan sekali@dua
seruan...
Aku akan tersentak bangun
dari tidur...
Alhamdulillah....
Cukup-cukup mudah...
Mungkin disebabkan cara aku
dibesarkan adalah seperti yang sedemikian.. (Wallahua’alam)
Lantas pabila aku mengejutkan
pelbagai jenis orang untuk bangun...
Bermacam-macam pe’el
(perangai) ku temui...
Ada yang mudah bangun dengan
sentuhan...
Ada yang berlakon bangun
seolah-olah main cak-cak dengan ku...
Ada yang bangun terduduk
seperti ‘Undertaker’ dan kemudiannya ‘mati’ semula...
Ada yang terus memalingkan
diri pabila dikejut...
Ada yang makin dikejut,makin
diselubung selimutnya...
Ada yang menengking,marah
kerna dikejutkan...
Ada yang bangun hanya untuk
kembali mematikan suis lampu kemudian sambung tidurnya semula seolah-olah untuk
‘selama-lamanya’...
Bermacam-macam ‘style’...
Lantas aku hanya meneruskan
usaha ku sekadar yang termampu...
(Moga-moga ia menjadi amalan
yang diterima olehNya lantas menjadi benteng ku daripada bakaran azab neraka)
Dan lantas juga tertimbul
satu persoalan...
“Kenapa susah sangat nak bangun tidur
ini!??”
Pabila difikir-fikirkan
semula...
Jauh lagi sebenarnya tahap
kita untuk bergelar Muslim sejati...
Pabila untuk bangun Subuh pun
sudah sangat-sangat sukar...
Apatah lagi untuk bangun
ber’qiamullail’...
Lagi lah sangat-sangat-sangat
sukar...
Pabila pada hari ini
masing-masing daripada kita sibuk bersuara lantang membincangkan soal “Bila
masanya hendak tertegak Khilafah Islamiyah!??”
“Bila masanya kita hendak
membina Daulah Islamiyah!!?”
Namun,tidak pula kita sibuk
memikirkan “Susahnya nak gagahkan sepasang kelopak mata ini untuk menunaikan
solat Subuh yang WAJIB!!”
Hatta pabila dilakukan satu
bancian oleh seorang pengkaji tempatan,statistik menunjukkan bahawa hampir 80% daripada orang Islam di Malaysia tidak menunaikan
solat fardhu!!
Ini belum lagi dikira
daripada 20% yang solat ini...
Berapa ramai yang menunaikan
solat rawatib untuk menampung kecacatan solatnya..??
Berapa ramai yang faham akan
bacaan dalam solatnya..??
Berapa ramai yang beramal
dengan apa yang dibacanya...??
Berapa ramai yang betul-betul
khusyuk dalam solatnya...???
Sedangkan Allah s.w.t telah
berfirman:
“Sungguh,telah berjayalah orang yang beriman,(yakni) mereka yang
khusyuk dalam solatnya.”
(surah al-Mukminun : ayat 1-2)
Teringatku pada kata-kata
seorang Jeneral tentera Israel:
“Kita tak perlu takut
pada orang Islam selagimana bilangan orang yang solat Subuh mereka tidak
menyamai bilangan solat Jumaat mereka!”
Sehinggakan musuh-musuh Islam
pun sudah berani mengeluarkan kenyataan yang menerangkan kelemahan mereka
sendiri...
Kenapa?
Sebab mereka begitu yakin
umat Islam tidak akan mampu mengatasi kelemahan mereka sendiri!!
Pernah suatu hari aku ditanya
oleh sahabatku...
“Azmeer,macam mana nak bangun awal Subuh
heh..??”
Lantas demi untuk meraikan
kehendaknya...
Dan kerna terfikir-fikirkan
juga akan realiti umat Islam sekarang...
Ingin ku kongsikan beberapa
pandangan yang tidak seberapa..
Yang diperoleh hasil daripada
pengalaman dan kajian daripada hidupku yang tidak lah lama mana...
Antara kaedah untuk bangun di
awal pagi:
-Cuba fikir dahulu:”Betul ke
aku betul-betul nak bangun awal daripada
tidur ni??”
Sesetengah orang hanya cakap
sahaja lebih,tapi pada hakikatnya diri sendiri tidak mahu pun untuk bangun awal
dalam hatinya. Hangat-hangat tahi ayam.
Pabila dalam satu
ceramah,seorang pelajar bertanyakan kepada si penceramah:
“Ustaz,macam mana ye caranya kita nak
bangun malam,qiamullail ini?? Susah lah...”
Lantas ustaz dengan selambanya
menjawab:
“Betul ke kita nak bangun malam,qiamullail
ni? Cuba fikir balik... Kadang-kadang kita semangat ‘set alarm’ tengah-tengah
malam tu.. kemudian,bila ‘alarm’ bunyi,kita boleh je terjaga,tapi lepas tu kita
matikan ‘alarm’ & tidur balik..
Cuba pula ‘set alarm’ & letak ‘alarm’
tu dekat atas meja..nun di hujung bilik kita.. Bila malam nanti ‘alarm’
berbunyi,kita BOLEH JE BANGUN & BERJALAN 100M LAGI LEPAS TU sebab nak
matikan ‘alarm’ yang bising itu.. Tapi lepas tu kita sambung tidur balik..
Berjalan 20 langkah tu bukan dah bangun
berjaga dah ke? Siap perasan lagi jam sudah pukul berapa.. Itu bukan dah bangun
malam dah ke tu?? Kita sahaja sebenarnya nak tak nak bangun malam ni.. Cuba
azam kuat-kuat & betul-betul sikit... InsyaAllah Allah akan bantu punya...”
-Cuba tidur awal
Cara ini selalunya amat
berkesan kepada kebanyakan orang. Lantas pabila kita tidur awal,pada pagi
keesokannya kita akan kurang berasa mengantuk & letih..
Sangat sesuai untuk
dipraktikkan kepada kanak-kanak yang masih kurang ‘taklifan’(tanggugjawab)
nya..
Namun,kaedah ini bergantung
kepada sesetengah individu kerna seperti yang kita maklum,semakin meningkat
dewasa,semakin bertambah taklifan kita...
Pelajar dengan
pelajarannya...
Mahasiswa dengan pelajaran
& persatuannya...
Ibu bapa dengan tanggungjawab
kekeluargaannya..
Ulama’ dengan penyebaran
ilmunya melalui pelbagai cara...
Dan bermacam-macam jenis
pekerjaan lain lagi...
-Perlahan-lahan biasakan diri
tidur lambat andai ada keperluan
Kaedah ini mengambil masa
yang agak lama kerna rutin seseorang itu tidak boleh diubah secara
drastik,perlukan sedikit masa untuknya..
Jadi katakanlah hari ini kita
tidur pada jam 11pm (waktu Malaysia),cuba keesokan harinya kita tidur lewat
sedikit,sekitar 11.30pm...12am...dan seterusnya...
Andai seseorang itu biasa
tidur pada jam 11mlm dan tiba-tiba keesokannya dia ingin tidur pada jam
1am,pasti keesokan harinya akan ada ‘rasa-rasa seperti kekurangan tidur’ di
dalam dirinya..
Kurangkan tidur sebenarnya
adalah sangat-sangat digalakkan demi mengisi masa malam itu dengan
perkara-perkara yang berfaedah...
Hatta para ulama’ hanya tidur
sekitar 3 jam sahaja setiap hari kerna malamnya dipenuhi dengan kerja-kerja
mengarang buku,menyebarkan ilmu,ibadah malam dan sebagainya...
Firman Allah s.w.t. :
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di
dalam taman-taman (syurga) dan mata air,mereka mengambil apa yang diberikan
Tuhan kepada mereka.
Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah
orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu
malam,dan pada akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah)”
(surah az-Zariyat :
ayat 15-18)
Bagi mereka yang aktif
berpersatuan pula,pasti akan dihujani dengan pelbagai macam kerja yang
mengheret waktu tidur mereka itu di lewat malam...
Tidak lupa juga buat mereka
yang suka me’relax’kan minda di waktu malam dengan bermain
PES,DOTA,CS,FIFA,NFS,melayari internet,menghadap facebook,twitter,layan
‘movie-movie’ korea,jepun,anime,Hollywood...
‘Relax’kan lah minda anda
itu... Tapi jangan sampai Subuhnya tergadai disebabkan perkara yang melalaikan
ini.. ‘Relax’lah sekadarnya...
Jangan disebabkan Subuh yang
WAJIB ini ‘tertinggal’ kerna laptop yang HARUS (bahkan boleh jatuh
hukumnya ke MAKRUH & HARAM jika berterusan kita beralasan “terlepas waktu
Subuh sebab tidur lambat”. Tapi tidak
pula kita beralasan kepada diri sendiri “Siapa suruh tidur lambat disebabkan
perkara yang tiada pahala untuknya?”)
-Tidur berhampiran dengan
orang yang dipercayai biasa bangun awal
Kaedah yang paling mudah
kerna mengharapkan bantuan daripada orang lain. Tapi,andai diri yang mengharap
bantuan itu tidak bersungguh-sungguh untuk bangun pagi juga,tiada makna bantuan
walau daripada sesiapa sekalipun. Berbalik kepada kaedah pertama tadi...
-Sediakan sesuatu kerja untuk
dilakukan di awal pagi esoknya
Misalnya:
“Esok hari Khamis,aku nak
puasa sunat,jadi esok,aku mesti kena bangun awal,nak bersahur...”
Jadi secara automatiknya,kita
akan bersegera bangun pada pagi itu setelah terdengar bunyi ‘alarm’ untuk
bergegas bersahur...bimbang-bimbang terlepas waktu azan.
Ataupun pada malamnya kita
‘charge battery’ telefon bimbit sebelum tidur...
Dan kemudian pada keesokan
paginya kita akan bergegas bangun untuk mencabut keluar ‘charger battery’
tadi,dibimbangi jika dibiarkan terlalu lama,bateri telefon akan cepat rosak...
Kerja yang ingin dilakukan
pada esok hari itu mestilah bersifat ‘perlu
diselesaikan dengan SEGERA’...
Ingat tak di saat mana kita
ingin mengambil peperiksaan-peperiksaan besar?
UPSR...PMR...SPM....
Boleh dikatakan pada setiap
paginya kita akan bangun awal...
Dengan matlamat untuk membuat
‘revision’ subjek yang akan dihadapi pada hari tersebut...
Sanggup kita bangun di
awal-awal pagi itu kerna bimbang-bimbang kita akan terlepas beberapa point
penting untuk ‘exam’ jika tidak bangun pada pagi itu utnuk membuat
‘revision’...
Tekanan peperiksaan (pressure)
yang ada pada waktu itu membuatkan kita mampu melakukan sesuatu yang kita tidak
sedar kita mampu untuk melakukannya sebenarnya...
Manusia akan bertindak jauh lebih
baik dengan bantuan TEKANAN yang disertakan dalam hidupnya...
Jadi,kenapa tidak kita
praktikkan ‘TEKANAN’ ini di hari-hari biasa...
Dengan matlamat yang lebih
murni lagi...
Ingin solat Subuh di awal
waktunya...
-Biasakan diri untuk TIDAK
tidur di tempat yang selesa
Keselesaan di tempat tidur
membuatkan diri kita ini sukar untuk meninggalkan ‘kekasih sehidup semati’
bantal & tilam kita...
Hipotesisnya semakin
bertambah selesa tempat tidur,semakin bertambah sukar seseorang itu untuk
meninggalkan tempat tidurnya... It is directly proportional...
Memang diakui,keselesaan
tempat tidur adalah penting untuk kesihatan badan...
Tapi keselesaan yang melampau
ini jugalah yang akan memudaratkan pusat kawalan badan (hati) untuk bangun
beribadat kepada-Nya...
Hatta diriwayatkan Nabi
Muhammad s.a.w. hanya tidur dengan berbantalkan lengan Baginda sahaja!
-Tidur di tempat yang ramai
orang melaluinya
Kaedah ini adalah bagi mereka
yang betul-betul serius berazam untuk bangun Subuh@Qiamullail...
Sebagai contoh,tidur di
kawasan surau@masjid di malam hari. Kehadiran orang ramai di tempat tidur kita
itu keesokannya akan menyebabkan kita berasa segan & malu untuk meneruskan
tidur lantas dengan mudah kita akan bangun meninggalkan tempat tidur kita...
Dan andai kita tidak terjaga
juga selepas itu,pasti akan ada orang yang akan mengejutkan kita,insyaAllah...
-Bersungguh-sungguh berdoa memohon
bantuan dari-NYA sebelum tidur
Segala-gala yang kita
hajatkan untuk berlaku itu hanya akan berlaku dengan kehendak dan izin
dari-Nya...
Biarpun kehendak kita itu
disertakan dengan usaha beribu-ribu kali...
Dengan usaha sehabis-habis
yang mungkin...
Namun,jika tidak
diizinkannya,sertakanlah selautan keringat sekalipun nescaya tidak akan
terlaksana juga hajat tersebut...
Maka,bermohonlah
sesungguh-sungguh yang mungkin dari-Nya...
Minta dipermudahkan segala
usaha yang mulia...
Agar dibantu untuk bangun
awal selaras dengan kehendak kita...
Firman Allah s.w.t. :
“Sesungguhnya urusan-Nya
apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya “Jadilah!” Maka
jadilah sesuatu itu.”
(surah Yasin : ayat
82)
Akhirnya,
Peliharalah solat fardhu kita
yang lima itu sebelum memikirkan perkara lain yang jauh lagi...
Tidak perlu untuk sibuk-sibuk
memikirkan mengenai Khilafah Islamiyah...
Andai solat yang hanya lima
itu pun belum mampu kita pelihara sebaiknya..
Kata Al-Fadhil Mustafa
Masyhur:
“Tegakkanlah Islam di dalam dirimu,nescaya akan tertegak Islam
di negaramu (selepas itu).”
Wallahua’alam.
(Kaedah-kaedah yang
dikongsikan ini hanyalah merupakan sekadar pendapat penulis yang hina sahaja.
Ambillah mana-mana yang difikirkan bermanfaat dan andai ada kesalahan yang
tidak sengaja dinyatakan mohon diberi teguran kepada diri lemah ini. Wallahua’alam)
Antara fadhilat solat Subuh;
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Tidak akan masuk
neraka seseorang yang mengerjakan solat sebelum terbit dan terbenamnya matahari
(iaitu solat Subuh dan solat Asar)”
(Riwayat Muslim
no.634)
“Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh (berjemaah),dia berada
dalam lingkungan Allah. Perhatikanlah wahai anak Adam,berusahalah jangan sampai
Allah mencabut perlindunganNya daripadamu akibat suatu kesalahan yang kau
lakukan.”
(Riwayat Muslim no.261)
“Tiada solat yang paling
berat dirasakan oleh orang munafik melainkan solat Subuh dan Isyak. Sekiranya
mereka mengetahui apa yang ada pada keduanya (iaitu kelebihannya),pasti mereka
akan (pergi) mendirikannya walaupun sambil merangkak.”
(Riwayat al-Bukhari
no.657 dan Muslim no.651)
nak tambah.
ReplyDeletesebelum tidur, baca doa tidur dan ayat kursi.
tersedar dari tidur, dlm keadaan mamai, terus baca doa bangun tidur.
Terima kasih kerana sudi berkongsi...
Deletebagaimana pula nak mnyelesaikan kaedah pertama tu? maksud saya, bagaimana nak mncetuskan keinginan yg benar utk bgun subuh dan qiam?
ReplyDeleteCuba baca hadis2 Nabi s.a.w. tentang kelebihan2 yg diberikan kepada org yg bangun utk solat Subuh secara berjemaah dan hadis2 Nabi s.a.w. yg menceritakan tentang ganjaran2 bg org yg bangun qiamullail.. Sangat2 banyak dan sangat2 besar faedahnya! Saya ter'motivasi' dgn cara yg sebeginilah. Wallahua'alam
ReplyDeleteAlhamdulillah, Terjawab. Moga ada Nilai perkongisan ini di sisi-NYA.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Allah sediakan jawaban itu utk aku kat sini. Moga ada NILAI perkongsian ini di sisi-NYA. Ameen.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Barakallahu fik ya akhi.. ^_^
ReplyDeleteSyukran jazilan..
ReplyDeleteafwan =)
Deleteboleh sy share ?... .>_____________<
ReplyDeleteSilakan :)
DeleteBila kat rumah .jjur memang susah sangat nk bangun subuh .kat asrama mudah sikit la nk bangun . Tapi kat rumah dia kalau ibu kejut berapa kali je dah boleh bangun subuh .tapi kalau nk bangun subuh sendiri x tau lah kenapa x sedar . Hmmm... apa pendapat awak ?
ReplyDeleteAda berkat pada tangan orang yang mengejutkan kita bangun dari tidur kita itu sebenarnya kadang-kadang ;-)
Deleteboleh saya share?
ReplyDeleteSilakan
DeleteJazakallahukhairan.
ReplyDeleteDARIPADA iabir ra katanya :aku telah mendengar naabi sawcbersabda maksudnya "sesiapa diantara kamu yang takut tidak akan terbangun pada bahagian akhir malam maka hendaklah ia berwitir sebelum tidur .dan barangsiapa yang yakin akan terjaga UNTUK beribadat malam maka ia berwitir pada bahagian akhir malam tersebut .sesungguhnya bacaan di bahagian akhir malam itu adalah disaksikan (oleh malaikat )dan dengan yang sdemikian itu LEBIH afdal(riwayat muslim).
ReplyDeleteumm..mcm mne yg mmg susah betul nk bgn..tido x lewat..doa dh bce..n amalkan petua2 len lg..kita jirus air pn x sdar lgsg..alarm kt sblh pn x sdar..mcm mana nk atasi masalah ni ye?
ReplyDeleteSebelum tidur, minta betul-betul doa yang ikhlas kepada Allah SWT. Minta Allah SWT tolong kejutkan kita keesokan paginya. Minta sungguh-sungguh. Insya-Allah Dia bantu. Kadang-kadang kita terlalu bergantung kepada usaha diri sendiri sahaja sebenarnya sampaikan kadang-kadang kita terlupa bahawa Allah SWT yang perkenankan atau tidak sesuatu usaha itu untuk berlaku sebenarnya.
DeleteKita dah usaha sehabis mungkin kan? Tinggal serah kepada Dia saja untuk perkenankan atau tidak.
Insya-Allah Allah akan bantu hamba-hamba-Nya yang ikhlas. ;-)
Sebagai tambahan baca jugak surah kahfi 10 awal dan terakhir...inshaAllah mudah bangun....
ReplyDeleteSebagai tambahan boleh la baca surah kahfi 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir...inshaAllah dimudahkan untuk bangun...
ReplyDeleteMasyallah perkongsian yg hebat
ReplyDeleteTerima Kasih Abang.Artikel ni sangat bermanfaat bagi Saya.
ReplyDeleteterbaik tips Tuan 👍🏻
ReplyDelete