Pabila
kita kekadang mengalami kemalangan & kecelakaan…
Lantas
beberapa bahagian daripada anggota badan kita
mengalami luka-luka (wound@الجرح)…
Terus
tatkala itu juga kita terus membalut atau menampal luka itu untuk melindunginya
daripada kecederaan yang lebih teruk…
Namun,lantaran
itu juga timbul satu persoalan…
Bagaimana
cara untuk kita berwudhuk dengan SEBETUL-BETULNYA tanpa memudaratkan luka tadi
sekali gus membolehkan ibadah kita diterima oleh-Nya?
Berdasarkan
Kitab ‘Taqrirotus Sadidah Fil Masai’lil Mufidah (Bahagian Ibadah)
(التَقرِيرَاتُ السَدِيدَة فِي المَسَائِل
المُفِيدَة - قسم العبادات)
karya Al-Alamah Al-Faqih
Al-Muhaqqiq Syeikh Zain Ibn Ibrahim Ibn Zain Ibn Sumait,
(العَلَامَة الفَقِيهِ المُحَقِّق زَين بن
اِبرَاهِيمَ بِن زَينِ بِن سُمَيط)
dan
disyarahkan oleh Habib Syeikh Hasan Ibn Ahmad Ibn Muhammad Al-Kaf
(حَبِيب حَسَن بِن أَحمَدَ بن مُحَمَّدٍ
الكَاف)
Ada
diterangkan secara terperinci mengenai bab ‘tampalan’ (- أحكام الجبيرةyang
merujuk kepada tampalan luka-wound plaster)
Antara
kaifiat (cara-cara) berwudhu’ bagi orang yang mempunyai tampalan luka:
1- Mulakan wudhu’
seperti biasa sehingga sampai kepada giliran anggota yang bertampal itu.
2- Pabila
tiba sahaja giliran anggota yang bertampal itu,hendaklah kita bertayamum bagi
menggantikan wudhu’ ke atas tampalan luka tersebut (Bertayamum SEPENUHNYA seperti
biasa daripada mula (muka) sehinggalah akhirnya(kedua belah tangan)).
3- Kemudian,
basuh seperti biasa bagi kawasan sekitar tempat tampalan itu (maksudnya anggota
yang sama,cuma bagi bahagian yang tidak kena tampalan).
4- Kemudian,sapukan
air di atas tampalan luka itu.(Sapu di sini bukan bermaksud bewudhu’ tetapi
maksudnya cukup sekadar basah-basahkan sedikit sahaja (Contohnya jika tangan
kanan yang bertampal,basahkan tangan kiri sedikit,kemudian gegar-gegarkan
sedikit tangan kiri itu,dan sapu sisa-sisa air di tangan kiri tadi ke atas
tampalan luka di tangan kanan tersebut.)
5- Akhir
sekali,sempurnakan wudhu’ bagi anggota-anggota lain seperti biasa.
Bagi mereka yang ingin MANDI WAJIB pula,pilihan diberi samada hendak
mendahulukan mandian ataupun tayamum. Namun,yang lebih afdhol adalah
mendahulukan tayamum kerna mandian selepas itu boleh menghilangkan kesan-kesan
tanah (hasil daripada tayamum sebelumnya).
HUKUM SOLAT BAGI ORANG YANG
MEMPUNYAI TAMPALAN LUKA :
1- Sekiranya
tampalan luka itu di atas anggota tayamum (muka atau dua belah tangan),maka
WAJIB baginya mengqada’kan (menggantikan) solatnya itu.
2- Dan
sekiranya tampalan luka itu di atas anggota selain daripada anggota tayamum
(selain daripada muka dan kedua tangannya),maka ada dua situasi baginya,merujuk
kepada SAIZ tampalan luka itu ;
1) Jika
tampalan luka itu sebesar luka tersebut,maka TIDAK PERLU dia mengqada’kan
solatnya.
2) Tetapi
jika tampalan luka itu melebihi kadar saiz lukanya (lebihan yang agak besar
saiznya,kalau terlebih sedikit,tidak mengapa),maka WAJIB baginya mengqada’kan
solatnya itu.
Tetapi sekiranya TIADA TAMPALAN
atas lukanya itu,maka WAJIB baginya BERTAYAMUM ke atas anggota yang luka itu
dan membasuh anggota lain (yang tidak luka) seperti biasa. Bagi situasi
ini,hukumnya TIDAK PERLU QADA’ solat walaupun lukanya itu di atas anggota
tayamum sekalipun.
*Pengajarannya,jika ada
tampalan luka KECIL di anggota wudhu’ kita,SEELOKNYA DISARANKAN agar tampalan
itu dibuka terlebih dahulu dan kita berwudhu’ seperti biasa bagi memudahkan
pengaliran air,kerna tampalan yang kecil sekalipun kadang-kadang menghalang air
daripada sampai ke tempat yang tidak luka (contohnya kulit yang melekat di
bahagian tepi ‘plaster’ itu)
Cuma apabila sampai sahaja ke
tempat yang berluka apabila berwudhu’ nanti,berhati-hatilah sedikit ketika
hendak mengalirkan air@basahkan lah sekadarnya sahaja.
Walau bagaimanapun,bagi
luka-luka yang kritikal seperti balutan seluruh kepala kerna kemalangan jalan
raya ataupun balutan seluruh tangan kerna melecur dan sebagainya,bolehlah
dirujuk kepada kaedah seperti yang dinyatakan di atas.
Namun,perlu diketahui di sini
perbincangannya akan memerlukan kepada perbahasan yang lebih mendalam lagi dan
perbincangan di atas hanyalah sekadar perbahasan asas sahaja (Surface of water
instead of the deeper depth)
Dan perlu juga diketahui
perbahasan di atas hanyalah berdasarkan kepada perbahasan daripada satu kitab
sahaja. Tidaklah perlu terikat hanya kepadanya sahaja jika dirasakan terlalu
berat kerna terdapat berpuluh-puluh lagi perbahasan lain yang kekadang akan
memberikan jalan yang lebih mudah lagi. (Terdapat juga panduan beribadah bagi
pesakit yang telah dikeluarkan oleh Jabatan-jabatan Agama seperti JAKIM)
Bagi mereka yang ditimpa
musibah seperti kemalangan dan sebagainya,dinasihatkan agar banyak-banyakkan
lah bersabar. Ibadah fardhu tetap WAJIB ditunaikan,cuma akan datang rukhsah
(keringanan) bagi golongan-golongan seperti ini.
Bukanlah kecelakaan itu
menimpa kita saja-saja tanpa tujuan,tetapi kadang-kadang kecelakaan itu
ditimpakan bertujuan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita...
Kecelakaan itu Allah timpakan
supaya kita kembali rapat kepada-Nya setelah terlalai jauh...
Kecelakaan itu ditimpakan
supaya ego kita yang kekadang menjulang tinggi dijatuhkan sedikit supaya kita
sedar ego kita hanyalah ego seorang hamba yang lemah...
Dan kekadang kecelakaan itu
Allah sengaja timpakan supaya kita belajar akan benda-benda baharu seperti
perbahasan ilmu bagi orang yang ditimpa kesakitan di atas...
Banyak hikmah yang terkandung
sebenarnya...
Akhirnya,janganlah terlalu
merungut kerna ditimpa kesusahan..
Kerna ramai lagi orang yang
jauh lebih susah daripada kita...
Dan ‘Bersama-sama kesusahan
itu juga akan ada KESENANGANNYA’...
“اِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرَا”
Wallahua’alam.
kita juga punya nih artikel mengenai 'Panduan Berwudhu berbasis android', silahkan dikunjungi dan dibaca , berikut linknya
ReplyDeletehttp://repository.gunadarma.ac.id/bitstream/123456789/4926/1/persentasi%20penulisan%20ilmiah.pdf
trimakasih
semoga bermanfaat
Terima kasih kerna sudi berkongsi ^_^
Delete