Friday 16 November 2012

KENAPA SUSAH SANGAT NAK BANGUN TIDUR NI??


KENAPA SUSAH SANGAT NAK BANGUN TIDUR NI??



Tidur…
Merupakan mati sementara…
Juga merupakan antara satu cebisan zarah daripada nikmat-nikmat Syurga…

Kerna itulah nikmat nya dirasakan seperti diinginkan selama-lamanya…

Namun,nikmat ini jugalah yang membuatkan seseorang insan yang mulia itu dihinakan sehina-hinanya…
Kesan daripada tidurnya itu terlalu dinikmati sehinggakan tidak mampu untuk dilawan nikmat itu demi nikmat Qiamullail dan nikmat solat Subuh yang menyusuli…

Qiamullail…. (Berjaga malam)

Ramai yang tahu akan kelebihannya…
Dan semua maklum bahawa qiamullail ini merupakan antara amalan yang sangat-sangat murni dan sangat-sangat besar ganjarannya bagi seorang Muslim…

Banyak faedah nya…
Memang tidak dapat dinafikan akan kelebihannya…

Firman Allah s.w.t. :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam  serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya sebagai suatu ibadah tambahan bagimu,nescaya Tuhanmu mengangkatmu pada hari akhirat ke maqam yang terpuji. ”

(surah al-Isra’ : ayat 79)


Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharam,dan solat yang paling utama selepas solat fardhu adalah solat malam.”

(Riwayat Muslim no:1163)


Ya….
Memang ‘bangun malam’ ini sangat-sangat bernilai harganya…
Dan sangat-sangat diDAMBAkan oleh semua Muslim kerna fadhilatnya…

Semua nak…
Cuma persoalannya,”kenapa susah sangat aku nak bangun malam ini??”




Mengenang kembali pengalaman ku di sekolah menengah dahulu...

Biasa dikatakan hampir di setiap pagi akan kedengaran ‘suara-suara sumbang’ku mengejut rakan-rakan yang lain bangun untuk mengerjakan solat Subuh...

Dan tabiat ‘suara sumbang’ ini terus aku terbawa-bawa sehinggakan di Bumi Mesir ini...
Cuma mujur fanatisme aku untuk mengejut orang ini tidak dibawa-bawa ke tahap untuk mengejutkan Firaun...

Mujur...aku mampu diizinkan untuk mengawalnya...


Namun,tatkala diri ini dibiasakan dengan rutin harian mengejut orang dari bangun tidur...
Aku terfikir...

“Kenapa susah sangat nak bangun Subuh?”

Alhamdulillah...

Diri yang lemah ini telah dikurniakan oleh-Nya dengan kelebihan untuk mudah bangun tidur..

Sangat-sangat mudah...
Hatta pabila di rumah...
Ibu mithali ku (Barakallahu fiha) hanya mengejutkan ku dengan menyeru namaku...

“Bangcik (panggilan di rumah)...bangun,solat Subuh...”

Cukup dengan sekali@dua seruan...
Aku akan tersentak bangun dari tidur...

Alhamdulillah....
Cukup-cukup mudah...

Mungkin disebabkan cara aku dibesarkan adalah seperti yang sedemikian.. (Wallahua’alam)

Lantas pabila aku mengejutkan pelbagai jenis orang untuk bangun...
Bermacam-macam pe’el (perangai) ku temui...

Ada yang mudah bangun dengan sentuhan...
Ada yang berlakon bangun seolah-olah main cak-cak dengan ku...
Ada yang bangun terduduk seperti ‘Undertaker’ dan kemudiannya ‘mati’ semula...
Ada yang terus memalingkan diri pabila dikejut...
Ada yang makin dikejut,makin diselubung selimutnya...
Ada yang menengking,marah kerna dikejutkan...
Ada yang bangun hanya untuk kembali mematikan suis lampu kemudian sambung tidurnya semula seolah-olah untuk ‘selama-lamanya’...


Bermacam-macam ‘style’...

Lantas aku hanya meneruskan usaha ku sekadar yang termampu...
(Moga-moga ia menjadi amalan yang diterima olehNya lantas menjadi benteng ku daripada bakaran azab neraka)



Dan lantas juga tertimbul satu persoalan...

“Kenapa susah sangat nak bangun tidur ini!??”

Pabila difikir-fikirkan semula...
Jauh lagi sebenarnya tahap kita untuk bergelar Muslim sejati...

Pabila untuk bangun Subuh pun sudah sangat-sangat sukar...
Apatah lagi untuk bangun ber’qiamullail’...
Lagi lah sangat-sangat-sangat sukar...


Pabila pada hari ini masing-masing daripada kita sibuk bersuara lantang membincangkan soal “Bila masanya hendak tertegak Khilafah Islamiyah!??”

“Bila masanya kita hendak membina Daulah Islamiyah!!?”

Namun,tidak pula kita sibuk memikirkan “Susahnya nak gagahkan sepasang kelopak mata ini untuk menunaikan solat Subuh yang WAJIB!!”

Hatta pabila dilakukan satu bancian oleh seorang pengkaji tempatan,statistik menunjukkan bahawa hampir 80% daripada orang Islam di Malaysia tidak menunaikan solat fardhu!!

Ini belum lagi dikira daripada 20% yang solat ini...
Berapa ramai yang menunaikan solat rawatib untuk menampung kecacatan solatnya..??
Berapa ramai yang faham akan bacaan dalam solatnya..??
Berapa ramai yang beramal dengan apa yang dibacanya...??
Berapa ramai yang betul-betul khusyuk dalam solatnya...???

Sedangkan Allah s.w.t telah berfirman:

“Sungguh,telah berjayalah orang yang beriman,(yakni) mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

(surah al-Mukminun : ayat 1-2)

Teringatku pada kata-kata seorang Jeneral tentera Israel:

“Kita tak perlu takut pada orang Islam selagimana bilangan orang yang solat Subuh mereka tidak menyamai bilangan solat Jumaat mereka!”

Sehinggakan musuh-musuh Islam pun sudah berani mengeluarkan kenyataan yang menerangkan kelemahan mereka sendiri...

Kenapa?

Sebab mereka begitu yakin umat Islam tidak akan mampu mengatasi kelemahan mereka sendiri!!



Pernah suatu hari aku ditanya oleh sahabatku...

“Azmeer,macam mana nak bangun awal Subuh heh..??”

Lantas demi untuk meraikan kehendaknya...
Dan kerna terfikir-fikirkan juga akan realiti umat Islam sekarang...

Ingin ku kongsikan beberapa pandangan yang tidak seberapa..
Yang diperoleh hasil daripada pengalaman dan kajian daripada hidupku yang tidak lah lama mana...

Antara kaedah untuk bangun di awal pagi:

-Cuba fikir dahulu:”Betul ke aku betul-betul  nak bangun awal daripada tidur ni??”

Sesetengah orang hanya cakap sahaja lebih,tapi pada hakikatnya diri sendiri tidak mahu pun untuk bangun awal dalam hatinya. Hangat-hangat tahi ayam.

Pabila dalam satu ceramah,seorang pelajar bertanyakan kepada si penceramah:

“Ustaz,macam mana ye caranya kita nak bangun malam,qiamullail ini?? Susah lah...”

Lantas ustaz dengan selambanya menjawab:

“Betul ke kita nak bangun malam,qiamullail ni? Cuba fikir balik... Kadang-kadang kita semangat ‘set alarm’ tengah-tengah malam tu.. kemudian,bila ‘alarm’ bunyi,kita boleh je terjaga,tapi lepas tu kita matikan ‘alarm’ & tidur balik..

Cuba pula ‘set alarm’ & letak ‘alarm’ tu dekat atas meja..nun di hujung bilik kita.. Bila malam nanti ‘alarm’ berbunyi,kita BOLEH JE BANGUN & BERJALAN 100M LAGI LEPAS TU sebab nak matikan ‘alarm’ yang bising itu.. Tapi lepas tu kita sambung tidur balik..

Berjalan 20 langkah tu bukan dah bangun berjaga dah ke? Siap perasan lagi jam sudah pukul berapa.. Itu bukan dah bangun malam dah ke tu?? Kita sahaja sebenarnya nak tak nak bangun malam ni.. Cuba azam kuat-kuat & betul-betul sikit... InsyaAllah Allah akan bantu punya...”


-Cuba tidur awal

Cara ini selalunya amat berkesan kepada kebanyakan orang. Lantas pabila kita tidur awal,pada pagi keesokannya kita akan kurang berasa mengantuk & letih..

Sangat sesuai untuk dipraktikkan kepada kanak-kanak yang masih kurang ‘taklifan’(tanggugjawab) nya..

Namun,kaedah ini bergantung kepada sesetengah individu kerna seperti yang kita maklum,semakin meningkat dewasa,semakin bertambah taklifan kita...

Pelajar dengan pelajarannya...
Mahasiswa dengan pelajaran & persatuannya...
Ibu bapa dengan tanggungjawab kekeluargaannya..
Ulama’ dengan penyebaran ilmunya melalui pelbagai cara...
Dan bermacam-macam jenis pekerjaan lain lagi...

-Perlahan-lahan biasakan diri tidur lambat andai ada keperluan

Kaedah ini mengambil masa yang agak lama kerna rutin seseorang itu tidak boleh diubah secara drastik,perlukan sedikit masa untuknya..

Jadi katakanlah hari ini kita tidur pada jam 11pm (waktu Malaysia),cuba keesokan harinya kita tidur lewat sedikit,sekitar 11.30pm...12am...dan seterusnya...

Andai seseorang itu biasa tidur pada jam 11mlm dan tiba-tiba keesokannya dia ingin tidur pada jam 1am,pasti keesokan harinya akan ada ‘rasa-rasa seperti kekurangan tidur’ di dalam dirinya..


Kurangkan tidur sebenarnya adalah sangat-sangat digalakkan demi mengisi masa malam itu dengan perkara-perkara yang berfaedah...

Hatta para ulama’ hanya tidur sekitar 3 jam sahaja setiap hari kerna malamnya dipenuhi dengan kerja-kerja mengarang buku,menyebarkan ilmu,ibadah malam dan sebagainya...

Firman Allah s.w.t. :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air,mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka.

Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam,dan pada akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah)”

(surah az-Zariyat : ayat 15-18)

Bagi mereka yang aktif berpersatuan pula,pasti akan dihujani dengan pelbagai macam kerja yang mengheret waktu tidur mereka itu di lewat malam...

Tidak lupa juga buat mereka yang suka me’relax’kan minda di waktu malam dengan bermain PES,DOTA,CS,FIFA,NFS,melayari internet,menghadap facebook,twitter,layan ‘movie-movie’ korea,jepun,anime,Hollywood...

‘Relax’kan lah minda anda itu... Tapi jangan sampai Subuhnya tergadai disebabkan perkara yang melalaikan ini.. ‘Relax’lah sekadarnya...

Jangan disebabkan Subuh yang WAJIB ini ‘tertinggal’ kerna laptop yang HARUS (bahkan boleh jatuh hukumnya ke MAKRUH & HARAM jika berterusan kita beralasan “terlepas waktu Subuh sebab tidur lambat”.  Tapi tidak pula kita beralasan kepada diri sendiri “Siapa suruh tidur lambat disebabkan perkara yang tiada pahala untuknya?”)

-Tidur berhampiran dengan orang yang dipercayai biasa bangun awal

Kaedah yang paling mudah kerna mengharapkan bantuan daripada orang lain. Tapi,andai diri yang mengharap bantuan itu tidak bersungguh-sungguh untuk bangun pagi juga,tiada makna bantuan walau daripada sesiapa sekalipun. Berbalik kepada kaedah pertama tadi...

-Sediakan sesuatu kerja untuk dilakukan di awal pagi esoknya

Misalnya:
“Esok hari Khamis,aku nak puasa sunat,jadi esok,aku mesti kena bangun awal,nak bersahur...”

Jadi secara automatiknya,kita akan bersegera bangun pada pagi itu setelah terdengar bunyi ‘alarm’ untuk bergegas bersahur...bimbang-bimbang terlepas waktu azan.

Ataupun pada malamnya kita ‘charge battery’ telefon bimbit sebelum tidur...
Dan kemudian pada keesokan paginya kita akan bergegas bangun untuk mencabut keluar ‘charger battery’ tadi,dibimbangi jika dibiarkan terlalu lama,bateri telefon akan cepat rosak...

Kerja yang ingin dilakukan pada esok hari itu mestilah bersifat ‘perlu diselesaikan dengan SEGERA’...


Ingat tak di saat mana kita ingin mengambil peperiksaan-peperiksaan besar?

UPSR...PMR...SPM....

Boleh dikatakan pada setiap paginya kita akan bangun awal...
Dengan matlamat untuk membuat ‘revision’ subjek yang akan dihadapi pada hari tersebut...

Sanggup kita bangun di awal-awal pagi itu kerna bimbang-bimbang kita akan terlepas beberapa point penting untuk ‘exam’ jika tidak bangun pada pagi itu utnuk membuat ‘revision’...

Tekanan peperiksaan (pressure) yang ada pada waktu itu membuatkan kita mampu melakukan sesuatu yang kita tidak sedar kita mampu untuk melakukannya sebenarnya...

Manusia akan bertindak jauh lebih baik dengan bantuan TEKANAN yang disertakan dalam hidupnya...

Jadi,kenapa tidak kita praktikkan ‘TEKANAN’ ini di hari-hari biasa...
Dengan matlamat yang lebih murni lagi...
Ingin solat Subuh di awal waktunya...



-Biasakan diri untuk TIDAK tidur di tempat yang selesa

Keselesaan di tempat tidur membuatkan diri kita ini sukar untuk meninggalkan ‘kekasih sehidup semati’ bantal & tilam kita...

Hipotesisnya semakin bertambah selesa tempat tidur,semakin bertambah sukar seseorang itu untuk meninggalkan tempat tidurnya... It is directly proportional...

Memang diakui,keselesaan tempat tidur adalah penting untuk kesihatan badan...

Tapi keselesaan yang melampau ini jugalah yang akan memudaratkan pusat kawalan badan (hati) untuk bangun beribadat kepada-Nya...

Hatta diriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w. hanya tidur dengan berbantalkan lengan Baginda sahaja!

-Tidur di tempat yang ramai orang melaluinya

Kaedah ini adalah bagi mereka yang betul-betul serius berazam untuk bangun Subuh@Qiamullail...

Sebagai contoh,tidur di kawasan surau@masjid di malam hari. Kehadiran orang ramai di tempat tidur kita itu keesokannya akan menyebabkan kita berasa segan & malu untuk meneruskan tidur lantas dengan mudah kita akan bangun meninggalkan tempat tidur kita...

Dan andai kita tidak terjaga juga selepas itu,pasti akan ada orang yang akan mengejutkan kita,insyaAllah...

-Bersungguh-sungguh berdoa memohon bantuan dari-NYA sebelum tidur

Segala-gala yang kita hajatkan untuk berlaku itu hanya akan berlaku dengan kehendak dan izin dari-Nya...

Biarpun kehendak kita itu disertakan dengan usaha beribu-ribu kali...
Dengan usaha sehabis-habis yang mungkin...

Namun,jika tidak diizinkannya,sertakanlah selautan keringat sekalipun nescaya tidak akan terlaksana juga hajat tersebut...

Maka,bermohonlah sesungguh-sungguh yang mungkin dari-Nya...
Minta dipermudahkan segala usaha yang mulia...
Agar dibantu untuk bangun awal selaras dengan kehendak kita...

Firman Allah s.w.t. :

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.”

(surah Yasin : ayat 82)



Akhirnya,
Peliharalah solat fardhu kita yang lima itu sebelum memikirkan perkara lain yang jauh lagi...

Tidak perlu untuk sibuk-sibuk memikirkan mengenai Khilafah Islamiyah...
Andai solat yang hanya lima itu pun belum mampu kita pelihara sebaiknya..

Kata Al-Fadhil Mustafa Masyhur:

“Tegakkanlah Islam di dalam dirimu,nescaya akan tertegak Islam di negaramu (selepas itu).”

Wallahua’alam.

(Kaedah-kaedah yang dikongsikan ini hanyalah merupakan sekadar pendapat penulis yang hina sahaja. Ambillah mana-mana yang difikirkan bermanfaat dan andai ada kesalahan yang tidak sengaja dinyatakan mohon diberi teguran kepada diri lemah ini. Wallahua’alam)

Antara fadhilat solat Subuh;

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Tidak akan masuk neraka seseorang yang mengerjakan solat sebelum terbit dan terbenamnya matahari (iaitu solat Subuh dan solat Asar)”

(Riwayat Muslim no.634)

“Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh (berjemaah),dia berada dalam lingkungan Allah. Perhatikanlah wahai anak Adam,berusahalah jangan sampai Allah mencabut perlindunganNya daripadamu akibat suatu kesalahan yang kau lakukan.”

(Riwayat Muslim no.261)

“Tiada solat yang paling berat dirasakan oleh orang munafik melainkan solat Subuh dan Isyak. Sekiranya mereka mengetahui apa yang ada pada keduanya (iaitu kelebihannya),pasti mereka akan (pergi) mendirikannya walaupun sambil merangkak.”

(Riwayat al-Bukhari no.657 dan Muslim no.651)



24 comments :

  1. nak tambah.
    sebelum tidur, baca doa tidur dan ayat kursi.
    tersedar dari tidur, dlm keadaan mamai, terus baca doa bangun tidur.

    ReplyDelete
  2. bagaimana pula nak mnyelesaikan kaedah pertama tu? maksud saya, bagaimana nak mncetuskan keinginan yg benar utk bgun subuh dan qiam?

    ReplyDelete
  3. Cuba baca hadis2 Nabi s.a.w. tentang kelebihan2 yg diberikan kepada org yg bangun utk solat Subuh secara berjemaah dan hadis2 Nabi s.a.w. yg menceritakan tentang ganjaran2 bg org yg bangun qiamullail.. Sangat2 banyak dan sangat2 besar faedahnya! Saya ter'motivasi' dgn cara yg sebeginilah. Wallahua'alam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, Terjawab. Moga ada Nilai perkongisan ini di sisi-NYA.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Allah sediakan jawaban itu utk aku kat sini. Moga ada NILAI perkongsian ini di sisi-NYA. Ameen.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Barakallahu fik ya akhi.. ^_^

    ReplyDelete
  7. Syukran jazilan..

    ReplyDelete
  8. boleh sy share ?... .>_____________<

    ReplyDelete
  9. Bila kat rumah .jjur memang susah sangat nk bangun subuh .kat asrama mudah sikit la nk bangun . Tapi kat rumah dia kalau ibu kejut berapa kali je dah boleh bangun subuh .tapi kalau nk bangun subuh sendiri x tau lah kenapa x sedar . Hmmm... apa pendapat awak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada berkat pada tangan orang yang mengejutkan kita bangun dari tidur kita itu sebenarnya kadang-kadang ;-)

      Delete
  10. boleh saya share?

    ReplyDelete
  11. DARIPADA iabir ra katanya :aku telah mendengar naabi sawcbersabda maksudnya "sesiapa diantara kamu yang takut tidak akan terbangun pada bahagian akhir malam maka hendaklah ia berwitir sebelum tidur .dan barangsiapa yang yakin akan terjaga UNTUK beribadat malam maka ia berwitir pada bahagian akhir malam tersebut .sesungguhnya bacaan di bahagian akhir malam itu adalah disaksikan (oleh malaikat )dan dengan yang sdemikian itu LEBIH afdal(riwayat muslim).

    ReplyDelete
  12. umm..mcm mne yg mmg susah betul nk bgn..tido x lewat..doa dh bce..n amalkan petua2 len lg..kita jirus air pn x sdar lgsg..alarm kt sblh pn x sdar..mcm mana nk atasi masalah ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum tidur, minta betul-betul doa yang ikhlas kepada Allah SWT. Minta Allah SWT tolong kejutkan kita keesokan paginya. Minta sungguh-sungguh. Insya-Allah Dia bantu. Kadang-kadang kita terlalu bergantung kepada usaha diri sendiri sahaja sebenarnya sampaikan kadang-kadang kita terlupa bahawa Allah SWT yang perkenankan atau tidak sesuatu usaha itu untuk berlaku sebenarnya.

      Kita dah usaha sehabis mungkin kan? Tinggal serah kepada Dia saja untuk perkenankan atau tidak.
      Insya-Allah Allah akan bantu hamba-hamba-Nya yang ikhlas. ;-)

      Delete
  13. Sebagai tambahan baca jugak surah kahfi 10 awal dan terakhir...inshaAllah mudah bangun....

    ReplyDelete
  14. Sebagai tambahan boleh la baca surah kahfi 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir...inshaAllah dimudahkan untuk bangun...

    ReplyDelete
  15. Masyallah perkongsian yg hebat

    ReplyDelete
  16. Terima Kasih Abang.Artikel ni sangat bermanfaat bagi Saya.

    ReplyDelete